gempak cerita dia , sangat seram dengan aksi yang cukup ganas dan tak lupa juga kekacakan adi putra di situ :-*
haaaa , lupa nak cerita hari jumaat hari tu 19 april 13 aku pergi ts dengan k abby , tak dapat nak enjoy sangat sebab tak ada duit. aku rasa mcm nak nangis bila tengok baju baju yang aku rasa mcm nak beli , kesian kan aku :') lepas tu, pergi tengok wayang, nak cari wayang dekat ts bkan main susah , aku pun tanyalah org, org tu cakap pukul 10, punya lah aku pelik sebab tak ada sorang pun . beli tiket pukul 1.3o, jam masuk pukul 2. so kitorg mengambil keputusan utk makan dulu sementara tggu cerita start. makan punya makan , tengok jam dah pukul 2 so cepat cepat pergi tingkat 10 .. sampai je , org tu cakap bilik kitorg dekat tingkat 1, pehh pehh kitorg dahlah dah lambat lepastu salah level pula dan aku tak tahu lsung yang wayang dekat ts aku dua tempat . so mmg cam org gila berlari. lepas tuu masuk bilik wayang tu aku tengok k.abby laju sangat jalan, so aku yang masa tu pun berlari keanakan mengejar k abby akhirnya jatuh tergolek dekat wayang sebab berlari dalam gelap. tak sakit tapi tetap rasa mcm nak nangis sebab macam rasa ditinggalkan :'( huhuh kitorg tengok cerita ni ;
assalamualaikum...
yeaaayyyy baru balik dari melaka ^^ percutian yang boleh laaa seronok .. sampai melaka terus masuk hotel , malam tu pergi cari makan sambil berjalan dekat kawasan yg dekat dengan kota a famosa tu , naik bot. by the way, lepas naik bot aku duduk tepi tasik tu , tetiba ada seorang jejaka yang tidak dikenali bawa peralatan buat belon semua. datang dekat aku sambil berkata " nak saya tunjuk something special untuk awak?" aku pun cam tak ada apa nak buat masa tu , lepastu aku cakap "apa dia" pastuuuu niiii dia buatkan untuk aku ;
dia buat bunga untuk aku , hihihiii ~ tangkai warna hijau sebab seluar aku masa tu warna hijau. lepastu bunga warna pink sebab baju pink. lepas tu aku tanya berapa kena bayar , tapi dia jawab "just for you" so nampak laa terharu disitu , hahahaa masa dia tengah nak buat belon tu ada jugalah dia sembang tanya pasal aku dan cerita pasal dia. hihihihi terima kasih ye yg tak terhingga kepada abang yang sudi bagi aku bunga belon ni. rasalah terhibur juga.
assalamualaikm ...
happy birthday to me yeah yeah yeah ^^ sekejap lagi nak pergi bercuti ke melaka yang bagi aku apelah setakat melaka tu. bagi aku selepas johor , melaka adalah destinasi yg kurang menarik untuk dilawati sebab tak ada apalah sangat -.- ok sebenarnya aku ni tengah demam so macam tak ada feel sangat nak sambut birthday aku sendiri chewah. tengok laa pagi pagi tadi dah ngamok. sebab ? k canni , aku bangun je aku terus turun bawah lepas tu macam biasa maklah org pertama yg wish aku dalam rumah tu. lepastu ayah aku plak. ayah aku siap menyanyi. bayangkan eh , aku duduk dekat sofa. ayah aku duduk bersila dekat bawah mghadap aku dengan tak pakai baju nyaa nyanyi lagu happy birthday, lepas tuu tetiba aku dapat tahu yg dorg buat maggy tak simpankan utk aku!! wei ,, sllu akuu ok je auu. tapi kali ni cam tetiba snsitif gilaaaa. terus merajuk masuk bilik nangis dan tertidur. lepas tu terjaga mak ketuk pintu "dik ... mak dah siap masak dah" tetiba sebak terasa.. dahlah harini tak dapat tolong dia buat apa. yela demam kan. kesian mak aku. lepas tu terus mandi, turun bawah buat muka omey omey terus makaaaannnnnnnn. hadiah ? kali ni aku taknak minta apa apa sebab ayah aku dah habiskan hampir rm2000 utk aku. beli hp, rantai emas dan spek mata baru. act rantai emas tu masa dia beli tu mmg niat utk hari jadi aku yg ke 18 ni. hihihi ~ tapi tak puas hati sebab tak ada kek !
assalamualaikum ..
aku tersalah menilai dia semalam :'( aku tak perasan dia ada hantar whatsapp dekat aku pukul 9:39, 9:38, 10:07. dia tak dapat nak call sebab kredit dia tak ada , tapi tengah tengah malam dia pergi jga topap call aku tapi memang taklah nak angkat masa tu, pukul 8 pagi baru aku angkat panggilan aku dngar suara dia , ya Allah rindu nyaa :') lepastu aku hantar msg , luahkan segalanyaaa , ni laa perbualan kitorg :
aku : tahu apa yg saya pikir tentang amal? amal bkan sayang saya lagi pun..canni ke cara amal layan saya seperti org dewasa kononnya? saya tipu je bila mnx izin kononnya nak balik pukul 6 30 , 7.40, dan akhir sekali minta pukul 9. sayang bagi, tak rasa lsung kasih sayang amal tu..saya sampai rmah semalam pukul 7 lebih sbnrnya..dari pukul 9 saya tggu amal tanya khabar saya. tapi takde. mgharapkan amal tanya saya apa apa. kalau mcm ni cara baru amal utk saya, bersedialah saya akan berubah ke arah ngtif dalam hubngan ni.
amal :amal tahu yang awak semacam menguji amal, sebab mula mula awak cakap awak balik 6 30 lepastu 7 40, amal terfikir maybe awak ada hal..tapi last sekali tu amal tak dapat nak halang sebab 9 00 tu awak cakap makayah tak ada. amal fikir kalau kalau balik pun mungkin sunyi sebab xde siapa dkt rumah. jadi amal tanya awak nak kemana je sebab amal dah start risau time tu sayang..lepas tu amal terus tak dapat text awak sayang, dengan credit amal xde malam tadi.. amal tak senang duduk. amal pun redah hujan lebat kat sini pergi 7e pukul 2 lebih,balik tu amal call, xde siapa angkat. amal pun tunggu awak sampai pukul 8.30 pagi..maafkan amal tapi amal macam org tak betul risaukn awak.tak tntu hala. fikiran asyik pikir yg ngtif je,, dan takut apa apa jadi dekat awak..takutnya masa tu tuhan je yang tahu..tapi amal cuba tahan sikap ni dgn fikir awak akan baik baik saja. sayang amal, amal terlalu risaukan awak. sayang always mengharapkan nak jadi dewasa dan bebas, jadi amal biarkan sayang jadi.. bukan biarkan awak jaga hubngan ni but amal bagi awak tggjwb lebih utk jaga hubungan ni..bukan beerti amal melepaskan semuanya..
aku : saya bukan nak sangat pun rasa bebas. antara bebas dengan kasih sayang awak saya lebih nak kasih sayang awak.saya nak kita sama sama jaga hubungan ni..awak tak boleh lebihkan tgjwb tu dekat saya. saya ni bukan matang sgt. saya nak awak yang mgajar saya utk mjdi lebih matang.
amal : amal takkan cakap tentang sayang atau tak kat awak, sebab sayang tu dah tak bleh nak cakap sayangnya aini. mcm mana nak cakap lagi yg amal teramat amat cintakan awak. ada sbb kenapa amal buat ni semua..awak cakap semalam kalau tak ikhls nak jaga awak xpayah, awak tahu jaga diri awak sndri. amal sangat hancur dgr ayat tu,
aku : habis awak macam tak ikhlas nak jaga saya, saya takut kalau saya myusahkan awak.
amal : dear, kalau amal tak ikhlas amal dah biar awak terkontang kanting, amal takde susah susah nak marah awak, amal relax je biar apa yg awak nak buat. tapi sebab amal ikhlas la amal marah marah. awak tak pernah mysahkan amal dan amal tak pernah sikit pun mrungut, jadi jgn ckp cmtu.
aku : saya minta maaf sebab dah banyak salah sangka pada amal.. saya terlalu sayangkan awak dan takut kalau awak dah tak sayang saya lagi. sayang amal buat saya sangat penting dalam hidup saya.
amal : nak tahu, yang awak antara salah satu benda yang terpenting dalam dalam hidup amal, org yg amal perlukan sangat, kalau awak tahu awak takkan cakap pasal sayang, pasal cinta, sebab amal lebihkan awak dalam segalanya.
aku selalu je salah faham dekat amal , aku rasa aku ni mcm belum matang je nak bercinta. dah habis sekolah pun perangai mcm budak bdak. canne tu ?
omg omg omg .....
haritu , hari apa ek.. hari ahad ! aku dengan family aku keluar jalan jalan. mula mula plan nak lepak starbuck dekat setia city mall then bapa aku pun macam nak cari barang. puas jalan makan semua dekat setia city mall , memang best laa kan dan aku hanya mengeluarkan wang sebanyak rm5 dekat untuk beli alas kaki luar tandas
haritu , hari apa ek.. hari ahad ! aku dengan family aku keluar jalan jalan. mula mula plan nak lepak starbuck dekat setia city mall then bapa aku pun macam nak cari barang. puas jalan makan semua dekat setia city mall , memang best laa kan dan aku hanya mengeluarkan wang sebanyak rm5 dekat untuk beli alas kaki luar tandas
lepas tu rm10 beli makanan ni
lepas tu ayah aku tetiba ajak aku beli gitar, aku pun cakap "belilah , adik boleh belajar,ceh" lepastu bila pikir pikir balik cakap dekat ayah aku takpayah sebab macam membanzir. then , ayah aku tetiba nak beli alat senamam yang macam ni
beribu jugalah , lepastu mak aku cakap "takpayah la nak menambah hutang" lepastu bapak aku cakap "siapa nak beli hutang , abang bayar cash" aku terus mencelah "haaaaaa,tak payah,daripada beli benda alah ni baik belikan adik hp!" lepastu ayah aku diam sambil senyum senyum. then aku ajak ayah balik sebab macam dah penat sangat.. tapi dalam kepala nak pauu ayah beli karpet bulu bulu warna ungu untuk letak dalam bilik. dah cakap lepastu ayah aku ajak cari dekat PAS. then pergilah PAS. masa sampai PAS tu aku pelik sebab bapak aku tak terus cari kedai jual carpet bulu bulu tapi terus pergi kedai hp. aku ingat dia nak cari cover hp kakak aku sebab kakak aku mengadu dekat ayah aku pasal dia nak beli cover tapi tak cukup duit. tetiba tengah jalan ayah aku berhenti dekat satu kedai hp ni sambil berkata "haa dik cepat pilih nak yg mana" aku ingat ayah aku main main so aku pun cakaplah "eleyhh" sambil menjeling tapi senyum2 gak lah. lepas tu ayah aku cakap "ya Allah, apa eleyh2 pula , betul la, cepat pilih" pehh pehh pehh muka aku masa tu macam ni auu
dalam hatiii "hahahahahaha apa aku nak beli niiiiii , samsung galaxy s2 bak datang" tapi tiba tiba keliru antara nak samsung galaxy s2 atau satu lagi ape ntah aku dah lupaaa , memang memikirkannya macam ni laa
akhirnyaaaaaaaaaaa , ni diaaaa
maseh ayah sebab memahami isi hati aku yang nak pakai hp lain , sepanjang aku hidup aku tak pernah beli hp pakai duit aku sendiri , semua duit ayah. dan aku tak pernah memaksa pun kalau nak sesuatu. kalau ada , alhamdullilah , kalau tak ada sokayy :)
Subscribe to:
Posts (Atom)