syukur alhamdulillah , masa tu perasaan gembira memang sukar digambarkan sebab terlalu sangat gembira. susah payah study siang malam dengan el, sakitnya rasa takut untuk menerima kegagalan. so harini aku ada masa sikit nak cerita sedikit pengalaman :)
tak ingat ingat hari apa , masa tu petang dalam pukul 3 lebih macamtu ,miss neng hantar whatsapp dia cakap aku gagal 3 subjek . masa tu Allah je tahu betapa pedihnya betapa kecewanya hati masatu . boleh pula masatu , miss neng bagitahu aku dulu ! yg lain semua tak tahu . jadi masa tu aku pun macam fikir aku sorg je la yg paling bodoh kan , yela , aku call ain , el , lia , dorg cakap miss takde pun bagitahu apa apa dekat dorg. then aku cam tak puas hati , sebab takkan aku sorg je yg gagal kan ? then , amzar whatsapp aku, dia cakap dia gagal juga.. pastu miss neng bagitahu ramai yg gagal. dalam 17 orang gagal, cuma masatu dia hanya bagitahu aku dengan am je.. so aku rasa lega sikitlah .. bukan aku sorg je yg bodoh kat situ kan ...
aku senyap je masa aku dapat tahu aku gagal tu , tapi pada yg sama aku cuba untuk cari kerja. sebab aku dah bertekad taknak belajar dah. aku dah give up. aku malas nak study lebih lagi.. lepastu aku takut dalam geng aku, aku sorg je yg gagal. mak ayah masa tu pun tak tahu yg aku dah gagal. yang tahu akak dan qasim je.. tibalah satu hari tu , el msg aku , bagitahu yg dia gagal 3 subjek juga.. sama dengan aku subjeknyaa.. jadi, aku pun rasa macam aku dah ada geng nak study sama sama.. so haritu juga, aku bagitahu mak yg aku gagal 3 subjek... tak dapat nak gambarkanlah muka mak aku masa tu..
masatu, hanya tahu result kinesiology, applied anatomy and anatomy & physiology je .. behavioral sciences belum keluar result lagi masatu... tapi masa tu aku target memang bhvior aku pass..sebab aku boleh jawab masatu .. so aku dengan el macam pasti laa kitorg hanya gagal 3 subjek.. tapi hari kecewa datang lagi apabila miss neng umumkan siapa yg gagal bhvioral.. dan.. tak sangka subjek bhvior paling ramai yg fail termasuk aku dan el.. dan geng geng aku yg lain lah. aku rasa down gila.. bayangkan eh , dalam masa 3 hari aku kena jawab 4 paper termasuk ospe.. so 5 tekanan dalam 3 hari aku kena berdepan.. even masa final diberi masa 2 minggu sebab ada selang selang bila berdepan dengan one paper pun aku dah boleh gagal , apetah lagi yg hanya 3 hari? adakah aku boleh cover secepat tu ?
serius, masatu aku memang down gila.. asyik nak nangis.. fikir nak berhenti je masatu.. aku pergi kelas rivision hema dengan hilmi pun aku dah tak boleh masuk apa yg dorg ajar.. pergi kelas suva .. mdam yg paling aku tak suka tu , boleh aku rasa saaaayang sangat dekat dia.. sebab bila dah jadi macamni , aku baru sedar apa yg dia selalu suap dekat kitorg sebelum exam. sebelum exam dia ada bagi beberapa soalan .. aku tak salin .. aku buat bodoh.. sembang dekat belakang dengan el semua.. mmber2 aku pun tak salin , jadi pun tak salin .. padahal masatu dia tengah nak bagi soalan bocor... then masa rivision haritu , aku salin baik baik apa yg dia bagi..
yang paling sakit sebenarnya nak pergi masuk ospe balik tu.. hmm kine subjek killer.. aku tak mampu.. tapi aku kuatkan semangat bila fikir mak ayah.. aku terbaca msg ayah hantar dekat mak.. aku jadi sebak dorg tengah bincang pasal aku.. bila aku tahu ayah tak tidur malam fikir pasal aku.. dari situ , aku rasa macam aku taknak dorg susah hati.. aku ikut kehendak dorg , aku cuba untuk berdepan sekali lagi 4 paper, 1 ospe.. siap pergi berubat kata kau..
isnin exam kine , ahad tu aku dengan el study kine.. masatu mak ayah keluar pergi giant.. aku siap pesan belikan aku red bull.. konon nak bagi mata kuat.. sebab aku kalau baca buku mesti gantok.. tiba tiba bila dorg balik .. ayip masuk bilik
ayip : akak, turun bawah cepat! ayah belikan akak sesuatu
aku : aduh kau ni , aku tahulah ayah belikan aku redbull. tu pun kecoh -.-
ayip : bukan ! turun la cepat
masa tu hati gembira tak terkata ... tapi masa nak turun tangga tu macam dah agak yg aku akan dapat bear sebab aku ada bagitahu mak yg aku nak bear.. ayip cerita dekat aku , sebenarnya mak suruh ayah belikan utk aku , tapi akak aku sibuk -.- nak juga.. dia memang .. mana boleh aku lebih sikit.. mesti nak juga padahal dia sendiri tak suka bear.. tengoklah , mana dia guna bear tu .. hmm .. masa tu ayah boleh cakap " bear tu untuk lulus exam" gila tak sentap ? patut bagi aku bear tu bila aku dah lulus.. ni bagi sebelum lulus.. mana tak risau aku..
then sambunglah study macam orang gila .. esoknya.. ya Allah .. betapa takutnya aku nak jejakkan kaki aku sekali lagi ke bilik exam.. dengan lafaz bismillah .. masuk dengan kaki kanan.. aku pilih tempat yg strategik.. macam biasa belakang sekali dekat dengan aircond. tapi taklah belakang sekali , sebab belakang aku mesti el.. huhu dah selesai jawab tu .. rasa lega juga la sebab sekurangkan kine yg ni aku boleh jawab daripada kine yg lepas.. kine yg lepas essay aku tak jawab .. kali ni bahagian essay aku jawab semua tanpa ada yg tinggal.. tapi pantang betul aku , bila habis exam , el ajak bincang.. bila bincang dan aku dapat tahu bahagian essay aku hilang 5 markah sebab aku silap jawab. dan yg paling menyirapnya aku memang hafal gila kaw kaw punya pasal tu . mcam mana aku boleh silap pandang ntah -.- masatu dah rasa down gila dengan kehilangan 5 markah aku dah rasa aku fail kine.. aku mula rasa malas nak study untuk paper seterusnya.. tapi sebab el bagi semangat .. aku pun fikir aku rasa Allah akan bagi yg terbaik untuk aku.. jadi aku perlu redha dengan apa yg akan berlaku nanti..
so bayangkan dalam 1 hari aku kena study anatomy&phsyiology dan applied anatomy yg ospe punya. gila tak stress ? dua subjek killer dalam satu hari ? sumpah stress wei.. so siang tu aku dengan el study untuk ospe.. dan malam study a&p..
esoknya.. masuk bilik exam dalam keadaan yang sedikit tenang untuk jawab paper a&p.. dan alhamdulillah soalan bagi aku, aku boleh jawab.. essay pun cam pejam mata je buat.. habis exam a&p tak boleh nak suka riang ria raya sebab nak pergi berdepan dengan ospe...
ok ni semangat sikit nak cerita pasal ospe ni.. el dengan geng geng aku yg lain dah masuk dulu dalam bilik.. tinggal aku dengan zul tak masuk lagi.. sebab aku memang taknak masuk awal awal.. aku perlukan masa untk study sikit lagi dan berdoa , berzikir.. bila tiba je giliran aku , macam biasa aku masuk dengan kaki kanan dengan lafaz bismillah .. tapi sebelum masuk tu , aku pandang muka el.. muka el masam.. sambil mulut dia cakap susah susah susah.. aku dah susah hati.. so macam biasa 9 station aku kena berdepan . 1 station 4 soalan .. kiralah berapa banyak.. tapi satu bilik ada 3 station .. so total 3 bilik aku masuk .. first aku masuk bilik miss neng .. miss neng tanya aku nak pilih station yg mana dulu .. dah tentu aku pilih station yg senang dulu .. bilik pertama aku dapat model senior.. lelaki.. nama dia abg hafiz kot tak silap aku lah. dia tolong aku satu je la. bila miss tanya aku macam mana nak buat pergerakkan dia , so abg hafiz bagi clue.. aku faham clue tu then aku pun buat.. alhamdulillah aku dapat selesaikan 3 station tu dengan bantuan abg hafiz dan juga miss neng .. act miss neng tu baik .. even aku tak tahu dia akan bagi aku sampai aku tahu ..tapi sedihnya aku kena pegang benda yg tak sepatutnya :(
then , masuklah aku dalam bilik kedua bersama dengan miss hemma.. model dia abg apa aku tak tahu .. tapi gilaaaa serabut bila aku dengan hemma .. aku tak tahu kenapa cam gelabah sangat .. dah petang pergi ucap good morning.. pastu bila nak palpate badan aku pergi suruh model aku baring .. patutlah abg tu buat muka sambil pegang dada bila aku suruh dia baring .. rupanya dia nak bagi aku clue kena buka baju .. tapi aku tak tangkap clue dia.. dia dah baring .. miss hemma tanya "aini awak nak palpate apa?" aku pun jawablah apa yg aku nak buat .. pastu miss cakap " macamtu ke keadaan pesakit aini, kalau kamu nak palpate bahagian situ?" masatu baru la aku teringat baju dia aku lupa nak tanggalkan.. jadi aku puun suruh dia bangun balik.. tanggalkan baju dia.. bila bahagian badan dan selesai.. bahagian tangan pula.. bahagian tangan aku rasa aku dah study kaw kaw tapi soalan yg ada tu aku tak dapat tangkap.. aku tak faham.. aku tak ingat.. aku gelabah.. aku pegang je tangan abg tu.. aku pegang situ tak kena.. pengang sini tak kena.. sampailah aku giveup.. aku lepaskan tangan dia.. tiba2 abg tu pegang jari aku cepat cepat... ok aku dah dapat clue.. bahagian jari aku ... hahaha..
last, masuk bilik ketiga, agak kecewa sebab aku tak dapat abg india yg pandai tu .. aku dapat lelaki yg tak tak tahu apa apa... sebab abg india tu kalau dapat memang terbaik ah sebab dia suka bantu .. dia sangat pandai.. tapi tiba aku je , abg india tu kena balik urgent.. boleh pula dekat situ soalan susah nak mati .. lelaki tu pula tak tahu apa apa.. aduh menyirap gila aku .. paling aku tak boleh terima soalan mastoid.. bayangkan eh , miss sasi ajar aku mastoid dekat tepi leher ni.
aku : *aku suruh model aku baring then kepala padang kanan then aku tunjuk muscle tu
lecture : salah
aku : ha ? salah miss ?
lecture : ye salah
aku : betul la miss, mastoid right ? sterno cleido mastoid
lecture : salah
aku : miss, miss sasi ajar saya macamni miss. miss ni biar betul
sumpah aku cam bengang gila , aku dahlah tak dapat jawab banyak soalan dalam bilik dia. soalan yg aku tahu dia boleh kata salah. gila tak menyirap.. pastu aku nampak ada akak tu , berdiri belakang miss tu .. then dia tunjuk belakang leher.. aku pun tunjuk la dekat miss tu belakang leher.. lepastu dia syak yang aku dapat jawapan dari senior dekat belakang. aduh kwaja betul ah.. lepastu habis.. aku pun keluar dari gym.. cari el.. aku terus tanya el pasal mastoid tu. el cakap betul laa aku buat.. sebab dia cakap dia pun buat camtu , dia cakap miss tu cakap betul .. masa tu aku rasa macam nak pergi jumpa miss tu je beb.. then bila aku teringat yg el cakap kadang2 lecture saja nak kelirukan kita.. sebab dekat belakang leher tu pun ada mastoid juga.. tapi aku berpandukan buku yg aku study.. dia tunjuk mastoid dekat tepi tu je. sakai ah -.- so selesai la ospe dengan keadaan yg begitu tertekan dengan soalan soalan yg hampeh gila. masatu aku rasa yg final lagi senang dari yg aku kena repeat ni. aku dah mula rasa kemungkinan aku gagal juga yg applied ni ..
so balik dari ospe , aku dengan el study applied utk theory punya pula.. memang fokus gegila dekat situ sebab nak kejar balik markah utk cover ospe punya.. kalau ospe punya berterabur so bahagian theory kena buat kaw kaw punya untuk kasi pass.. sampailah aku lupa utk study bhvior.. bukanlah lupa.. tapi tak cukup masa utk study plus aku dah penat.. macam dah tak cukup rehat.. masatu aku hanya redha je.. berserah .. so masa masuk bilik exam untuk behavioral sciences memang keyakinan tu takde langsung la. sebab tak baca apa..then akhirnya hancur la bahagian essay aku .. aku main tibai je.. jawab ikut kepala otak aku .. bahagian objektif main tembak tembak selagi peluru masih ada.. masa tu dah redha dah .. macam akan terima hakikat di masa hadapan kalau aku kena repeat bhvior..
tapi dalam hati masa berdoa dan mengharapkan keajaiban dari Allah .. lepas bhvior jawab pula paper applied .. memang jawab kaw kaw punya .. alhamdullilah macam pejam mata juga la jawab soalan senang .. hikhik .. macam puas hati jugalah kan.. huhu
itulah pengalaman tiga hari aku yg sangat tersiksa.. menunggu result pun dalam keadaan tersiksa.. selalu orang lepas habis exam riang riang.. tapi aku tak.. masih dalam dalam dilema.. termenung.. bersedih.. dan berada dalam ketakutan seperti diburu polis.. tibalah satu malam tu miss neng bagitahu aku yang aku pass kine, applied dan a&p.. syukur alhamdulillah ... masatu rasa macam nak study bhvior.. sebab masa tu bhvior belum keluar lagi keputusan.. tapi aku macam dah rasa gagal je dekat bhvior sebb aku tahu apa yg aku buat.. tapi bila pagi tu miss neng whatsapp aku, dia cakap aku pass bhvior , aku terus menjerit dan mulut tak henti mengucap syukur.. suka tak terkata masatu.. rasa maca ajaib ! rezeki yg diberi Allah sangat aku hargai..