ok now aku dah masuk sem 5 . lagi satu sem jee lagi ikatan aku dengan ramsay sime darby putus macamtu jee . yayyy! tak sabarnya nak bercerai dengan sime darby !
lagi berapa minggu je lagi dah nak ke PPUM .. kali ni posting taktahu laa perasaan macammana .. harap therapist dekat sana lebih baik dari IPR.. dari dulu lagi aku nak cerita pasal therapist IPR . supaya bila aku dah tua2 nanti , aku check balik blog aku, aku akan menyedari betapa pedihnya aku disana.. ceh
aku dekat IPR 5 minggu je . tapi terasa seperti 5 tahun . IPR laa paling banyak beri kesan negatif dalam hidup aku . bayangkan laa jejaknya kaki aku dekat sana ada lah FIRST CLINICAL PLACEMENT. so faham faham . dah nama pon KALI PERTAMA so banyak benda laa yg kitorg tak memahami. kitorg datang sana pon dengan tujuan nak belajar. nak cari ilmu. nak mengharapkan therapist sana sudi share ilmu dengan ikhlas baik budi pekerti. bukannya kitorg datang sana free2. kitorg bayar .. dahlah kitorg dah tolong meringan beban dorg , siap kitorg bayar lagi .. so hargai la student macam kitorg ni.. taknak hargai pon please respect .
okay hari pertama aku dan achu dilayan oleh miss a. okay kali ni tak tipu , miss a ni baik gila babi. dia mengadung . and dah nak sarat dah pon. so means tak lama pon dia dapat share ilmu dengan kitorg .. dekat sana , ada miss a, miss b, miss c, dan sir d. aku bertuah sebab miss a pilih aku utk ikut dia masuk ward, kiranya dia yg akan handle aku .. achu dihandle oleh miss b. 2 minggu aku dengan miss a dan aku sangat bahagia.. dia sangat baik.. cantik...muda..lembut..sabar.. tapi tipulah kalau aku cakap sepanjang aku dengan miss a, miss b tak buat aku terasa.. punya la sombong gila babi masa first2 jumpa aku. punya la berlagak pandai.. tak sembang lak pasal miss c.. itu punya laa macam syaitan perangai ..
first present, jangan la nak harapkan lebih dari kitorg . dah nama pon first present clinical placement. punya la dikutuk .. dihina.. diketawakan .. okay miss b dan c jee yang ketawakan .. miss a tak ketawa pon .. dia diam jee .. sir d pula keluar sebab aku dah menangis tahap gaban. gila tak nangis... rasa macam maruah dipijak2 je.. aku pon taktahu la macam mana aku boleh jadi sesabar tu .. kalau dapat dengan mmber aku Alan, aku rasa 2 betina tu dah kena belasah dah .
bila miss a dah bersalin ... minggu ketiga tu aku ikut sir d.. punya la blur mangkok sorg ni .. dahlah blur, pekak, cakap pon macam ada slank yang susah aku nak faham. tapi at least dia okay la dari miss b and c.. sepanjang minggu 3 tuu dia ok la .. kalau dia tanya soalan aku tak dapat jawab dia takde la nak cakap aku bodoh ke apa, dia just suruh balik cari dekat rumah pastu sampai mampos dia takkan tanya balik . kalau miss a akan tanya balik sebab dia nak tahu yg kita faham ke tak , then kalau apa yg kita dapat tu salah , dia akan betulkan ., tapi sir d ni sampai kiamat pon dia buat bodoh dia je.. tak kisahlah janji dia tak macam miss b and c.. tapi pemalas nak mampos sir d ni.. masuk je ward , dia yg suruh aku handle patient . dia duduk stor main hponed. gila pemalas. sepatutnya ajar la apa apa . aishh ..
minggu keempat adalah minggu paling sadis sebab aku kena ikut miss b .. mulalah aku meroyan sedih nak mampos. bila ikut miss b ni aku rasa macam banyak benda yg aku tak perlu beljar aku kena beljar.. means dia tak banyak ajar benda yg berkaitan fisio..lepastu, alahai , dah bajet2 dia la yg paling pandai didunia berlagak kerajaan sponsor dia punya courses.. mmber2 dia semua kerja bodoh2 , dia sorg je jadi fisio. tapi benda simple dia taktahu . ada satu haritu , kitorg present kitorg letak "modified postural drainage" punya la dia bengang sebab dia cakap mana ada org buat benda tu .. alahai bongoknya.. aku rasa dak2 sem 1 pon tahu hal jadah tu . last2 dia malu sendiri bila dia tanya orang yang lebih ariff.. maka dia kalah . bukan setakat tu jee, ada lagi benda yg aku tanya dia, dia masih krik krik . aku memang jahat, kadang aku rasa dia berlagak sangat , balik rumah aku google la benda2 susah nak tanya dia. biar gelabah tetek nak jawab. tahu nak malu . kau kenakan aku, ingat aku tak boleh kenanakan kau balik ? tapi dia ada juga mengajar .. aku taktahu la ikhlas ke tak ...
miss c adalah miss yang paling cibai . serius cibai. dia la hod and dia la satu2nya mulut longkang yang kedekot ilmu nak mampos. sepanjang 5 minggu tak pernah pon sedekah ilmu ke apa . muka taik sepanjang masa. bagi salam tak jawab , senyum tak balas. g mampos. ingat aku hamak. tapi still respect. dia taknak balas pon aku tetap memberi.. aku je la bagi . achu tak pernah bagi sebab dia kalau dah benci tu , dia benci je.. lepastu dia suka marah student depan patient .. aku tak pernah kena.. achu selalu kena.. aku taktahu dia racist ke apa.. tapi nampak la dia layan achu teruk .. aku tak teruk pon, tapi aku sebagai kawan aku jadi marah dekat miss c sebab buat kawan aku menangis dalam diam .
tapi tu la , seteruk2nya dorg layan aku , aku still respect .. still senyum .. bagi sama .. minta maaf.. minta kebenaran.. semua aku buat ... bila orang bagi kita api , kita balas dengan air...
hari terakhir kitorg kt sana, aku dengan achu sangat bahgia and tak sabar nak keluar dari ipr.. rasa macam hilang segala beban.. segala sakit .. pukul 5 tu dah pergi jumpa miss b and c.. ucap terima kasih dan kata2 maaf .. pastu pergi dengan bahagia
dan rasa BEBAS !! yayy BEBAS!!!!
banyak kau punya BEBAS
rupanya2 kitorg masih belum selesai dengan ipr..
lecture suruh kitorg datang sana balik utk minta sign log book. aku pasrah utk berjumpa dengan dorg balik . padahal ni semua sebab kitorg dah bagi dah log book tu . tapi dorg yg pulangkan balik.. dorg cakap bukan kerja dorg .. takpela, pergi je la
pukul 8 pagi qasim anta aku pergi ipr.. achu datang dengan kakak dia.. dah pergi tuu , gila goyang and takut nak datang balik. sumpah takut yang amat. macam biasalah , aku yg ketuk pintu , aku yang bagi salam , yang takde siapa nak balas, aku yg bagi senyuman yang turut tiada siapa nak balas. dengan hati yg sakit sedih pedih aku bgthu miss b pasal log book dan aku minta dia sign . cuma sign je. yes, sign je.. tapi dengan muka berlagak dia amik log book tu lalu dia campak dekat sir d. sambil miss b cakap "senang2 je datang nak minta sign" ya Allah .. aku datang sana pon tak senang tau . dari shah alam pergi kl ingat tak susah ke. lagilah aku ni student . lepas tu mereka semua still taknak sign and cakap "kalau nak sangat petang ni pukul 4" ya Allah .. nak buat apa kitorg kat sana sampai pukul 4? sedihnya.. sebab kakak achu and qasim pon ada hal lain masatu .. tapi aku still turuti arahan dorg , cakap terima kasih , bagi salam, senyum dan keluar.. keluar je... terus nangis .. call qasim pon nangis2.. kenapa la dorg buat kitorg macam ni .. lepastu call sir thepan .. iaitu lecture kitorg .. sir mula2 angin gak , dia suruh kitorg berambus je dari ipr.. tapi bila aku fikir balik aku rasa aku nak ikut rentak dorg .. aku call qasim suruh dia balik , and aku balik dengan achu .. pukul 2 kitorg datang balik naik train and komuter ,, tambah lagi dengan teksi... and tambah lagi dengan hujan lebat .. basah kuyup kitorg masa tu , baju semua lecun .. hanya kerana menagih sign je..
kitorg sampai agak lewat sikit .. dalam pukul 4 setengah mcmtu ... tarik nafas panjang2 aku masuk bilik fisio ... kitorg masuk semua terkejut ... dengan basah2nya .. and miss b bersuara "laa datang juga ke ? ingatkan tak datang .. " memang sentap .. tapi masih lagi senyum .. tiba2 miss b and sir d suruh rehat dulu ... suruh lepak dulu dekat bilik keringkan badan .. mungkin dorg akan fikir aku ni bodoh sebab dorg buat apa apa pon aku still respect ...
lepastu dorg pon sign ... aku pon sekali lagi minta maaf and ucap terima kasih macam biasa and buat kali pertamanya , dorg senyum dengan ikhlas dekat aku .. lagi2 miss c.. rasa terharu sangat .. dan rasa macam nak maafkan dorg ... taknak dendam ke apa.. mungkin ada hikmah aku rasa semua ni .. aku jadi semakin kuat . dan sabar. aku belajar menjadi org yang boleh kawal emosi. alhamdulillah .. apa pon aku masih doakan yg terbaik utk semua therapist ipr and junior2 aku yg lain semoga tabah menghadapi detik2 cemas di ipr.