KOLEJ SIME DARBY SEKSYEN 26 SHAH ALAM

Akhirnya tamat juga pembelajaran aku dekat sime darby ni.

Aku nak ceritakan pengalaman aku selepas SPM. Sebenarnya aku memang betul betul tersilap langkah dan aku memang menyesal tak terhingga. Kalau Tuhan boleh beri aku peluang untuk undur masa aku memang taknak masuk sime darby.

Lepas je aku dapat result SPM aku, mak ayah aku memang nak aku sambung belajar. dorang memang nak aku at least ada diploma.

Aku memang pening sangat masatu sebab aku taktahu apa yang aku minat dan apa yang aku mampu. Tapi demi menyedapkan hati mak ayah, aku ikutkan je untuk terus belajar.

Keputusan pertama aku adalah aku cuba untuk masuk form 6. Ayah pun semangat belikan aku semua barang sekolah baru habis dalam rm500. Mula mula kena orientasi dulu 2minggu. Dalam seminggu aku orientasi tu aku rasa macam down gila. Sebab aku mengadap orang yang sama. Orang yang aku tak suka. Cuma Aqilah je kawan yang ok masatu . Dan subjek form 6 semua subjek yang jenis kena banyak membaca dan banyak gila tugasan form 6. dahlah pakai baju sekolah dari pagi sampai petang. gila wei letih . undang2 ketat sama macam budak tingkatan yang lain.

Jadi aku saja je apply sime darby untuk aku keluar dari form 6.

dan aku dapat bidang fisioterapi. masatu bahagia sangat sebab takpayah nak pergi sekolah bagai.

tapi bila aku dah masuk sem 1 , ya Allah subjek dia susah nak mampos. dahlah semua subjek in english. note semua english and lecture mengajar pon speaking manjang. Bagi aku yang lemah dalam bahasa english ni aku jadi tertekan . aku memang faham apa yang lecture cakap , tapi untuk aku explain balik pakai mulut aku sendiri aku tak boleh .

punyalah stress dengan subjek yang susah susah dengan assigment yang berlambak2.

dan paling stress adalah aku fail semua subjek masa sem 1. aku cuma pass subjek yang assigment sahaja. masatu memang down gila. nak withdraw pun kena fikir dua kali sebab aku dah apply ptptn and ayah aku pon dah keluar duit untuk aku masa kolej ni. takkan aku nak kecewakan mak ayah aku lagi ? cukuplah aku keluar form6 , masuk orientasi 2 minggu je tapi mengade barang sekolah beli habis sampai nak rm500.

masa fail tu, aku diberi peluang untuk repeat paper. tak perlu repeat sem lagi . kalau 2 kali repeat tak pass juga baru kena repeat sem. tapi satu paper pon kena bayar wei.

masatu aku banyak kali bagitahu mak aku, aku nak berhenti. tapi aku nampak la muka kecewa mak aku . tak sama macam masa aku kata nak keluar f6 tu dia nampak ok lagi .

aku bagitahu ayah aku nak keluar pon , ayah tak setuju. ayah suruh aku usaha jangan berputus asa.

dan aku pon setuju untuk ambil repeat paper. aku study dengan lecture. aku study dalam bilik . dok dalam bilik seharian . lepastu ayah siap bagi hadiah teddy bear besaaaarrrr untuk aku . supaya aku semangat nak belajar.

alhamdulillah .. aku pass semua subjek masatu . masatu bersyukur sangat la dan bertekad taknak main main lagi untuk sem seterusnya.

bagi aku sime darby ni dia suka sembang sampah dengan student yang paling sampah adalah HOD physiotherapy. lecture physio semua ok, kecuali HOD.

duit banyak sangat terbang masuk kolej . belum campur hutang ptptn sebanyak lebih dari 45k kena bayar.

masalahnya balance pt kita dapat setiap sem pon tak sampai rm200.

dahlah banyak lagi benda nak kena bayar setiap bulan . sakit hati aku .

ayah aku memang jenis tak kisah pasal duit tapi aku memang jenis tak suka sangat minta minta duit even aku tahu ayah mampu.

belum cerita pasal nak praktikal lagi.
bayangkanlah eh start dari sem 2 sampai sem 6 kena praktikal dan yang paling sedihnya dia hantar kita dekat mana mana tempat yang dia suka dan kita kena settle sendiri pengangkutan dan tempat tinggal. pandai2lah kau hidup. sime darby hanya bagi kau tempat kau kena praktikal je, lain2 kau kena urus sendiri.

setakat ni aku pernah pergi
Columbia JOHOR BAHRU (2minggu) -sem 2
Rumah seri kenangan tanjung rambutan IPOH (2minggu) -sem 3
Institusi perubatan respiratori KUALA LUMPUR (5minggu) -sem 4
Hosp angkatan tentera tuanku mizan (5minggu) -sem 4
Pusat perubatan universiti malaya KUALA LUMPUR (10 minggu) -sem 5
Persatuan pemulihan sultan azlan shah IPOH (5minggu) -sem 6
NASAM PENANG (5minggu) -sem 6
Botanik KLANG SELANGOR (4minggu) -sem 6


semua tempat ni aku pergi aku kena pandai pandai cari pengangkutan dan juga tempat tinggal.
bayangkan  banyak gila nak keluar duit.
cuma last sem last tempat posting je aku dapat travel dari rumah je iaitu botanik klang.

sekarang dah habis pon nak kena buat majlis yang WAJIB buat tapi masing2 nak kena keluar duit . jahat betul sistem dorang ni sakit hati aku.

bila dah habis mestilah nak kena konvo.
rm600 total kena standby for konvo yang sehari tu .

mana nak pikir ptptn yang lebih 45k tu lagi.
pening pening pening

yang sedihnya aku tak minat langsung bidang fisio ni.
kalau kerja pon aku nak elak dari fisio sebenarnya.

itulah yang aku cakap memang menyesal.
memang kena fikir baik baik benda yang melibatkan masa depan ni.

PENGALAMAN BERCINTA YANG TAK SEBERAPA

Zaman sekarang yang serba serbi maju ni budak darjah 1 pon dah couple2 dah sayang sayang dah baby baby . Tak faham betul aku dengan kemajuan dunia sekarang ni. Akan datang nanti taktahu la macam mana gamaknya dunia ni.

Jangan sibuk nak cakap pasal orang lain , diri sendiri pon sibuk nak bercinta di zaman sekolah .
Seawal umur aku 13 tahun aku dah konon2 ada pasangan hidup. Tapi aku tak rasa perasaan yang timbul masatu adalah cinta. Itu hanyalah perasaan mengada dan menggedik nak pakwe sahaja.

Ok, lelaki pertama yang konon konon 1st love adalah Si N. N ni kawan dulu dulu masa darjah 2 tapi tak berapa nak rapat sangat. Ditakdirkan berjumpa adalah dari no tel yang disampai2kan pada umur 13tahun.

Baru kenal dua tiga minggu macamtu dah konon couple. Paling geli dan menjijikkan adalah gelaran. Aku panggil dia 'abang' dan dia panggil aku 'b' .

alahai bila ingat balik rasa menyampah nak muntah rasa. apahal gedik sangat ? bila umur aku yang sekarang ni teringat balik , macam nak pinjam mesin masa doreamon pergi ke zaman dahulu dan sebat aku yang dulu dengan tali pinggang sebab mengade nak mampos couple2.

Tapi yang bagusnya adalah jarak yang jauh diantara kitorang. jadi takdelah mengade nak dating selalu kan ? dalam setahun tu adalah dalam 1-2 kali jumpa dengan mid valley. dan yang lagi bagusnya dia masuk asrama jadi nak msg sangat tu jarang. dua minggu sekali je dia boleh balik rumah and minggu yang dia tak balik tu , hari jumaat dia akan call aku kat public. dan aku akan setia menunggu. biasanya dia akan call lepas sembahyang jumaat.

kalau cerita pasal sayang , yes memang tak dinafikan aku sayangkan dia masatu cuma tahap rasa cinta tu aku tak rasa ada.

masatu aku rasa macam tak ada penyebab untuk aku dan dia berpisah. aku yakin dia jodoh aku sebab aku rasa aku takkan ada peluang untuk ada lelaki lain kerana perasaan sayang dan dia pon mana bagi aku kawan dengan mana mana lelaki.

tapi akhirnya, apa sudah jadi ????

habis je SPM aku dan dia berpisah buat selamanya. kahkahkahkah taik kucing punya hubungan yang dibina hampir 5 tahun .

sudah tentu penyebab perpisahan ni bukan la berpunca dari aku .

okay aku cerita macam mana ianya boleh berlaku.

masatu adalah minggu peperiksaan SPM aku. ada seorang perempuan add aku dekat fb dan mutual friend dia adalah si N. jadi aku pon accept dan stalker perempuan tu. terkejut juga aku sebab perempuan tu letak gambar dia berdua dengan si N dekat DP dan ada love love bagai dekat comment. masatu panas lak rasa sebabnya aku dahlah tak boleh kawan dengan mana mana lelaki tapi si N ni punyalaj selamber dengan entah mana perempuan .

jadi aku pon tanya si N tentang kewujudan perempuan tu. dan si N bilang perempuan tu yang tergedik2 dengan dia. means macam perempuan tu yang terhegeh2 dengan si N.

AKU PERCAYA kata si N. lalu aku buka fb si N memandangkan aku memang tahu pasword fb si N. dan sekali lagi aku terkejut sebab perempuan tu inbox si N dan msg berbunyi "hi baby"

aku sebagai perempuan terasa tercabar dan membalas "apahal sayang2, jangan kacau aku"

tapi perempuan tu macam mengesyaki aku yang membalasnya lalu memanaskan lagi hati aku dengan membalas "kenapa ni baby ? biasanya kita memang macamni kan..."

pergh tak menyirap rasa ? HAHAHAH

lalu aku bertanya sekali lagi si N perkara sebenar lalu si N berkata yang perempuan tu memang tergedik2 dengan si N dan meminta no tel dan fb dan mengacaunya setiap hari.

tapi aku takdelah bodoh macamtu, sebab mustahil jugalah perempuan tu tak melebih kalau takde yang melayan kan ?

aku pon msg perempuan tu dan bagitahu dia apa yang si N bagitahu aku.
punyalah menyirap perempuan tu sebabnya dia kata si N yang ngorat dia.

dengan bukti bukti yang terkumpul aku memihak kepada perempuan tu.

tetapi dengan sifat dendam yang ada pada diri aku ni aku takkan biarkan si N bahagia begitu sahaja.

aku tanya si N dia nak aku atau perempuan tu dan si N memilih aku.

lepastu aku pon menjalinkan hubungan seperti biasa dan si N pon tak nak ulang kesilapannya semula. aku buat si N sayang aku sangat sangat.

lepastu apa lagi? aku cari laki lain dan aku tinggalkan si N. aku tinggalkan dia begitu sahaja.

malas nak cerita apa tindakan si N tu , faham faham sendiri je la.

dendam aku pon terbalas.

aku tinggalkan si N dan couple dengan si A.

aku pilih si A pon sebab aku nak lupakan si N dan si A ni nampak macam memerlukan kasih sayang seorang wanita. si A suka cerita betapa sunyinya dia. suka meraih simpati dan sebagainya.

tapi tak lama , lepas 6 bulan macamtu , ada sorang perempuan add aku dekat fb and inbox aku. dia tanya aku pasal si A, aku pon tanpa rasa ragu2 aku pon bgitahu la detail si A. dan perempuan tu cakap dia salah orang .

rupa2nya perempuan tu adalah awek si A. perempuan tu taknak bagitahu aku sebab kesiankan aku. si A ni couple dengan perempuan tu dulu baru aku.

nasib baiklah aku tak sayang sangat si A ni , perasaan yang ada cuma biasa biasa je. aku blah dari si A dan memang aku takkan maafkan si A sebab tipu aku hidup2.

masalahnya dah kantoi tu dahlah , tak payah nak jiwang2 bagai msg aku. musibat betul perangai.

dan akhirnya ... aku kenal dengan si Qasim . sekarang dah 3 tahun lebih aku dengan dia. taktahu la sampai bila HAHAHAH. inshaAllah kalau ada jodoh adalah .







LESEN MEMANDU AREA SHAH ALAM



akhirnyaaa aku berjaya mendapatkan benda yang sepatutnya dari dulu lagi aku boleh dapat !

sebab apa ?
sebab orang lain aku kena hadapi ini semua dengan hati yang sungguh tidak rela.

sebenarnya lepas je habis SPM, ayah terus suruh aku buat lesen kereta. So aku dengan mak pon pergilah cari mana mana cawangan terdekat di shah alam masatu . Dan akhirnya aku jumpa dengan sorang makcik ni. Kita panggil dia makcik A la eh. Nak dijadikan cerita makcik ni kerja sama sama dengan laki dia iaitu pakcik B.

Apa yang aku perasan makcik A ni uruskan transport aku manakala pakcik B ajar aku bawa kereta.

So, aku pon dah berjaya mendapatkan Lesen P aku pada umur aku 18 tahun.
Bukan senang masatu nak dapat sebab aku ambil JPJ 2 kali masatu akibat gagal di tiga penjuru.
So lepas aku lulus tu si makcik A ni minta aku gambar untuk dia buat lesen P aku . So aku pon pergilah ofis dia bersama-sama ayip menghantar gambar aku.

masatu aku dah start busy belajar and posting luar negeri bagai . ecehhhh .
jadi aku pon fikir si makcik A ni dah proses lesen kereta aku memandangkan semua benda aku dah bagi dekat dia.

aku busy dan busy sampai aku tak hirau lesen kereta aku memandangkan aku pon tak guna kereta dan memang tak minat nak bawa kereta makanya aku pon biarkan dulu. aku fikir positif mungkin nak buat lesen P tu lama.

setahun aku diam , aku call makcik A menanyakan soal lesen P aku bagaimana. makcik A tu cakap lesen P aku masih dalam keadaan baik . belum tamat lagi.

maka aku dengan tanpa perasaan curiga mengiyakan makcik A tu . memandangkan aku rasa dia lebih berpengalaman dari aku.

dan aku pon melalui saat saat busy aku uruskan diploma aku....

sampai masa aku tak sedap hati , aku call makcik A sekali lagi , then tetiba dia dalam keadaan gelabah berkata "ok nanti akak datang rumah awak ye, nak ambil gambar, lesen awk belum tamat, hidup lagi"

dan aku pon tunggu .. tunggu .. tunggu .. dan tunggu ..

lepastu aku bengang dan semakin gelisah .

makanya aku pon call la makcik A ni. dan makcik A ni seolah olah berlakon yang dia hilang no aku. dan tetiba terus nak datang rumah aku malam tu juga.

aku pon bersedia.

dia datang bersama si pakcik B, dan yang sedihnya makcik A taknak keluar daripada kereta langsung. Pakcik B kata lesen P aku telah tamat tempoh lebih daripada 2 tahun . Macamni tau , actually makcik A ni tak buat langsung lesen P  aku ni. aku hanya ada kertas jpj yang membuktikan aku lulus sahaja.

yang paling sakit si pakcik A hentam aku begini
"kan bini saya dah suruh awak hantar gambar , awak yang tak hantar2 lebih 2 tahun, so macam mana saya nak proses lesen P awak? then bini saya pon dah call banyak kali awak tapi awak tak angkat2"

aku pandang muka makcik A dalam kereta dengan penuh muka blur dan tanda tanya tapi makcik A muka confident mengiyakan laki dia dan taknak keluar kereta.

aku pulak masatu takde backup. aku takut ah bila pakcik A hentam aku sebegitu. Then makcik A suruh aku pergi pejabat JPJ bawa kertas yg bukti aku lulus untuk buat permohonan buat lesen P. Makcik A suruh aku tipu orang JPJ yang aku belajar luar negara tak sempat nak settle.

Then esoknya aku pergi bersama akak aku, then aku tunjuk segala bukti yang aku dah lulus jpj tapi aku tak dapat lesen P. Then aku kena hentam dengan orang JPJ pulak. Sebabnya memang salah aku , dan yang paling sakitnya aku hanya lewat 9 hari. kalau aku datang lebih awal aku selamat sebab tak sampai 2 tahun pon.

aku lagilah bengang bila dia cakap aku hanya lewat 9 hari. sebab aku dah contact makcik A tu lebih awal cuma dia je buat endah tak endah.

Balik rumah aku msg makcik A. Aku luahkan segala kekecawaan aku kat dia. Beb, rm1200 wei terbang macamtu je. Pakai duit bapak aku lak tu . apa aku nak jawab dengan bapak aku ??

Lepastu makcik A pon macam dah sedar kesilapan dia. Dia ajak aku rasuah lak. Dia minta aku rm300 untuk aku settle dapat lesen P. Tapi aku kena bayar rm300 then kena buat balik ujian JPJ.

gila kau ?????
aku tolak mentahmentah lalu aku terus block makcik A.

Ambil masa juga la aku nak explain dekat ayah . aku takut namatey. Masa aku sem3 baru aku bagitahu. Tu pon time aku takde kat rumah . aku posting kat KL.
and cuba teka apa tindakan ayah aku ??

dia merajok gila babi. dia tak reply msg aku. Then dia marah akak aku sebab merahsiakan hal ni. aku balik rumah ayah tak tegur aku langsung wei.

masatu aku rasa macam ayah tak boleh tengok muka aku. kalau tak nanti dia nak menyirap je.. aku pon apa lagi aku terperap je la dalam bilik tak kuar2. Dan akhirnya ayah yang pujuk aku. bukan aku yang pujuk dia HAHAHAH

lepas je aku tamat belajar, ayah cepat2 suruh aku buat lesen kereta.
kali ni aku nak buat dengan orang lain. aku taknak sejarah berulang kembali.
dahlah buat dengan Pakcik A macam musibat.
ada ke patut pakcik A tu ajar aku lebih kurang je. aku dahlah tak reti bawa langsung , dia ajar gitu2 pastu dia blah. kwajakk betul .

so kali ni aku memang google betul betul, sampailah aku terjumpa satu link ni
http://www.lesenmemandu-shahalam.com/2013/06/harga-lesen.html

sebenarnya aku research banyak juga tapi encik halim ni yang paling murah aku dapat.
dan yang bestnya pendaftaran aku tak payah susah susah nak pergi ofis bagai. aku hanya tunggu dia datang depan rumah sahaja. so dia datang rumah lepak minum dengan ayah dulu. Then aku pun start la rutin balik .

bapaklah bosan nak dengar ceramah yang dah pernah dengar. 6jam woiiiii

macam biasa la pengangkutan pergi balik mmang dia yang hantar dan ambil aku . tapi sumpah dia bawa laju k. dia selalu ambil aku pakai bmw. memang tangan aku pon nak bersilat je dok sebelah dia. dia pun suka gelakkan aku sebab penakot.

sangat best dia ajar dekat litar dan jalan sebab dia tak pernah tinggalkan aku. dia ajar penuh kesabaran walaupun kadang aku degil . bila suruh perlahan aku buat laju, bila suruh tukar gear pon kadang aku ego taknak tukar kahkahkah. bukan ego tapi bila kita kelam kabut kita jadi rasa tak sempat nak tukar HAHAHAH

and and and dia tak pernah biar aku tunggu lelama. tak sama macam si makcik A dan pakck B. kalau aku dah settle , nak kena tunggu 30min-1jam baru dorg hantar aku balik .

kalau encik halim , aku settle je dia terus hantar aku balik . cuma pernah sekali terkantoi dia lambat 5min rupanya dia tengah main dam dengan kawankawan dia. masatu dia tengah tunggu aku buat JPJ cubaan pertama.

kenapa mention cubaan pertama ? sebab mestilah kerana aku gagal HAHAHAH
aku gagal di bukit. haa ni nak cerita ni rasa terkilan tu

actually sebelum nak buat JPJ aku telah tambah lagi satu kelas extra. sebenarnya kalau nak tambah kena bayar rm80 tapi encik halim bagi diskaun dekat aku.

lepastu, bukan takat tu je, dia siap bagi lagi extra pagi tu selama 1jam aku buat dalam litar sebelum nak pergi JPJ. baik hati betul encik halim ni 

aku memang confident namatey kiranya masatu sebab extra kelas dah buat banyak .

tapi tapi tapi aku gagal sebab JPJ bodoh tu spoil mood aku .

aku dah naik bukit dah hon dah angkat tangan bagai tetiba dia marah sebab aku tak letak nombor dekat tepi cermin . alahai relax la. buat aku gelabah.

perempuan ni bila dah kena marah jadi sedih jadi macam nak emosi nak merajok nak nangis HAHAHAH

sebab emosi tak stabil aku , aku punya kaki dah gigil lalu tak boleh nak main clucth dan minyak dengan betul .

dan akhirnya kereta pun terundur HAHAHAH

bapak la sedih namatey kecewa dia lagi pedih dari putus cinta do sumpah

sebenarnya sebelum aku nak buat JPJ tu aku sibuk tanya budak2 yang repeat. aku tanya harga . masing2 berlainan , ada yang kena rm400,350 dan 300.

lepas aku dah gagal tu aku dah rasa sedih dah sebab pikir nak susahkan ayah aku mintak duit lagi. memang sedih la woii

lepastu aku pon msg encik halim yang aku gagal bukit dan encik halim kecewa . yela pagi tu aku boleh buat. lepastu aku mengadu la aku kena marah gan jpj tu sebabtu mood aku goyah HAHAH

aku beria tanya encik halim berapa aku kena bayar untuk buat jpj lagi sekali. tapi encik halim suruh aku fokus untuk jalan raya dulu .

so aku pon taknak fikir pasal duit, aku pon nak fokus kat jalan raya. then tetiba ada si anak keling muncul depan mata konon nak beri semangat.

alhamdulillah aku pass jalan raya. then selesai semua , enck halim pon nak hantar aku balik.
dalam kereta encik halim bagitahu yang aku cuma bayar rm200 sahaja sekali dengan extra kelas.

bapak baik do. orang lain bayar mahal lebih dari aku tak dapat extra kelas . aku dapat DUA KALI extra kelas. aish bertapa baiknya encik halim ni . aku terharu betul do.

lepastu dia tak abis2 nasihat aku supaya mental kena kuat . kalau jpj marah je buat bodoh.

then tibalah ujian jpj aku cubaan yang kedua .
alhamdulillah aku pass , yang penting no aku dah letak tepi cermin supaya JPJ tu tak kacau mood aku.

lepastu mak aku pon bagi encik halim buah tangan serta duit jajan dekat dia . dia pun menyengih malu malu HAHAH

yang paling bahagia aku pass adalah mak aku . serius . mak adalah mak yang paling bahagia kalau anak dia bahagia. cara riak wajah dan suara exited dia buat aku rasa nak buat kenduri 10 khemah.

bayangkan beb , hari rabu aku pass , hari jumaat aku terus dah dapat lesen P aku . kau bayangkan beb , secepat tu ? padahal aku takde nak kena bagi gambar lepas aku lulus tu pon sebab encik halim dah minta awal2 masa pendaftaran. bagus betul encik halim buat kerja.

bagi aku servis dia memang sangat best dan cepat .
sangat baik dan yang penting tak garang hehehehe

siapa nak buat lesen area shah alam boleh contact
Call/ Sms/ Whatapp : 0104434393, 012-731 3531, 03-5545 1531 - En. Halim

saya bagi 10/10 untuk servis encik halim !





benda paling nakal pernah buat dulu

ada ke budak dilahirkan kedalam dunia ni tak mempunyai sifat nakal walaupun sedikit ?
mesti ada punya walaupun secebis.

sementara ingatan aku ni masih ada tentang benda nakal2 buat dulu baik aku cerita sebelum aku lupa yang dulunya aku ni adalah budak yang nakal.

1. MENCURI.
Aku tak ingat masa ni umur aku berapa tapi maybe dalam darjah 1-3. Aku pernah curi duit 50sen mak dalam tabung mak sebab nak beli sengkuang jiran sebelah aku. sengkuang dia memang best sesangat dan aku memang betul betul nak beli sampailah aku mencuri duit syilling mak secara diamdiam.

Aku pernah juga curi duit ayah. Alasannya macam biasalah nak beli kopok eskem coklat. Tapi aku tak ingat jumlah aku curi duit ayah tu. Tapi bila dah besar ayah cakap "AYAH PERASAN TIME ANAK AYAH CURI DUIT AYAH" yela.. dulu hidup susah.. duit ayah pun bukan ada sangat, so kita akan ingat balance yang ada dalam purse kita bila duit kita tak seberapa. Tapi ayah tak pernah pulak nak bising2 duit dia kurang singgit ke apa . Mak tak perasan duit dia kurang 50sen pun sebab duit syiling dia banyak sangat , so dia tak boleh nak syak wasangka. HAHAHA

Selain daripada duit, aku juga pernah rembat majalah bintang kecil kawan aku. Haa masa ni aku ingat lagi aku darjah 2. Dia bawa majalah dia tu lebih dari 10 aku rasa. Memang banyak gila, kaya namatey budak ni aku rasa . HAHAHAH. Then sebab aku rasa majalah dia tu banyak sangat, so pemikiran tak berakal aku masatu pun pikir nak rembat la dalam 3-4 buah majalah dia. Tapi bila fikir balik, aku rasa dia memang nak bagi mmber dia kot ? Sebabnya dia bawa semua majalah dia lepastu dia letak camtu je bagi semua orang baca. Aku tengok ada je yang lain amik buku tu simpan terus dalam beg. So rasa rasa camne ? Dahlah aku tak ingat pun mmber mana yang aku ambil majalah dia ni . Tapi aku harap sangat dia bawa majalah banyak banyak tu pergi sekolah sebab nak sedekah kat kawankawan dia .

Curi benda orang yang kita kenal macam mak ayah boleh lagi nak minta maaf , siap boleh bayar lagi 50sen mak aku tu sekarang juga kalau dia mintak , orang yang tak kenal atau takkan jumpa ni ? harap harap la niat dia memang nak bagi kawan kawan . lagipun dia memang biarkan je. takde pulak dia minta kawan kawan dia pulangkan balik buku dia keesokan harinya.

So, bab mencuri ni masa kecik kecik je la, bila dah besar ni aku sangat sangat jaga tingkahlaku. serumah sebilik dengan mmber aku yang suka letak barang berharga sepah2 pun aku tak pernah pun rasa nak curi. malah risau duit dia hilang lagi adalah , sebab takut nanti dia tuduh aku pulak curi duit dia.

tapi masa aku posting dekat ipoh duit aku pernah hilang rm100. masatu menyesal tak dengar cakap mak. mak pesan jangan keluarkan semua duit atau banyak sangat duit , takut hilang, aku pulak jenis malas nak pergi bank banyak kali. so aku standby keluarkan separuh duit . dan akhirnya malam tu hilang rm100 dan aku yakin pencuri tu adalah kawankawan aku sendiri. sebab malam tu aku sedar tengah malam dia tak tidur lagi lepastu duduk sebelah beg aku. tapi masatu tak fikir pun dia nak curi. tapi aku buat buat taktahu pun la. memandang dia pun orang susah. aku malas nak panjangkan cerita. so kira halal kan je la. aku nangis bagai nak gila call emak ayah aku aku kurang rm100. padahal ayah transfer lebih dekat akaun aku masatu. masatu aku nangis bukan sebab duit aku tak cukup tapi aku geram duit aku hilang macamtu je. pandai pulak tu si pencuri taknak ambil semua. HAHAH ayah kalau aku posting jauh jauh dia sentiasa transfer duit lebih dekat akaun aku . dia suka sangat bagi duit emergency dekat aku. aku bukan nak cakap aku anak yang baik tapi aku bukanlah anak yang suka sangat minta mak ayah duit untuk kepuasan diri. kalau dorang nak bagi, aku terima. tak bagi takpe. HOHOHO.

okay, kita kembali semula kepada benda nakal .

2. BUAT HAL DI USIA REMAJA

masani biasalah , umur dalam tingkatan 1-5 ni memang selalu buat benda benda bodoh sebab jiwa asyik memberontak.

Pertama, ponteng sekolah . ha kau janga memain . ni bukan ponteng kelas tau , ponteng sekolah terus. keluar rumah pakai baju sukan , pastu bukannya pergi sekolah , tapi melencong pergi sunway pyramid. masatu sekolah sesi petang so orang pun macam tak perasan sangat. masalahnya, pergi sunway tu pukul 12 dah gerak. 1230 sampai , pastu pukul 2 dah terpacak depan pagar sekolah. buat apa ? MELEPAK. masalahnya takde tempat lain ke nak lepak ? dahlah hang ponteng pastu bijak benar g lepak depan sekolah dah kenapa ?? tengah sedap lepak , tetiba ada cikgu disiplin keluar. aku seyes tak perasan , dan tak sempat nak lari sebab dia dah ada depan mata. dia tanya aku dan kawankawan aku, kitorg buat apa kat sini. then aku cakap la aku tunggu bas nak balik rumah , dan aku kelentong yang aku ni budak sesi pagi, tingkatan 4 tassawur. cikgu tu boleh pulak percaya. KAHKAHKAH. lepastu kitorg lepak tempat lain.

Kedua, bergaduh . tapi aku bukan jenis perempuan yang suka gaduh pukul belasah tu eh . aku gaduh pun sebab ada orang yang tak puas hati je gan aku. aku taktahu la kenapa. tapi sebab orang suka petikpetik nama bapak aku , gila tak panas. setakat gaduh cakap pasal aku takpe juga. ni sampai membabitkan keluarga ni aku memang takboleh la, aku yang malas nak gaduh ni terpaksa gaduh . tapi setakat gaduh mulut je, sebab sebelum gaduh aku dah pesan yang aku taknak benda ni ada yang naik tangan ke apa. aku taknak dipukul dan memukul.

Keempat, datang lambat. aku taktahu la asal dulu aku suka sangat masuk sekolah lambat padahal aku boleh je sampai awal. kalau aku dah sampai awal depan sekolah , aku mesti merayau dulu kat mana mana , pastu baru aku masuk. mungkin sebab aku malas nak beratur sebelum masuk kelas kot. bayangkan la dahlah tengahri buta panas terik . memang taklah .

rasanya cukup sampai sini je aku citer. penat.



kedai makan minum best !!!

siapa je yang tak suka makan dalam dunia ni ? hohohohohoh

tempat makan best!

1) SECRET RECIPE

Image result for secret recipe macaroni cheese

mac&cheesee !
meletopppppp k . dia punya sedap memang akan terbayang2 bila dah makan. padat dengan cheese and sangat kenyang! walaupun harga boleh tahan mahal tapi puas hati sebab mantap dan padat.

Image result for secret recipe vanilla milkshake

vanilla milk shake !
pastu digabungkan pulak dengan yang ni ! wahhh sekali sedut rasa macam nak menyengihhhh je . memang cukup rasa. cukup rasa vanilla dan milk. dan cukup shake kahkah harga pon boleh tahan mahal juga , so if nak nak makan mac&cheese bersama dengan vanilla milk shake ni kena standby dalam rm40.

2. BROTHERHOOD SEKSYEN 7 SHAH ALAM

Image result for restoran brotherhood shah alam mango smoothies

Mango smoothies !
gilaaaa sedap rasa macam tak puas hati kenapa sedap sangat T.T bila first sedut tu rasa macam tak percaya dia sesedap tuuu . pastu ketagih nak lagi lagi dan lagi . minum ni saja dah boleh kenyang k. harga pon murah rm4.50.

makanan dan minuman kat sini semua murah murah dan berpatutan cuma bab makanan takde yang sampai buat aku tergiang2 selain daripada air mango ni. makanan bukanlah tak sedap. sedap saja cuma takdelah sampai menggila. hohooho


sekarang ni tahun 2016 , kfc paling hangat untuk diri aku adalah ini

Image result for potato loaded kfc malaysia

3. LOADED POTATO BOWL

dahlah harga murah , kenyang pulak tu . kenyang gila kadang tak habis. sebab padat. dalam dia ada kentang putar, sos cheezy and ayam. yang sambal rice bowl tak sedap. aku tak pernah beli , tapi haritu aku beli potato ni , beli bungkus. pas dia dah bungkus siap ikat aku bayar terus la balik. dah balik semangat nak makan boleh la si abang tu bagi aku sambal rice bowl. punyalah bengang aku , aku dahlah masatu diet. pergi kfc sebab taknak makan nasi, balik rumah bawa balik nasi lak. aku tengok isi dia, nasi lauk ayam and sambal biasa je. tak menyelerakan langsung . aku dengan bengang2 panas2 tu aku patah juga balik, aku pergi balik kfc tu dengan muka ganas gangster konon nak marah abang tu sebab menyusahkan aku ulang alik dengan panas terik. kalau dekat tempat takpe . waktu lunch pulak tu orang semua sibuk nak makan tengahri. tapi sampai depan kaunter tetiba dah tak marah , terus minta tukar and blah. kahkah

4. MOHD CHAN

Image result for mohd chan shah alam

dekat seksyen 15 shah alam. best sangat kedai dia, kalau pergi waktu tengahri memang kena berebut meja , sama juga waktu malam, lambat sampai memang dok luar la kau tunggu orang lain habis makan. menu dia semua sedap sedap and harga berpatutan dengan kuantiti yang disediakan. muka lepas makan memang muka puas hati dan lega sebab puas hati. paling enak kalau berbuka dekat sini, dia punya gelojoh makan tu macam tak ingat dunia.

hidangan paling penting dan wajib  mesti kena order adalah ini

Image result for mohd chan shah alam

ni dim sum

Image result for mohd chan shah alam

ni udang apa aku taktahu , tapi benda kuning2 tu memang terbaik sedap namatey

Image result for mohd chan shah alam

ni sup apa pon aku taktahu tapi memang sedap gilaaaaaaaaa ya ampun sedap banget.

aku datang sini cuma tengok ayah order dan makan . aku taktahu pon nama nama dia kahkah
yang penting sini adalah tempat makanan cina yg halal paling best ! selalu untuk 6 orang makan , aku nampak ayah aku bayar dalam rm200++ dia memang nampak macam mahal tapi actually kuantiti dan kualiti yg dia sediakan sangat memuaskan hati.






okay , lepas petang tadi puas dok bebel pasal produk untuk memutihkan dan menghilangkan jerawat , malam ni nak bebel pasal barang makeup yang aku dok tonyoh kat muka nii . hekhekhek

okay , untuk step yang pertama iaitu bb cream . aku pakai yang ni :


best gilaaaa hokayyyyy ! sangat ringan dan boleh menutup 40% cela dekat muka. selalu pakai bb cream jenama lain mesti rasa macam tebal and berminyak. tapi produk etude house memang awesome sebab ringan dan kurang berminyak . 

untuk bedak pulak , aku pakai 3 jenis . 3 jenis ada 3 perkara yg berbeza. 

kalau aku nak keluar lamanya dalam 5jam keatas , aku akan pakai yang ini 


sumpah best gilaa k pakai maybelline bb cushion ni . sangat terasa flawless and mampu menutup cela . texture pon sangat ringan , kurang berminyak and and and nampak natural jee, rasa macam tak pakai bedak pon . awesome gila k . 

tapi untuk aku keluar dalam 3 jam macamtu aku akan pakai bedak compact yang lebih simple dan ringan . tapi tak sebest maybelline bb cushion tu la. cuma oklah , sebab nak sekejap je jalan kan . kalau setiap kali keluar nak pakai bb cushion tu memang parah la aku. dahlah mahal. so kalau setakat 3 jam macamtu , aku akan pakai bedak ni 


tapiii untuk keluar sekejap setakat nak pi pasar ke ..beli pisang goreng kat tepi umah tu ke.. atau makan dekat restoran area rumah kee ,  aku pakai bedak tabur jeee iaitu

bedak ni best juga, walaupun setakat tabur tapi dia nampak seri gak hahahah . tapi ni ubat macam ubat berubat . untuk kulit muka yg sensitif ke , gatal2 ke.. dia boleh membunuh kuman. 

okay , selesai cerita pasal bedak . nak cerita pasal gincu pulak . 
sebenarnya aku ni banyaaaakkkk gila gincu. lebih dari 50jenis gincu aku ada. tapi aku bagi apa yang paling best dan yg paling kerap aku pakai . 
1st yang tengah aku pakai sekarang ni sampai takde rasa nak pakai gincu lain adalah 


bestt gilaa namatey lip graduation ni . boleh buat alaa alaa korea gituu kau. tahan lamaaa walaupun dah makan . setakat ni inilah yang paling gempak pernah aku beliii . heehehe 

tapi untuk liptint aku suka yang ni 


colour dia sangat awesome dan juga tak memberi kesan kepada straw ke sudu ke bila makan . so bebasla takde kena kutuk gincu melekat kat straw ke hape. cuma tak berapa nak tahan lama so kena sentiasa touch up dlam 1jam sekali macamtu. tapi senang nak apply so takde rasa masalah sangat. rasa and bau pun sedap. 

untuk penjagaan bibir yang sihat sebab selalu sangat pakai gincu apa semua, aku pakai ni dalam rumah 

aku akan pakai waktu pagi dan sebelum masuk tidur. rasa macam coklat heheheh

untuk mata pulaaa , aku suka pakai maskara , tapi pakai untuk keluar lama macam 5jam keatas. kalau tak memang malas aku nak pakai. sebab maskara ni leceh nak cuci dia, kalau dah cuci pon mata macam mata panda. hahaha sebab maskara yg aku suka ni memang kalis air. 

sudah semestinya maybelline . so aku selalu pakai yang jenis macamni , tapi yang aku selalu beli yg bekas warna kuning tuuu . ok sangat sebab kalir air tahap berpuluh kali ganda. 

untuk eyeshadow pulaa aku pakai yang ini 


jarang pakai sebenarnya yg jenis niii , sebab tak reti pakaii sangat heheheh 
yang ni pakai dekat atas mata . untuk bawah mata aku pakai yang niii , 


best gilaaaa eyeshadow yg colour white ni. aku memang selalu pakai benda niii okayy , tapi takdelah setakat nak keluar g dekat2 nak pakai. hahaha . so ni aku pakai kat bawah mata. 

untuk eyebrow aku beli jenis pensel yg biasa biasa punya yg takde jenama. lagipon aku bukan reti sangat nak lukis kening ni . hehehe 

untuk blusher pulaaaa , ya Allah ni yg paling best okay. blusher paling best pernah aku jumpa dalam dunia. sangat awesome dan aku taknak tukar lain hahaha , 


produk siti nurhaliza. gilaaa terbaikkk . rasa macam tak sempurna hidup ni kalau benda ni tak ada. sangat best hokayyyy ! nampak manissss je bila pakai. 

okayy habisss !


produk kecantikan

harini free sangat sangat sampai taktahu nak buat apa , bila dah free mulalah jiwa tak tenteram nak buat sesuatu. karang tak buat sesuatu kerja dia makan tidur makan tidur pulak. plan japgi nak g main makeup2 diri sendiri. bila fikir pasal muka rasa macam nak cerita pasal produk yg pernah aku pakai.

masa zaman sekolah , aku punya hitam , memang hitam namatey . sebab tak pernah cuci muka, main panas, tak pakai apa apa produk kecantikan mahupun bedak. memang tak sentuh langsung . dulu masatu rasa kecantikan ni tak penting langsung. asalkan ada makanan dah cukup buat aku. tapi bila dah masuk zaman sekolah menengah ni ada jugala terasa macam nak jaga diri sendiri. mulalah berjinak2 nak tanya akak aku dia pakai apa, mak pakai apa.. dan first produk yg aku pakai adalah ini


masa dulu beli yg no 4 tu je .. zaman sekolah kan malas and rasa membazir nak keluarkan duit lebih lebih utk produk macamni.. masatu beli niat nak putih je. sebab dulu itam yg gila itam takde seri . hahahah jadi masa beli produk ni memang harapan tinggi sangat supaya jadi putih.
tapi harapan tinggal harapan, putih belum tertunai lagi , jerawat pulak naik . tension gila sampai nangis nangis. sampai taknak pergi sekolah sebab malu dengan jerawat. jerawat tumbuh tanpa rasa bersalah langsung .

tension sampai pergi klinik do jumpa doktor , tanya doktor apa pasal jerawat kat muka tumbuh tanpa hentii . dan doktor bagi sabun ni




oklah juga sabun ni , tapi tulaaa , kita nak kulit putih . pakai produk ni dia kawal je jerawat dari tumbuh merebak , tapi kulit tak putih pon .

bila muka dah bebas jerawat , pakai pulak produk ni , produk nak putih



omg . kulit ni buat muka aku jadi flawless dan putih . jerawat dahlah tak tumbuh langsung, pastu putih pulak tu . lama juga aku pakai produk ni sebab berkesan , tapi lama lama org asyik cakap produk ni ada bahan kimia yg berbahaya dan banyak yg tiruan , maka aku stop pakai produk ni

makanya aku pakai produk ni balik



aku pakai produk ni balik masa aku dah zaman kolej dah . kali ni beli satu set lengkap. kali ni pakai muka aku memang putih sampai org tanya macam mana nak jadi putih macam aku, tapi yg tak bestnya jerawat naik mendadak pakai produk ni. jerawat besar2 pulak tu . siap bernanah kuning . aish tension sangat . so aku stop pakai produk ni and siap berjanji takkan pakai lagi . mungkin tak sesuai dengan kulit muka aku. sebab kawan aku pakai elok je. lain org lain la kesannya. mungkin utk sesiapa yg muka dia susah nak berjerawat tapi nak putih, boleh pakai produk ni.

so, bila dah stop pakai produk tu, aku pakai pulak produk ni



produk ni best sangat sebab jerawat memang takkan muncul walaupun korg tengan period. serius best sangat . kulit ni dia macam bersumberkan strawberri. wangiii bau strawberi. dia juga untuk nampak muka jadi pinkish2. lama juga aku pakai produk ni . tapi.... lama lama kulit aku jadi gelap. makin lama makin gelap macam terbakar. mungkin sebab kesan pinkish tu sebab kawan aku cakap muka aku gelap merah2. aku dah risau, aku rasa produk ni sesuai utk org yg betul2 putih.
rasa sedih nak stop produk ni sebab best tak keluar jerawat hmm

jadi , aku stop pakai dan aku pakai pulak produk ni



satu set terus aku beliiii . terus terang produk ni pon sama cam safi buat kulit aku tambah jerawat , tapi safi memutihkan gak. kalau produk ni tak nampak pon kulit aku nak ada improvement cerah tu. aku dah bosan tunggguuuu produk ni nak bagi aku putih, dahlah tak putih , jerawat pulak tu , tapi mungkin sebab aku tak serasi. kalau org lain mesti okay .

aku dah stop pakai produk tu , makanya aku mmg tak pakai apa apa dah produk . bagi kulit aku rehat jap. masa bagi rehat tu , ya Allah banyak sangat jerawat tumbuh . hmm betullah kata kawan aku, bila stop pakai produk garnier ni , jerawat akan naik mendadak. mendadak sangat naik sampai nak nangis. hmm

pastu raya haritu aku dah tak tahan aku pakai produk ni pulak , produk ni aku beli sebab nak cerahkan muka aku balik and hilangkan jerawat




seminggu aku dah pakai produk ni , viral dekat facebook produk ni jerawat la apa la, tapi bila aku baca comment2 , ada yg kata dah lama pakai takde pon kesan buruk macamtu , malah kesan yg positif. tu aku cakap, lain orang lain kesannya. aku teruskan juga pakai produk ni dengan penuh kepercayaan . dia ada 2 pilihan , sama ada set utk kulit sensitif atau kulit berjeragat. so cferm2 la aku amik yg sensitif. sebab yg sensitif ni untuk hilangkan jerawat dan mencerahkan kulit. alhamdulillah sepanjang aku pakai produk ni tak ada kesan buruk , malah kesan2 jerawat aku yg teruk tu pon dapat hilang sikit demi sikit.. cuma, sejak aku pakai produk ni, muka aku jadi pedih bila nak lap tisu basah bagi hilang makeup. pedih dia pedih yg teramat. bila aku cuci muka pon and selepas cuci pon muka aku jadi pedih tapi tak kemerahan pon . aku teruskan juga pakai even pedih sabun pencuci dia. aku fikir positif muka sabun tu tengah bertindak balas hapuskan kuman dekat kulit aku sebabtu pedih . hahaha ..

tapi bila sabun aku habis , aku tukar sabun lain sebab macam taktahan lak dengan kepedihan yg dialami ini , maka aku tukar sabun sahaja .



okay sabun ni best gegilaaaaa. segar dan wangiii dan yg paling penting tak pedih .

so sekarang aku masih lagi setia memakai produk dnars cuma sabun je aku tuka kepada sabun marine essence.

bye !


hiiiiiiii ! hehheheh dah lamanya tak cerita pasal anak keling atas nii ! sambil menaip sambil memandang gambar atas ni. walaupun si keling buat muka sakai tapi hakak tetap sejokk hati melihatnya. 

sebenarnya ... bulan lepas kitorg dah genap 3 tahun .. 
ntah la rasanya macam dah lama gila hidup dengan dia ni . tapi baru 3 tahun ? 
3 tahun ni jugala macam macam dugaan dan liku liku drama sedih gembira bersama dia. 
kadang rasa dia ni power juga sebab boleh bersabar dengan perangai aku yg serba serbi mengade ni. dia pon apa kurangnya mengade . rasanya dia lagilah serba serbi serbott mengade tapi aku masih disisinya 

semoga, hubungan yang sudah 3tahun ni tidak berakhir begitu sahaja. malas nak fikir atau mulakan hidup baru dengan sesiapa lagi . cukuplah mamat ni yg terakhir dalam hidup aku. 

terima kasih sayang sebab jaga saya


semester 6 !

rasanya macam baru je buat cerita pasal awal sem masuk kolej ramsay yang serabai tu kahkahkah , tapi tiba tiba harini dah cerita pasal last sem . minggu depan ada final exam . yes aini final exam , lepasni aku taknak dah sambung belajar amik degree ke apa , penat do penat .

sem ni adalah sem yang sedikit mencabar kerana selama 14 minggu dan aku diperintahkan untuk berkhidmat di 3 negeri yang sesunguhnya aku tidak merelakannya. 1st rotation aku adalah di NASAM Penang, 2nd rotation di Yayasan Sultan Idris Shah di Ipoh dan third rotation di klinik kesihatan bandar botanik . so harini nak share pengalaman berada di tiga tiga tempat ni .

NASAM PENANG 
sumpah tak rela siak nak pergi , nangis macam gila dan 3 hari sebelum nak pergi pon dah badmood semacam. last class pon nangis macam apa dalam kelas sebab fikir jauh dengan kawan aku yg 3 ketul tu . hmmm

gerak pergi penang pukul 11 45 malam hari sabtu , dan sampai penang dalam pukul 5 pagi hari ahad. pergi terus rumah budin yang awesome tu . ala lupa nak list kan nama org yang follow aku kat penang ni kihkih aku bersama dengan risha, nad dan juga mut.

banyak sebenarnya kejadian tak best berlaku di penang seperti rumah sewa dan juga perangai buruk mut . tapi malas nak cerita sebab taknak jadikan memori pun kes ni .

tapi therapist dengan nasam penang adalah terbaik dari ladang kerana sangat baik dan sporting. tak pernah stress langsung cuma kitorg diberikan tugas untuk conduct aerobic, games dan exs, memang stress sikit la nak fikir game yg dorg tak pernah buat , nak2 lak aku ni tak kreatif sangat hahaha tapi alhamdulillah aku dapat settlekan tanggungjawab aku.

dekat penang duit mmg laju berjalan dengan derasnya . taktahu la kenapa masa hidup dekat penang ni asyik kena beli sesuatu je. sesuatu yg akan lenyap menjadi najis pulak tu . selalunya aku akan keluarkan duit waktu makan tengahari. makan bodoh bodoh je dah rm10++ walaupun hanyalah gerai di tepi jalan . tapi gerai tu air milo ais dia bapaklah sedap . sampai aku order 2 dan makcik kedai tu dahtahu yg aku akan order  dua bila setiap kali datang. bagi aku makanan kat kedai dia tak sedap langsung tapi sebab nak isi perut so aku makan je la ,

walaupun dekat penang selalu bergaduh dengan mut, tapi dengan dia la yang aku selalu merayap kahkahkah. gaduh benda biasa je. bukan salah mut sorg , mungkin ada salah aku juga yg tak memahami keadaan sebenar.

so kesimpulannya, best jee posting kat penang ni sebab tak petak sangat , banyak tempat best boleh pergi dan transport pun senang nak dapat. stesen bus rapid dekat je dengan rumah kitorg and rumah pun okay sebab selesa . cuma ada sedikit je masalah masa 2 minggu duduk situ.

scale seronok : 8/10

YAYASAN SULTAN IDRIS SHAH 

masa nak posting sini fikir positif je sebab perak tak jauh sangat dengan selangor. so bila bila pon boleh balik. aku macam plan nak balik tiap minggu je tapi mak macam tak berapa nak setuju kalau aku nak balik tiap minggu. so minggu pertama aku tak balik . tapi minggu kedua dan minggu2 seterusnya aku balik je, bosan nak matiiiiii dok situ . rumah dahlah dekat dengan hutan . nak pergi kedai runcit pon kena menapak jauh . menapak kalau selamat takpe jugak. ada anjing liarlah , ular la. haritu je ular besar dah masuk rumah. sejak ular masuk rumah , aku fobia gila nak berak kat umah tu. risau masan berak tu tiba tiba ular muncul dekat lubang jamban . terkam bontot aku ke apa . aish .
bukan tu saja k, rumah tu ya Allah panas gilaaaa. waktu malam pon panas apetah lagi siang . setiap malam tidur berpeluh. dahlah panas, nak mandi sejukkan badan pon tak lega sebab air pon panas macam baru lepasn jirang je. memang stress gila duduk kat ipoh ni sebab suasana tidak memberangsangkan. tapi yang bestnya , dapat jimat sebab makanan murah murah and kitorg bawa bekal pergi kerja.

yayasan ? biasa biasa je la . cuma best sebab dapat ramai kawan. patient ramai cina. mungkin sebab kawasan situ memang ramai cina pon tapi therapist semua india. takde pon melayu mahupun cina, student je ramai melayu . so kira macam fair la. patient cina, therapist india dan student melayu. nampaknya, kedudukan melayu adalah paling terendah di perak kahkah

tapi aku tak boleh lupa dengan jantan penipu yg aku jumpa dekat ipoh ni. iaitu student mahsa. aku dah lupa nama laki tu. so aku namakan dia sakai. so si sakai ni masuk yayasan minggu kedua aku kat sana. nak dijadikan cerita si sakai ni punyalah baik nak mati dengan aku dan geng2 aku. nampak aku angkat karpet je mesti nak tolong . nampak aku menguap je mesti tegur dengan penuh kasihan. nampak aku pegang kepala je mesti ambil berat aku sakit ke. padahal aku tengah pegang jerawat aku kat kepala. bukan sakit kepala pon . bukan dengan aku je, dengan geng2 aku sekali. memang mulut manis nak mati la aku cakap .

punyalah baik, sampai nak pelawa hantar kitorg balik kl. mula mula aku memang fikir dua kali, aku cakap gan mut aku taknak join, biar jela nad and risha nak join si sakai tu. sebab aku memang ada perasaan ragu ragu masatu . tapi sebab risha cakap kalau aku tak join , dia pon taknak join so takkan la aku nak biar nad berdua je dengan sakai tu , risau apa apa jadi. so kitorg pun ikutkan je la si sakai tu konon nak beria tlg hantar kitorg. dengan yakin kitorg pon tak beli la tiket bas balik selangor.  bila kitorg dah sampai umah utk packing barang balik selangor dan menunggu si sakai ni datang ambil, tetiba dia call dia cakap dia takjadi nak tolong . alasan sebab risau pula nak hantar kitorg balik. kepala otak dia la , masatu mmg panas la rasa. sedih . malas pikir panjang kitorg pon call teksi. teksi maii amik cepat2 kitorg pergi beli tiket bus. nasib baiklah ada lagi . aish ...

so aku baru sedar sakai tu buat baik sebab nak minta tlg banyak benda kat yayasan.

scale seronok : 3/10

KLINIK BOTANIK KLANG

posting kat klang adalah paling selesa sebab duduk rumah sendiri. dan travel sendiri. minggu pertama qasim antar minggu seterusnya aku pergi sendiri je, tapi kat sini hanya aku dan risha sahaja. mula mula nak pergi tu memang seram ah sebab dorg cakap therapist botanik strict. and yes , en mus sangat garang nak mati tapi aku tak pernah kena marah dengan dia walaupun aku banyak juga tak dapat jawab soalan dia. tapi risha selalu kena marah. tapi therapist yg paling aku suka adalah puan lalitha. ya Allah .. baik sesangat . dan aku rasa macam bahagia gila bila dengan dia, sebab boleh bergurau, aku taktahu kenapa kawan yg lain boleh tak suka dia tapi aku suka dia sangat2 ok. dan yang paling best aku selalu discharge kan pt dia, kahkahkah mungkin sebab tu dia berminat nak berbaik dengan aku kahkah . tapi takla, aku mmg dengan dia mmg aku suka sesangat . dia adalah the best therapist. aku harap aku boleh jumpa dia lagi .

posting kat sini memang banyak juga belajar . terlalu banyak. seronok belajar.

scale seronok : 8/10





kenangan 2015

harini nak share gambar kenangan sepanjang 2015 . banyak sangat sangat. 2015 la aku settlekan 2 sem dengan berjayanya alhamdulillah .. 

kita mulakan dengan bersama keluarga dulu kerana keluarga adalah no satu di hati .


okay ni masa pagi raya bersama akak dan ayah. masa ni nak siap2 pergi kg ayah sebab kg ayah diwaktu pagi dia meriah kerana waktu tu la orang sedang berkumpul. tapi sayangnya aku takde gambar kenangan di kampung ayah . 


pagi raya dikampung mak. 



ni malam raya di kg mak , masih memakai baju yang sama. leceh la nak tukar2 baju ni, kaau senang dapat peluang basuh baju takpe. tapi at least aku dah mandi k. 


ha ni bersama satu keluarga aku tapi dimasukkan sekali atok bersama2. see semua pakai baju nak tidur, aku je exited pakai baju kurung . actually sedara2 aku yang lain semua pakai baju kurung, tapi family aku je cam dah takde feel dah nak lelawa sebab pagi tu dah lelawa sangat. 


aku memang tak suka lepak dengan makcik2 jemah dalam rumah atok . hahaha , malas lah , kadang2 buat tambah dosa je. kalau topic yang bagus2 aku join la. tapi kalau topic dok burukkan orang sana sini , aku malas nak dengar. so lepak je la ayah yang menghisap vape bersama geng2 dia. 


kutip duit raya , yeah ! hahaha actually tahun 2015 adalah tahun yang paling kaya dihari raya, macam masyukk sikit duit masuk . tahun 2016 ni rasanya macam dah tak ada sebab aku pon dah habis belajar. 


ni raya kedua rasanya . aku pun tak ingat sangat , tapi yang pastinya aku nak pergi beraya rumah orang jauh2. rumah yang aku tak berapa nak kenal tapi muka tahu sikit2 ahahaha. 


raya dah habis , so tahun 2015 juga adalah tahun akak sah menjadi isteri kepada abg zamir. ni masa nak nikah k . nikah hari lain , kenduri hari lain . aish membazir je duit. kenapa tak buat sehari je serentak ? hoohohoho



and masa hari akak aku nikah tu, family aku semua dah ada dekat kg , dorang balik 3 hari awal sebelum waktunya. jadi aku balik kg bersama sama si qasim dengan umi. kalau taktahu 2 ekor ni aku pun tak tahu la dengan siapa aku nak balik. mungkin keseorang sambil membawa beg roda naik bas. 





ni hari kendurinya . gila tak suka aku pakai jubah ni . serius aku takkan pakai lagi jubah ni. argh menyesal gila bila fikir balik. 


ni adik beradik belah abg zamir dan adik beradik akak iaitu aku termasuk sekali. hekhek




ni bersama dengan minion aku iaitu umi aida bt abd mubin. 


2015 juga aku kenal dengan adik baru iaitu adik adam, ya Allah , sayang gila dekat budak ni, sayang dia sama macam mana aku sayangkan abang dia, medina khalisha namanya. haa bahagianya duduk rumah bila ada budak2 . 

nak share sikit gambar 2015 masa praktikal utk sem 4. 



ni kawan masa kecik2 dulu. sanggup dia datang jumpa aku dekat IPR. hmm aku nak kawan dengan lama dengan dia, tapi hm hubungan aku dengan dia macam sangkut lak tetiba. ni semua gara2 qasim kerana rasa tercabar dengan dia ni. hmm 

ni dengan budak2 degree. tapi pmpn tudung pink tu bukan budak degree. tu sama bacth dengan aku. 

yeah , inilah dia batch july 13 di hosp tunku mizan

ni masa kena pergi IPR balik gara2 log book. tepi tu kakak achu , muka sejibik siakk dengan achu. 

okay ni PPUM, praktikal tahun 2015 di sem 5
ni 1st day aku . muka tak ready je ni 


9 orang pergi ppum , 3 perempuan melayu sahaja 

yeah ini la dia kakak singa aku. sayang k dekat dia. 

sel selfie taknak habakkk, tu tangan dok selit kat situ tu sebab sejukkkk. gila wei ppum macam peti ais. 

ni dengan fisio dari women health. yang baju hijauu tu. 




ok habis ! 

lain pula 


masa ni nak tunggu mr kumar datang bagitahu budak mana yang selalu tak masuk kelas iaitu aku sekali . 




praktikal dekat gym . masa ni sama juga tengah tunggu mr kumar. aish kenapa la sir kumar selalu masuk class lambat , sebab tu gejala selfie ni berleluasa. huh !


haaa yang ni aku tak ingat tengah tunggu siapa. tapi macam tengah tunggu orang yang sama je. hekhekehk 

haa ni masa ada buat physio day , tudung lain2 sebb physio day ni buat 2 hari . bestttttt k ! rasanya macam lastttt je dapat join . 









masa ni pakai baju kurung cantik2 ni sebab ada kelas agama. 


azrul dia siot jee tauu , aku minta balik hp aku. dia pergi snap. huh !


yang ni tak ingat time bila tapi masa ni berkepit je la aku gan dia, hahaha 


masa ni tengah sambut hari jadi kawan kawan . 


kacau budak budak junior buat ospe ! 

dah lah habis cerita pasal kawan2 

last sekali baru cerita pasal anak keling ni. biar padan muke dia jadi orang terakhir aku nak cerita . 

masa ni nak karoke , and dia sorang je nyanyi sebab aku tak minat , biasalah qasim kan memang suka syok sendiri. 



ha ni kat tasik . eh memang tak banyak langsung la gambar aku gan qasim. sebab aku gan dia memang tak sweet . buat apa selfie banyak2. cukup je la apa yg ada ni . yang penting hati dan perasaan cehh tetiba lak