ku tewas di giant !

ceh , tajuk nak gempak je . okay ni yang nak cerita ni satu kisah yg menyayat hati yg berlaku pada aku harini di giant seksyen 13 :'( semasa sedang enak bershopping bersuka ria mengambil barang sesuka hati, hati terdetik untuk mencari pasal dengan ayip. niat hati nak bergurau jeee :(

aku : ayip, awek awek. usha usha kau pulaaa.
ayip : eeii tak payah la kakkk

lepastu aku acah acah je cakap dekat perempuan tu ayip kirim salam, tapi bukan budak perempuan tu perasan pun... ayip bengang.. kami pun saling pukul memukul.. pukul manja manja je pun.. kitorg pukul memukul dalam keadaan senyum dan tawa.. tapi tetiba pukulan dia telah membuatkan ibu jari ku terkepak :( sakit :( sumpah sakit beb.. aku terus diam.. sambil marah ayip macam budak kecik bergaduh.. memegang ibu jari...meraba ibu jari..aku budak physio kan, so macam macam laa aku ramal masa palpate ibu jari aku tu.. aku dapat merasakan ada sedikit perbezaan telah berlaku pada tulang ibu jari aku. di bahagian proximal.. tunjuk dekat akak

aku : akak, cuba kau tengok jari aku, nampak macam senget tak? (muka dan mencemik dah)
akak : taklah , memang macamtu

masa tu aku rasa macam takde siapa mengerti kesakitan yg aku alami :'( aku terus mengalirkan air mata. air mata turun dengan begitu laju sekali... tetiba akak perasan

akak: eh kau asal nangis ? kau ok tak ? mak tengok adik ni makkk. sini aaa mak !
mak : kenapa ?
ayah : kenapa ni ?

aku hanya menangis sambil menunjukkan jariku yg sakit . ayip kelihatan begitu takut sekali sebab takut dirinya dipersalahkan.

ayah : nak pergi klinik tak ni?
mak : sakit macam mana ni ?
ayah : macam mana boleh sakit ?? jangan buat ayah risau

aku diam sambil mengelengkan kepala. masatu rasa macam "aduh macam dah tak sakit je jari aku ni? ntah ntah terseliuh sikit je? asal aku cengeng sangat ni?"

aku mula rasa aku kena buat sesuatu terhadap diri aku ni.. aku terlalu manja. mungkin disebabkan selama ni aku selalu bergantung dengan family aku. tak pernah berdikari.. tak pernah jauh langsung dari family.. masa zaman sekolah pun tak ada pergi mana mana rombongan.. aktiviti mencabar pun tak pernah lalui... mak laa ni , tak pernah bagi aku nak pergi mana mana rombongan :'( sedih rasanya haaa ini semua tidak adil, time akak aku, semua rombongan dia pergi. yang mencabar gila pula tu. kenapa tidak aku ? mesti dorg tak percaya aku :( rancangan untuk ke bukit pun terpaksa dibatalkan sebab demam. kenapa mesti demam saat saat seperti tu ?

aku mula teringat , dalam rumah ni , sumpah aa asyik muka aku je yang terjatuh. lepastu nangis cam orang gilaaa. okay, aku ingat lagi masa cik jamal atok and yg lain datang rumah, aku eksiden dalam rumah, aku jatuh tangga, kaki aku je terseliuh , tapi aku menangis sampai taknak gerakkan apa apa pun. mak aku dah risau, dia call ayah aku yg sedang busy kerja...

mak : awak , balik wak. hantar anak awak ni pergi hospital, cua jatuh tangga tak boleh bangun.

hakikatnya kaki sebelah aku je yg tak boleh digerakkan. masatu cik jamal nak hantar aku pergi klinik tapi aku taknak. aku nak ayah juga, nampak tak dekat situ pun aku dah mengade? ayah balik dalam keadaan tergesa gesa , dia cerita laa dekat aku, masa dia nak balik tu, dia memang busy kerja , dia tengah meetting .. then bila dia dapat panggilan dari mak, dia terus nak balik sambil cakap "anak lagi penting" masa tu aku rasa sebak and terharu gak aa.. ayah yg dukung aku pergi klinik.. kaki aku kena balut ...

dalam bilik aku sendiri pun aku pernah jatuh , masa tu baru lepas skype dengan qasim , tiba2 jatuh.. nangis juga masa tu , sebab kaki rasa kejang... lepastu whatsapp el suruh dtg bilik aku... el la yg dengar luahan hati aku. padahal boleh je bangun and jalan macam biasa. tapi nangis macam kaki dah hilang sebelah.

aku pernah juga jatuh dekat depan klinik physio. masatu lagilaa di khalayak ramai.. masatu rasa sakit tu aku tak kisah lagi , yg aku kisah rasa malu, so aku takde la nangis sebab sakit.. tapi esoknya dalam kelas , tangan aku sakit sangat sangat. sampai nak tulis pun aku rasa siksa.. so gugurlah air mata ku didepan el.. sambil berkata "el tangan aku sakit" .. el nak urut aku tak bagi. sedangkan aku pegang pun dah sakit...

aku pernah jatuh tangga lagi sekali dalam rumah ni, dah jatuh , aku tak panggil siapa siapa. aku masuk ke bilik perlahan perlahan... duduk atas katil letak minyak angin sambil air mata berguguran... lepastu tetiba akak pula masuk.. kantoi aa aku nangis... ayah pula masuk...mak pula masuk.. masatu rasa macam , kenapa mesti dorg masuk dalam keadaan aku memalukan begitu ?