praktikal sem 4 selesai !

yayyyy ! now aku otw nak pergi sem 5 pulakkk ! alhamdulillah .. selesai menjalani praktikal di institusi perubatan respiratori dan hospital tuanku mizan selama hampir 3 bulan.

pengalaman posting dekat IPR? mula mula mestilah takut sebab 1st clinical placement. hospital yang popular dengan penyakit paru paru. dan situ jugalah tempat yang bagus untuk aku belajar tentang cardiorespiratory aku. kerja dekat ipr masuk pukul 8 balik pukul 5. mula mula plan nak travel sebab taknak berpisah dengan family dan qasim. hekhek tapi bila fikir balik macam payah dan memang payah pon kalau travel so aku dan achu mengambil keputusan untuk sewa rumah dekat area2 IPR tu . jalan kaki 10min da boleh sampai IPR. taknak cerita banyak tentang pengalaman menjadi student physiotherapy .. sebab bagi aku sepanjang 5 minggu aku dekat sana , aku sangatlah tersiksa.. sangat :'( kerap menangis mengenang nasib yang malang. taknak cerita lebih lebih karang mengaibkan lak. tapi apa pon aku tak enjoy posting dekat sana and tak banyak ilmu pon yg aku dapat memandangkan orang dekat sana pon macam nak tak nak je bagi ilmu... takpelah lupakan! benda dah lepas,

pengalaman kerja dekat hospital tuanku mizan ? kenangan yang tak dapat aku lupakan  sebab hospital yang paling best pernah aku kerja. banyak ilmu yang aku dapat . enjoy dan sikit pon tak stress. senang rupanya berurusan dengan pekerja lelaki daripada pekerja perempuan. perempuan ni cerewet banyak songeh dan macam dia sorg je yang pandai. ceh aku dah mula nak perli IPR. ok diam. papepon enjoy sangat sangat posting dekat mizan !

so harini nak share gambar2 kenangan masa dekat mizan ! dekat IPR taknak sebab tersiksa so buat apa share kenangan pahit . okbye

okayyy , ni gambar masa kitorg kena buat aerobik untuk askar2 yang nak buat larian. HOD sponsor baju . hehehehe 

ni student sime darby iaitu kawan kawan kelas aku lah.

ni student dari kolej AMU. degree student ! 

bila campur semua student dari SIME DARBY AMU UITM and MAHSA, inilah dia kesemuanya . actually ada lagi tapi ada yang tak datang. 


okay , ni bukan jamuan raya ke apa , tapi ni nak menyambut kedatangan HKL. hekhekhek. seronok gila masa ni sebab tak payah treat patient . sukaria dan paling best asyik makan free saja ! pagi doktor belanja makan sarapan. 10 makan free. 12 makan free. and petang pon makan free lagi . masa aerobic haritu pon makan free lepas jee aerobik. seronok kan ?

setiap minggu hari rabu kerja separuh hari je . sebab separuh hari lagitu kena bersukan ! seronok sangat ! memang enjoy gila dekat sini. therapist sangat baik hati. kitorg tak stress pon pasal treat patient kalau tak pandai sebab therapist akan ajar sampai pandai and jelaskan apa apa yg patut . sangat baik hati tak kedekut ilmu . 


okay masa last day kitorg , kitorg ada buat makan makan sikit, ceh sikit ke ? banyak kan ? ni gabungan makanan dari sd,amu,and mahsa.  selalunya dorg yang belanja makan, so kali ni meh kita belanja therapist pulak . semua therapist lelaki. and semua baik baik belaka. serius baik gila. hmm