puasa dah habis , raya pon nak habis .. puasa kali ni macam tak berapa bagus sebab asyik sakit je .. puasa pertama je aku dah start sakit.. muntah2 berak ... gila tersiksa.. nak duduk tak boleh.. nak baring pon tak boleh .. nak2 lak masatu tengah final exam  .. alhamdulillah sem 4 aku lulus semua subjek.. walaupon sakit2 camtu .. lepas terlepas dari siksanya muntah2 , datang pula demam .. lepas demam batuk2.. ya Allah .. batuk yang paling teruk aku rasa.. sampai malam2 tak boleh nak bernafas.. siang2 hari susah nak bercakap.. batuk sampai muntah2..

takpe sekarang dah sihat .. alhamdulillah .. raya tahun ni aku memperoleh duit raya sebanyak rm400 lebih .. nak dekat rm500 gak lah .. tapi sekarang ni dah habis .. sedih kan ? sekejap je.. adik aku pon masih ada rm400 lebih .. sedihnya duit aku dah habis :'( rasa macam raya aku dah tak bermakna lagi dah ..

raya tahun ni belah ayah macam suram sikit di atas dugaan yang menimpa abang ayah iaitu cikmat. masa bulan puasa kitorg dapat tahu dia menghidap kanser hati tahap 4. dan doktor cakap paling lama dia hidup hanya la 3 bulan .. kalau aku boleh sedih dengar berita ni apetah lagi isteri dan anak anak dia.. hmm haritu malam raya kitorg berbuka ramai2 dekat rumah dia.. tengok anak dia semua mata bengkak2.. isteri dia pon .. hmm suasana suram gila... buat ketupat sambil nangis2.. memang doktor cakap dia boleh bertahan paling lama 3 bulan , tapi ajal maut still bukan ditangan doktor .. semoga ada keajaiban dari Allah swt..