Apa yang telah terjadi , yang telah membuat kau tak mengerti 
Maaf ku tak sedari , yang telah membuat kau ingin pergi
Saat ku tak bicara, berjuta kata yang ku ungkapkan
walau kau tak merasa, cinta yang ada begitu nyata
Ku ingin kau tahu berertinya dirimu
Ku tak ingin kau ragu, aku akan bertahan dalam hidupmu
Jika engkau pergi hilang dariku, meninggalkan mimpi dalam tidurku
BERSAMAMU dan TANPAMU
 
final dah habis tapi hati tetap rasa tak tenang. sebab subjek killer tu , dia punya soalan macam puih. susah gila apak lah ! dah dah ! stop it! taknak fikir dah. apa pun yang terjadi lepas ni aku redha. tolonglah buat aku redha ya Allah :')

okay sekarang aku cuti sem ! eh bukan sekarang. aku ada lagi satu hari lagi nak kena pergi sime darby sebab ada satu lagi present yang harus dipersembahkan dan satu lagi assigment kena hantar. assigment belum siap lagi, tunggu esok baru buat. sebab kerja last minute ni kadang kadang berhasil juga, kadang kadang laaa kan ? cuti sem aku 2 minggu je. ramai budak budak yang dari universiti/kolej lain sangat terkejut kenapa sime darby bagi cuti sedikit. sebenarnya, bukan salah sime darby. tapi salahkan jurusan yang aku ambil ni. jurusan yang sangat padat dengan masa. dahlah yang paling mahal. susah pula tu! eii dahlah tayah nak merungut sangat! padan muka aku kan? kenapa laa sime darby hantar surat dekat aku ? kenapa ? kenapa ? kenapa ?

harituuu, ada wakil dari kolej apa ntah , call aku. aku saja acah acah cakap aku belum masuk belajar.

dia : hi, saya dari kolej bla bla , ni cik Nur Aini Asuha bt Tukiran bernombor ic .......dan beralamat ...
aku : ye ye saya . ada apa?
dia : saya dari kolej bla bla , nak semaklah , cik aini dah masuk belajar ke?
aku : belum lagi .
dia : kenapa ye cik?
aku : sebab saya masih keliru kot
dia : boleh saya tahu result cik?
aku : ok ... bla bla bla bla bla
dia : cik taknak jadi peguam ke cik?
aku : saya layak ke?
dia : layak , kalau cik berminat saya bagi surat tawaran dan kalau dah dapat boleh cik call saya balik untuk pengesahan ?
aku : haaa boleh boleh. bagilah surat tawaran tu, saya tunggu. terima kasih.

sebenarnya banyak lagi yang dibualkan.. tapi tu ringkasan je.. aku saja je nak layan .. nak tahu kelebihan kolej dia, dan jurusan yang ditawarkan tu macam mana... sebenarnya , mana mana tempat belajar pun aku masuk aku akan sama macam aku masuk sime darby. aku tetap jadi orang yang sama. orang yang kurang keyakinan diri , penakut dan cepat berputus asa. petang tadi , aku termenung.. aku fikir masalah diri aku.. nasib aku.. dan apa yang aku dah lalui selama ni.. banyak benda yang aku dah beputus asa. aku cepat mengalah. kalau sesuatu benda tu aku tak boleh buat, aku terus taknak buat. bila ada benda yang menakutkan aku, aku terus nak jauhkan diri. kenapa aku macamni?

TANYA DIRI SENDIRI 

semalam jumpa qasim , hikhikhik. sooonoooookkkk. pastu saja je tanya dia pasal aliya yg bergambar dengan dia tu.. jeles kan.. lagi lagi bila ada yang api apikan aku .. padahal aliya tu mana ada salah apa pun.. cuma bergambar jee... tapi takpelah.. taknak jeles benda yg tak patut..

qasim minta maaf dekat aku semalam.. aku jadi sedih pula tetiba.. sayang qasim sangat :')
hari ni adalah hari yg sangat sangat muram. aku tak tahu kenapa .. mungkin kata kata yang qasim bagi semalam.. aku jadi sedih.. aku jadi risau.. aku jadi takut.. pagi tadi pergi kelas pun macam nak taknak je pergi.. banyak berdiam diri sampai lia pun tegur kenapa.. fikiran banyak ke qasim.. dah balik borak dengan qasim jap.. tapi aku tak rasa nikmat bahagia masa cakap dengan dia pagi tadi.. aku terus naik bilik.. nangis nangis nangis nangis... sampailah aku tertidur.. aku tak pernah macamni sebenarnya.. lepastu masa dah terlena.. terjaga.. el kejut.. dia nak balik.. sumpah demi Allah hati menjadi semakin sebak.. seolah olah el nak tinggalkan aku disaat aku perlukan dia.. aku pegang tangan el.. tak bagi dia balik.. aku pegang kuat kuat.. tapi atok el dah tunggu jadi aku terpaksa lepas perlahan lahan tangan el.. aku tengok raut wajah el.. nampak dia tak sampai hati nak tinggalkan aku dalam keadaan aku macamni.. lepas el balik.. makin banyak aku menangis.. memikirkan qasim.. sampailah aku terjaga dan macam nk demam. malam ni..semoga malam ni.. berjalan dengan lancar..

aku .. sayang qasim sangat sangat..
jumpa qasim tadi , sonoknya sonoknya ! hihihi sayang sangat makin lama dekat qasim nihh. tak sabar nak kawen , XD hahaha. aku sentiasa mendoakan hubungan aku dengan qasim sampai ke penghujungnya.. aku nak kahwin dengan dia.. bina keluarga sama sama dengan dia.. in shaa Allah jika Allah tentukan aku dengan qasim. aku hanya mampu merancang dan berharap. Allah tentukan segalanya. qasim cakap kena pandai masak baru boleh kahwin. hikhikhik


aku tak tahu nak cerita apa sebenarnya ni..



harini nak cerita pasal makanan! yayy ! memang suka sangat makan ! tapi suka suka aku takdelah aku nak makan je 24 jam. sebab tengah dalam proses nak jaga badan ni XD tapi haritu agak terharu masa pergi sungai besi emak angkat aku puji aku dah kurus , hakhakhak. sekarang ni tengah usaha nak kempiskan perut B-) ok , makanan yang menjadi kegilaan aku sekarang ni , jeng jeng jeng !





                                                   
                                                       
kalau pergi secret recipe , macaroni cheese lahh yang selalu terbayang dalam kepala otak. bukannya kek au !ni cerita pun dah terliur sesangat ni ! sedap ohh ! nampak je macam sikit tapi penat sangat nak habiskan . sebab memang puas kalau makan. aku makan memang tak pernah nak habislah. memang tak larat. mungkin kandungan cheese dia buat aku cepat kenyang kot.


                                          
air pula , aku akan lebih memilih air dari starbucks. sumpah sedap gilaaaa. act aku paling suka yang perisa almond. selalu lepak starbucks dengan family je. belum pernah lepak sendirilah sebab bila ajak kawan kawan dorg taknak. mungkin dorg tak minat kot.

                                                  
                                                          
ok, dah lama sesangat tak lepak setia city mall :') rindu oh nak lepak sini. selalu pergi sini dengan family dan.... ex couple, amal. pergi dengan amal naik teksi. rasanya pergi dengan keluarga lagi  best kot dari pergi dengan amal sebab.. mungkin sebab aku takdelah rapat sangat dengan amal. aku rasa aku tak memahami dia sangat. tapi rindu sangat sangat nak lepak sini. pergi sini tak sahlah kalau tak beli ni ,

                                                           
                                                                 
                                                                 
                                                                        
rasa tak berbaloi atau bermakna pergi mall tak beli dua benda ni. sedap woiiii !!

ok, jaga badan aini. jaga badan >,<

dah lama tak layan blog! busy sesangat bulan ni dengan tugasan yang diberi :') ok nak tunjuk satu video yg aku tiap tiap hari tengok dalam bulan ni. penat lelah rasa penat sangat bila tengok video ni. tak tahulah kenapa. aku suka sangat.

dia pasal,ayah dia tipu dorg yang ayah dia dah habiskan semua candy dia . cuba tengok. comel sangat :) 


suka sangat tengok part last sekali . rasa geram sangat tengok budak budak ni.,kalau dapat nak pelok pelok yom yom nyak nyak kali !
tak cerita pun haritu pasal bukit cherakah kan? kenapa tak cerita ? sebab bukan best sangat pun. dahlah pergi lambat! plan nak gerak dalam pukul 10/11 ni gerak nak pukul 1 camtu. sebab apa? sebab tunggu budak lelaki bukan main lambat lagi --" okay ni sedikit gambar kenangan yang sempat diambil


rambut basah , baju basah semua basahhh ! sebab kitorg redah hujan main basikal macam orang gilaaa. sebenarnya banyak lagi gambar tapi malas nak upload semua. satu cukup kot? dalam rumah 4 musim sumpah sejuk sesangat.. masa ni tengah musim luruh . cantik sangat pemandangan :D
balik je dari bukit cherakah demam selsema , tapi satu dua hari je rasa macamtu. lepas tu baik dah. tak payah makan ubat pun, alhamdulillah :)
baru dua hari tak pergi kelas dah rasa rindu dekat gym.. rindu dekat kawan kawan... semalam aku buka whatsapp group physio.. aku baru perasan dorg hantar video dan beberapa gambar.. rasa rindu sangat nak belajar :')


lelaki masing masing berkemban sebab tengah lower limb punya belajar , dah tentu lelaki yang akan jadi model :D

aku tak tahu sangat pasal kenapa am kena beraksi macamni. tapi apa yang aku tahu sikit sikit dia kena denda sebab silap mengajar. kena jadi comandor? hakhakhak padan muka


sebenarnya banyak lagi gambar gambar yang dorg sent dekat whatsapp tapi malas pula aku nak upload . aku ambil mana yang aku nampak dulu je.. hiihihi dalam gambar tuuu , tulah tempat tempat yang selalu dihabiskan masa .. dalam gym tempat kitorg belajar :D ada 6 katil yang paling best dekat dalam ni. sebenarnya.. banyak main dari belajar bila dalam ni ..



okay, ni lagu lama sebenarnya... dah lama aku tak dengar dan tetiba nak dengar... dan nak tengok penyanyi sebenar dia.. nak tengok macamana dia beraksi.. dan... aku suka persembahan dia...aku jadi kagum sebab suara dia sama dengan apa yang dah record.. kalau dekat malaysia.. susah nak dapat yang macamni.. tapi kalau nak compare penyanyi malaysia dengan indonesia , penyanyi malaysia banyak yang bakat acah acah je. sebab bila buat live mesti suara tak serupa yang record. tapi tak semualah penyanyi malaysia macamtu.. tapi kebanyakannya macam tu laaa.

mulakan hidup yang baru !

mulakan hidup baru yang macam mana ? sebenarnya.. start dari harini aku dah mula bertudung.. mula mula memang kekok.. rasa macam bukan diri sendiri.. tapi rasa selesa :) sampai je sime darby pagi tadi macam biasalah ain dan alia pun menegur.. lepastu budak budak india semua cakap muka aku nampak lain sangat bila pakai tudung. aku jadi risau bila dorg cakap lain sangat. takut dorang dah tak cam aku je lepas ni. hakhakhak >,< tapi betul sampai mutmainah pun tak perasan aku. punya lama lepak dekat luar gym baru dia perasan aku :'( respon budak lelaki rasanya macam menyakitkan hati... respon am dia asyik usha aku macam tak percaya je aku dah bertudung. tanya kenapa tiba tiba .. azrul pulaaaaaaa siap bermadah 

azrul : eh aini .. sejak bila kau dah bertudung ni? dapat hidayah dari mana?
aku : tulaahhh semalam aku dapat hidayah wei
azrul : baguslah, aku berdoa agar kau teruskan macamni, jangan berubah pula. ASSALAMUALAIKUM ..

nampak tak ? sebelum ni tak pernah pun nak bagi salam.. so tadi setiap kali jumpa aku je nak bagi salam. lepastu tersengih sengih macam nak cari gaduh -.-

lepastu respon aqil pula "alhamdulillah dah bagus budak ni.."

ain taklah terkejut sangat aku bertudung tadi sebab aku dah bagitahu dia yang aku nak pakai tudung.. cuma alia je lahh yang tertanya kenapa aku tiba tiba je... 

 tadi ikutkan ada 3 kelas tapi dua kelas cancel. masuklah kelas tan yang paaaling aku tak suka sebenarnya sebab dia suka tanya tanya... lagi lagi aku ada absent kelas dia minggu lepas.. 
aku terkejut je bila dia minta paragraph last week. aku terpinga pinga sebab tak tahu ada kerja berkumpulan.. siap dapat markah.. gila doh markah... siapa taknak...rugilah aku kalau aku tak buat... jadi el pun tanyalah sir tan tu untuk orang yang tak datang last week macam mana... dalam masa kira kira 20 min dia suruh cipta karangan pasal pregnant. kumpula aku , aku, el , aqil dan zul. sebab kitorg berempat yg tak datang kelas dia haritu.. sir pula suruh buat dekat belakang.. aqil suruh google jee, aku pun google.. dan masing masing buat buat bincang.. padahal copy je dekat google.. masa tengah acah acah bincang tuu aqil cakap camni 

aqil : aini kau ingat lagi tak pesan pesan aku?
aku : ingat..
aqil : ingat, jangan senang terpengaruh.. n bla bla bla bla bla

aku rasa macam aku tak ada pun upah dia jadi penceramah aku setiap masa tapi apa yang dia nasihat tu semua betul. apa yang dia teka sikap sebenar aku semua betul. tak tahulah kalau kalau apa yang dia cakap semua ni betul. dia cakap aku sebijik perangai macam adik dia. hampir setiap kali jumpa dia akan cakap benda yang sama so sebab tu la kadang kadang aku panggil dia abang sebab dia suka nasihat aku lepastu aku macam adik dia. hakhakhak

semalam jumpa qasim ! hakhahak gila tak seronok ? seronok ohhh ! walaupun sekejap.. walaupun hujan.. tapi aku suka tengok dia.. tapi... rasa macam... dahlama tak contact...mungkin sebab dia sangat sibuk... kbye :-*

AKU PERLU BERUBAH !

harini macam banyak terima sesuatu perkara yang menyedarkan .. 

tadi ada kelas .. sir helmi nak soal banyak benda dekat dalam bilik khas tu. dia akan panggil sorang sorang. jadi muka yang paling cuak masa tu mestilah muka aku. haritu masa ospe pun muka aku la yang paling cuak. jadi tadi sementara tunggu hilmi panggil aku, aku duduk menenangkan fikiran. aqil ada dekat sebelah aku masa tu. lepastu dia ceramah aku bersungguh sungguh. dari nama el belum kena sampailah el dah kena panggil dan dah selesai . tapi.. apa yang aqil cakap semuanya betul . 

" SAMPAI BILA KAU NAK TAKUT AINI, KAU DAH BESARKAN?"
" KAU KENA SENTIASA FIKIR POSITIF"
" JANGAN FIKIR KESAN YANG AKAN BERLAKU"
" KENA BERANI REDAH"

panjang lebar juga dia membebel dan aku rasa kawan baik aku sendiri pun takde bagi semangat + ceramah yang sungguh sungguh macamtu. jadi bila aqil cakap camtu aku tiba tiba rasa macam mula nak sedarkan diri.. actually aku combine kan apa yang aqil cakap dan qasim cakap. aku tak boleh macamni.. qasim mesti nak aku nampak lebih dewasa.. aku cuba untuk jadi lebih dewasa lebih matang dan lebih berani. 

harini dalam kelas asyik teringatkan qasim.. rasa macam rindu sangat dekat dia.. 
tapi... minggu ni macam tak banyak bersama .. dia cakap dia busy.. ok aku faham :')


haritu masa ain tidur rumah aku masa tengah boring boring ain tetiba cakap camni

ain : aini, kau kalau pakai tudung mesti lawa. kau ada lesung pipit.
aku : eleyh
ain : betul aini... cuba nak?
aku : tapi aku tak suka pakai selendang.. aku biasa pakai yang biasa tu je
ain : takpe kita cuba

memandangkan ada masa terluang aku pun ikutlah kemahuan ain. dan inilah hasilnya


sebenarnya bila ain dah pakaikan aku tudung macam ni.. aku.. rasa lebih selesa bertudung dari free hair.. jadi.. aku rasa macam nak bertudung je lepas ni.. 

harini ada ospe aku macam orang gila sangat sangat :') aku sangat takut dan gelabah. dan akhirnya aku memang menggigil gila bila berdepan dengan model yang kononnya pesakit tuu. masa masuk dekat station 1 aku tengok soalan dekat dinding. dalam hati "amenda soalan ni, asal macam familiar tapi tak ingat apa niiiiii" so aku pun mulakan bicara dengan

"good moring sir, good morning mdam, my name is nur aini asuha. today, im your physiotherapy student, can i touch you? can i palpate you?"

aku tengok soalan balik. aku tak tahu nak buat apa. aku teringat apa yang zul ajar aku pasal rhomboids . saat saat akhir baru nak belajar tak tahulah macam mana. aku suruh client baring meniarap. aku dapat model lelaki utk station 1. memang aku segan gila apak ah. aku raba raba scapula dia. aku tak tahulah betul ke scapula yg aku tunjuk tuu. macam salah je? aku rasa salah oh. lepastu aku tengok dinding. ada lagi 3 soalan. aku bagitahu lecture yang aku tak tahu dah nak palpate lepastu lecture tu boleh pula bagi clue? selesai 5 min dekat station 1. pergi station kedua. berdepan pula dengan miss neng. takut sangat. sebab miss neng macam takde mood. lepastu aku buat yang paling senang dulu. bahagia sacrum. alhamdullilah perempuan. nasib baik station 2 aku dapat model perempuan. selesai sacrum. aku tengok soalan dekat dinding. ada ischial tuberosity. baru je zyatun ajar sebelum masuk ospe. dekat bawah bontot. so aku buat jelaaah . then, ada masa lagi 1 min aku cakap dengan miss neng yg aku tak tahu dah. miss neng suruh fikir then boleh pula miss neng keluar kejap. apa lagiii . model aku tu bagi jawapan dekat aku. berbunga woi hati. neng masuk je dengan penuh yakinnyaaaaaa aku cakap aku dah tahu. haaaaaa alhamdulillah dapat model sporting macam ni :)
haaaaaaaa harini nak cerita pasal kenangan hari sabtu dengan ain, hardian, zan dan am! sooooonokkk sangat >,< sabtu haritu plan nak ambil ain tidur rumah aku sebab dia pisang dekat sana. then, masa otw pergi sana tak hujan sampai laa masuk kilang terus huuujaaannn. bila dah sampai tempat parking motor nak simpan helmet baru teringat yang aku lupa nak bawa helmet untuk ain. so redah je laaaa apa lagi. mesti takut sangat kalau kena tahan. nasib baik tak :) so bawa dorang datang rumah sebab zan cakap dia nak tahu juga rumah aku. so bawalah mereka . lepak rumah . makan kek. minum sirap. sembang. then gerak restoran BARRA.

masa nak order tu aku ambil makanan yg paling murah sebab masa tu aku lupa nak minta ayah aku duit. tapi bila dah semua order n tggu makanan sampai owner barra tu datang and sponsor kitorg makan. dia cakap makanlah sepuasnya. boleh order lagi. cuma tak boleh bungkus je. haaaa diorang pun apa lagi order lagi. dorang je la. aku tak . sebab makanan yg sebelumnya pun tak habis lagi. hikhik .





nampak tak masing masing muka terharu? yang tiga orang tuuu dah biasa lepak barra and dorang cakap dorg dah kena dah barrarized.






















rasa macam nak lepak lagi ohhhhhhh !

Aku sangat sayangkan budak kelas aku :')

Physiotherapy students

Masa ni lecture tengah membebel ain ajak bergambar *.* ok masa ni best sesgt sebab buat bising lecture tak marah. Hakhakhak XD 

Act pernah ada masalah dengan orang belakang tu tapi sekarang dah ok dan sangat ok (: 


India yang paling rapat. Senang bergaul dengan dia sebab dia tak macam india yang lain (: 


Suka buat lawak bongok. Lagi lagi am. Aduh serabut aku bila dengan dia. Suka buat muka ajet ajet omey. 

Rehat je lepak foyer (: 

 
Kalau ada praktikal, kami berempat dalam bilik yang sama (: 

 
Dalam kelas suka duduk sebelah ain sebab suka nyanyi sama sama (: 

Abang sado abang besar yang paling tua setuanya 



Jangan fikir bukan bukan! Dorg tengah expose!  Hakhak


tadi lepas balik dari kelas bawa adam main taman.. pastu terus naik bilik jap.. rehat jap ..masa baring tiba tiba teringat dekat nabila... tetiba rasa sebak sebab berakhirnya hubungan kitorg dengan sesuatu benda yang masih boleh dibawa berbincang.. teringat masa dia baru je jadi budak baru masuk kelas..

aku tak sangka dia akan buat aku macamni.. aku sayangkan dia.. kadang kadang bila ingat balik apa yang selalu aku buat untuk dia rasa macam "lurusnya aku" ..

aku ingat lagi masa nak balik sekolah .. dia suruh aku hantar dia balik.. aku tunggu dia panas panas dekat tempat parking motor... aku tunggu... tunggu... dia cakap dia nak ambil beg je... tapi dia lama.. bila dia dah sampai.... aku tanya

aku : wei lama ohh ... kenapa lama?
nabila : diam ah kau!!

ok, aku sentap. dia suruh aku hantar dia balik. dia dh buat aku tunggu dia lama. dia tinggi suara dia dekat depan orang ramai cakap camtu dekat aku :') tapi aku memang jenis malas nak gaduh.. aku senyum.. dan aku hantar dia balik macam takde apa apa yang berlaku sedangkan hati dh meraung nak nangis.. lepastu baru aku tahu.. kenapa dia lambat.. dia lambat sebab dia gaduh dengan pkwe dia.. dia nampak pkwe dia dengan perempuan lain.. jadi dia tipu aku.. dia bukan ambil beg.. dia tipu aku dan dia gunakan aku.. tapi masa tu aku tak marah.. aku selalu berpegang pada kata "SABAR SELAGI BOLEH, ADA YANG LEBIH TERUK DARI INI"

sebenarnya banyak lagi perkara yang aku dah lalui dengan dia.. bila aku ingat balik aku rasa macam betapa kuatnya aku menahan segala apa yang dia dah buat dekat aku. ramai orang asyik cakap "bodohlah kau ni masih baik dengan dia", "kau tak payah jadi bodoh sangat", "suka sangat orang pijak kepala kau kenapa?" itu semua sebab sayang. aku sayangkan dia. aku kesian kalau aku buat dia macam orang lain buat dia. dia kurang dapat kasih sayang keluarga.. kawan kawan pula ramai yang jauh dari dia..

mungkin kerana sabar aku dah habis untuk dia , berakhirlah hubungan persahabatan antara aku dengan nabila.

tapi.. aku sentiasa doakan dia.. aku harap dia tak lupakan aku.. dia berjaya dalam hidup.. dan dapat kebahagian yang dia selalu impikan.

i really miss you :')
Okay.. tadi aku buka fb qasim..
Dan dan dan..
Sentap...
Okbye
Okay selesai minggu ni kelas yang agak memberangsangkan.. seronok juga lah sebab ada aktiviti yg tak bosan. Tapi kelas suva selamanya membosankan -.-

Tapi minggu ni banyak punya sentap.
Ahh malas nak cerita sentap dia camne. Nanti benda dah sattle boleh jadi balik pula..

Tadi masa ada praktikal ms neng. Ain hantar msg dia macam ada masalah dan duduk dekat foyer sorg sorg. Jadi tanpa fikir panjang aku terus berlari meninggalkan kelas dan cari ain. Hmm kesian sebenarnya dgn apa yg ain lalui sekarang ni tapi susah ohh kalau benda berkaitan dgn org ketiga dan keempat.

Semua orang tengok aku selalu senyum ketawa riang ria raya. Tapi ada ke seorang manusia yg memahami apa yang aku rasakan disebalik senyuman dan gelak tawa aku ? Tak ada.

Tak semua benda yang kita perlu kongsikan bersama orang lain. 

Aku pernah tanya ain dan alia. Apa permintaan yg diorg nak. Apa yg dorg nak semua positif. Tapi aku ? Aku nak sesat dalam hutan sorg sorg. Aku nak sorg sorg dlm hutan tanpa ada sesiapa. Kalau boleh biarlah lama. 

Aku penat dengan apa yang aku dah lalui. 
lusa dah start exam midterm tapi aku masih nak layan blog. macam mana nak cakap eh , aku macam dah tak boleh terima untuk belajar. tapi macam yang qasim cakap, sebab otak aku dah set tak boleh terima, cuba kalau aku set dah boleh terima, pasti boleh. aku cerita dekat mak ayah aku pasal fisio ni susah tapi ayah aku cakap camni "ayah tahu susah, ramai juga kawan ayah cakap susah tapi kalau adik boleh buat adik memang power" hmm aku jadi macam taknak hancurkan harapan mak ayah aku, aku tak sampai hati nak bagitau dorang yang aku tak boleh bawa. okdah, taknak cakap hal macam ni.semuanya mmbangkitkan tekanan.

hubungan dengan qasim ?
semakin baik. walaupun macam ada gaduh sikit,minggu lepas ada gaduh. okcamni, hari apa aku tak ingat, aku semangat sangat nak jumpa qasim. sangat sangat semangat. dalam kelas pun asyik tersengih je sebab tak sabar nak jumpa qasim. sebab masa tu dah lama tak jumpa sebab masing masing busy. walaupun rumah dia dekat belakang ni je. okay, malam tu aku exited gila pergi tasik dengan eleina sebab nak jumpa qasim. tapi masa nak pergi tu mak aku pula nak pergi makan dekat polperro. so aku bgthu dia yang tukar plan, jumpa pukul 9. dia macam nak merajuk bila aku tukar plan sebab dapat jumpa sekejap je la kiranya. sebab pukul 9 30 aku dah kena ada dekat rumah. pastu aku pun pat pat laahh makan ,sebab aku macam kesian la dekat dia jumpa jap je. aku makin laju laju. dalam pukul 8 30 camtu akuu dah habis makan, aku ajak dia gerak tasik tapi dia tak balas, dia balas lambat sikit, aku pergi tasik dulu. tunggu dia, dia lambat... dalam pukul 9 camtu baru dia sampai tasik. pastu aku nampak dia aku sapa dia baik baik dengan penuh senyuman. tapi dia masam je.. dia dah duduk pun dia diam je, aku yang banyak cakap. bila aku tanya dia jawab sepatah. aku macam sedih je sebab dia macam tak happy . so aku cakap dekat dia "9 suku saya balik" dia macam tambah bengang sebab ikutkan 9 30. tapi kalau macam dia dah cmtu rasa macam tak ada guna nak lama lama. pastu aku nampak dia buang msg, aku tanya "buang msg siapa?" dia jawab "msg perempuan lain" ye aku tahu dia suka bergurau camtu, tapi ntahlah, aku macam sentap. yelaa dahlama tak jumpa pastu dia cakap cmtu.. pukul 9 10 aku dah ajak eleina balik. aku tahan air mata dari keluar. lepastu balik aku tak balas msg dia. sampai pukul berapa baru aku balas, aku luahkan segalanya, pastu dia tak bagi aku cakap bukan bukan. pastu aku minta untuk sendiri. dia salah faham. dia ingat aku minta putus. pastu mulalahh pergaduhan . sampailah dia call aku. nak kita selesaikan masa tu juga dan akhirnya baik :) sebenarnya aku salah juga, sebab aku dah tahu dia jenis tak suka n tak selesa nak bercakap  kalau aku bawa kawan,, sebab tu dia banyak diam je masa tu. lepastu masa tu dia pun pat pat g jumpa aku. sebab bila aku cakap pukul 9 jumpa dia pun g laa swimming pool dulu.. aku pula asyik tukar plan. serabutlah dia. kesian qasim aku :( 

tapi semalam aku jumpa dia dekat tasik  ! soooonnnnnooookkkkkkkkkkkk !!

aku sangat sayangkan ABDUL QASIM ZAHRAWI BIN ROSLAN
huwwaaaaa :( eleina dah balik , boringnya :'( takde lagi nak ketawa sampai lebam :( sampai sakit perut :( i really miss you eleina :') okayyy harini kesian gila eleina. okay nak cerita ni

harini pergi dia yang bawa motor. masa dah masuk kelas , dah start belajar semua, kecoh sebab aku cek beg aku tak ada kunci motor. aku tanya eleina dia cakap tak ada juga dekat dia. so kitorg time tu rasa memang tertinggal dekat motor. masa tengah kecoh tu lecture perasan, dia ingat kitorg tengah sembang. lepastu dia pun denda eleina jawab soalann dekat depan sebab masa tu eleina yang paling kecoh, lepas eleina pergi depan jawab semua lecture tanya dia

miss : kenapa awak macam takut?
eleina : kunci motor saya tertinggal dekat bawah, dekat motor.
miss : kenapa baru cakap sekarang? pergi cepat ambil

pastu dia keluar bergegas turun sebab takut motor aku hilang, masa dia dah keluar tu. aku teraba poket seluar aku dannnnnnn aku kunci ada dekat poket aku! aku terkejut. kesian eleina kalau nak ulang alik . dahlah lif rosak! jenuh la dia nak naik tangga. lepastu aku terus keluar gegas dapatkan eleina. aku jerit nama eleina dekat tangga bagitahu dia dah ada . menyiraplah dia apa lagi. hikhikhik. lepastu aku masuk kelas azrul tanya aku " eh cepatnya?" pastuu miss tanya "dah ada ke kuncinya" aku dengan sengih sengih cakapla " ada dekat poket saya miss, sorry, hikhikhik" habis dorg gelak. paling kesian eleina , sorry 2 say >,<

lepastu harini masuk gym dalam kelas hemma , dan aku lupa nak bawa getah. sebab kena ikat rambut masuk gym, masa tengah belajar, miss hemma pandang aku dan tanya kenapa aku tak ikat rambut, dia nampak macam sangat marah pastu aku memang tak tahu nak buat apa. aku gelabah juga , pastu eleina sanggup tanggalkan getah dia, dia bagi aku. nampak tak pengorbanan dia ? aku terharu :')


kalaulah mak ayah aku tahu aku tak masuk belajar memandu tadi. matilah aku . aku ada lesen kereta tapi tak berani bawa kereta dan aku tak ada lesen motor tapi aku berani bawa motor. ayah aku paksa paksa aku ambil lesen motor. aku segan sebab banyak lelaki plus yang pengajar dia tu india tua yang sangat garang :( so tadi masa aku pergi , aku tengah tunggu giliran, dia tengah marah orang. asyik marah je. aku banyak kali terkejut setiap kali dia marah orang. jantung aku berdegup kencang. aku tak boleh kawal perasaan takut. aku terus lari. aku pergi kantin. aku beli air. dahlah lelaki dekat kedai tadi gatal gila! eish taknak aku pergi kedai tu lagi ! lepastu aku terus keluar dari mandu cekap tu, aku jalan kaki pergi kemana kaki ku melangkah. aku tak tahulah sama ada seksyen 26 ni kekurangan perempuan ke apa . tapi aku rasa lelaki lelaki yang dekat seksyen 26 ni tengok perempuan macam tak pernah tengok perempuan, dorang pandang aku semacam. tengah memandu pun sempat nak menggatal. lepastu kakyah terus ambil aku . sebab dia risau . dia cakap area seksyen 26 lelaki semua bahaya. kakyah pun tak menafikan yang pengajar tu garang. aku balik je qasim marah bising sebab aku buat perangai macamni. bila difikir balik qasim memang patut marah aku pun. sebab aku dah besar. dah 18. tak boleh lari dari masalah. aku kena tempuh dengan berani. so minggu depan, jagalah pakcik ! saya takkan takut dengan pakcik lagi !

marah?


marah ? haaa semalam cerita pasal menangis, harini nak bagi adil , nak cerita juga perempuan bila marah. sebab perempuan tak sepanjang masa hati dia lembut kan? okay , mengikut pengalaman aku laah , perempuan marah ada macam macam yang dia akan buat. contoh macam yang selalu aku nampak dekat sekeliling aku , mereka akan hentak kaki, hempas barang, tinggi suara, keluar kata kata tak baik dan memukul. okay, aku sendiri pernah tengok kawan aku kena pukul dan dipukul. siapa dia tak payah lah aku sebutkan tapi dia kalau marah memang selalu menggunakan kata kata kurang menyenangkan dan menggunakan kekerasan. depan mata aku, aku nampak dia pukul orang dan dia kena pukul. sebenarnya .. aku tak faham macam mana dia boleh ada keberanian nak memukul. jadi aku kalau marah macam mana? kalau rasa marah dekat kawan macam ada benda yang tak puas hati selalunya aku berdiam diri. balik cerita dekat mak. masuk bilik sentap. membebel sendiri. tapi bergantung juga. kalau rasa macam benda tu melampau aku marah jelah. selalu kalau marah aku akan cakap laju laju. bukan aku nak aku cakap laju tapi dia macam laju. dan akan jadi gagap dan sendih sebab macam rasa menyesal marah. kalau dengan keluarga? haaaa... keluarga sendiri je la termasuk saudara mara semua tahu aku kalau marah macam mana. selalu kalau marah ayip, ayip kadang kurang ajar. aku pantang kalau dia biadab . haritu masa dekat kampung  dia melawan cakap atok. aku apa lagi kejar dia , lempang dia. cubit dia. lepastu tangan mula rasa menggeletar sebab rasa sakitnya pukul orang. lepastu sedih sendiri sebab pukul ayip. selalu kalau dengan ahli keluarga, kalau ada rasa marah atau tak puas hati tak ada nak cover cover , cakap terus . tapi bergantung juga. kalau benda tu betul betul perlu bersuara , aku akan bersuara. selalunya aku akan fikir dulu , apa kesan kalau aku marah. apa aku dapat kalau aku marah. dan bergantung kepada tahap rasa sakit hati. kalau bila aku marah aku dapat menyedarkan orang tu, aku buat. kalau setakat nak marah tapi tak ada isi dan faedah aku buat bodoh je la. 

kalau macam orang marah aku pula? aku boleh menerima teguran dengan baik. dan aku takkan melawan orang yang marah aku untuk kebaikan aku. cuma aku tak boleh terima orang marah aku sebab bukan salah aku dan aku tak boleh terima orang marah aku lepastu kaitkan orang yang tak bersalah. macam ... ye memang aku salah , then salahkan aku je dahlah , takpayah nak babitkan dan buka isu yang lain dari isu sebenar seolah nak perbesarkan lagi cerita. macam yang pernah aku alami, sekolah aku ada makcik guard yang sumpah kerek gila, ramai orang tak suka dia termasuk cikgu cikgu sekolah tu. aku pernah kena marah dengan dia sebab aku tak pakai baju sukan masuk sekolah. yes, memang salah aku. masa tu aku pakai tshirt biasa je. minggu tu minggu sukan. dan aku memang kena datang setiap pagi untuk sukan. aku pula ada baju sukan 2 helai je. so hari lain aku terpaksa pakai baju lain. dia tahan aku. so finelah. aku terima salah aku. aku minta maaf dan aku siap letak nama aku dekat rekod disiplin. dialog macamni lah antara aku dengan makcik tu.

makcik : kau kenapa tak pakai baju sukan kalau kau nak sukan? kau pakai tshirt pergi sekolah macam sekolah ni bapak kau punya
aku : saya minta maaf makcik. tapi tak payah kot nak main bapak bapak cik..
makcik : ah aku peduli apa? salah kau. hari sukan pakai baju sukan
aku : ye saya memang salah , tapi baju sukan saya masih basuh lagi. pagi sukan , petang pun sukan cik.
makcik : bapak kau tak beli mesin basuh ke apa? ohh nak jimat? tak nak buka mesin basuh. buka tv boleh?
aku : makcik, sekarang makcik dah lari tajuk dah ni. makcik jangan melampau., saya cakap baik baik dengan makcik. saya dah letak nama saya dekat rekod disiplin. saya hormat makcik. makcik tolong hormat saya. jangan lebih lebih makcik. tak payah nak sebut nama ayah saya. anak makcik , siapa nama dia ? malim ? malim ke maling? maling kundang ? dia tu lagi banyak buat silap dekat sini makcik. jadi eloklah perhatikan dia , didik dia sebaik mungkin. jadi guard tu guard juga , tanggungjawab sebagai mak tu jangan lupa eh ? 

itulah kali pertama aku rasa aku terbiadab dengan seorang makcik. aku sangat sensitif kalau melibatkan keluarga aku. dialah makcik pertama dan yang terakhir aku perlakukan sebegitu. 
lepast tu , guard tu pergi jumpa pengetua sekolah, dia report aku kurang ajar dengan dia . so finelah , aku pergi jumpa pengetua setelah nama aku dipanggil. alhamdullillah pengetua tu faham aku. 

jadi kesimpulannya, kawal kemarahan anda selagi boleh . berfikir sejenak sebelum nak memulakannya kerana dengan kata kata laa yang akan membunuh kita sendiri. dengan kelakuan jugalah yang akan memusnahkan kita,. 


you can be the peanut butter to my jelly
you can be the butterflies
i feel in my belly
you can be the captain and i can be your first mate
you can be the chills that i feel on our first date
you can be the hero, i can be your sidekick
you can be the tear, that i cry if we ever split
you can be the rain in the cloud when its stormin 
or
you can be the sun when it shines in the morning
dont know if i could ever be without you
cause boy you complete me
and in time i know the we'll both see what we're all we need
cause you're the apple to my pie
you're the straw to my berry
you're the smoke to my high
you're the one i want to marry
cause you're the one for me
and i'm the one for you
you take the both of us
and we're the perfect two
baby me and you
you can be the prince and i can be your princess
you can be the sweet tooth, i can be the dentist
you can be the shoes and i can be the laces
you can be the heart that i spill on the pages
you can be the pencil and i can be the paper
you can be as cold as the winter weather
but i dont care
as long as we're together
i love the way that you smile



menangis ?


menangis? perempuan memang banyak bermain dengan air mata kan? dan perempuan memang paling banyak mengeluarkan air mata berbanding lelaki. kawan kawan aku pun ramai yang jenis kuat menangis. aku ? tipulah kalau aku cakap aku kuat tahan sentapan , kekecewaan atau segala apa yang sedih. tapilah kan aku tak pernah nangis depan sesiapa pun kecuali depan mak aku. selagi aku boleh tahan aku tahan walaupun perasaan tu macam sakit nak tahan . mungkin aku ego tapi aku memang taknak orang tengok aku nangis sebab aku rasa malu. tapi selalunya orang lain selalu dapat perasan aku macam nak nangis even air mata aku tak keluar pun walau setitik depan dorang. contoh macam ayah aku marah aku, aku sentap. okay jujur, aku memang cepat sentap. walau benda kecil. macam pergi kedai makan, then  makan tak habis, ayah marah. aku dah sentap., nak nangis. tapi tahan. balik rumah masuk bilik baru nangis, selalu macamtu, apa apa pun yang buat aku sedih aku akan tahan sebaik yang mungkin dan akan lepaskan sorang sorang dalam bilik. tak kisahlah bilik apa apa pun,.janji ruang yang tak ada sesiapa pun. aku lebih selesa macamtu. macam mana dengan mak aku boleh nangis? sebab bila aku sakit. aku jarang demam, tapi bila aku dah demam memang sangat teruk sampai penglihatan aku kabur. aku tak nampak sangat sebab mungkin badan terlalu panas. time tu lah aku akan banyak nangis. aku tak boleh kalau aku tengah sakit, orang tegur "adik camne?" terus macam sebak dan minta macam macam. lepastu nangis...eh kejap. aku pernah juga nangis depan cik paid, cik jamal, ayip dan atok. tahun ni juga, baru teringat, tu pun sebab sakit dan aku tak mampu nak pergi bilik. kena lepaskan dekat situ juga,. masa tu aku lari lari turun tangga, lepastu jatuh. kaki sakit sangat,. takboleh gerak langsung, diam diam pun sakit apetah lagi gerakkan. masatu nangis. sebab sakit sangat. ok tu boleh maafkan nangis depan dorg seba tak mampu nak masuk bilik. hikhikhik. aku pun tak tahulah kenapa aku ada ego setinggi ni. 


harini boring ... sebab .. my baby boo qasim keluar dengan kawan dia.. sunyi sebenarnya but sokay lah, lelaki , biasalah kan :) so harini nak cerita kawan kawan yang aku rapat dekat SD. 

yang pertama mestilah 

NUR ELEINA BINTI SAFREE



aku kenal dia masa hari kedua orientasi tak silap aku lah. dia duduk belakang aku. aku perasan dia budak fisio sebab dia memang sign kedatangan budak fisio dari aku. so masa tu aku dah agak ada budak fisio dekat belakang aku. aku memang cari kawan kawan fisio act masa tu sebab masa tu aku asyik dapat kawan dengan budak nurse je. then, ada penceramah tu minta kedudukan diubah. kiranya, duduk mengikut course. so aku terus toleh belakang dan pandang muka eleina ni dan ajak duduk sama sama. dia pun masa tu takde mamber fisio juga. so kitorg pun berdua. masa tu malu malu lagilah kan. cerita pasal duduk mana apa semua kan. lepastu sebelum balik kitorg pun ambil nombor masing masing,. sejak dari tu , aku dah mula rapat dengan dia. seronok kawan dengan dia sebab dia senang diajak bergurau dan aku senang nak manja manja dengan dia. tahulah aku macam mana kan. baru  3 hari kawan kitorg dah serasi bersama sampai ramai menyangka yang aku dengan dia dah lama kawan. jadi bertambah rapat bila dia pergi SD dengan aku. yelah , dia duduk klang. macam kesian dekat ayah dia nak ulang alik jauh jauh, at least kalau hantar sampai dekat seskyen 7 macam ringanlah sikit beban tu kan? el pun rajin tidur rumah aku, tu yang buat kitorg semakin rapat :) aku seronok kenal dia dan rasa bersyukur sangat sebab dapat dia jadi kawan aku :) 


tadi sebut yang pertama macam ada yang kedua dan seterusnya kan? hahaha ada memang ada kawan yang lain ... tapi buat masa sekarang eleina yang paling rapat. so tayah kot cerita lagi ?



makin lama makin takut pula bila semakin nak memahami pasal kos fisioterapi. subjek yang paling susah buat aku subjek anatomi. rasa menyesal sangat tetiba ambil kos ni :( ntahlah. tempat belajar dah sonok , dapat kawan kawan pun dah best best dah, tapi tu je laaa. kos yang macam berat gila apak :( tapi takpelah , aku tak mungkin dapat berpatah balik. bukan tak mungkin . memang tak akan dapat berpatah balik. aku bayangkan muka mak ayah aku masa hantar aku pergi daftar. sedih sangat bila bayangkan . jadi aku taknak kecewakan mak ayah aku :( aku sangat sayangkan dorang . aku tak sanggup hidup tanpa dorang, sebab tu aku selalu berdoa dan berharap supaya Allah tarik nyawa aku dulu sebelum nyawa mak ayah aku :') tapi at least bagilah aku rasa nikmat kahwin dengan dapat anak kot ? so senang cerita , moga umur semua orang yang aku sayang lebih panjang dari aku.

minggu ni qasim dah start duduk seksyen 7. gila best >,< sebab rasa sonok sangat dia dekat dengan kita. boleh teman pergi ke mana saja. dia duduk dekat apartment belakang ni je, so selalu jugalah sekarang ni lepak tasik , teman dia makan . ngee XD dan .. aku dah bawa qasim jumpa eleina. kawan baik aku dalam kolej.

suasana dekat kolej? haa!! haritu aku masuk tandas, lepastu ada budak dalam lingkungan 5 tahun camtu datang dekat aku peluk. kali pertama dia peluk tu aku tak rasa apa apa lah, malah rasa macam comel je budak ni lepastu rasa macam sayang, pastu tetiba dia nak pegang bontot dengan bahagian depan aku ! gila tak terkejut aku ! pastu dia buka seluar nak tunjuk dia punya anu, nak kencing dekat tong sampah. lepastu ajak aku masuk jamban. gila sumpah budak tu gila seks. macam nak rogol aku pun aku. tak terfikir seumur hidup aku ada budak 5 tahun nak rogol aku, hahaha . bila budak tu dah menjijikkan macamtu , memang taklah aku nak layan dia macam sifat keibuan tu . terus jadi macam mak tiri. aku marah dia, aku halau dia keluar dari bilik air tu, halau n marah elok elok la, tapi nampaklah tegas sikit, pehhhh siapa ntah mak ayah budak tu .

duit raya ? duit raya dah habis dengan sekelip mata wa sahaja :)

ha ! sepupu aku dah selamat lahirkan anak ! baby girl dia dapat. syukur alhamdulillah semuanya okay cuma dengar cerita dia bersalin operate, mesti sakitkan ?

okdahbye !