marah?


marah ? haaa semalam cerita pasal menangis, harini nak bagi adil , nak cerita juga perempuan bila marah. sebab perempuan tak sepanjang masa hati dia lembut kan? okay , mengikut pengalaman aku laah , perempuan marah ada macam macam yang dia akan buat. contoh macam yang selalu aku nampak dekat sekeliling aku , mereka akan hentak kaki, hempas barang, tinggi suara, keluar kata kata tak baik dan memukul. okay, aku sendiri pernah tengok kawan aku kena pukul dan dipukul. siapa dia tak payah lah aku sebutkan tapi dia kalau marah memang selalu menggunakan kata kata kurang menyenangkan dan menggunakan kekerasan. depan mata aku, aku nampak dia pukul orang dan dia kena pukul. sebenarnya .. aku tak faham macam mana dia boleh ada keberanian nak memukul. jadi aku kalau marah macam mana? kalau rasa marah dekat kawan macam ada benda yang tak puas hati selalunya aku berdiam diri. balik cerita dekat mak. masuk bilik sentap. membebel sendiri. tapi bergantung juga. kalau rasa macam benda tu melampau aku marah jelah. selalu kalau marah aku akan cakap laju laju. bukan aku nak aku cakap laju tapi dia macam laju. dan akan jadi gagap dan sendih sebab macam rasa menyesal marah. kalau dengan keluarga? haaaa... keluarga sendiri je la termasuk saudara mara semua tahu aku kalau marah macam mana. selalu kalau marah ayip, ayip kadang kurang ajar. aku pantang kalau dia biadab . haritu masa dekat kampung  dia melawan cakap atok. aku apa lagi kejar dia , lempang dia. cubit dia. lepastu tangan mula rasa menggeletar sebab rasa sakitnya pukul orang. lepastu sedih sendiri sebab pukul ayip. selalu kalau dengan ahli keluarga, kalau ada rasa marah atau tak puas hati tak ada nak cover cover , cakap terus . tapi bergantung juga. kalau benda tu betul betul perlu bersuara , aku akan bersuara. selalunya aku akan fikir dulu , apa kesan kalau aku marah. apa aku dapat kalau aku marah. dan bergantung kepada tahap rasa sakit hati. kalau bila aku marah aku dapat menyedarkan orang tu, aku buat. kalau setakat nak marah tapi tak ada isi dan faedah aku buat bodoh je la. 

kalau macam orang marah aku pula? aku boleh menerima teguran dengan baik. dan aku takkan melawan orang yang marah aku untuk kebaikan aku. cuma aku tak boleh terima orang marah aku sebab bukan salah aku dan aku tak boleh terima orang marah aku lepastu kaitkan orang yang tak bersalah. macam ... ye memang aku salah , then salahkan aku je dahlah , takpayah nak babitkan dan buka isu yang lain dari isu sebenar seolah nak perbesarkan lagi cerita. macam yang pernah aku alami, sekolah aku ada makcik guard yang sumpah kerek gila, ramai orang tak suka dia termasuk cikgu cikgu sekolah tu. aku pernah kena marah dengan dia sebab aku tak pakai baju sukan masuk sekolah. yes, memang salah aku. masa tu aku pakai tshirt biasa je. minggu tu minggu sukan. dan aku memang kena datang setiap pagi untuk sukan. aku pula ada baju sukan 2 helai je. so hari lain aku terpaksa pakai baju lain. dia tahan aku. so finelah. aku terima salah aku. aku minta maaf dan aku siap letak nama aku dekat rekod disiplin. dialog macamni lah antara aku dengan makcik tu.

makcik : kau kenapa tak pakai baju sukan kalau kau nak sukan? kau pakai tshirt pergi sekolah macam sekolah ni bapak kau punya
aku : saya minta maaf makcik. tapi tak payah kot nak main bapak bapak cik..
makcik : ah aku peduli apa? salah kau. hari sukan pakai baju sukan
aku : ye saya memang salah , tapi baju sukan saya masih basuh lagi. pagi sukan , petang pun sukan cik.
makcik : bapak kau tak beli mesin basuh ke apa? ohh nak jimat? tak nak buka mesin basuh. buka tv boleh?
aku : makcik, sekarang makcik dah lari tajuk dah ni. makcik jangan melampau., saya cakap baik baik dengan makcik. saya dah letak nama saya dekat rekod disiplin. saya hormat makcik. makcik tolong hormat saya. jangan lebih lebih makcik. tak payah nak sebut nama ayah saya. anak makcik , siapa nama dia ? malim ? malim ke maling? maling kundang ? dia tu lagi banyak buat silap dekat sini makcik. jadi eloklah perhatikan dia , didik dia sebaik mungkin. jadi guard tu guard juga , tanggungjawab sebagai mak tu jangan lupa eh ? 

itulah kali pertama aku rasa aku terbiadab dengan seorang makcik. aku sangat sensitif kalau melibatkan keluarga aku. dialah makcik pertama dan yang terakhir aku perlakukan sebegitu. 
lepast tu , guard tu pergi jumpa pengetua sekolah, dia report aku kurang ajar dengan dia . so finelah , aku pergi jumpa pengetua setelah nama aku dipanggil. alhamdullillah pengetua tu faham aku. 

jadi kesimpulannya, kawal kemarahan anda selagi boleh . berfikir sejenak sebelum nak memulakannya kerana dengan kata kata laa yang akan membunuh kita sendiri. dengan kelakuan jugalah yang akan memusnahkan kita,. 

No comments:

Post a Comment