Semalam aku ajak amal jumpa lelaki yang selalu msg n call aku. act tu kawan baik aku. sebab dia mmg nak sangat jumpa amal. dia nak tengok lelaki mana yg boleh jaga aku. dia tunggu aku dari dulu tapi aku memang tak boleh balas perasaan dia sebab aku memang dah anggap dia kawan dah. then, aku ajaklah amal jumpa dia. bagitahu dia yang amal boleh jaga aku ke apa ke. dulu dia macam nak , but semalam bila aku tanya lagi dia macam dah benci sangat dengan lelaki tu, mula bergaduh bila dia start mcm ni 

amal : nak jumpa sangat ke ? suruh dia datang sini kalau nak jumpa sangat.
aku : datang mana ? klang ?
amal : haah , beria sangat , berapa umur? semacam bajet je
aku : 18 , kenapa cakap camtu
amal : nak jumpa jumpa bagai
aku : dia nak kenal je dengan awak, kalau awak taknak sudah. tak paksa pun k.
amal : marah?
aku : tak
amal : then ?
aku : then apa
amal : nada cakap tu mcm tak berpuas hati je dengan jawapan saya?
aku : taklah. k je.
amal : jujur je la tak berpuas hatikan ?
aku : org ok je
amal : bukan baru kenal awak , gaya cakap pun dah nampak
aku : dahtu , awak nak apa?
amal : okay thanks
aku : thanks for what
amal : utk semua yang awak cakap tadi.. awak menitikberatkan dia.. bila saya cakap mcm tu .. awak marah..
aku : sayang, awak dah salah faham. meh saya terangkan
amal : nak pusing cerita apa lagi? tengok style awak taip. teliti betul betul apa yg awak cakap dari start kita cerita pasal dia.

then , aku luahkan apa tujuan aku ajak dia jumpa dengan mamat tu. tujuan aku just nak bagi lelaki tu tahu yg aku bahagia dengan amal. aku nak lelaki tu give up tunggu aku.dan aku tak bekap sapa sapa pun. then dia hantar ni

amal : siapa yang nampak beriya?
aku : beriya apa?
amal : tak bekap apanya tu? awak nampak beriya sangat.. awak tak nampak ayat saya tu nak tengok reaksi awak macam mana ? saya pernah ke komen apa apa tentang kawan awak sebelum ni?  tak , tapi tiba tiba saya cakap camtu, awak tak terfikir ke ada sebabnya..
aku : memang saya beria. macam yang saya bagitahu tadi saya beria sebab saya taknak dia tunggu saya. saya nak dia give up. saya nak dia tengok saya bahagia dengan awak.
amal : block senang kan?
aku : mudahnya awak
amal : kalau saya cakap pasal ex saya, awak punya tarik muka.. belum lagi kawan sekolah perempuan yg text saya, saya block. boleh untuk jaga hati awak.. taknak awak fikir lain.. takkan la satu number ni tak boleh? apa yang susah ? kalau awak ditempat saya, saya asyik text awak bagitahu kat awak yang ex saya text mcm tu, call2 ayat jiwang .. agaknya apa yg awak buat ? awak akan rasa mcm mana saya rasa .. saya down..rasa tak jalankan saya punya tanggungjawab sampai orang lain boleh jaga awak untuk saya.. awak rasa tak agak agak bila awak kat tempat saya..nak bagitahu boleh, bukan tak boleh .. tapi jangan selalu.. awak nak ke saya dekat tempat awak, bagithu mcm tu ? terasa tak kalau saya cakap dulu saya ada kawan sekolah menengah dengan rendah , text saya sampai now tanya makan minum saya, tiap2 hari.dan saya block dia sebab saya nak jaga hati awak.. apa yg awak rasa kalau saya tak block dua2 tu? apa perasaan awak? minta maaf , saya ni kasar orangnya.. saya tak pandai sangat nak tutup.. minta maaf kalau buat awak tersiinggung, dan lagii satu . awak nak tak kalau awak ditempat saya , kawan saya nak jumpa awak? tak rasa ke mcm awak diperkecilkan depan saya? macam awak tak tahu je nak jaga saya sampai ada org lain yg jaga saya nak jumpa awak. rasakah awak sayangku ?


baca msg dia yang gilaaa panjang tu , aku call dia minta maaf. sebenarnya memang betul pun apa yg dia cakap tu . bila dia cakap camtu dan aku bayangkan , k betul aku rasa sakitnya. sorry dear. 


No comments:

Post a Comment