assalamualaikum ...
harini nak cerita pasal kejadian yang berlaku pada aku masa hari isnin haritu , tahu tak , aku kemalangan haritu dekat tangga rumah sendiri. 3 anak tangga kot aku terjunam terjatuh dengan coolnyaaa. aku jatuh dan aku siap dengar lagi bunyi tulang. dah jatuh sakit, aku tak tahan aku nangis masa tu juga. depan semua family yang ada. malu aku tahu tak! dengan ada apip,cik jamal,cik paid dan atok. mak dengan ayip takpela kan , dorang dah biasa tengok aku nangis bila aku sakit. aku sakit sampai aku tak mampu nak bercakap. aku hanya mampu nangis sambil angguk dan geleng bila org tanya aku. atok nak urut aku tak bagi. sebab dulu atok pernah urut aku dan pehh memang sakit gilaaa ahh . pastu cik jamal nak hantar aku pergi klinik aku cakaplah yg aku tak boleh gerak lsung. dia nak papah pun aku taknak. entahlah aku segan kot. sampailah satu tahap aku rasa bisaaaa sangat kaki tu , menangis pun sampai sedu sedu mak aku pun call ayah. ayah yang tengah busy kerja pun kelam kabut balik sebab mak aku cakap canni dekat ayah aku "bang, awak busy tak? anak awak ni ha cua jatuh tangga! dia tak boleh gerak ni" gempak tak gempak laa mak aku punya cerita. pastu ayah aku sampai ayah aku pun papah laa aku pergi klinik. sampai klinik , doktor pun pegang la apa semua kan. pastu tetiba aku rasa pening sangat dalam klinik tu, tak tahu kenapa. pening macam nak pengsan betul. macam nak muntah pun ada. masa tu nurse tengah balut kaki aku. aku punya risau, sebab aku takut aku pengsan. pastu bila dia dah siap balut, nurse tu nak hantar aku keluar tapi aku suruh dia panggil ayah aku juga. bila aku dah keluar , tetiba perasaan nak pengsan nak muntah tu terus tak ada. aku rasa bilik doktor tuuu macam ada sesuatu ah , ceh XD lepas tu sibuk lahhh org dalam rumah tu cerita pasal aku tempang tempang. brr -.- malam nak tidur , dalam tangisan.. dalam pukul 3 pagi kot, aku terjaga. dan sangat sakit. dan sekarang hari khamis , kaki aku dah ok ! tapi nak turun tangga masih lagi sakit. sebenarnya sakit lagi tapi aku tahan la buat buat tak sakit . buat apa layan sakit ni kan ? sakit untuk dihadapi , bukan untuk dinikmati! yeahh !
sia sia jee aku duduk depan tv dari pukul 8 40 sampai 10 30 dan akhirnya perlawanan dibatalkan atas sebab sikap penyokong pahang yang terlalu ramai dan membaling alatan berbahaya kepada penyokong jdt. tak matured betul penyokong pahang ni. ada yang sampai perempuan berlebam mata lah . tak faham aku. yang tak bestnya, penyokong pahang ada yang siap bawa anak dia yang masih baby. gila tak gila? bahaya kot . duduk rumah kan lagi best ? sejuk , tenang , aman , damai, boleh baring baring, pergi tandas sesuke hati. tak perlu sanggup nak pergi stadium untuk dapatkan feel. brr -.-
assalamualaikum ....
harini aku boring sebenarnya.. yela ! hari sabtu kot tapi tak ada pergi mana mana, bosanlah kan? so semasa sedap sedap melayan kebosanan ni aku teringat zaman aku dulu dulu. zaman persekolahan yang tak berapa nak matang sangat. kenapa aku cakap camni ni ? sekarang ni dah matang sangat ke ? haha takdelah, dulu banyak sangat kes kes jenayah ceh jenayah la sangat XD yang aku dah lakukan. okay aku nak cerita ni. mempersembahkan ....
memperkenalkan kawan sampai mati aku Nursyuhada bt Azaman. dengan dia lah selalu buat jahat buat baik semua. siapa tak pernah buat jahat masa sekolah kan ? mesti ada punya walaupun secebis. aku dengan dia pernah ponteng pergi sunway pyramid. masa tu form 2. yela teringin sangat nak pergi sunway pyramid dan teringin benar nak rasa nikmat ponteng sekolah. di bantu oleh ;
hamzah
fadil
dibantu oleh abang dua orang ni. gila jahat dorang sebab menyokong niat suci aku dan uda. haha act dorang nak teman sebab nak marah pun tak boleh dah aku dan uda dah bertekad nak mencuba sesuatu yang mencabar. hamzah tu dah banyaaaakkk sangat tolong aku. serius aku terhutang budi dekat dia. aku pernah cuba cari dia, tapi orang cakap now dia dekat penjara dan tak ada siapa tahu apa cerita dia sekarang. apa pun terjadi dekat dia, aku percaya dia bukan seburuk yang orang lain sangkakan. serius dia sangat baik dengan aku dan bagi aku dia memang baik. mungkin ada sebab kenapa dia buat semua tu. dan dengan kehidupan dia yang dia lalui tu memang aku rasa itu faktor kenapa dia jadi macam tu.. eh terlebih pula , lari topik dah ni. ok kitorang berangkat ke sunway pyramid dalam pukul 12 , aku keluar rumah pakai baju sukan , tipu mak aku cakap yang aku ada aktiviti sukan. mak aku pun percaya. then naik bas rapid kl.. sampai sunway dalam pukul 1. just jalan sikit kitorg balik pastu tak terus balik rumah tapi mcm orang tak ada otak pergi sekolah. lepak dekat bustop sekolah. bodoh tak kami? dahlah ponteng sekolah lepastu pandai pandai je nak lepak depan sekolah. pukul 2 lebih tak silap aku masa tu. lepas tu pehh, cikgu hafzal, cikgu tergarang dan ckgu yang mengajar aku seni pula keluar buat spotcek dan telah berjaya menangkap aku. tapi berbekalkan muka poyo ni aku slamber je cakap aku tingkatan 4 tasawwur. lepastu lari dekat uda, dan kitorg berlari dekat semak samun. naik bas metro then terus balik menuju ke jalan yang benar iaitu subang perdana. balik rumah buat muka tak bersalah. esoknya pergi sekolah muka takut takut lagi lagi time ada seni sebab risau cikg hafzal cam aku dah akhirnya dia tak cam. selamat aku wei. memang rasa bersalah sangat buat kerja gila tu , itulah kali pertama dan kali terakhir aku buat. taknak tipu mak lagi. sakit sebenarnya menipu ni sebab asyik teringat2.
sebenarnya ada banyak dan sangat panjang cerita yang nak diceritakan tapi aku skip dan ringkaskan ..
aku pernah menjadi seorang pembuli. mengapa ? kerana aku pernah rasa sakitnya dibuli dan aku membalas dengan menjadi seorang pembuli. hahaha tapi aku ni bukan la cam over sangat. aku buli budak baru tu dalam seminggu je lepastu terus jadi kawan. kawan tak kawan sangatlah. lepas tu cara aku membuli takdelah kejam sangat. aku tak sentuh pun budak tu . aku tak pukul. aku tak pau. aku tak buat dia mcm hamba. cara aku comel jeee.. malas ah nak cite hahaha sebab tak kejam mana pun..
hah ! aku dengan nursyuhada bt azaman atau dengan nama manjanya 'uda', selalu .. selalu ? setiap hari kot... sengaja datang lambat ke sekolah.. masuk sekolah pukul 1.05 minit tapi pukul 1 baru nak tunggu bas rapid/metro.. kadang2 pukul 1 baru nak keluar. so kadang2 sampai tu pukul 2 dan lebih. hahaha sebab utama kitorg datang lambat sebab malas nak berebut naik bas sebab nak dapatkan tempat duduk sebab time pukul 12 memang ramai budak sekolah tunggu bas dekat bustop dan malas nak beratur . sebelum masuk kelas kena beratur. dan kadang2 ada spotcek. so kitorg selalu masuk time cikgu tengah mengajar. aku ingat lagi aku pernah kena denda berdiri dekat luar kelas T.T sedih tak terkata...
masa form 2 memang teruk gila sebab aku asyik dapat surat amaran.. sampailah cikgu bagi amaran kalau aku dapat lagi aku kena gantung sekolah. masa tu apak sedih lah. aku insaf terus. terus jadi budak baru . berubah sekelip mata untuk bersihkan nama. tapi yang bestnya surat amaran yang aku dapat tu mesti aku yang amik dekat peti surat rumah. selamat aku. nasib baik sempat amik. kalau dapat dekat mak ayah aku, memang memang memang pedih medih aa telinga ni.
lepas tu aku tak tahulah kenapa ramai sangat perempuan suka tak puas hati dekat aku, kadang kadang aku pelik sebab nama aku mesti naik bila ada kes gaduh dekat sekolah tu. yang paling aku tak boleh lupa masa hari isnin nak perhimpunan. aku kena panggil dengan geng bantot. aku tak ingat kes apa masa tu tapi aku dengan tenang mengadap jela muka dia. dengar dia punya maki hamun. sampai dia nak pukul aku tapi aku masa tu tepis. tak rela la aku kena pukul dengan dia. paling tak leh bla dia conteng buku nota sains aku dia conteng sampai habis muka surat.. dia maki hamun aku dan yang aku paling ingat dia cakap "mentang mentang rafie jaga kau, jangan harap aku takut!" siapa rafie ? hahah ni dia rafie ;
dulu banyak sangat org mengata aku pasal dia. sebab orang cakap dia terlalu menjaga aku. menjaga apa nya? aku pun tak faham.. mungkin sebab dia baik dengan aku. memang dia baik. aku ingat lagi masa aku ada exam seni, aku lupa ada exam. dulu memang, pasal exam memang malas nak amik tahu. pastu aku call dia tanya dia ada colour pencil tak.. dia cakap dia tak ada.. so aku pun redha je la masa exam haritu.. lepastu tetiba dia datang bawa colour untuk aku. colour baru woiii. luna yang kecil punya berharga rm4.50. tanda harga siap ada tak cabut. hahahaha walaupun dia ni nampak macam jahat tapi dia tak pernah ajak aku buat benda bukan bukan . sangat senang bergaul dengan dia, tapi itu dulu. masa dekat subang. now dah tak contact. dan dia dah kahwin pastu tak sampai berapa bulan dah cerai .
sampai sini je la kisah kejahatan yang pernah aku lalui dahulu .
sekian , maseh
form 5
form 4
sebenarnya... aku rindu :') dua tahun dengan diorang . tapi... jia,izzy,farah,fiza, farzana, rohini, acarp, rezal, muqri dan haikal dah 3 tahun la sama kelas. walaupun selalu sakit hati dengan pelajar lelaki tapi tak pernah ada perasaan benci atau dendam. ceh gitu . dengan perempuan semua ok ok ah ^^ muka aku terpaksa letak pink , bukan sebab malu tapi aku memang suka pink ah XD haha takdelah , aku rasa mcm selekeh je, so malas la nak tayang selekeh aku tu. paling org yg aku tak suka ada dalam kelas irshad. tak ada dalam gambar. sebab aku rasa dia lah yg paling menyampah sekali aku tengok. dia tak ada pun la cari pasal dengan aku tapi ntah ah, mcm menyampah gila tengok sikap malas belajar dia. melawan cakap cikgunya lagi. peh memang tak suka gila lah. aku pantang je org yg kurang ajar dengan cikgu ni. banyak kenangan sebenarnya .. tapi nantilah cerita
harini makan aiskrim sambil main hujan , bukan nak kata apalah , tapi seronok gilaaaaaa >,< tapi lepas habis semua tu , terus pening O.o dulu dulu segar je lepas main hujan , sekarang ... faktor umur kot? yela aku kan dah tua . hari ni ada org yang aku rasa dia memang gila. yes , dia gila. text aku membabi buta , geram je aku :'( nah ni msg yang dia bagi dan ada yang aku balas
si gila : assalamualaikum
aku : waalaikumusalam
si gila : kalau depan depan saya, awak balas salam saya kan best?
si gila : awak , tolonglah balas.
si gila : kau ni sombong sangat asal?
si gila : sombong gila.
lepas tu dia call. aku takut nak angkat. tapi aku angkat juga. aku dengar suara dia cakap "hello" aku tak kenal suara tu. aku letak balik,
si gila : saya nak dengar suara awak
si gila : tolonglah balas
aku : kau ni siapa?
si gila : nazmi
aku : sorry, aku tak kenal. dan sorry sangat sebab aku tak suka kau kacau aku. rimas, faham? kbye
si gila : aku takkan berhenti sebab aku betul betul nak kawan dengan kau
aku : sorry tapi aku tak nak
si gila : aku nak
aku : kau ni bodohkan ? aku taknak taknak la
si gila : aku memang bodoh, sebab kau :)
lepas tu aku rasa cam seram je lelaki ni , aku malas nak layan. dia call banyak kali . lebih 30 juga. pastu aku block. lepas aku masuk belajar, aku nak tukar no !
si gila : assalamualaikum
aku : waalaikumusalam
si gila : kalau depan depan saya, awak balas salam saya kan best?
si gila : awak , tolonglah balas.
si gila : kau ni sombong sangat asal?
si gila : sombong gila.
lepas tu dia call. aku takut nak angkat. tapi aku angkat juga. aku dengar suara dia cakap "hello" aku tak kenal suara tu. aku letak balik,
si gila : saya nak dengar suara awak
si gila : tolonglah balas
aku : kau ni siapa?
si gila : nazmi
aku : sorry, aku tak kenal. dan sorry sangat sebab aku tak suka kau kacau aku. rimas, faham? kbye
si gila : aku takkan berhenti sebab aku betul betul nak kawan dengan kau
aku : sorry tapi aku tak nak
si gila : aku nak
aku : kau ni bodohkan ? aku taknak taknak la
si gila : aku memang bodoh, sebab kau :)
lepas tu aku rasa cam seram je lelaki ni , aku malas nak layan. dia call banyak kali . lebih 30 juga. pastu aku block. lepas aku masuk belajar, aku nak tukar no !
selesai hari mengundi ! dannnnnn jeng jeng jenggg , PKR menang untuk SELANGOR -.- kesian BN buat lagu ni :
kesian :') nak cipta , cari suara yang sedap. dan yang bestnya aku pun dah TERhafal lagu dia, tiap tiap hari mesti aku TERnyanyi. mana taknya , buka tv lagu selangor yakini bn. radio pun sama. boleh masuk anugerah juara lagu kan? macam pelik je, area rumah aku banyak bendera BN. pergi mana mana BN je aku nampak megah dia. tapi kalah juga?
tadi mula mula pergi subang, sebab ayah mengundi dekat sana. dekat sekolah rendah ayip iaitu sk subang perdana. situ memang meriah gila. raaamaaaai sangat org. penyokong BN pun ramai gila. siap datang jumpa aku suruh undi. siap puji aku comel. bodek la tu. sorry ye kakak kakak abang abang saya belum cukup umur :-* aku ternampak kawan aku fadil jual air tin tepi jalan . sedih pula tengok. cari rezeki. aku nak datang beli tapi ayip pula merungut panas lah apelah . so tak jadi nak pergi beli.
lepas tu pergi dekat sungai besi. mak aku pula mengundi. dekat sekolah lama aku sk pengkalan tentera darat. memang exited gila >,< tangkap gambar sambil mengimbau kenangan dulu. aku tengok akak aku mcm tak exited je -.,-
rindu gilaaaaa dohhh , serius ah lama gila kot tapi tahan lagi dengan warna cat nyaaa . tiga tiga bangunan tu semua aku dah rasa :')
dewan ! lepas rehat mesti kena beratur dekat sini dan kalau sesi petang sebelum masuk kelas kena duduk sini dulu.
warna cat , dan lukisan serta papan tu masih sama . dari aku darjah 4 kot tak silap. sebab masa aku darjah 4 ni bangunan baru . haa sini tempat perhimpunan. selalu aku datang lambat. saja . aku kalau perhimpunan memang suka datang saat saat akhir.
dalam bilik tingkat atas tu la mak aku masuk untuk mengundi. dan bilik tu juga la masa aku darjah dua. kelas 2 apa ntah dah lupa. tapi naqib pun sama kelas dengan aku juga masa tu. masa tu laka laka je masing masing. hahaha
sebenarnya besar lagi , tapi aku malas betul nak tangkap. padang untuk anak askar memang besar gilaa. serius tak tipu. sangat besar o.O
sini pula tempat aku tunggu trak yang gila lama nak amik aku . dahlah nak pergi datang awal ! dalam pukul 6.30 camtu aku dah kena turun. tapi nak balik , amik lambat gilaa !
trak ni la yang aku selalu pergi dan balik dari sekolah. setahun bayar rm5 je . penuh cabaran laa kan. nak naik kena angkat kaki luas luas kalau tangga tak ada. tapi selalu aku abang askar dukung. sebab aku ringan je dulu macam ikan bilis. hiiihihi
ayip tahan dari nak berak. selekeh kan budak ni ?
ayah muka ketat sebab anak dia makan asyik tak habis dan dia kena jadi tong sampah >,< ayip menyaksikan muka ketat ayah dan berusaha habiskan makanan sebab takut kena marah
ayah dah start hisap rokok , ayip masih terkial kial nak habiskan sosej yang dia amik tu. tula amik banyak sangat. padan muka kau
emak stress , mogok taknak makan sebab permintaan dia nak makan kfc ditolak oleh ayah. so dia hanya diam sambil menyaksikan kitorg makan.
eh jap , lagu ni best kan ?
ok habis , sekian maseh ^^
TANNER PATRICK ♥
tetiba exited gila nak nak siarkan video tanner yang best best ^.^ suka cara dia nyanyi dan cara dia ubah lirik sedikit.
dulu aku memang minat gila dekat bruno mars. sampai aku simpan banyak gambar dia dan SEMUA lagu dia.. tapi sekarang macam bruno mars tak ada seri. ceh gitu.
dan...aku memang minat gila dekat maroon 5 sebab lagu dia suara dia memang wauuu la bagi aku , tapi kenapa aku rasa tanner nyanyi lagu ni la wauuu O.o
aku tak minat justin bieber, baca lagi sekali AKU TAK MINAT JUSTIN BIEBER. tapi aku suka bila tanner nyanyi lagu JB ni. toink toink
tak rasa ke Tony Stark ni walaupun dah tua tapi pehh hansem gilaaaaaa XD hari tu aku tengok wayang cerita iron man 3 , fuyoooo gempak gila . rugi siapa tak tengok, tergoda aku tengok kekuatan iron man ni. tapi sayang berlakon je , dunia realiti aku tahu dia tak sekuat yg aku bayangkan sekarang ni.
tapi tak boleh kalah dengan kekacakan hero spiderman ni
hahahaahahah
eh jap jap , boleh lawan ke dengan dia ni ?
ke ini ?
hahahah dah dah XD kang tak boleh tidur malam , comel mana pun diorang , tak boleh lawan dengan comelnya buah hati aku , muhamad akmal afif ^^
Subscribe to:
Posts (Atom)