assalamualaikum ....

harini aku boring sebenarnya.. yela ! hari sabtu kot tapi tak ada pergi mana mana, bosanlah kan? so semasa sedap sedap melayan kebosanan ni aku teringat zaman aku dulu dulu. zaman persekolahan yang tak berapa nak matang sangat. kenapa aku cakap camni ni ? sekarang ni dah matang sangat ke ? haha takdelah, dulu banyak sangat kes kes jenayah ceh jenayah la sangat XD yang aku dah lakukan. okay aku nak cerita ni. mempersembahkan ....


memperkenalkan kawan sampai mati aku Nursyuhada bt Azaman. dengan dia lah selalu buat jahat buat baik semua. siapa tak pernah buat jahat masa sekolah kan ? mesti ada punya walaupun secebis. aku dengan dia pernah ponteng pergi sunway pyramid. masa tu form 2. yela teringin sangat nak pergi sunway pyramid dan teringin benar nak rasa nikmat ponteng sekolah. di bantu oleh ;


hamzah


fadil

dibantu oleh abang dua orang ni. gila jahat dorang sebab menyokong niat suci aku dan uda. haha act dorang nak teman sebab nak marah pun tak boleh dah aku dan uda dah bertekad nak mencuba sesuatu yang mencabar. hamzah tu dah banyaaaakkk sangat tolong aku. serius aku terhutang budi dekat dia. aku pernah cuba cari dia, tapi orang cakap now dia dekat penjara dan tak ada siapa tahu apa cerita dia sekarang. apa pun terjadi dekat dia, aku percaya dia bukan seburuk yang orang  lain sangkakan. serius dia sangat baik dengan aku dan bagi aku dia memang baik. mungkin ada sebab kenapa dia buat semua tu. dan dengan kehidupan dia yang dia lalui tu memang aku rasa itu faktor kenapa dia jadi macam tu.. eh terlebih pula , lari topik dah ni. ok kitorang berangkat ke sunway pyramid dalam pukul 12 , aku keluar rumah pakai baju sukan , tipu mak aku cakap yang aku ada aktiviti sukan. mak aku pun percaya. then naik bas rapid kl.. sampai sunway dalam pukul 1. just jalan sikit kitorg balik pastu tak terus balik rumah tapi mcm orang tak ada otak pergi sekolah. lepak dekat bustop sekolah. bodoh tak kami? dahlah ponteng sekolah lepastu pandai pandai je nak lepak depan sekolah. pukul 2 lebih tak silap aku masa tu. lepas tu pehh, cikgu hafzal, cikgu tergarang dan ckgu yang mengajar aku seni pula keluar buat spotcek dan telah berjaya menangkap aku. tapi berbekalkan muka poyo ni aku slamber je cakap aku tingkatan 4 tasawwur. lepastu lari dekat uda, dan kitorg berlari dekat semak samun. naik bas metro then terus balik menuju ke jalan yang benar iaitu subang perdana. balik rumah buat muka tak bersalah. esoknya pergi sekolah muka takut takut lagi lagi time ada seni sebab risau cikg hafzal cam aku dah akhirnya dia tak cam. selamat aku wei. memang rasa bersalah sangat buat kerja gila tu , itulah kali pertama dan kali terakhir aku buat. taknak tipu mak lagi. sakit sebenarnya menipu ni sebab asyik teringat2.

sebenarnya ada banyak dan sangat panjang cerita yang nak diceritakan tapi aku skip dan ringkaskan .. 

aku pernah menjadi seorang pembuli. mengapa ? kerana aku pernah rasa sakitnya dibuli dan aku membalas dengan menjadi seorang pembuli. hahaha tapi aku ni bukan la cam over sangat. aku buli budak baru tu dalam seminggu je lepastu terus jadi kawan. kawan tak kawan sangatlah. lepas tu cara aku membuli takdelah kejam sangat. aku tak sentuh pun budak tu . aku tak pukul. aku tak pau. aku tak buat dia mcm hamba. cara aku comel jeee.. malas ah nak cite hahaha sebab tak kejam mana pun..

hah ! aku dengan nursyuhada bt azaman atau dengan nama manjanya 'uda', selalu .. selalu ? setiap hari kot... sengaja datang lambat ke sekolah.. masuk sekolah pukul 1.05 minit tapi pukul 1 baru nak tunggu bas rapid/metro.. kadang2 pukul 1 baru nak keluar. so kadang2 sampai tu pukul 2 dan lebih. hahaha sebab utama kitorg datang lambat sebab malas nak berebut naik bas sebab nak dapatkan tempat duduk sebab time pukul 12 memang ramai budak sekolah tunggu bas dekat bustop dan malas nak beratur . sebelum masuk kelas kena beratur. dan kadang2 ada spotcek. so kitorg selalu masuk time cikgu tengah mengajar. aku ingat lagi aku pernah kena denda berdiri dekat luar kelas T.T sedih tak terkata... 

masa form 2 memang teruk gila sebab aku asyik dapat surat amaran.. sampailah cikgu bagi amaran kalau aku dapat lagi aku kena gantung sekolah. masa tu apak sedih lah. aku insaf terus. terus jadi budak baru . berubah sekelip mata untuk bersihkan nama. tapi yang bestnya surat amaran yang aku dapat tu mesti aku yang amik dekat peti surat rumah. selamat aku. nasib baik sempat amik. kalau dapat dekat mak ayah aku, memang memang memang pedih medih aa telinga ni. 

lepas tu aku tak tahulah kenapa ramai sangat perempuan suka tak puas hati dekat aku, kadang kadang aku pelik sebab nama aku mesti naik bila ada kes gaduh dekat sekolah tu. yang paling aku tak boleh lupa masa hari isnin nak perhimpunan. aku kena panggil dengan geng bantot. aku tak ingat kes apa masa tu tapi aku dengan tenang mengadap jela muka dia. dengar dia punya maki hamun. sampai dia nak pukul aku tapi aku masa tu tepis. tak rela la aku kena pukul dengan dia. paling tak leh bla dia conteng buku nota sains aku dia conteng sampai habis muka  surat.. dia maki hamun aku dan yang aku paling ingat dia cakap "mentang mentang rafie jaga kau, jangan harap aku takut!" siapa rafie ? hahah ni dia rafie ;


dulu banyak sangat org mengata aku pasal dia. sebab orang cakap dia terlalu menjaga aku. menjaga apa nya? aku pun tak faham.. mungkin sebab dia baik dengan aku. memang dia baik. aku ingat lagi masa aku ada exam seni, aku lupa ada exam. dulu memang, pasal exam memang malas nak amik tahu. pastu aku call dia tanya dia ada colour pencil tak.. dia cakap dia tak ada.. so aku pun redha je la masa exam haritu.. lepastu tetiba dia datang bawa colour untuk aku. colour baru woiii. luna yang kecil punya berharga rm4.50. tanda harga siap ada tak cabut. hahahaha walaupun dia ni nampak macam jahat tapi dia tak pernah ajak aku buat benda bukan bukan . sangat senang bergaul dengan dia, tapi itu dulu. masa dekat subang. now dah tak contact. dan dia dah kahwin pastu tak sampai berapa bulan dah cerai .

sampai sini je la kisah kejahatan yang pernah aku lalui dahulu .
sekian , maseh 




No comments:

Post a Comment