baucer buku yang kali pertama aku dapat telah pun habis meninggalkan aku. ok cerita dah lama baru nak cerita.. sebab nak ingatkan balik macam mana boleh habis dengan begitu sesuka hati. tapi aku ingat lagi sebelum aku dapat baucer buku tu aku dah berazam nak beli buku yang berkaitan dengan pysio banyak banyak. konon nak study. tapi aku lupa yg aku seorang yang sangat malas nak belajar. jadi tak mungkin aku akan beli buku. jadi bila aku dah dapat jee baucer tu , aku terus ajak my baby keluar pergi kedai buku. kedai buku yg boleh ambil apa sahaja. so aku joli dengan begitu dayus dalam kedai buku tu . aku habiskan rm100 dengan membeli novel, komik adik aku, colour baru untk dia and alas tulis untuk aku . balik rumah dalam keadaan yg sangat puas hati sebab baru je habiskan rm100.. dan .. bla tiba jualan dekat kolej aku, aku telah menghabiskan lagi rm50 dengan beli stethoscope.
oleh kerana aku kena pakai stethoscope ni untuk sem depan nanti , so aku pun beli la awal awal selagi ada depan mata dan selagi baucer masih ada dalam tangan. lepas ni aku rasa susah dah nak jumpa stethoscope colour pink..aku nampak warna pink jee cepat cepat aku ambil and bayar dengan senyuman.
so, tinggallah lagi rm100.. so aku keluar lagi pergi kedai buku dengan eleina pula.. sebab nak beli barang hadiah .. nak bagi alia hadiah tapi takde duit , aku pun mengambil kesempatan yg ada... aku beli barang keperluan untuk lia macam fail colour pink... buku note colour rainbow.. ngee :D pastu ada la aku beli aku pun tak ingat apa sebab aku habiskan rm50 untuk hadiah lia sorg je . hee esoknya dia terharu sebab banyak sangat hadiah aku bagi. hee agak agak dia tahu tak aku belikan hadiah untuk dia pakai baucer? hee
so, tinggal lagi rm50 , aku pergi lagi kedai buku yg sama dengan my baby .. kali ni aku beli lagi barang bukan bukan... aku beli dengan penuh perasaan.. dan habis laa riwayat baucer aku. baucer aku habis tanpa aku membeli satu pun buku berkaitan dengan physio. hekhekhek
No comments:
Post a Comment