sunway lagoon !

haa dah lama tak citer citer ! ok harini nak cerita pengalaman pergi sunway lagoon haritu ! takut nanti dah lupa pasal kenangan tu . hehehe

aku dah terjaga pukul 5 30 pagi. exited punya pasal sebab dah tak sabar nak mandi azrul cakap pukul 7 dah kena gerak pergi stesen bas depan pkns. sebab takut nanti kena beratur panjang beli tiket . so aku pon semangat ah siap siap sebab taknak lambat. pukul 7 aku dah siap, aku rasa macam tak sedap hati. sebab aku dapat merasakan yg dorg masih belum bangun. jadi aku call wan and azrul banyak kali. tak angkat sampailah pukul 7 suku baru dorg angkat and dorg baru bangun. aku dah agak. azrul mesti bangun lambat punya. tapi aku tetap sabar menunggu.

pukul 7 40 aku dah suruh akak aku hantar aku pergi pkns. tunggu si azrul ni memang sampai lebam lahh... 8 30 camtu baru dia sampai pkns.. tapi nasib baik mak ayah azrul sudi nak hantar kitorg sampai dekat sunway lagoon. masatu rasa bersyukur sangat sebab tak payah nak tunggu bas and buang masa.

sampai je sunway lagoon, aku terus nak beli tiket sebenarnya tapi sayang, kaunter pun tak buka lagi. so kitorg pon pergi breakfast dulu. habis makan terus beli tiket . and tunggu sampai pukul 10 baru boleh masuk. tepat je pukul 10 ada badot mana ntah buat persembahan sebelum kitorg masuk. bolehlahh terhibur laa sikit. cuma cam kelakar bila tengok perempuan seksi mekap tebal kulit gelap terkinja kinja .. hmm

ok ! kitorg plan nak main dekat tempat2 kering dulu baru basah. so game pertama aku main roller coaster !


actually ni first time aku main roller coaster ni. of course laa azrul sebelah aku. jangan haraplah aku nak duduk sorg sorg. gila sumpah gila bapak aku rasa macam ajal akan menjemput aku masa tu. sumpah aku takut. sampai aku rasa banyak kali aku jerit panggil mak. sangat seram . dahlah laju lepastu gayat nak mati. aku pejam mata langsung taknak buka. azrul sempat tengok muka aku, dia cakap aku asyik pejam mata je. sempat lagi dia tengok muka aku, dia takde perasaan takut ke hape?

lepas azrul and wan naik ni 

sorry laa.. aku takkan naik benda ni. roller coaster tuuu dah bagi aku fobia. aku sangat takut takut dan takut ! memang seram gila aku tengok . pusing sampai 360 darjah. gila ah. aku takkan naik. tak akan !

aku asyik membebel je kat azrul tak sabar nak masuk rumah hantu . dia mesti bosan dengar aku membebel tak sabar masuk rumah hantu , so yeahhh 

sebelum rumah hantu ni start. aku dah perasan hantu2 ni dekat luar. and 80% hantu hantu ni semua aku kenal. semua budak subang. tapi malas nak tegur. so aku masuk. aku taknak ah duduk depan. aku duduk belakang azrul. wan duduk depan sekali. azrul ni macam acah acah berani "kau ikut je aku aini, jangan takut" tapi aku rasa dia punya jerit bila nampak hantu lagi kaw kaw bunyinya. sampai wan cakap "aku rasa aini dengan kau, aini lagi ok masuk rumah hantu" hahahahah sebenarnya not bad la rumah hantu dia. memang tak rugi la masuk. sebab  bukan cikai2 punya rumah hantu. paling seram rasanya tempat yg ada banyak sangat pocong. oh ada lagi satu , aku rasa belakang aku masatu ada dua tiga org gay. sumpah gay nak mampos. penakot dia aku rasa macam nak suruh dia berambos tak payah masuk rumah hantu. jerit macam bapok. please la. aku takut juga takdela sampai macamtu.

ni tempat pocong tuu sumpah seram 



lepastu kitorg main ni pula


yang ni aku naik dengan wan dalam pelampung cam tayar double tu. apetah namanya. wan duduk depan aku duduk belakang. memang lajuuuu selaju dia dia turun. memang seram juga dan bontot aku sangat sakit sampai rasa ke kepala. 

lepastu aku tunggu azrul and wan main benda ni. aku tak main sebab kesan bontot aku masih sakit. jadi aku takde mood nak main. haha bukan sebab tu je.. aku tengok perempuan yg main benda ni mesti ada yg sampai tercabut tudung and terbuka baju. jadi aku risau jadi dekat aku. maka aku jauhkan diri aku dari main benda ni. azrul tanya kenapa tak main pon aku jawab aku takut. segan pula aku nak terangkan perkara sebenar. huhuhu

lepas lepas lepastu ! ni paling gempak gila gempak !

okay , ini rasanya lagi seram dari roller coaster sumpah tak tipu. first and last aku naik dan aku taknak naik lepas ni ! aku rasa macam jantung aku dah terjatuh. dan macam akan mati bila bila masa saja. sumpah seram tak tipu. asyik jerit nama azrul je and tak mampu nak buka mata. hanya mampu pegang pemegang tu kuat kuat sebab takut jatuh . aish.. memang seram gila. lebih seram dari rumah hantu benda alah ni wei !

ok yang paling aku rasa relax, aku tak takut dan dapat buka mata dengan tenang and ketawa adalah ni 

bagi aku ini yg paling tenang sebab tak rasa macam nak nangis. yg lain semua seram sampai rasa jantung hilang. 



arghhh ! banyak lagi sebenarnya aku pergi, tapi malas nak cari kat goggle image. ini semua gambar dari google. sebab hp aku dah simpan dalam locker. takde masa nak tangkap gambar. 






sejak dua menjak ni perkara ni sering berlaku. aku tidak tahu mengapa.


  • mood aku kadang suka bertukar. kalau macam aku rasa aku nak bercakap. aku bercakap. so kawan kawan mahupun keluarga aku akan memandang aku seperti orang yang misteri. kalau aku rasa aku nak bercakap aku akan dekat dekat dengan semua kawan kawan aku. bergosip. bergelak ketawa. tapi kalau aku rasa aku taknak, aku mesti taknak dekat dengan sesiapa even orang yg paling aku rapat pon. jadi, kawan kawan akan menganggap aku seperti misteri kerana sikap tiba tiba aku atau akan menganggap aku mempunyai masalah. padahal tak ada apa apa pon yang membuat aku jadi macamtu. dia macam tiba tiba. entah. aku pun tak faham. kalau macam family pula, dalam rumah.. kalau aku rasa aku nak bercakap bergaul bergurau dengan mereka aku akan duduk bawah sepanjang hari.. tapi kalau aku taknak, aku akan duduk atas buat hal aku sendiri sampaikan ayah sendiri tidak senang dengan sikap aku yang suka duduk dalam bilik. entahlah, bila mood aku bertukar tiba tiba tempat yang aku rasa memberi ketenangan sudah semestinya dalam bilik. 
  • automatik aku akan termenung. aku pon tak tahu macam mana gerak geri aku yang akan membuatkan aku termenung. kawan kawan dah selalu sangat menegur sikap aku yang kuat termenung. lagi aqil dan ijan. sampai dorg mengelarkan aku kuat berangan . padahal aku tak berangan pon. aku cuma entah. bila lecture tegur aku pon sampai aku tak perasan and memang tak sedar langsung yang aku sedang menikmati termenung. memang tak dinafikan, 80% dari termenung aku tu aku memikirkan sesuatu. tapi kenapa mesti terfikir sampai macam tu ? padahal bila fikir balik tak besar mana pon la masalah tu.