sejak dua menjak ni perkara ni sering berlaku. aku tidak tahu mengapa.


  • mood aku kadang suka bertukar. kalau macam aku rasa aku nak bercakap. aku bercakap. so kawan kawan mahupun keluarga aku akan memandang aku seperti orang yang misteri. kalau aku rasa aku nak bercakap aku akan dekat dekat dengan semua kawan kawan aku. bergosip. bergelak ketawa. tapi kalau aku rasa aku taknak, aku mesti taknak dekat dengan sesiapa even orang yg paling aku rapat pon. jadi, kawan kawan akan menganggap aku seperti misteri kerana sikap tiba tiba aku atau akan menganggap aku mempunyai masalah. padahal tak ada apa apa pon yang membuat aku jadi macamtu. dia macam tiba tiba. entah. aku pun tak faham. kalau macam family pula, dalam rumah.. kalau aku rasa aku nak bercakap bergaul bergurau dengan mereka aku akan duduk bawah sepanjang hari.. tapi kalau aku taknak, aku akan duduk atas buat hal aku sendiri sampaikan ayah sendiri tidak senang dengan sikap aku yang suka duduk dalam bilik. entahlah, bila mood aku bertukar tiba tiba tempat yang aku rasa memberi ketenangan sudah semestinya dalam bilik. 
  • automatik aku akan termenung. aku pon tak tahu macam mana gerak geri aku yang akan membuatkan aku termenung. kawan kawan dah selalu sangat menegur sikap aku yang kuat termenung. lagi aqil dan ijan. sampai dorg mengelarkan aku kuat berangan . padahal aku tak berangan pon. aku cuma entah. bila lecture tegur aku pon sampai aku tak perasan and memang tak sedar langsung yang aku sedang menikmati termenung. memang tak dinafikan, 80% dari termenung aku tu aku memikirkan sesuatu. tapi kenapa mesti terfikir sampai macam tu ? padahal bila fikir balik tak besar mana pon la masalah tu. 

No comments:

Post a Comment