hiii !! okay harini nak cerita pasal percutian aku ke surabaya ! takut tak ada masa dah lepas ni sebab ahad ni dah bertolak ke perak untuk berkhidmat di hospital tanjung rambutan selama 2 minggu!

20/12/2014

pukul 3 pagi dah bangun setelah rasa macam susah sangat nak tidur sebab exited gila nak pergi surabaya. hekhek. pukul 4 dah gerak sebab pukul 5 dah kena ada dekat sana. tapi sampai sana je kawan2 ayah ramai tak datang lagi. semua lambat. maka kitorg hampir terlepas flight gara gara kelembapan mereka.. tapi alhamdulillah sempat tapi kena marah laa juga dengan penjaga pintu kapal terbang tuu . aku ditakdirkan duduk sebelah makcik ni. aku taktahu la nama dia siapa tapi dia mak kepada kawan ayah. kawan ayah yang bernama en ramli. not bad laa mula mula kenal dengan makcik ni. banyak cakap. tak kisahlah aku mula mula layan dia punya sembang. kali ni naik flight memang sangat sangat cantik awan di udara kerana awan sangatlah tebal, mungkin kerana musim hujan.
sampai jeee .. kitorg terus makan.. lepas makan pergi naik hotel.. lepas tu turun balik untuk pergi satu makam bersejarah... actually kali ni aku tak berapa banyak sangat ambil gambar kerana sangatlah kelam kabut suasana di surabaya. lepas pergi situ, kitorg g makan. lepas makan naik hotel balik dan tidur.. sangatlah penat masani -.-

21/12/14

awal pagi dah bangun sebab nak pergi safari. safari ni dekat atas bukit yg jauh dari bandar.. tahu tak dekat safari ni ada apa ?




dia lebih kurang macam zoo. tapi ni lain sikit. kita kena duduk dalam kereta tanpa membuka cermin dan dilarang keluar. sangatlah bagus cara mereka sebab haiwan2 ni bebas kemana saja. kita hanya memerhati... banyak lagi haiwan dekat sana, tapi tak sempat tangkap dek kerana terlalu teruja tengok haiwan2 dekat sana secara dekat. tapi aku agak pening and rasa macam nak muntah perjalanan nak ke sana . mungkin kerana terlalu lama duduk didalam kereta. jalan yang berpusing dan perut yg kosong. lepas safari kitorg terus pergi makan.. lepas pergi makan pergi shopping.. lepas shopping makan lagi... memang kerja makan je dekat sini.. btw, shopping dekat surabaya taklah best mana sebab .. aku rasa surabaya bukanlah tempat yg sesuai untu shopping . 

22/12/14

bangun pagi lagi untuk shopping.. tapi tetap takde benda yang menarik yang boleh dibeli.. lepas shopping pergi hotel.. kemas2 barang.. makan.. and terus pergi kapal terbang.. 

see? sekejap kan ? nampak macam banyak masa lagi kan ? tidak.. masa sangatlah tidak mencukupi sebab tu banyak sangat tempat yg tak sempat nak pergi seperti gunung berapi dan kg yang dah tenggelam.. actually aku teringin nak tengok kg yang dah tenggelam tu . sebab kisah dia sangat menyedihkan.. semua penduduk kg situ mati. mayat mereka semua ditenggelami air. mati kerana lemas.. and sampai sekarang kg tu ditenggelami. aku ada perasan kg tu masa dalam kapal.. aku tengok dari atas.. nak sangat tengok kg tuu . hmm tahu tak kenapa tak sempat ? kerana tempat tu jauh2 dan sangat sangat jem . rakyat indonesia terlalu ramai tak kawasan dia sangatlah sempit. highway dia pun sempit apetahlagi jalan biasa. 

satu je yg aku kagum tentang indonesia.. mereka punya adab sangat la tinggi. mereka sangat beradab dan sering menyebut perkataan maaf. layanan mereka sangatlah baik. bayangkan yg kerja bawahan pon sangat beradab. cleaner pun sangat tinggi adabnya. kalau malaysia ? pekerja cleaner pon senyum kat kita pon tak sudi kan ? 

tapi tapi tapi.. hotel dia fail.. dekat malaysia hotel 1 bintang , malah yg tak ada bintang pon ada sediakan kemudahan seperti celek elektrik .. dekat sini takde disediakan ... even 3 bintang .. 


okay ni katil dia. sorry aa bersepah sikit. baru bangun tidur masa ni. 

makanan dekat indonesia ? bukanlah selera aku. aku lagi selera dekat masakan melayu. 


ni sarapan pagi dekat hotel ni. tak sedapppp ! hahahahah tapi makan je utk isi perut 

haaa ! nak cerita ni. mak en ramli tu betul2 ada jodoh dengan aku. dahlah dalam van dia duduk denga aku. aku tak tahan gan dia bukan setakat sembang dia yg aku tak faham dia cakap apa tu, tapi dia sangatlah busuk :( aku tak tahu la apa masalah dia, tapi dia busuk. sampai aku pening dan sering buat buat tidur dalam van sedangkan aku taknak tidur :( tapi terpaksa buat :(
masa nak balik kl, aku beria usha tiket aku punya kerusi dekat mana, lepastu aku cek makcik tu punya sekali, bersyukur sangat sebab dia bukan duduk sebelah aku !! tapi rasa sedih sebab sebelah aku bukanlah ahli keluarga aku :( tapi masa tu rasa macam ok lagilah dari aku kena duduk sebelah makcik tu, tapi masa dah duduk tuu , ayah suruh aku tukar tempat , dia suruh aku duduk tempat dia, and ayah duduk tempat aku. so aku dapatlah duduk sebelah mak! memang exited plus sukaaaa sangat ! tapi masa otw nak ke kerusi ayah tu, en ramli panggil aku, offer aku duduk sebelah mak dia! peh peh peh ! masa tu aku dengan senyuman menolak dengan alasan nak duduk sebelah mak.. so dapatlah aku duduk sebelah mak.. sebelah kiri aku mak.. sebelah kanan aku bini en ramli.. tapi tapi tapi !! tetiba bini en ramli tukar tempat dengan mak en ramli ! kerana nak duduk sebelah en ramli ! omg... masatu akak and mak dah tersenggih pandang aku.. yela, macammana aku elak pon aku pasti akan duduk sebelah makcik tu :'( 



No comments:

Post a Comment