sem 4 yayy ! minggu ni minggu pertama dalam sem 4. dah habis praktikal 2 minggu dengan jayanya. ecehh , dapat markah 56 je -.- ha nanti2 la aku cerita pasal therapist yg teruk tu . harini nak cerita tentang.. abah..

hari selasa haritu, kitorg semua jumpa pn shima , pn shima ni therapist dekat rumah seri kenangan ni. ok rumah seri kenangan ni adalah rumah org tua.. ada yang tua normal dan ada yang tua gila. rumah seri kenangan ni kawasan ward hospital bahagia juga. ok sambung balik , kitorg jumpa pn shima sebab nak dapatkan maklumat tentang Om iaitu seorang patient yg kitorg nak present dekat lecture bila habis posting nanti. tapi pn shima tak setuju untuk kita ambil Om sebab Om tak normal. tak boleh nak temu ramah dia. ada betulnya juga , Om reti cakap "atatattatat" jeee.

so, pn shima bagi list nama. ada 6 orang patient. pn shima suruh pilih sorg satu sebab kitorg pon ada 6 orang. pn shima suruh kitorg observ patient tu, tengok apa yg problem dekat patient tu. aku mengambil keputusan untuk melawat ward lelaki dulu memandang dalam list tu ada 4 orang lelaki. kalau boleh aku nak pilih patient yg reti cakap. bukan bila aku tanya, jawabnya lain.. karang mati aku nak selesaikan kes dia. cari punya cari , jadi aku rasa aku tertarik patient ni. namanya pakcik aznam.
jadi aku mengambil keputusan utk memilih dia memandangkan nama dia memang tersenarai dalam list.

masa tu aku blur lagi and agak segan nak tanya sebab aku paling nyampah kalau aku nak temu ramah patient ada mmber dekat belakang. azrul sedang memerhatikan aku dan aku rasa sangat rimas. tapi oleh kerana ini untuk markah aku juga, aku temuramah je la pakcik aznam ni. first macam biasalah aku tanya hal peribadi dia dulu . seperti umur, dah kawin ke belum , ada anak ke tak , kerja apa . duduk mana sebelum ni, hal peribadi yg simple je la , bukan yg gila peribadi macam. sebab kita tetap kena hormati hal privasi patient. lepastu baru la aku tanya tentang kesihatan pakcik ni. pakcik aznam ni , dia pernah eksiden 10 tahun lepas. sekarang umur dia dah 54. bila aku tanya "oh kiranya pakcik kemalangan masa umur pakcik 44 camtu lah ? pastu pakcik tu dengan yakin jawab "eh aku rasa aku eksiden masa umur aku 20an macamtu, lepas aku habis sekolah. jadi aku krik krik sekejap. aku jawab "ek eleh pakcik ni.. tadi cakap 10 tahun lepas, cuba pakcik kira 44 45 46 47 and bla bla" pastu dia diam . hahahah sentap kau pakcik .

lepas aku siasat kes dia, aku pon janji dengan dia yg aku akan datang balik esok bersama pn shima. masatu dia sangat nak aku buat exercise dekat dia.. sebab dia nak cepat baik .. dia nak keluar dari rumah seri kenangan tu .. ok btw pakcik ni pernah eksiden 10 tahun lepas, tapi lepas eksiden tu dia boleh jalan , apa yg buat dia tak boleh jalan adalah kerana dia dah kena strok . tapi strok belah kiri je. belah kanan dia normal. tangan and kaki dia tak boleh gerak . pada aku, pakcik ni memang boleh kembali normal tapi tu semua bergantung kepada semangat dia nak jalan and rawatan yg diberikan. apa yang aku nampak therapist kat sana buat bodoh je kat dia. ok aku taknak citer lagi pasal therapist kat sana.

esoknya, iaitu hari rabu aku datang balik jumpa pakcik aznam tapi bukan bersama pn shima sebab pn shima takde.. jadi aku datang jumpa dia sebab saja saja je aa. sebab dah janji kan nak datang . masa datang tu dia asyik minta buat exercise dekat dia je .. aku memang nampak semangat dia nak baik tu .. tapi aku tak boleh buat apa , aku tak boleh beri sebarang treatment tanpa izin therapist. jadi aku hanya mampu menyuruh dia sabar dan tunggu pn shima sendiri yg bagi exercise dekat dia.. lepastu .. pakcik aznam tetiba cakap macam ni dekat aku

pkck : kau nampak tak kepit kuku dekat belakang ni ?
aku : nampak. kenapa ?
pkck : kau simpan boleh ?
aku : kenapa pula pakcik suruh saya simpan ?
pkck : sebab tu anak aku bagi , kalau kau taknak simpan, kau buang je la. aku taknak
aku : laa.. jangan la macamtu pakcik.. nanti kalau anak pakcik datang, dia tanya kang. pakcik tak kesian ke ? kepit kuku sekarang mahalll tauu pakcik. sebab minyak naik. hoohoho
pkck : ah buat apa. anak aku kata nak datang, tapi tak datang datang . kau buang la. kalau kau taknak buang, biar aku yg buang nanti
aku : ah , saya letak kepit ni dekat tempat tinggi , biar pakcik takboleh capai. takbaik tau pakcik macamni.. anak pakcik mesti ada sebab kenapa dia tak datang .. mana tahu dia ada masalah ke dekat sana.. kita yang tak tahu pape ni jangan la fikir bukan bukan.. saya yakin anak pakcik mesti teringat2 and rindukan pakcik ..

lepastu .. tiba2 dia cerita pasal anak dia .. sambil nangis2... ya Allah hanya tuhan je yg tahu betapa sebaknya aku dengar cerita pakcik ni. sampai aku terduduk dan menangis . aku lap air mata pakcik tu pon sambil aku lap air mata aku. lepastu dia dah habis nangis dia tanya aku

pkcik : kau asal nangis?
aku : sekarang siapa nangis ? pakcik yg nangis dulu kan ? sepak nak ?

lepastu kitorg pon kawal diri masing dan terus bersembang .. memang haritu sembang je la gan dia .. layan dia .. lepastu , aku terfikir utk semak maklumat tentang diri dia..kisah dia macam mana dia boleh masuk rumah seri kenangan ... apa yang aku baca , dia adalah seorang yg sangat kaya .. harta dia banyak .. anak2 dia semua nak harta dia dan taknak jaga dia sebab dia kena strok .. dia ditinggalkan dirumah yg takde api air dalam keadaan bogel.. apa lagi , bergenang sekali lagi air mata aku .. pula tu , ada sekali ic anak dia dekat situ, apa lagi, aku tonyoh2 muka anak dia. geram sumpah geram.

esoknya, khamis.. pagi tu aku bawa pakcik tu jalan jalan naik kerusi roda atas arahan pn shima.. lepastu , kitorg berenti dekat satu tempat and dia pon sekali lagi bercerita pasal diri dia.. pengalaman dia hidup.. sungguh berat pengalaman hidup dia. betapa dia diuji.. sekali lagi aku tewas mendengar cerita dia .. kisah anak anak dia. paling tak tahan bila dia cakap "walaupun anak anak aku buat aku macamni, mereka tetap dalam hati aku" masa tu aku dengar aku sentap habis. aku menangis bagai tak keruan. sambil sedu2 tu aku cakap dengan pakcik tu "takpelah pakcik, biar je la anak2 pakcik tu , saya kan ada, saya boleh jaga pakcik, pakcik jangan la sedih2" and ada lagilah kata2 yg aku bagi tapi malas lak nak sambung citer. pastu tetiba pakcik cakap camni

pakcik : kau bila terakhir dekat sini ?
aku : hmm esok

aku nampak dia sedih and agak terkejut bila aku cakap aku last esok. dia terdiam ..

pakcik : kalau aku rindukan kau aku nak buat apa ?
aku : ish pakcik ni *air mata meleleh berguguran jatuh
nanti saya bagi la no tel saya . pakcik kena janji call saya . saya tunggu pakcik . saya pegang hpone saya siang dan malam . pakcik faham tak ni ?
pakcik : ok takde masalah
aku : pakcik jangan lupa saya !
pakcik : ok takde masalah
aku : pakcik lupa saya siaplah ...
pakcik : ok takde masalah

dan ...

pakcik : sungguh kau last esok ?
aku : hmm sungguh pakcik
pakcik : boleh tak kita akad dulu ? kau kena janji dengan pakcik
aku : ok boleh , utk pakcik takde masalah .

tetiba dia hulurkan tangan . dia genggam tangan aku sekuatnya.. sambil merenung mata aku
sambil nangis dia cakap

pakcik : kau janji dengan aku lepasni kau panggil aku abah ?

sekali lagi aku menangis bagai nak rak . sampai aku tak mampu nak bersuara . aku hanya mampu mengangguk .

pakcik : lepasni hak abah , harta abah , semua yg ada pada abah kau berhak memilikinya . abah taknak kau putus asa dalam hidup , belajar rajin2, jangan tinggal solat, jangan lupa abah , kau anak abah sekaran.

masih lagi menggengam erat tangan dia, tanpa berkata2. serius aa, aku sedih bakk hang .

aku : saya taknak pon harta pakcik tu , saya cuma nak pakcik kuat semangat, cepat sihat , jangan nangis2, jangan lupa saya :'(

pastu aku pon hantar dia balik ward... pastu aku terus rasa sedih .. sedih sebab esok adalah hari terakhir.. tiba2 rasa macam nak duduk lebih lama dekat situ . semata sebab nak jaga abah .. padahal sebelum tu macam orang gila tak sabar nak balik shah alam. sejak terjadinya akad tu aku terus murung. hilang terus selera makan , pastu malas betul nak dengar atau bergurau dengan mmber2. terus rasa macam nak menyendiri .. terus rasa sangat sangat sedih . dalam hati fikiran asyik fikir abah je... pastu azrul tetiba cakap camni " aku rasa kau tak payah la jumpa pakcik tu esok , nanti kau lagi sedih " tapi kata2 mmber lain pula suruh aku pergi.. sebab taknak aku menyesal ..

so jumaat tu , aku masih kaku . terdiam membisu. takde mood nak buat apa. aku dah janji dengan abah nak jumpa dia pagi jumaat tu ... tapi pagi tu , aku masih berdiam .. aku tkde lawat dia .. aku keliru .. aku tak tahu nak buat apa.. aku tak sanggup nak ucapkan kata perpisahan.. aku tak sanggup nak tatap wajah dia .. aku tak sanggup nak buat apa apa .. sampailah pukul 3, tetiba ada satu semangat yg menarik seluruh badan aku untuk pergi jumpa dia .. aku terus bergerak .. menuju ke bilik dia.. aku intai dia dekat tepi pintu .. aku nampak dia sedang duduk sambil mencari sesuatu... aku tahu , dia cari aku .. aku terus berlari pergi dekat dia .. sambil menangis dia cakap

abah : abah ingat kau dah lupa aku . nama kau aini asuha . nombor kau 012......

ya Allah .. mengalir terus air mata aku .. sementara dia tunggu aku tu dia hafal no tel aku .

abah : abah ingat kau dah balik . abah tunggu kau . abah takut .. kalau kau tinggalkan abah .. abah paling benci benda macamni. abah benci perpisahan . abah taknak kau pergi ..

aku : abah jangan la cakap macam ni, abah tahu tak saya sebenarnya kalau boleh taknak jumpa abah , sebab saya takut benda macamni lah , tapi saya taknak menyesal. saya takut kalau saya rindukan abah. saya pun kalau boleh taknak balik bah, saya nak duduk sini jaga abah, tapi saya ada tanggungjawab lain.. saya ada kerja dekat sana abah

abah : kamu kerja la dengan abah , kamu jaga abah dekat sini , elaun abah selalu masak setiap bulan dekat sini 2k. kamu amik la semua dua tu . kamu jangan la pergi mana mana

aku : tak boleh bah .. saya punya tanggungjawab bukan setakat kerja je , saya ada tanggungjawab yg lebih besar dekat sana.

abah : abah takut .. abah risau ... kalau abah rindukan kau

lepastu... kitorg pon bersembang lagi ... masa tu kitorg hanya ada 1 jam lebih je.. rasa macam cepat sangat masa berlalu ... lepastu abah cakap "kalau kau nak pergi dari sini nanti kau jangan pandang belakang balik, jangan tengok abah balik, nanti kau susah "

tepat pukul 5 , mak ayah aku pon dah sampai nak bawa aku pulang .. aku cakap

aku : abah dah pukul 5
abah : ok
aku : abah ! org cakap ni, dah pukul 5

pastu dia saja je buat bodoh . padahal dia tahu pukul 5 aku dah kena balik. tapi dia sengaja je sembang tanpa henti dengan aku .. pukul 5 suku aku cakap lagi

aku : abah .. orang kena balik dah ni
abah : ok takde masalah
aku : abah jangan lupa org
abah : ok takde masalah
aku : jangan lupa call saya
abah : ok takde masalah

OKAY TAKDE MASALAH dia tu air mata dia bergenang . aku terus salam tangan dia, cium pipi dia . pastu aku gerak pergi . tapi aku pandang belakanh balik. aku duduk balik sebelah dia sambil nangis..

aku : orang bencila dekat abah ni. abah tahu tak org benci dekat abah. abah tahu tak orang nak balik ni.

abah tak nangis aku cakap camtu . dia tersenyum. aku pun terus berlari dan tanpa menoleh ke belakang.

dan sampai sekarang .. aku masih ingat lagi pandang mata dia.. senyuman dia.. gelak tawa dia.. aku sangat rindukan dia.. aku sayangkan dia.. dan aku janji.. aku akan datang melawat dia.. abah tunggu org ok !



1 comment: