KONVO DONE !







Selesai dah hari konvo pada isnin yang lepas. Harini dah sabtu and baru harini ada masa nak cerita pasal konvo heheheheh

So aku konvo hari Isnin. Pukul 7am dah kena ada dekat setia city convention centre. Actually dekat je pon rumah aku dekat Setia tu . Tapi haritu macam gelabah tetek sangat nak gerak awal. Pukul 6am dah gerak dari rumah tanpa sarapan apa apa. Dalam perjalanan dah separuh jalan and dah masuk tol segala baru aku perasan yang aku sedang memakai seliper. bapak lahaiiii . padahal kasut konvo dah standby letak depan pintu. masatu dah menjerit sebelah umi. yela, pakai seliper mana boleh naik pentas. lepastu umi suruh bertenang and ajak patah balik. Memang sebenarnya sempat je sebab awal lagi tapi aku ni jenis mmg tak suka buat kerja duatigakali so aku ajak umi teruskan je perjalanan and bedal je la pakai seliper crocks aku ni.

Pukul 620 camtu dah sampai dekat Setia and petak taktahu nak buat apa sebab awal sangat.

So janji manusia memang macam sampah sikit so dalam pukul 8 lebih macamtu barulah tiba giliran group physio untuk bergambar.



Jelas ke? aku atas sekali dari kiri orang ke 6. Macam biasalah sebelah Alan je manjang. huhuhu
Masa ni sebenarnya tengah hujan. Makin lama makin lebat pulak. Memang muka tahan je sebenarnya kena sembur dengan hujan.

So ni gambar atas pentas pulak


Sebenarnya tengah berdebar tapi control2 je .

Ini pula gambar candid yang aku pun taktahu siapa amik and entah siapa aku lambai and tersenyum2



Qasim cakap sebenarnya aku nak betulkan beg aku yang nak terjatuh then sebab aku senyum adalah kerana memang aku sepanjang masa dok menyengih je masatu huhuhuhuhu


Gambar dengan mak ayah. Masani aku kesian sangat dengan mak ayah. Sebab aku tahu mak penat and ayah pula busy ada kerja. So aku keluar senyap2 amik kesempatan tangkap gambar dengan dorang and suruh dorang balik. huhuhu TQ mak ayah .


Dalam dewan . Belakang adalah Sya dan Nad.


Dalam dewan. Bersama Alia. Mujur Alia bersama2 aku. Mujur nama kami sebelah2.


Luar dewan bersama Alina.


Luar dewan bersama Azrul dan Wan


Luar dewan bersama Umi dan Sel.


Luar dewan bersama Umi dan Tasha


Luar dewan bersama Umi, Eton dan Alan


Bersama Eton diwaktu langit masih lagi gelap


Bersama Umi dan Alia


Pinjam bunga orang sebab belum dapat bunga lagi. HOHOHO







Bersama gadis gadis jelita cantik menawan.


muka tahan panas. Azrul bajet nsem tunjuk scroll


aku pandang apa pon taktahu and memegang bunga orang . Masing2 pegang bunga beli sendiri dan aku masih ego menunggu orang belikan aku bunga HOHOH

Bersama eton, Umi dan Alia


Bersama Eton dan Alan


Bersama Eton, Umi , dan Alia


Muka tahan panas lagi

Gambar bersama umi Tersayang dan anak buahnya. OK kali ni aku pegang bunga sendiri yang diberi oleh ayah dan mak. Sis dapat dua jambak bunga tau


Inilah kawan yang susah senang bersama dekat kolej . Tapi gadis cantik tinggi lampai free hair itu adalah Senior.


Aku tak kenal pon yg dok tepi dari kanan dan kiri tu. Kenal Umi je HAHAH


Banyaknya benda kena pegang HUHUHU


Ok ni baru betul gambar KAWAN yang sentiasa ada susah senang sepanjang 3 tahun berhempas pulas untuk mendapatkan segulung diploma fisioterapi.


Bersama Datchainy



TAHAN PANAS TAHAN LAPAR TAHAN HAUS


3 KETOL yang sentiasa ada bersama sampailah tamat majlis


Ayah yang tangkap masani. Tengah nak naik pentas. Zamir cakap macam robot. HAHAH


Mak tertidur dalam dewan HAHAHA

oklah habis la. penat rasanya. So bagi aku banyak sangat kekurangan sepanjang majlis ni. dahlah tak dapat topi cisssss. bayar mahal2 tapi rasa macam konvo tadika lagi best. k chaww




Yes, pengalaman kena rompak. Tak semua orang pernah merasai situasi sebegini rupa dan aku sekeluarga memilikinya!

Kali pertama kena adalah di rumah subang perdana dan berlaku di rumah dimana hanya ada aku, akak, emak , ayip dan sorang anak mengasuh.

Kejadian adalah berlaku pada waktu petang dimana ada seorang lelaki cina mengetuk rumah dan mempromosikan suatu cabutan bertuah kepada emak. Kalau ikut logik la mak aku ni jenis susah sangat nak bagi orang luar masuk. Tapi kali ni punya orang cina kanmian kauu bagi dia masuk. Tapi first reason dia nak masuk tu adalah sebab dia nak guna tandas. So mak aku tanpa rasa ragu ragu pun mengizinkannya. Aku masatu hanya duduk disebelah emak menyaksikan apa yang berlaku. Akak aku tak berapa nak masuk campur sangat  pada mulanya.

Situasi yang pada mulanya hanya la dia diluar pintu kini bertukar kepada dalam rumah. Duduk di atas meja makan berbincang tentang cabutan bertuah. Start situ barulah akak aku pon masuk campur menyaksikan dengan seronok sekali .

Sampailah satu perbincangan tetiba dia bawa dua orang lagi kawan cina dia. Dan mereka meminta kesemua telefon bimbit yang kitorang semua ada. Sebabnya adalah kerana dia cakap kalau nak dapat hadiah yang kitorang cabut tu kitorg kena tunjuk aset yang kita ada kepada boss dorang.

Dia minta juga barang kemas tapi secara kebetulan dalam rumah barang kemas emak semua tak ada dekat rumah. So aset yang paling berharga masatu ada telefon bimbit .

Nak dijadikan cerita telefon bimbit kitorang semua masih baru dan sangat canggih. HAHAHAH
Aku punya jenama motorola warna pink. Emak dan akak tak ingat lak jenama apa. Tapi yang pasti semua canggih2.

Lepastu dia cakap dia nak tunjuk dekat boss dia dekat bawah block. So kitorg pon follow la sekali dorang turun . Tapi masa nak turun tangga tu aku dah rasa aneh sebab dorang turun laju gila bakhang dan tergesa2

Sampai je bawah cina cina banjingan itu terus masuk kereta dan apa lagi cabutlah mereka.
Aku dan emak terpinga2 dan aku menangis. Emak hanya diam terkedu sambil berbicara "mamposla ayah marah"

Aku naik kerumah nangis2 dan ingin memberitahu akak bahawa kita semua ditipu hidup2. Riaksi akak aku hanyalah biasa2 dan tidak menggelabah seperti aku. Padahal hp dia turut hilang.

Emak masatu memang takut sesangat kena marah dengan ayah. Lalu mak call ayah pakai hp jiran. Mak cakap rumah kena rompak.

Kitorang tunggu ayah balik dengan ketakutan HAHAH

Bila ayah balik ayah terus pelok kitorang semua. Ayah cakap tak kisah harta benda hilang janji dorang tak apa2kan kitorg. HAHAHA

Masatu cam sedih sikit dengan situaso tu. Macam dalam drama pon ada.

Malam tu kitorang terus pi balai polis buat report. Aku free hair masatu, tapi malam tu aku pakai tudung. HAHAH

Kali kedua dirompak adalah 2 hari lepas.  Masatu ayah nak bawa kitorg makan sedap dekat nilai. Masa nak masuk restoran tu aku malas nak bawak handbag aku, sebab takut meja sempit dan bukan aku kena bayar pon AHHAHA so aku tinggal je la dekat dalam kereta tapi aku bukan jenis suka tinggal macamtu je. Aku tutup dengan penyadar seat. Means tempat duduk aku penyadar kena lipat kalau orang belakang nak turun. So aku  memang kena lipat sebab ayip nak turun dan aku letak bawah lipatan tu beg aku. Faham tak ? HAHAHA so senang cerita memang tak nampak langsung beg aku plus kete ayah tinted so memang bertambah2 la tak nampak.

Habis je makan, ayah suruh ayip on enjin kereta dulu sebab ayah nak sap vape luu. Ayah yang biasanya pakar jadi tetiba jammed nak buka.  Masatu tak fikir apa sangat melainkan rasa ayip ni noob. Pastu aku nak masuk je kereta aku pelik kenapa beg aku berterabur. Habis barang2 aku dalam beg berterabur di tempat duduk belakang.

Masatu dalam fikiran hanya fikir hantu kerana sebelah tempat ayah parking adalah betul2 tepi kubur.  Lepastu aku pon sesaja la buka purse aku and terkejut semua duit dalam purse aku semua tak ada. Haaaa masani dah syak dah ni bukan kerja hantu. Sudah semestinya kerja manusia musibat.

Pastu tanya ayah, ayah kunci ke tak kereta. Ayah pon jadi ragu2 dengan diri sendiri sama ada dia kunci atau tak. Masatu tak terkilan langsung tentang duit aku yang hilang kerana hanya RM12 .sahaja . Nasib baik tengah miskin pada saat ni, Dan nasib baik aku tak tinggalkan hp aku di dalam beg.

Lepastu masa singgah RnR baru perasan yang kunci pintu belah ayah telah dikopak. Makanya ayah membebal la sampai sudah . HAHAHAH

Tapi perompak yang ni yang sopan santun tu , kalau sesetengah perompak cferm2 dia amik je terus beg aku atau purse aku. Takde makna nak buang masa buka beg buka purse bagai . Kiranya perompak ni masih kesiankan aku la gamaknya , takde masa aku nak buat ic and lesen bagai . Kad bank lagi. Takpelah aii sedekah je rm12 yang awak amik tu . Aii halalkan je,

Harap sangat lepasni dah tak ada pengalaman pahit macamni.
Kepada manusia , usahala cari rezeki sendiri daripada amik rezeki orang.
bye !