Selesai dah hari konvo pada isnin yang lepas. Harini dah sabtu and baru harini ada masa nak cerita pasal konvo heheheheh
So aku konvo hari Isnin. Pukul 7am dah kena ada dekat setia city convention centre. Actually dekat je pon rumah aku dekat Setia tu . Tapi haritu macam gelabah tetek sangat nak gerak awal. Pukul 6am dah gerak dari rumah tanpa sarapan apa apa. Dalam perjalanan dah separuh jalan and dah masuk tol segala baru aku perasan yang aku sedang memakai seliper. bapak lahaiiii . padahal kasut konvo dah standby letak depan pintu. masatu dah menjerit sebelah umi. yela, pakai seliper mana boleh naik pentas. lepastu umi suruh bertenang and ajak patah balik. Memang sebenarnya sempat je sebab awal lagi tapi aku ni jenis mmg tak suka buat kerja duatigakali so aku ajak umi teruskan je perjalanan and bedal je la pakai seliper crocks aku ni.
Pukul 620 camtu dah sampai dekat Setia and petak taktahu nak buat apa sebab awal sangat.
So janji manusia memang macam sampah sikit so dalam pukul 8 lebih macamtu barulah tiba giliran group physio untuk bergambar.
Jelas ke? aku atas sekali dari kiri orang ke 6. Macam biasalah sebelah Alan je manjang. huhuhu
Masa ni sebenarnya tengah hujan. Makin lama makin lebat pulak. Memang muka tahan je sebenarnya kena sembur dengan hujan.
So ni gambar atas pentas pulak
Sebenarnya tengah berdebar tapi control2 je .
Ini pula gambar candid yang aku pun taktahu siapa amik and entah siapa aku lambai and tersenyum2
Qasim cakap sebenarnya aku nak betulkan beg aku yang nak terjatuh then sebab aku senyum adalah kerana memang aku sepanjang masa dok menyengih je masatu huhuhuhuhu
Gambar dengan mak ayah. Masani aku kesian sangat dengan mak ayah. Sebab aku tahu mak penat and ayah pula busy ada kerja. So aku keluar senyap2 amik kesempatan tangkap gambar dengan dorang and suruh dorang balik. huhuhu TQ mak ayah .
Dalam dewan . Belakang adalah Sya dan Nad.
Dalam dewan. Bersama Alia. Mujur Alia bersama2 aku. Mujur nama kami sebelah2.
Luar dewan bersama Alina.
Luar dewan bersama Azrul dan Wan
Luar dewan bersama Umi dan Sel.
Luar dewan bersama Umi dan Tasha
Luar dewan bersama Umi, Eton dan Alan
Bersama Eton diwaktu langit masih lagi gelap
Bersama Umi dan Alia
Pinjam bunga orang sebab belum dapat bunga lagi. HOHOHO
Bersama gadis gadis jelita cantik menawan.
muka tahan panas. Azrul bajet nsem tunjuk scroll
aku pandang apa pon taktahu and memegang bunga orang . Masing2 pegang bunga beli sendiri dan aku masih ego menunggu orang belikan aku bunga HOHOH
Bersama eton, Umi dan Alia
Bersama Eton dan Alan
Bersama Eton, Umi , dan Alia
Muka tahan panas lagi
Gambar bersama umi Tersayang dan anak buahnya. OK kali ni aku pegang bunga sendiri yang diberi oleh ayah dan mak. Sis dapat dua jambak bunga tau
Inilah kawan yang susah senang bersama dekat kolej . Tapi gadis cantik tinggi lampai free hair itu adalah Senior.
Aku tak kenal pon yg dok tepi dari kanan dan kiri tu. Kenal Umi je HAHAH
Banyaknya benda kena pegang HUHUHU
Ok ni baru betul gambar KAWAN yang sentiasa ada susah senang sepanjang 3 tahun berhempas pulas untuk mendapatkan segulung diploma fisioterapi.
Bersama Datchainy
TAHAN PANAS TAHAN LAPAR TAHAN HAUS
3 KETOL yang sentiasa ada bersama sampailah tamat majlis
Ayah yang tangkap masani. Tengah nak naik pentas. Zamir cakap macam robot. HAHAH
Mak tertidur dalam dewan HAHAHA
oklah habis la. penat rasanya. So bagi aku banyak sangat kekurangan sepanjang majlis ni. dahlah tak dapat topi cisssss. bayar mahal2 tapi rasa macam konvo tadika lagi best. k chaww
No comments:
Post a Comment