dah lamanya ya Allah tak syok sendiri membebel citer pasal diri sendiri kat sini hikhikhik

last citer pasal konvo..

lepas konvo apa jadi ??

takkan la nak duduk bawak tiak mak ayah lagi sambil tunggu ayah hulur duit jajan tiap bulan ?

so perjalanan hidup aku mencari kerja adalah bermula aku cuba saja saja je la nak try kerja biasa2 dulu sementara aku kerja yg luar biasa hahaha

aku interview kerja dekat guardian, interview terus dapat and dia ajak masuk bila bila masa aku nak.. so aku pon masuk la 2 hari selepastu ..

bapak la bosan kerja aku masa 1st day tu .. kena berdiri je... yg hantar aku pergi iv qasim.. yang hantar masa 1st day kerja pon qasim.. seyes cakap aku mati kutu nak mampos kerja situ .. aku berdiri dari pukul 10am - 6pm .. at least 1st day tu ajar la apa apa kan .. ni 1st day tu dia suruh aku usha usha je..

ketar kaki aku ni berdiri takleh duduk. takleh buat apa...

pastu balik rumah kaki cramp gila babi .. nak tidur pun sakit .. esoknya macam biasa la qasim antar lagi pergi kerja...

konon 2nd day la kan .. dah sampai tu, naluri tu mmg kuat berkata rezeki aku bukan dekat sini.. macam rasa INI BUKAN TEMPAT AKU .. hahaha

so bodek bodek la qasim hantar aku balik rumah balik.. sebab aku taknak kerja.. qasim mesti bengkek kan layan aku ? dahlah aku yg beria nak cari kerja.. dia siap teman aku kemana2 aku nak cari kerja.. pastu gatai taknak kerja lak.. nasib baik qasim tak marah hahaha

pastu balik rumah citer kat mak kerja ni tak best . macam2 la aku citer sampai mak rasa aku tak bersalah. hahaha

lepastu buat lagi research... macam2 tempat aku hantar resume melalui email.. actually banyak tempat gak yg invited aku g iv tapi dek kemalasan aku ni. aku reject. cehhh

lepastu.. rasa serba salah dan timbul rasa malu .. sebab yela sampai bila aku nak relax2 kat rumah kan ..

so aku pun pergi satu iv ni sebab therapist di bukit jelutong ..

macam biasalah qasim yang hantar pergi iv.. kesian tau qasim .. lama dia tunggu aku time tu sebab ramai nak mampos pergi iv tempat ni ...

mula2 aku tak confident langsung tau bila tengok orang ramai gila nak cuba nasib kat tempat ni..

dahlah pulak tu sebelum iv dia buat exam.. kejadah la ada exam2 lak... aku dahlah tak study sepatah haram.. aku mula2 rasa nak surrender je berambus masatu hahah . tapi sebab rasa kesian kat qasim , aku teruskan jua.

dah lepas jawab exam.. aku pon redho je tunggu masa untuk ditemuduga.. lama betul aku tengok orang yg dah iv.. cuak gak aku .. macam2 pk apa la yg dia nak tanya ni..

so bila tiba giliran aku, masuk dalam bilik besar gagah tu, nampak dua org . sorang lelaki dan sorang perempuan .. berdebar wei.. rasa mcm nak patah balik

sejam juga la dia tanya aku macam2 .. aku jawab ikut kepala otak aku .. adala juga satu dua soalan yang aku blank tapi aku bedal je la.

habis iv aku pon balik dalam keadaan tak mengharapkan apa apa langsung sebab tahu saingan terlampau ramai

tiba2 malam tu aku dapat panggilan yang memberitahu aku diterima untuk bekerja dan suruh masuk esok ..

terkejut juga la aku kan .. tak sangka dalam ramai2 pesaing tadi dia amik aku

so esoknya aku pergi tapi kali ni aku pergi sendiri naik kereta sebab taknak lagi menyusahkan qasim.. kesian kat dia.. tapi masatu mak ayah langsung taktahu yg aku nak masuk kerja .. even aku g iv kat situ pon mak ayah taktahu ..

sebab aku taknak dorang mengharapkan apa apa dari aku .. aku risau aku berhenti lagi hahaha

so masa 1st day kerja tu .. macam2 juga la ilmu yg dia curahkan kat aku ...

so dekat situ pon ada yang aku tak berkenan sangat sangat, antaranya ialah


  • hari ahad maintain kerja tak ada cuti. seminggu sekali cuti boleh pilih antara isnin sampai jumaat. sabtu ahad dilarang cuti sama sekali.
  • masuk kerja pukul 9am-630pm . tapi kalau sabtu ahad ada kemungkinan sampai kol 9pm.nak2 pulak rumah aku dengan bukit jelutong agak jauh and selalu jammed. so kena gerak awal sejam. 
  • okay ni yang paling aku tak suka, kena promote spa dia. kena ada target sendiri. kalau tak dapat customer akan disoal siasat. so kena promote sebaik habis di media sosial. dahtu kena buat ayat sendiri utk menarik customer.. bayangkan la eh, kau dah balik kerja pon kau kena kerja jugak. kejadah dia kan? dahlah aku sampai rumah pon dalam kol 7pm lebih , cferm2 la penat and nak ada masa utk diri sendiri dan keluarga. ni sibuk nak pegang nset cari customer lepastu kena google macam2 . malas la aku nak citer apabenda aku kena google sebab dia bagi aku homework utk aku google semua yg berkenaan. aku seriua rasa macam tak ada kualiti masa aku. letih satu hal. aku mmg tak suka kerja yang ada target sale, cari customer, mulut manis, balik rumah kena kerja lagi... lemahnya wei 
  • persekitaran tempat kerja kedai makan semua jenis hipster2. mahal2 nak mampos. kalau nak bawa bekal boleh, tapi masalahnya aku rasa macam masa aku sentiasa tak cukup . sedih rasa.
  • aku tak boleh jadi diri sendiri dekat sana. yela.. org kat sana semua bukan baya2 aku. semua 30an camtu. so percakapan dan perangai semua kena behave. 
  • apa yang dia ajar semua aku takboleh masuk. aku rasa tak berminat langsung la senang cerita. 
eh sebenarnya banyak lagi sebab2nya.. pendek kata yang ni pon aku rasa macam INI BUKAN TEMPAT AKU. 

so keesokan harinya aku pergi juga la kerja.. tapi aku ragu2. taktahu nak masuk ke taknak.. padahal dah ada dekat depan tu dah.. tapi naluri hati ni masih berkata2 tidak mahu. 

maka aku pon patah balik dah hantar wsap pada boss yang aku taknak teruskan kerja.

tapi aku tipu2 la sikit kan ., aku bagi alasan yang mak ayah aku tak izinkan aku kerja dekat situ atas sebab2 tertentu .. takut la kan dia kecik ati kalau aku cakap aku tak berminat. lagipun kalau aku cakap aku tak boleh terima sebab alasan2 tu nanti dia akan yakinkan aku dengan ayat2 dia. kalau aku petik nama mak ayah mesti dia akan rasa aku kena patuh ibu bapa. hahaha

tapi susah juga la wei nak berhenti.. dia beria2 tanya kenapa aku nk berhenti... siap nak jumpa bawa berbincang .. sedih aku .. aku dahlah jenis cepat sian kat org hahahaha






macam macam juga la aku beri alasan . aku pon tak sure kenapa dia suka sangat2 nak amik aku kerja dengan dia. 

last2 tu aku mmg berkeras gak la cakap aku mmg tak boleh sebab taknak derhaka dengan mak ayah kahkahkah 


tapi dalam pada masa yg sama aku sedih juga la. yela dah mcm2 dia ajar aku . last2 aku taknak.. tapi kalau dah tak minat nak buat mcm mana kann ? daripada aku siksa diri aku dan tak dapat bekerja dengan ikhlas baik aku angkat kaki dari awal. 

lama juga la lepastu aku takde buat research . sebab rasa macam nak putus asa pon ada. yela rasa macam aku ni tak layak utk kerja apa2 pon. semua benda aku tk berkenan . hmm sedih jadi diri ini. 

tapi dalam 2/3 minggu macamtu pihak sana masih lagi wsap aku

masih lagi bertanya sama ada aku nak tak kerja dengan dia.. serius aku gila babi punya keliru .. takkan sebab kesian aku nak kerja tapi tak ikhlas. 

so dalam dalam aku keliru ttg masa depan aku tu, qasim bagi aku satu jawatan kosong di klinik alam medic.. pastu boleh pulak klinik tu betul2 tepi rumah aku.. 2minit jalan jalan kaki. kalau aku lari mungkin boleh dapat 30saat hahahah

tapi wei hampir 8tahun aku duduk sini aku tak pernah perasan ada klinik alam medic dekat tepi rumah aku. kenapa eh ? biasanya kalau aku sakit aku pergi klinik ajwa. padahal ajwa tu jauh . yg dekat ni aku tak nampak. tak faham betul la.. masa qasim bagitahu pasal klinik alam medic ni aku dok pk2 celah bedah mana la ada klinik tu kat area rumah aku . sekali aku google ya Allah tejut berok aku tengok tepi rumah aku. nak2 la klinik tu dah lama kat situ ada. dah 11 tahun ada tapi aku tak pernah perasan. bodoh kan ?

lepastu malam tu juga aku hantar resume. saja cuba nasib hahaha tapi kali ni aku mmg betul2 berharap. aku mmg nak sangat2 kerja ni. tapi tula tiba2 aku rasa macam benda yg selalu kita nak tu la tak dapat . tapi aku tak berhenti berharap. aku berdoa moga2 aku dapat. 

pastu esok paginya aku check email aku aku and Dr klinik alam medic pun dah balas email aku and pelawa aku utk ditemuduga petang tu jugak. semangat aku berkobar2 masatu wei. 

tapi kali ni punya iv aku cerita la kat satu family aku sebab aku nak dorang doakan aku. sebab aku mmg sungguh2 nak kerja ni. 

masa iv tu , ada 2 doktor yg tanya soalan kat aku. gegabah dia hanya Allah je tahu . tapi tak lama masatu dia soal siasat aku . lepastu ayat last dia "anything i akan inform you semula" masa dia cakap camtu aku dah rasa dah ni cferm tak dapat ni.. 

balik dalam keadaan kecewa tapi dalam pada yg sama berharap lagi.

asyik2 check email wei lepas iv . tiba2 malam tu aku dapat satu panggilan daripada seorang doktor yang memberi berita gembira bahawa aku diterima kerja. masatu ya Allah happynya. menjerit aku cari mak kat dapur hahahah 

and now dah nak setahun dah aku kerja kat sini dan alhamdulillah aku selesa dengan kerja aku. paling best dah 2 kali gaji aku naik. and bulan 3 ni nak naik lagi. dan bulan 6 pon naik lagi .

alhamdulillah rezeki sangat. 

naik gaji pon sebab potensi. bukan senang aku nak sampai ke tahap ni. 

so kelebihan kerja dekat sini sampai aku mampu bertahan ?

  • tempat kerja yang sangat sangat sangat dan terlebih sangat dekat. betul2 tepi rumah aku ni. so aku jimat masa, jimat tenaga, jimat duit .jimat duit dari segi aku tak perlu fikir nak bayar duit minyak dan tol.. dan duit makan pon tak usah fikir sebab aku boleh makan kat rumah. 
  • jam kerja yg sangat menarik. ada 2 shift. kalau pagi dari kol 8am-4pm, kalau petang kol 2pm-10pm . so sangat banyak ada masa utk diri sendiri dan org tersayang. 
  • hari ahad cuti. sebab ahad mmg klinik ni akan tutup dan semua pekerja mmg cuti pada hari ahad. 
  • bukan takat best cuti hari ahad setiap minggu, malah cuti raya aidilfitri pulak dapat 2minggu. so bila raya klinik akak tutup 2 minggu. cuti raya cina pon klinik tutup 2minggu, dan juga raya haji. so korang rasa kat mana ada tempat kerja best selain dekat tempat aku ni ? cikgu pon tak dapat cuti sepanjang ni tau. dahlah kerja gaji jalan . tak rasa mcm bonus yang begitu terindah ke?
  • kawan2 sekerja semua jenis sempoi dan baya2 aku je. so takde nak jaga batas pergaulan dan boleh jadi diri sendiri. 
best kan ? banyak lagi benda yang aku bersyukur kerja kat sini sebenarnya. alhamdulillah .. 

aku taktahu la masa depan aku lepasni macam mana pula kan , lagi2 bila dah kahwin nanti... 

No comments:

Post a Comment