weeehhhh dah lamanya tak cerita cerita dekat sini HAHAHAH kalau la dalam blog aku ni ada org hidup mesti dorg tak sabar2 nak tahu perkembangan aku kan? cisss

so wehhh sekarang aku dah kahwin . dahlah dah kahwin dah ada anak sorg pulaktu HAHAHAH 

aku nikah dengan qasim la siapa lagi 2013 kenal then 2019 nikah. 

so ni aku nak bercerita la perjalanan hidup aku sepanjang berkahwin ni memandangkan anak aku ni tengah tidur dalam buai. oh ye anak aku pon dah 10bulan weh . 


aku nikah pada 10/10/2019 . kenapa aku pilih tarikh tu? sebenarnya tkde la special sangat cuma tarikh tu adalah waktu yg sesuai dan tepat. hari khamis. malam jumaat . so dia mcm wauuu kahkah! so majlis aku buat dekat nilai . share majlis je nak jimat tapi aku tkdelah nak tarok gambar kat sini sebabnya aku tahu tkde sape baca blog aku ni pon hahahaha aku je yg suka baca di dunia akan datang. nanti umur aku dh 40an gituw mesti aku suka throwback2 balik. gambar aku simpan sendiri je ditempat lain. alhamdulillah majlis kahwin aku berjalan dengan lancar. habis dalam 30k kot. 15k dari myhusb then selebihnya mak ayah kami yg sponsor. tak lupa juga akak and abg zamir yg sponsor goodies. 


lepas majlis malam tu ayah bagi semua duit kaut dekat aku and qasim. ada lah dalam 4k gitu. so esoknya kitorg honeymoon dekat penang. tk berani nak amik jauh sebab aku cuti 2hari je sebab masani klinik tk cukup staff so aku kesian kat mmber aku kena ot . so aku korbankan la sikit dan berharap akan honeymoon lain hari. 


tapi gais...... genap sebulan aku jadi isteri qasim aku disahkan hamil.. alhamdulillah.. masatu belum sebulan sgt lagi, dalam 2/3 ari nak sebulan aku dah pregnant. org kata bunting pelamin and aku mmg nak sangat2 pregnant. aku punya semangat nak pregnant tu baru 2minggu kahwin aku dh check upt. semalam ehem ehem esok terus rasa diri mengandung. duit aku abis almost nak dekat rm200 asyik beli upt. 15hari aku kahwin aku punya upt negative pon aku dh kecewa. 


so ni aku nak cerita la masa dah positif tu. memandangkan aku ni mmg banyak gilaa beli upt so aku tiap2 ari nak check. then ada satu haritu aku shift petang. so aku mandi la dlm kol 1pm gitu. then aku gataii la saja nak check lagi upt, dh letak urine tu aku simpan la upt tu dalam laci pastu terus solat gan qasim . selesai solat tu buka laci then nampak macam ada 2line. tapi satu line tu mmg kabur sangat2. so aku mcm dah berbunga2 sgt . aku yakin aku pregnant. tapi aku tk gitau sape2 lagi. aku masuk kerja macam biasa. and then dekat klinik aku check lagi upt. sebab sebelum g klinik aku bawa upt lagi. so dkt klinik masih lagi 2line. tapi still tk pekat sgt. tapi aku mmg yakin aku pregnant. so aku kerja dalam keadaan yg gembira sendiri tkde gitau sape2.. 


pastu pukul 6pm gitu aku pergi lagi farmasi beli upt yg murah 1 , yg mahal satu. aku beli clear blue satu tp jenis bukan digital. yg keluar tanda tambah tolak saja. tapi harga pon mahaiii gak dlm rm30 gitu. aku test dekat rumah. biasala tempat kerja gan umah dekat je HAHAHA so aku balik rumah jap semata nak check upt HAHAHAH. so aku buat yg mahal and yg murah and dua2 tu positif. yg jenama mahal clear blue tu mmg terang la. so aku terus tunjuk mak aku. mak la org pertama yg tahu. tapi masatu respond mak ala kadar sebab masatu ayip eksiden. binawe betuul la adik ni. jam2 ni la dia nk eksiden. dia tkde apa sangatla cuma kete yg dia langgar tu mntk ganti rugi huhu. 


ok berbalik pada cerita aku. lepastu aku terus masuk kerja and bagitahu mmber aku . hehehehe tapi still tk inform suami aku lagi la sebab nak tgk riaksi muka dia depan2. lepastu mak ayah ayip dtg klinik sebab nak cuci luka ayip. masa mak ayah nak balik aku sempat suruh mak aku beli upt lagi ! hahaha bongok kan?  then malam tu ikutkan nk lepak uptown tapi aku acah ckp gan qasim tk jadi sebab penat. hahaha then balik tu naik bilik tu aku terus je tunjuk upt2 yg aku dh test. tapi kenapa la aku tk record kan sebagai kenangan. yela masatu excited sangat2. sampai tk pk apa dah. so respond qasim masatu tersengih2 sampai ke telinga then termenung2. dia mcm terkejut jugak la. hahaha then aku mandi. aku keluar dari tandas pon dia masih lagi tersengih2 sambil tutup muka kat bantal. ha gitula respond laki weh. hahaha 


esoknya aku pergi lagi farmasi beli upt! hahaha tapi beli yg digital punya pulak. yg ada tunjuk terus perkataan pregnant or not pregnant. yg ni aku beli sebab nk tunjuk dekat mak mertua hehehehe harga dia rm49 gitu. excited nk gitau mak masatu. heheheh 


tapi kegembiraan aku bertahan hanya dalam 2mingu gitu sebab lepastu aku mabuk terok . terok sangat2. sampai aku stop kerja. 3bulan weh tk kerja nak masuk 4bulan gak. sebenarnya aku still ada mabuk sampai 9bulan cumanya kandungan yg ke 6bulan gitu tk teruk sgt tp still ada muntah. sedih weh!! makan sehari sekali je time mabuk terus tu , itupun sebiji anggur. aku buka buku pink pon lambat. dah 4bulan nak masuk 5bulan baru buka buku pink kat kk. tapi before that aku ada la check kat swasta kandungan aku. ada buat detail scan semua. dekat klinik swasta tuu pon aku mabuk2 nangis2 sebab tktahan tunggu. sebab tu tk berani nk g kk lagi. 


okay nanti ada masa aku cerita time nk beranak pulak sebab anak aku dh bangun. bye!

No comments:

Post a Comment