final dah habis tapi hati tetap rasa tak tenang. sebab subjek killer tu , dia punya soalan macam puih. susah gila apak lah ! dah dah ! stop it! taknak fikir dah. apa pun yang terjadi lepas ni aku redha. tolonglah buat aku redha ya Allah :')

okay sekarang aku cuti sem ! eh bukan sekarang. aku ada lagi satu hari lagi nak kena pergi sime darby sebab ada satu lagi present yang harus dipersembahkan dan satu lagi assigment kena hantar. assigment belum siap lagi, tunggu esok baru buat. sebab kerja last minute ni kadang kadang berhasil juga, kadang kadang laaa kan ? cuti sem aku 2 minggu je. ramai budak budak yang dari universiti/kolej lain sangat terkejut kenapa sime darby bagi cuti sedikit. sebenarnya, bukan salah sime darby. tapi salahkan jurusan yang aku ambil ni. jurusan yang sangat padat dengan masa. dahlah yang paling mahal. susah pula tu! eii dahlah tayah nak merungut sangat! padan muka aku kan? kenapa laa sime darby hantar surat dekat aku ? kenapa ? kenapa ? kenapa ?

harituuu, ada wakil dari kolej apa ntah , call aku. aku saja acah acah cakap aku belum masuk belajar.

dia : hi, saya dari kolej bla bla , ni cik Nur Aini Asuha bt Tukiran bernombor ic .......dan beralamat ...
aku : ye ye saya . ada apa?
dia : saya dari kolej bla bla , nak semaklah , cik aini dah masuk belajar ke?
aku : belum lagi .
dia : kenapa ye cik?
aku : sebab saya masih keliru kot
dia : boleh saya tahu result cik?
aku : ok ... bla bla bla bla bla
dia : cik taknak jadi peguam ke cik?
aku : saya layak ke?
dia : layak , kalau cik berminat saya bagi surat tawaran dan kalau dah dapat boleh cik call saya balik untuk pengesahan ?
aku : haaa boleh boleh. bagilah surat tawaran tu, saya tunggu. terima kasih.

sebenarnya banyak lagi yang dibualkan.. tapi tu ringkasan je.. aku saja je nak layan .. nak tahu kelebihan kolej dia, dan jurusan yang ditawarkan tu macam mana... sebenarnya , mana mana tempat belajar pun aku masuk aku akan sama macam aku masuk sime darby. aku tetap jadi orang yang sama. orang yang kurang keyakinan diri , penakut dan cepat berputus asa. petang tadi , aku termenung.. aku fikir masalah diri aku.. nasib aku.. dan apa yang aku dah lalui selama ni.. banyak benda yang aku dah beputus asa. aku cepat mengalah. kalau sesuatu benda tu aku tak boleh buat, aku terus taknak buat. bila ada benda yang menakutkan aku, aku terus nak jauhkan diri. kenapa aku macamni?

TANYA DIRI SENDIRI 

No comments:

Post a Comment