baucer buku

  baucer buku yang kali pertama aku dapat telah pun habis meninggalkan aku. ok cerita dah lama baru nak cerita.. sebab nak ingatkan balik macam mana boleh habis dengan begitu sesuka hati. tapi aku ingat lagi sebelum aku dapat baucer buku tu aku dah berazam nak beli buku yang berkaitan dengan pysio banyak banyak. konon nak study. tapi aku lupa yg aku seorang yang sangat malas nak belajar. jadi tak mungkin aku akan beli buku. jadi bila aku dah dapat jee baucer tu , aku terus ajak my baby keluar pergi kedai buku. kedai buku yg boleh ambil apa sahaja. so aku joli dengan begitu dayus dalam kedai buku tu . aku habiskan rm100 dengan membeli novel, komik adik aku, colour baru untk dia and alas tulis untuk aku . balik rumah dalam keadaan yg sangat puas hati sebab baru je habiskan rm100.. dan .. bla tiba jualan dekat kolej aku, aku telah menghabiskan lagi rm50 dengan beli stethoscope.

oleh kerana aku kena pakai stethoscope ni untuk sem depan nanti , so aku pun beli la awal awal selagi ada depan mata dan selagi baucer masih ada dalam tangan. lepas ni aku rasa susah dah nak jumpa stethoscope colour pink..aku nampak warna pink jee cepat cepat aku ambil and bayar dengan senyuman.

so, tinggallah lagi rm100.. so aku keluar lagi pergi kedai buku dengan eleina pula.. sebab nak beli barang hadiah .. nak bagi alia hadiah tapi takde duit , aku pun mengambil kesempatan yg ada... aku beli barang keperluan untuk lia macam fail colour pink... buku note colour rainbow.. ngee :D pastu ada la aku beli aku pun tak ingat apa sebab aku habiskan rm50 untuk hadiah lia sorg je . hee esoknya dia terharu sebab banyak sangat hadiah aku bagi. hee agak agak dia tahu tak aku belikan hadiah untuk dia pakai baucer? hee

so, tinggal lagi rm50 , aku pergi lagi kedai buku yg sama dengan my baby .. kali ni aku beli lagi barang bukan bukan... aku beli dengan penuh perasaan.. dan habis laa riwayat baucer aku. baucer aku habis tanpa aku membeli satu pun buku berkaitan dengan physio. hekhekhek
lamanya dah tak membebel kat sini.. busy gilaa kot sem 2 ni... sem yg lebih mencabar dari sem sebelum ni . sem susah gilaaaaa :'( okay, semalam aku baru je lepas exam ospe... mencabar gakk aa weii...
masa nak tunngu giliran tu .. aku minta sangat supaya aku buat dulu.. sebab aku taknak rasa takut ni lama lama. tertekan beb simpan perasaan takut ni, plus aku takut apa yg aku hafal ni hilang dalam kepala otak aku.. mana tahu boleh lupa.. sebab bila makin takut nanti makin lupa pula kan .. tapi nama 5 orang yg dipanggil utk first takde nama aku :'( nama el kena .. maka el buat dulu dan balik dulu.. pukul 11 lebih dia balik ? aku last sekali beb ! paling menyirapnya... nama aku dah kena dah ... pastu ada sekumpulan budak india berkomplot dengan senior atas utk dahulukan dorg .. aku punya dahh standby .. bak kata lia "memang budak india tu nak sembahyang" aish... memang bengang tahap susah gila nak kawal... aku fikir nak balik awal je masa tu .. malas nak simpan rasa berdebar ni ...

sempat jugalah aku menangis sebab terlalu takut.. aku ingat aku nak kawal .. tapi bila lia perasan muka aku lain macam , aku terus meleleh air mata.. aku risau kalau aku tak boleh buat... aku paling benci exam ospe :( lepastu bilik giliran aku dah mula... aku pun berzikir bebanyak sebelum masuk... first bilik aku masuk dekat bahagian suspension.. ok, ni paling benci nak cerita sebab aku tak buat . banyak kali juga laa aku tengok soalan... lama jugalah aku fikir.. asyik pandang muka pesakit .. pastu tetiba miss hemma tegur "aini kamu pakai kasut masuk bilik ni?" dengan muka garang dia.. subhanaAllah.. aku terpakai kasut :( aku memang dah sewel masa tu .. pastu aku rasa macam aku memang tak boleh buat dalam bilik tu .. aku chaw.. aku pergi bilik gonio pula.. argh malas nak cerita bahagian gonio sebab aku jawab dalam keadaan yg sangat keliru ...

lepastu masuk bilik joint mobilization.. ada 4 soalan.. terkejut gak aa.. tapi aku jawab semua ... ada satu soalan je yg model tolong aku dalam bilik tu.. lepas tu masuk bilik yg bagi aku paling gilaaaa.. bilik PNF.. aku lama juga tengok soalan sebab nak bezakan D1 atau D2 .. akhirnya D2.. aku nak buat tu pun aku keliru... tapi model tolong aku .. dia yg gerakkan tangan dia dan aku ke posisi yg betul ... hakhak.. terima kasih abg senior :'( sem lepas pun dia banyak tolong aku .. then , mr kumar minta aku purpose and contra .. aku sebut sikit,, dia nak lebih .. so bila aku cakap aku jawab sikit je .. dia suruh aku menari .. kalau aku menari dia tambah markah untuk aku .. so aku pun menari macam yg dia suruh .. memang gua kena buli beb!