sarawak abell

30/05/2014

yayyyyy ! aku berangkat ke sarawak . yayy ? tak tahu la masa tu aku nak happy sebab nak bercuti bersama keluarga atau nak berduka cita kerana balik je dari bercuti aku akan berdepan dengan exam.. iaitu hari isnin 02 06 2014 .. jadi aku terfikir sama ada aku akan study ke sepanjang aku bercuti tu ? terasa begitu mustahil sekali. tapi aku tabahkan juga bawa semua note anatomi untuk dikaji setiap malam malam aku di sarawak.
pukul 4 pagi dah bangun sebab flight pukul 8.. tapi pukul 7 dah kena ada dekat sana.. saja keluar awal.. sebab taknak kelam kabut... nasib baik jugalah keluar awal ... sebab ramai gila org dekat sana walaupun awal pagi .. pengalaman naik kapal terbang ? okay mula mula seat aku dekat belakang. jauh dari mak ayah.. nana lagi belakang. kesian juga dia ..tapi setelah disusun balik aku dapat duduk sebelah mak.. and yg paling bahagiannya aku masatu , aku dapat duduk tepi tingkap. ajet ajet nak tengok awan ... dan masa kapal mula dah nak naik.. tiba tiba jantung aku berdegup kencang dan dan dan.. aku terus memeluk mak aku.. tidak sanggup rasanya.. timbul rasa menyesal sebab nak sangat duduk tepi tingkap... makanan dalam kapal air asia ? masa tu aku makan mee goreng mamak. superb ! sedap ! aku makan dengan begitu selera.. tak tahu laa kalau aku tengah lapar sangat masa tu kan ..

sampai je sarawak.. ternyata suasana agak berlainan.. jalan dia.. bandar dia.. ceh macam pergi luar negara je masa tu .. sampai je memang terus nak pergi dekat hotel yang telah ditempah sebelum berangkat ke sarawak... perjalanan nak pergi ke hotel wan sentubong sangat sangat jauh .. lalu kawasan hutan ..sampai aku tertidur sebab lama sangat .. samapi je .. nah ni hotel nyee !!


kawasan hutan kan ? aku terasa begitu kagum sekali sebab dapat hotel yg kawasan hutan dan juga tepi pantai !


tengok tu pantai dia ! bersih sangat !!


aku dapat bilik bawah sekali , masa tu sonok sangat sebab takyah naik tangga !!


see ? seronoknya ada kolam renang yang besar sekali !


wahh bilik paling kagum sebab aku dengan akak aku je dalam bilik ni.. satu sorg katil. katil dahlah besar ! memang puas hati laaa kan kan kan !!

tapi ! tapi ! tapi ! jangan tertipu ! setelah 10 min berada dalam bilik. kami terasa sesuatu yang aneh. aku tak puas hati sebab tandas dia tempat jamban takde tali paip. yang dia bagi hanya gayung. fine, kalau gayung , mana perginya baldi ? lepastu tv dia ? langsung dan langsung tak boleh buka ! peti ais dia ? tak berfungsi ? telefon dia ? tidak berfungsi juga! dan dan dan , aircond dia tak berfungsi ! pintu dia takde kunci keselamatan. ohh tak lupa juga bilik dia berhabuk seperti sudah lama tidak berpenghuni... ayah mula mengamok .. dan setelah berbincang .. kami mengambil keputusan untuk keluar dari hotel dan tukar kepada hotel yg lebih baik. 

nak dijadikan cerita... kawan akak aku yang bernama yuna terkejut sebab kitorg pergi ke hotel wan sentubong. sebab dia cakap hotel tu memang dahlama org tak datang. sebab hotel tu .. berhantu ... kenapa telefon rosak ? sebab pihak hotel sengaja rosakkan sebab telefon tu sering berbunyi secara tiba tiba pada waktu malam.. tv ? tv selalu terbuka tiba tiba tanpa ada orang yg membukanya.. dan selalu org ketuk pintu , dan apabila dibuka.. jeng jeng jeng... patutlah berhabuk gila ! dan patutlah pantai dia bersih gila !! sebab tempat tu dahlama tak terima tetamu.. pekerja yg ada dekat situ pun agak pelik.. ada dua org .. dan agak senyap.. yuna cakap org yg hati kuat je boleh kerja dekat situ ..nasib baik laa family aku tukar hotel.. kalau tidak.. mahu tak seramnya aku nak study memalam kat tempat camtu ! patutlah takde orang langsung dekat situ.. aku pun pelik.. hotel ni nampak perfect tapi kenapa takde satu pon org ..

setelah mencari .. akhirnya kami pergi ke bandar kuching dan kami menginap di hotel abell !!



walaupun bilik dia tak semegah bilik hotel wan sentubong tu , tapi tapi tapi perfect ! semua lengkap ! tv siap astro , peti ais siap ada ais batu lagi disediakan. aircond takde masalah. tak buka pun dah sejuk dah.senang cerita perfect gila lah !! dan dan dan layanan mereka sangat sangat memuaskan.. sangat sangat baik pekerja hotel abell.. pukul 6 pagi , tengah tengah malam aku asyik call je suruh hantar seterika. tak pernah lambat dan selalu hantar dengan senyuman . haaa rindu gila bila tengok hotel ni beb !

pastuh , malam tu kitorg makan besar. boleh dikata semua jenis makanan laut semua ada atas meja.. ketam, udang , sotong , ikan , sayur , ayam , sup , semua adalah ! sangat sangat kenyang .. dan sangat sangat membazir sebab masih ada lagi makanan yg tak larat dah nak makan. rm700 malam pertama di sarawak hanya untuk makan malam. balik je makan, balik hotel, aku study sikit ... pastuh terus tidur ... 

31/05/2014

awal pagi dah keluar bilik ,sarapan sudah disediakan oleh pihak hotel .. sangat sedap dan memuaskan. ohh haa laksa sarawak sangat best sebab pedas ! hari sabtu tu kitorg pergi sempadan indonesia.. ada jual barang barang sarawak dan barang murah ... so shopping dalam keadaan yang begitu panas terik.. sampai aku susah nak buka mata.. ohh lagipun masa tu mata aku tengah sakit ... jadi terasa begitu perit . tak seronok gila berjalan dengan mata sakit and fikir pasal exam .. lepas shopping pergi rumah sarawak .. sangat best rumah sarawak... budaya dia sangat mengkagumkan lah ..ada teater sekali masatu ... menghiburkan jugalah ... lepastu pergi naik bot dekat bandar kuching .. takdelah exited sangat masa naik bot tu .. sebab bagi aku suasana yg ada masatu tak menarik perhatian aku langsung .. lepastu asyik fikir exam je manjang ... senang cerita, percutiaan aku macam tak berapa nak gembira sangat sebab aku dibebani dengan stress pasal exam .. balik dari bot terus naik bilik ...

01/06/2014

pergi ambil ikan masin .. pergi kedai kristal .. pergi kedai kek lapis.. then terus balik ke kuala lumpur dalam pukul 4 30 naik fligtht.....sampai je rumah .. terus tidur then pukul 4 pagi bangun balik and study !! pukul 8 terus jawab exam .. alhamdulillah bahagian essay semua boleh jawab ... 

haa bulan 12 ni, aku bercuti lagi! pergi indonesia pula kali ni !! tapi tapi tapi , final exam lagi !! haaa kenapa masa final asyik budak sekolah cuti. tak adilnya !!



No comments:

Post a Comment