sebenarnya malas nak buat blog tapi rasa serba salah pula biarkan blog ni berhabuk macam tu jeee...

rasa macam cepat sangat masa berlalu .. sekarang ni aku tengah cuti sem untuk menuju ke sem 4 pula.. baru seminggu lepas aku habiskan final aku.. habis je final terus ikut mak ayah balik jb.. mulanya aku memang taknak ikut .. gila kau ? kita baru je habis tension kat final pastu nak tambah tension duduk sana ? tapi aku turuti juga kata ibu bapa untuk mengelakkan aku menjadi anak derhaka. hohohoho . 

macam mana dengan exam final aku ? hahaha malas nak cerita sebab aku belajar pun ala kadar saja jadi aku redha nak jadi apa lepas ni.. apa pun aku masih mengharapkan aku lepas semua subjek.. malas sebenarnya nak resit2 ni.. aku hanya mampu berdoa.. ah malas ah nak fikir pasal exam !

balik jb sebab ayah banyak perkara nak uruskan.. ayah nak sedekah dekat kawan ayah yg rumahnya terbakar.. pastu ayah nak sumbang dekat keluarga kak abby sempena kerja kahwin dia hari sabtu haritu.. lepastu ayah nak shopping dekat JPO.. sebab nak beli barang dekat butik justin timberlake ke apa ntah.. macam kat kl takde je.. takpelah nasib baik aku dapat minyak wangi victoria secret kat sana. dapatlah menanamkan kesabaran mengikut mereka . 

ok meh nak share sikit gambar2 masa kenduri kak abby.



ni masa hari jumaat malam.. malam nikah.. 

yang ni hari sabtu. kenduri !



muka pon dah berkilau kerana berminyak. kesan mekaup juga hilang serta merta. ecehh. 

okayy now ! tunggu percutian ke surabaya pula ! yayyy !! 

No comments:

Post a Comment