done for semestar 5 !

yaayyy ! done for semestar 5 , just one more sem ! syukur alhamdulillah sangat sangat . masih ada rezeki yang baik untuk sem 5 ni. lulus semua subjek.. bila fikir balik sem 1 jee aku paling terok sebab maybe masa tu jiwa nak belajar tu takde lagi plus over confident sangat boleh berjaya. hahaha .

makin naik sem maka makin kuranglah hidop aku di kolej. lebih kepada hospital dan mengerah segala otak utk bagi yang terbaik menyelesaikan masalah pesakit yang nak cepat baik .. rasa macam baru je briefing utk sem 1, macam baru je kenal kawan kawan kelas, rasa macam baru je mengadu dekat orang "hmm 3 tahun lamanya" but seriously, tak lama doh . pejam celik pejam celik aku dah masuk tahun 3 dah . hmm rasa macam nak ulang balik pon ada. rasa macam nak jadi student selamanya.. tapi masalahnya aku taknak amik degree. penat belajar medical ni, arghhh

okay , second sem aku training dekat hospital columbia for sem 2 selama 2 minggu. just for elective placement bersama dengan eleina.. sepanjang training dekat sana bagi aku laa zeroooo . aku tak belajar banyak benda, and apa yang therapist sana bagi tunjuk ajar pon tak berapa nak masuk sangat . oh maybe banyak belajar nak buat assessment kot. hospital columbia adalah hospital pertama aku temu ramah pesakit. so aku boleh bagi 2 bintang je dekat hospital columbia nusajaya johor bahru.

third sem, aku pergi rumah seri kenangan bersama umi,azrul,eton,wan and nad . dibawah naugan tanjung rambutan . sini damn aku tak belajar langsung. like seriously aku pun taktahu ilmu apa yang aku dapat dekat sana. therapist pon tidak beri tunjuk ajar. mungkin kerana department sedang diubahsuai.. ah itu bukanlah alasan , masalahnya sepanjang 2 minggu sekali je therapist beri perhatian pada student tu pon sebab nak buat exam. tapi aku boleh bagi 5 bintang utk rumah seri kenangan ni sebab pesakit2 dekat sana beri impak yang sangat bermakna dan besar buat aku .

fourth sem, aku pergi 2 tempat. 5 minggu dekat institusi perubatan respiratori (IPR) and 5 minggu lagi aku pergi hospital tuanku mizan. dekat IPR aku bersama dengan ashwini and actually banyak belajar jugak , tapi therapist banyak beri kesan negatif pada diri ini , so tempat yang paling aku benci adalah IPR, rasa macam neraka sikit duduk sana. tapi disebabkan ada juga benda yang aku belajar so aku boleh la bagi 2 bintang. dekat hosp tuanku mizan pulak bersama dengan ashwini, fatin, dini, and alina, aku rasa tak ada tekanan langsung daripada therapist kerana aku bebas berbuat apa sahaja utk patient. tapi tu ah , therapist pon bukan tengok sangat apa yg kita buat . kot2 apa yg aku buat tu salah ke , sebab tu aku takde confident nak buat pt yg aku tak mampu, sebab taknak amik risiko. kalau therapist ada bersama2 mungkin aku boleh amik cabarannya. jadi aku berani amik case ringan2 je. tapi elak punya elak maka aku pun dapatlah sorg patient yang gila damn case dia, tu pon HOD yang bagi, siap kena buat follow up lak tu. so 4 minggu tu memang pt tu akan carik aku je la, takleh orang lain. so hosp mizan ni boleh bagi 4 bintang sebab enjoyyyyyy !!

okay , now this sem . sem 5 ! aku ditugaskan untuk berbakti dekat pusat perubatan universiti malaya (PPUM) 10 minggu dekat ppum mula mula rasa macam omg gila ke. macam takleh tahan je. tapi this sem adalah yg paling seronok sebab aku tak perlu berjauhan dengan family! gila wei seronok , travel je naik motor pergi PPUM. dalam 30-40 min gak ah . okay yang bestnya kawan2 ramai yang join pergi ppum iaitu selina, alia, alan, rishanthi, rachel, renuga, thenmoli, and datcha. tapi bila sampai sana memang kasi pecah la sebab kena ikut therapist masing2. jumpa dalam department je bila patient dah tak ada, ok, gila banyak belajar dekat sini. serius cakap sangat banyak daripada pengalaman yang lain. walaupun ada jugak tekanan  tapi alhamdulillah aku dapat tempuhi semua tekanan dekat sana. okay i bagi 4 bintang utk PPUM ! hoohohohoo

habis training selama 10 minggu , 1 minggu rivision dekat kolej , ah rivision la sangat, takde 1 rivision buat. aku datang hari isnin tu je, pastu aku tak datang dah lepak rumah je. pastu 1 minggu seterusnya exam , and 4 mingg cuti. actually this sem paling lama dapat cuti , selalu cuti 2-3 minggu je. tapii kali ni si makcik keling tak sedo diri tu bagi cuti lama lak. apakah jangan jangan dia sudah berubah ? mahu pencen ?

now, enyooooyyyyy my holiday. alhamudulillahhh...

No comments:

Post a Comment