assalamualaikum ..

okay , sekarang entry panjang gila bapak akan diteruskan dengan :

BARANG YANG AKU SERING GUNAKAN DAN ADA BERSAMA


aku menggunakan pencuci muka deep clean. okay jugalah sebab yang penting dia rasa segar dan tak pedih :) harga dia dalam rm8 lebih dan tahan selama 1 bulan. aku selalu guna dua kali sehari tapi kalau macam aku nak cuci muka aku yg baru lepas mekaup pun aku pakai pencuci ni juga.


toner pun aku pakai deep clean juga sebab dia mampu menghilangkan blackhead. sangat rasa segar bila pakai dan tak pedih. harga dalam rm30 tapi boleh tahan 3 bulan kot. sebab dah lama rasanya aku beli tapi tak habis habis.


krim muka pula aku pakai produk dezaia. act dezaia punya produk satu set aku ada tapi semua dah habis dan agak leceh nak beli sebab kena pakai online so aku pakai pencuci and toner lain. lagipun pencuci and toner dezaia sangat mahal dan tak sampai sebulan pun dah habis. sebab tu aku pakai produk lain yang lebih berbaloi dan mudah untuk dapatkannya. krim dezaia ni harga dia rm30 lebih tapi tahan 3 bulan juga. 


bila keluar berjalan aku akan pakai bb cream. act dulu aku sangat bodoh sebab lepas pakai krim dezaia tu aku pergi pakai bb cream. dia akan nampak macam hodoh gila. so aku akan pilih salah satu. tapi yang pasti krim dezaia tu akan aku pakai sehari sekali sebab benda tu wajib untuk menghilangkan kesan jerawat aku. 


aku guna bedak pixy bila nak pergi berjalan. taklah kata bedak ni bagus. biasa je la kot. sebab aku belum pernah jumpa bedak yang tahan lama dan tak berminyak. sebab kulit aku ni cepat berminyak so aku tak jumpa pun lagi bedak yang boleh mengawal minya di muka aku ni . harga dalam rm18 camtu. aku pun tak ingat dah. boleh tahan dalam 3 bulan.


bila dekat rumah aku pakai bedak safi ni. dia sangat bagus dan wangi. ada vitamin e lagi. harga dalam rm5 dan boleh bertahan berbulan bulan lamanya. 


contex lens aku pakai jenama colour vue. aku pilih yang big eyes awesome black. harga rm90 dan tahan selama 3 bulan. aku pernah pakai dua bulan je lepas tu koyak sebab kuku aku panjang. kesian bapak aku sebab kena belikan lagi :')


solution untuk contex lens sangat penting untuk memastikan dia bersih dan selamat bila kita letak dekat mata. aku tak pernah beli solution dan contex lens dekat kedai yang sembarangan. aku akan beli dekat kedai yang betul betul kedai cermin mata. dan yang bagusnya owner kedai tu doktor pakar mata ^^ harga solution ni rm20 dan tahan bergantung kepada kita pakai kerap atau tak. kalau tiap hari pakai maybe dalam 2 bulan je.


keluar tak sah tak pakai gincu! aku sangat sukakan gincu dan rasa bibir tak selesa kalau tak pakai. so aku menggunakan gincu silkygirl colour red. harga dalam rm30. dan tahan dalam 3 bulan. dah rosak sikit gincu aku sebab adam buat :(


double eyelinear dari silky girl. memang sangat pekat dan sangat jimat. ambil sikit pun dah ok. harga dalam rm32 tapi tahan sangat lama. boleh pakai banyak kali tapi serius bila dah cuci mata akan nampak sangat buruk dan menakutkan. aku dah tak pakai sebab amal tak bagi. so simpan je dalam beg. siapa siapa yang nak boleh bagitahu sebab aku pakai sikit je baru. aku bagi free ni :D 


haritu aku pergi aeonbig seksyen 16 dengan family aku. then aku ikut mak aku dia nak pi rendam kaki dia untuk kesihatan. dekat kedai tu ada sorang abang ni tanya "nak tahu apa warna diri awak?" aku pun ikutkan jelaah. aku pun ikutlah apa yang abang tu suruh buat then akhirnya warna aku adalah warna biru. then tu dia syorkan aku beli aura perfume ni. perfume yang sesuai dengan diri aku. aku tak terpengaruh sangat pun tapi mak aku yang suruh beli, aku ikutkan jela. cara nak pakai, masa pakai tu ucap bismillah 3 kali dan selawat ke atas nabi 3 kali lepastu harapkan apa yang kita nak contohnya "harap aku jawab exam dengan tenang" . harga dia rm30. berkesan ke ? haha cubalah korang try dulu.


dari zaman aku budak budak sampai sekarang aku pakai deodoran ni. serius aku suka. bila angkat tangan rasa wangi wangi sahaja ^^ harga dalam rm5


aku juga spray juga benda ni dekat body bila aku nak rasa sejuk dan wangi.serius wangi gilaaaaaaaa >,<  ni harga dalam rm6





empat empat ni adalah losyen yang aku pakai dan sangat wangi. tapi aku selalu pakai yang atas sekali sebab kemana mana sahaja aku akan bawa. bau macam bau baby, tu yang suka. yang vaseline tu aku pakai bila cuaca terlalu panas dan aku tak pakai kardigen, so aku akan sapulah dekat tangan untuk perlindungan kononnya. 


ni pula aku letak dekat bibir setiap malam sebelum tidur. oleh kerana aku kerap pakai gincu so aku pakailah benda ni untuk melembapkan bibir aku.


ni bedak untuk badan. lepas aku pakai losyen , kadang kadang je aku sapu bedak ni dekat badan. kadang kadang je la sebab adakalanya aku dilanda malas yang kritikal. 


sebernya aku ni jarang sangat pakai minyak wangi sebab bergantung pada deodoran dan losyen. entahlah, ayah aku beli minyak wangi banyak banyak pun aku macam tak heran. atok aku pelawa minyak wangi dia pun aku takde macam nak rebut rebut dengan yang lain. bagi aku , minyak wangi ni macam tak penting. tapi sebenarnya pentingkan ? ni minyak wangi tahun bila aku tak ingat. jarang pakai. nampak tu ? banyak lagi. ada sesiapa nak ? 


shampoo pula aku gunakan loreal paris. sangat wangi dan rambut akan rasa selesa. serius ^^


tapi aku gunakan conditioner jenama pantene sebab lebih lembut dan bermaya ^^


ni untuk merawat rambut aku bila kelihatan serabut serabai dan selekeh. 


sabun mandi aku gunakan ni, memang dari dulu guna ni , tapi sekarang bila dah besar ni bertukar pula kepada 


serius, palmolive lagi wangi dan menghasilkan buih yang lebih banyak. aku sangat sukakan mandi. dan bila sabun memberikan kepuasan yang maksimum aku lagi semangat nak mandi !


ubat gigi yang tak pernah ditukar selama 3 tahun. sebab sebelum ni guna colgate. sekarang bila pakai colgate macam nak muntah pula. sebab aku jenis bila gosok gigi mesti akan tertelan sikit ubat dia. 


untuk yang sulit pula aku pakai ni. sangat wangi dan menyegarkan. yang penting kita sebagai perempuan kenalah jaga kebersihan keintiman kita. 



inilah beg yang aku selalu guna bila nak keluar. kalau barang aku macam banyak aku akan bawa beg coklat tu. kalau sikit yang purple tu je. yang coklat tu ayah aku yang belikan masa bulan puasa tahun lepas. 


purse aku yang sangat selekeh. yang penting duit singgit tuu. amal yang buatkan tauuu ^.^


sebenarnya aku pakai seliper ni dalam bilik je , tapi dah tak dah,satu rumah ni aku akan pakai. dan bila tak pakai aku rasa tak selesa dah, seronok tau pakai kasut ni sebab orang lain akan dapat kesan kehadiran aku. bunyi dia tuu hihihihi


amal selalu pernah pesan bawa air masa nak tidur, sebab aku selalu haus tengah2 malam. so botol air ni sentiasa ada lah sebelah aku. sibuk je adam , aku pegang botol air ni dia nak nak pula sambil cakap "mamam"


okay ni last , so panjang sikit. barang yang terpenting sekali aku kena bawa. apa ni ? ada orang cakap macam rokok elektrik. sebenarnya ni adalah untuk mengenakan orang yang jahat yang nak buat sesuatu dekat aku. benda ni sangat bahaya gila dan aku pernah try. tahu tak aku try canner ? masa tu aku dekat ofis, dan kebetulan pula kak effa ada. mengandung pula tu. aku pergi picit benda ni dekat sinki yang dekat dengan toilet. dan aku sangat terkejut sebab dia terpancut dengan begitu pantas dan banyak gila cili yang warna merah dan hancur terkeluar., siap macam ada asap sekali auu. bayangkan eh , aku sembur sekali je pun dan aku sembur dekat sinki bukan dekat muka aku tapi pedih dia aku rasa. sampai aku sesak nafas, mata aku pedih, dan aku nak batuk, batuk pula rasa sakit sangat. dan bukan aku je yg rasa, kak effa yang jauh dari sinki tuu tetiba mengadu sakit mata dan dia terbatuk batuk. aku pun bagitahu dia apa yang aku buat. kitorg pun apa lagi cepat cepatlah buka semua pintu sebelum boss besar masuk. dannn 30 minit berikutknya boss besar pun datang dan aku rasa masih tak hilang lagi tapi aku buat bodoh je macam tak ada apa apa yang berlaku. aku tahan rasa nak batuk. boss masuk terus bilik dia. then dia keluar balik sebab nak pergi tandas. lepastuuuuuuuuuuu sebelum dia nak masuk tandas dia berhenti sekejap, aku dah berdebar.... lepas tu dia suruh aku buat apa ntah tapi tak kesampain sebab dia batuk tak henti henti. dan aku ? masukkan kepala bawah meja lepas tu gelak gelak gelak dan gelak tanpa henti sebab sumpah lawak gila tengok muka dia. power kan benda ni ? kalau aku sembur dekat muka penjahat kena mata dan hidung, memang mati aku rasa .. 

assalamualaikum ..

harini hari sabtu yang membosankan. gila tak bosan ? hari cuti ayah kerja :( selalu ayah bawa kitorg jalan jalan :') so harini aku nak buat entry panjang gila bapak. biar padan muka aku. nak luangkan masa sangat kan ?

RUMAHKU SYURGAKU

aku suka duduk rumah , tak kiralah kat mana aku berada mesti aku nak cepat balik rumah kalau boleh. lagi lagi kalau ada dekat sekolah atau dekat kampung, asyik berdoa cepatkan masa semata mata nak balik rumah. rumah aku takdelah mewah atau macam istana tapi rumah kita sendirilah yang buat kita jadi diri sendiri dan bebas melakukan apa sahaja dengan selesa. 

ni bilik aku dan kakak aku , aku snap katil aku je even katil aku dengan kakak aku bersambung. katil dia bersepah -.- ada speaker dekat atas katil tu memang best. tiap malam sebelum tidur mesti pasang lagu yang romantik romantik dulu. sebenarnya banyak lagi bear tapi aku letak sikit je dekat katil sebab aku hanya peluk satu je bear. dan bila malam aku jarang buka lampu yang putih gila sakit mata tuuu . aku just pasang lampu ni je 


     
aku bukan semata mata nak tunjuk bilik aku , sebab kita sekarang tengah cerita pasal rumah kan?

okay ni pula bilik adik aku yang jarang sekali digunakan sebab dia selalu tidur bilik mak ayah aku. bilik dia macam jadi tempat untuk bermain sahaja. tengoklah budak kecik pakai baju merah tu , sibuk nak main piano.


ni pula bilik mak ayah aku, nampak tak ada katil lebih dekat sebelah katil mak aku ? itu adalah untuk aku dan ayip :) kikikikikih

last bilik , bilik yang keempat. bilik ni untuk tetamu. so family aku memang tak pernah tidur dalam bilik ni. adam buai tuu sebab adam selalu tidur dalam bilik ni .

bilik air ? setiap bilik ada bilik air. jadi aku tunjuk satu je la bilik air

ni bilik air mak aku. bilik air aku tengah repair sebab ada benda bocor.

 ni tv yang ada dekat atas . ruang ni jarang sekali digunakan sebab kitorg selalu tengok tv dekat bawah. dan ruang tamu bawah aku tak sempat nak tangkap sebab ada ramai orang sangat. tapi sama je tv dgn almari putih tuu dengan bawah. cuma tv atas kecil sikit.


ni pula dapur. dapur simple je , tapi bahagia dapur laaa keluarga aku sangat mementingkan kebersihannya. 

okay, sekarang ni yang aku belum tunjuk ruang tamu dekat bawah dan ruang makan . meja makan dekat dapur tu jarang sekali digunakan. yang selalu guna bila tetamu datang ruang makan yang dekat dengan ruang tamu tu tapi gambar ruang makan tu aku tak ada pula dekat komputer ni, padahal aku dah masukkan dah tadi :( aishhhhhhh 



ini pula ruang nak naik tangga dan aku dah banyak kali jatuh tangga sebab sering kali turun tangga dengan gaya yang ala ala power rangers. banyak kali tapi hanya 2 kali cedera teruk. even adik aku yang budak budak tu pun tak pernah jatuh. ahh senang cerita tak ada siapa yang pernah jatuh tangga dalam rumah ni selain aku. 

ada lagi ruang yang tak dapat nak dikongsikan bersama atas kecuain aku upload gambar tapi tak masuk. 


assalamualaikum..

semalam aku buat jpj ! tahu tak tahu tak begitu banyak dugaan dan liku liku yang telah aku lalui :') masa nak tunggu buat jpj tu aku memang relax and cool sebab tak de mood nak buat setelah gagal di tiga penjuru. so aku pun buat bodoh jee. hujan lebat pun aku tak gentar, dalam hati masa tu "ada aku kisah dengan hujan lebat" tapi dalam hati masih mengharapkan yang aku takkan dapat viva, sebab aku belajar bawa kancil, tetiba kena viva, kan pelik? dannnnnn akhirnya aku dapat viva :')nasib baik yang uji aku tu abg jpj yg muda. kalau tua mesti garang.  aku duduk benda yang aku rasa pelik bahagia gear. kenapa gear dia macam susah nak agak ? duduk... diam sekejap. sebab dengan serta merta aku lupa 5 perkara yang kena buat tu. punyalah senang 5 perkara boleh mengambil masa tetiba -.- lepas tu dengan lafaz bismillah aku pun gerak ... dannnnnnnnnn viva kena tekan minyak lebih sikit! huwaaaaaaaa D': dahlah aku tak suka minyaaaakkkkkkkk. dan paling tak reti nak menganggak tuu. lepas tu aku slamber je bawa, dengan harapan yang aku taknak buat muka gelabah atau takut. tapiii tengah sedap nak cover gelabah aku ni aku lupa secara tiba tiba bagaimana cara cara nak tukar gear. aku tak tekan clucth pun masa nak tekan gear. slamber badak nak tukar gear macam orang gila tapi tak sampai. lepastu, dah kelam kabut tu aku slamber juga berhenti dan tukar gear sungguh sungguh tanpa pedulikan halangan di hadapan. dan akhirnya gear 3 yang aku impikan telah terlajak ke gear undur. nampak tak ? disitu pun kesalahan yang serta merta aku boleh gagal tapi abg jpj tu masih relax dan mengajar aku. ikutkan dia tak boleh ajar. lepas tuuu aku selalu ingat pesan abg man dan abg shah jangan sampai matikan enjin lebih dari 3 kali sebab gagal serta merta juga.tapi dekat roadblock dah 2 kali mati enjin! masa tu memang dah tak mampu nak buat muka cool. muka ketakutan jelas terpancar. lepas tu mati lagi buat kali ketiga dan kali keempat. lepas tu abg jpj tu tanya aku "haa macam mana ni ? " aku dengan redha berkata "dalam saya dah gagal tiga penjuru bang, kalau ni nak gagal juga saya redha" lepas tu tetiba abg tu skip jalan. so nampak macam aku dah gagal laa kan ? tak perlu pergi tempat lain. lepas tuuuuu tetiba aku usha abg tu tanda result aku , dia buat 16 markah ! aku lulus ! hihihihihi ~ hanya kata kata terima kasih yang dapat aku katakan pada abg jpj tu . syukur alhamdulillah ... act haritu ramai gila yang aku tengok gagal jalan raya.sepatutnya aku tak layak pun lulus tapi disebabkan hati baik abg tu yang kasihankan aku , dia pun bagi lulus. terima kasih bang :) budi baik mu akan ku kenang sampai bila bila :)

assalamualaikum ..

hari ini nak cerita pasal sehari sebelum ambil ujian jpj. memang aku menikmatinya dengan begitu baik sekali sebab last abg shah yang ajar aku. by the way, aku rasa happy dan rasa macam nak bersujud syukur sebab abg shah yg ajar aku. rasa terselamat dgn abg man . memang akan aku gunakan masa masa dengan abg shah dengan minta lagi seberapa banyak ilmu. memang penuh dengan senyuman sepanjang pembelajaran sebab tak ada rasa tak puas hati ke apa. kalau dengan abg man rasa macam nak marah je lebih -.- abg shah sangat baik. 

semalam , masa nak masuk parking aku tak tahu lah kenapa cam bengong semalam aku pergi tarik hand brake masa nak undur. nampak tak bodoh aku? lepastu abg man cakap " makin banyak belajar makin merepek awak ni" aku terdiam sebab aku tahu aku salah sambil memaki hamun diri sendiri dalam hati :') dan bukit yang aku suka gila semalam boleh asyik fail bila dengan abg man. kaki gigil macam penagih tetiba --" 

tadi belajar macam relax je la aku , asyik abg shah je yang tanya pasal aku , aku pun mulalah nak bertanya 

aku : abg tak boring ke kerja macam ni ?
abg shah : rasa rasa ?
 aku : mestilah boring 
abg shah : kenapa boring ?
*aku diam , sebab mula terfikir yang semua kerja boring dan alasannya aku cari tak jumpa jumpa
abg shah : kalau abg boring , abg tak kerja dekat sini. abg suka kerja ni.
*cepat cepat tukar topik 
aku : bang, orang yang pakai topi tu perempuan ke lelaki?
abg shah : rasa rasa ?
* aku diam dan mula terfikir , kalau asyik nak rasa rasa baik aku tak payah tanya dia, biar aku teka sendiri je dan dia pun gelak. aku tak tahu lah sama ada dia gelakkan aku atau gelakkan orang yang nampak mcm perempuan and lelaki tu -.- 

aku dah mula bosan asyik jalan dekat dalam je , 

aku : abg, pergi mana lepas ni ?
abg shah : bukit 
aku : alaaa, jalan raya lah pula
abg shah : lepas kita buat bukit kita pergi jalan raya ok

dekat jalan raya 

abg shah : kenapa tak suka jalan dekat dalam ?
aku : boring
abg shah : kenapa boring ?
aku : sebab ... ah jangan kacau ! nak fokus

selesai tu .... sedih melanda diri sebab lepas ni abg shah dah tak ajar dah :( tetiba rasa sedih sangat dan sayangnnya aku tak say thanks dekat abg shah tadi :'( aku ingat dia yang hantar aku balik sebab tu aku ingat nanti baru cakap, tapi abg man yang hantar aku dannnnnnn kita hanya dapat senyum masa aku dalam kereta dan dia dekat luar kereta. tapi sebelum dia nak hantar aku dekat abg man dia tanya canni 

abg shah : masa free ada belajar bawa auto tak?
aku : takde 
abg shah : kenapa tak ada ?
aku : sebab tak ada siapa nak ajar
abg shah : ayah ?
aku : busy
abg shah : akak ?
aku : dia taknak 
abg shah : balik ni cakap dekat akak suruh ajar awak, kalau tak nanti abg marah. cakap camtu tau!

huwaaaaaa sedihnya :'( lepas ni tak ada nak belajar lagi ! huwaaaaaaaaaaaaaa :'( terima kasih abg man yang setia ambil saya setiap harii dan ajar saya walaupun kadang kadang saya rasa abg tak sesuai kot jadi cikgu ? tapi abg man pun dah banyak bagi ilmu yang tak ternilai. dan .. terima kasih abg shah sebab begitu baik dan dapat jadi seorang cikgu memandu yang baik . even baru dua kali abg shah ajar tapi ilmu yang telah abg bagi lebih banyak dari abg man. abg sangat baik dan terima kasih sebab beri perhatian yang sepenuhnya dan mengambil berat bila tangan saya merah merah. terima kasih sekali lagi :)
 
 

assalamulaikum ..

dah berapa hari tak buat blog, busy k busy -.- ni nak cerita pasal lesen haritu . hari isnin haritu aku pergi belajar. tapi haritu abang lain yg ajar aku. abg shah yg ajar aku. sumpah lahh dia lagi best dari abg man! abang man ajar aku, aku susah nak tangkap tapi kalau abg shah ajar aku ok. abang shah nampak penyayang dia. dia ajar lemah lembut dan ada isi apa yg dia ajar. abg man taklah garang, tapi ntahlah , maybe feel tu tak ade kot? hahaha. tahu takkk abang man suruh abg shah ajar aku 4 jam TANPA HENTI ! gila kau. kalau balik jb pun dah sampai. dan aku tak tahu pula lepas 4 jam tu terus nak kena pergi qti. serius ah aku memang tak tahu. tiba tiba abg shah hantar aku dekat orang yg akan uji aku tu. gila tak meremang aku !! dahlah pakai baju polis! aku ingat dia pkci tua adalah sikit perikemanusiaan tu dekat aku. tapi sangkaan aku sungguh meleset! aku belum keluar jalan raya lagi dia dah tinggi suara marah marah. dalam hati aku masa tu "biar betul org tua ni layan aku canni" benda dia terjerit tuu sebab aku lambat nak gerak. apak iyee. tak reti sabar? aku pun masa tu relax lagi. masih lagi beri senyuman manis dekat dia. keluar jalan raya tu haaa amekaaawww kena kaw kaw punya aku. aku kena tengking banyak kali. padahal aku ikut cara yg macam abg shah ajar aku tuu :( tapi pkcik tuu gelojoh, dia suruh aku cepat cepat. dah aku pun gelabah laahhh. paling tak boleh blaahh dia cakap canni "awak gagal!! awak belum layak lagi g jpj! belajar lagi pasni!!" dengan tinggi suaranya , aku meleleh dah masa tu. air mata dah bergenang. bawa kereta pun sebak jee. sampai tu dia pun bagilah aku result. aku tak tengok , aku ambil cakap terima kasih dekat pkcik tu , terus keluar kereta g pondok tunggu abg shah ambil aku. lepas tu abg shah datang . dia pandang tepat tepat dekat mata aku sambil buat muka pelik aku masa tu konon nak senyum. senyum paksa . air mata dah lap tapi abg shah tetap tahu aku nangis. aku pula mana boleh orang tegur aku kalau aku tengah nangis, nanti bertambah nak nangis. lepas tuu abg shah suruh aku cerita. masuk je kereta. aku pun cerita yg pkcik tu garang. aku cerita dia senyum ?? kwaja tak ? lepas tu tetiba abg shah cakap "awak..awak lulus lah, nampak ni, awak lulus, awak boleh g jpj nanti" gilaaa laaaa terkejut aku. tadi pkcik tu cakap takkkk , ntah ntah pakcik tu kenakan aku tak ? eiiii siot jeeee. lepas tu abg shah cakap "dah dah jangan nangis lagi" aku membalasnya "siapa nangis? orang selsema" aku tak pandang pun abg shah sebab serius ahh . malu kot. "yelaaa, panas panas ni memang ada org selsema pun" nampak tak perli ? lepas tu sepanjang jalan dia ajar aku ,dia cerita dekat aku pasal undang undang semua. see? abg shah lagi baik dari abg man. lepas tuu ada satu perbualan yang tak boleh la aku lupa 

abg shah : awak pandai bawa motor?
aku : pandai
abg shah : pakai helmet tak?
aku : tak , buat apa pakai ? 
abg shah : tahu apa fungsi helmet?
aku : melindungi kepala, kepala kan sensitif. terhantuk boleh mati. 
abg shah : jadi? kenapa tak pakai helmet?
aku : jalan jalan sini je la bang, buat apa nak pakai . jalan sini tak bahaya
abg shah : kemalangan ada di mana mana saja kan ?
aku : memanglah.. tapi saya tak pernah eksiden 
abg shah : tak pernah tak semestinya tak pernah langsung di masa hadapan kan?
aku : ok ok ok ok ok ok 
abg shah : kenapa tak pakai ?
aku : rimas, susah nak tengok kiri kanan. helmet berat
abg shah : awak belilah helmet kecil yang sesuai dgn kepala awak?
aku : hmmm
abg shah : awak tak nak pakai sebab awak rasa tak cantik ke ?
aku : eh mana adalah ! saya rasa tak selesa je! 
abg shah : ok ok lepas ni pakai tauuu

pandai kan dia berkata kata ? penat aku nak melayan . tapi tkpelah . semua tu untuk kebaikan aku juga :)
Sendiri sendiri ku diam, diam dan merenung
Merenungkan jalan yang kan membawaku pergi
Pergi tuk menjauh, menjauh darimu
Darimu yang mulai berhenti, berhenti mencoba
Mencoba bertahan, bertahan untuk terus bersamaku

Ku berlari, kau terdiam, ku menangis, kau tersenyum
Ku berduka, kau bahagia, ku pergi, kau kembali
Ku mencoba meraih mimpi, kau coba tuk hentikan mimpi
Memang kita takkan menyatu

Bayangkan bayangkan ku hilang, hilang tak kembali
Kembali untuk mempertanyakan lagi cinta
Cintamu yang mungkin, mungkin tak berarti
Berarti untukku rindukan

Kini harusnya kita coba saling melupakan
Lupakan kita pernah bersama

assalamualaikum..

okay , sebab tadi dah cerita pasal imran , ni nak cerita pasal 2 orang lagi kawan yang aku rapat masa aku form 1 and 2. memang selalu sembang sembang dalam kelas bila boring. dan banyak juga kenangan yang telah dicipta bersama sama. bila difikir balik , aku tak banyak kawan perempuan. sebab apa? sebab perempuan jahat. serius , aku takut nak kawan dengan perempuan. suka main tikam belakang aku -.- so bila kira pakai 5 jari je kawan perempuan yang aku ada . okay ni dia kawan baik sebaik baiknya pada zaman muda mudi :-*



AMEERUL FIRDAUS



SHAZWAN

start mengenali diorang masa form 1, masa form 1 gitu gitu je . masa form 2 je la rapat gila. takde cikgu jee budak dua orang ni datang tempat aku then sembang sembang gosip gosip. ok jom cerita kenangan dulu.

start dengan firdaus, kenangan yang telah dibina masa dia bawa hp pergi sekolah , lepas tu dengan bijak pandai dia sembunyikan hp dia dekat bawah meja cikgu masa nak pergi solat asar. sufy dapat tahu dan masa tu sufy memang jahat gilaa kot. dia ambil dan dia nak jual. so aku pun perangkap sufy yang biar aku yang tolong jualkan hp tu. then sufy pun bagilah aku hp tuu. esoknya aku jumpa daus, aku cerita semuanya dan bagilah hp tu dekat daus. sampai sekolah aku bagitahu sufy amenda ntah. aku tak ingat dah alasan apa aku pakai. pastu daus aku dan shazwan merancang untuk kenakan sufy balik. ni kes nak balas dendam la ni, aku pun ikutkan jeee. dorang plan nak ambil beg sufy then buang dekat tangga. so kitorang pun buatlah kerja tak senonoh tu time rehat tak silap aku. sesudah rehat time cikgu mata lebam tuu masuk sufy terkial kial cari beg dia. aku daus dan wan dah tersengih memanjang tengok sufy. sebenarnya aku tak sampai hati buat sufy macam tu tapi diorang buat sebab nak bagi pengajaran pada sufy. lepas tu yang takleh blah masa beg sufy dah jumpa tuu ada lelaki gemok nampak apa yang kitorang dah buat ! nasib baik dia tak petik nama aku , wahhh terharunya aku :) dannnnnn yang bestnya masa dia petik nama daus tuu then daus tak mengaku , cikgu salbiah boleh pula percaya kata daus. malah boleh memanaskan keadaan dengan berkata sesuatu pada sufy iaitu "tulah mulut jahat sangat" macam tuu lahh , aku tak ingat sangat, banyak sebenarnya kenangan tapi aku skip je la eh ? kedua , masa dia gaduh dengan sorang perempuan ni, aku tak ingat nama dia siapa tapi aku rasa aida kot ? okay diorang gaduh dalam kelas , aku tak ada ditempat kejadian sebab setahu aku diorang berdua je kot dalam kelas sebab diorang masuk lab lambat,aku tak ingat apa kes dia tapi setahu aku daus cakap aida busuk kot . aida bengang then pukul daus sampai tulang tangan daus sampai bengkok. aida dah buat camtu dia lari dekat lab. then sambunglah pergaduhan dalam lab tu. daus datang dengan muka bengis macam hulk nak pukul aida. tapi dihalang oleh jejaka jejaka dalam kelas tu. then daus keluar lab dengan wan, lepas tu aku sibuk ikut. saja . malas nak belajar sains. hhihhihi ~ lepastu melepak laa dekat bilik kesihatan. dia pun story laa kisah yang dah berlaku, memang bila difikir balik kebudakan betul -.-then masa aku nak pindah dah , daus bagi aku satu keping duit 50 sen sebagai kenangan, lama juga aku simpan. lama ? pegi mam lama -.- aku tak tahulah sama ada aku terguna ke apa , tengok tengok dah tak ada dah dekat purse --"

okay , wan pula .. wan ni dia tak berapa banyak sangat cakap macam daus. dia tak senakal daus la. tapi bagi aku dia nampak je kecik tapi dia panas baran sebab dia pernah mengamok dalam kelas sebab geng geng helmi buat kecoh dalam kelas. abang besar pun boleh terdiam tengok dia mengamok camtu tau ! jangan memain . okay , aku pernah bersusah payah pergi rumah wan dengan fad, daus dan kawan kawan daus. masa tu hari raya so aku dan yang lain plan nak raya rumah wan naik bas. so kitorang pun pergi. horey horey horey nak mamam! sesampai je mak wan takde! yang ada hanyalah wan dan adik lelaki dia je. tapi kami tetap dijemput masuk. lepastu adik wan keluar pergi beli maggy kari 5 bungkus dan itulah yang dihidangkan untuk kami masa tu :') takpelah , janji ada makanan, penat tau! eish , aku penatlah cerita pasal dorang! aku saja je cerita sebab aku taknak lupakan kenangan ni. sementara aku ingat ni baik aku cerita kan ? ni pun aku dah banyak lupa dah -.-




haritu masa aku dekat kampung , uda hantar meseg yang berbunyi "kau tahu tak pasal imran? dia eksiden, teruk gila kot.. faez cakap muka dia lagi teruk.. tak nampak macam muka langsung.." terkejut aku wei :'( betapa lama aku tak mengambil tahu pasal dia, tetiba dapat berita buruk pasal dia. aku nak melawat dia tapi tak ada siapa yang boleh hantar aku pergi hospital. ayah aku pula semakin lama semakin busy. aku bagitahu mak aku hal ni :

aku : mak , mak ingat lagi tak kawan adik imran?
mak : yang mana ?
aku : yang pernah datang rumah kita makan nasi goreng dengan ice blended tuu, lepas tu dia balik mak bagi dia duit rm4
akak : alaa mak yang pernah masuk bilik adik tu mak
mak : ohh yang cuci pinggan sendiri tu eh ? yang putih tu ?
aku : aah , mak..dia baru eksdn semalam mak., muka dia dah tak macam dia dah :'(
mak : ya Allah.. yeker dik ?

rindu kenangan dulu :( mehlahh nak cerita pasal dia

aku kawan dengan dia dari form 1. pergi dan balik sekolah sama sama sebab naik bas. sekali dengan uda. aku  kenal dia pun dari uda. masa nak balik dia selalu hantar aku sampai depan rumah sebab aku takut nak naik tangga sorang sorang. gelap woi. so dia laa yg teman dan kadang kadang dia minta upah rm1. hahahahah aku bagi bila aku ada duit je. kalau tak ada dia tak paksa.

perasan dialog yang aku bold kan tu ? yes , dia dahlah lelaki pertama yang pernah masuk lepak dalam bilik aku. jangan fikir bukan bukan ! kitorang tak buat apa apa pun. dan bukan aku dengan dia je, uda pun ada juga. time tu, ada orang datang rumah,. tetamu mak. then, masa tu aku, uda dan imran memang tengah lepak dekat ruang tamu, then ada tetamu kitorg pun cabut masa bilik..masa tu form 1 kot. budak lagi. tak fikir pun benda tu tak elok. lagipun just sembang je. dia pun cakap "ini kali pertama aku masuk bilik kawan perempuan"  ya Allah.. aku rindu kawan kawan subang :'( aku rindu gilaa . dan kadang kadang aku rasa macam nak duduk sana balik je wei. kadang kadang aku rasa kosong je dekat sini, aku nak kawan kawan aku balik :( kawan kawan yang sentiasa ada dengan aku. 




AKHIRNYAAA ! KEPUTUSAN YANG MUKTAMAD DAN SAH TELAH DIPUTUSKAN ! HIHIHI AKU DAH TAK JADI BUDAK SEKOLAH LAGI OK KAWAN KAWAN SEKALIAN. AKU DAH TAK MASUK DAH FORM 6 , SELAMAT TINGGAL BUAT :


BUBYE :) AKU BAHAGIA MENINGGALKAN MU WAHAI SEKOLAH. SERIUS LAH , AKU MEMANG TAK MINAT LANGSUNG MASUK FORM 6. DENGAN SUSAHNYA, DENGAN TAK ENJOYNYA, DENGAN STRESS NYAAAA. AKU TAK ENJOY KENAPA? SEBAB AKU TAK MINAT LANGSUNG PERNIAGAAN. BIDANG YANG AKU AMBIL DEKAT FORM 6 NI MORE KEPADA PERNIAGAAN JE. TETIBA KENA AMBIL AKAUN APALAH BAGAI. PEH PEH PEH. MATH PUN HANCUR -.-  LEPAS TU SISTEM PEMBELAJARAN DIA PUN LANGSUNG TAK AMBIL MINAT LANGSUNG. ORANG CAKAP, KITA AKAN BERJAYA KALAU KITA MINAT DENGAN BIDANG YANG KITA AMBIL. KALAU TAK MINAT, SEMANGAT NAK BELAJAR TU PUN TAK ADA. ORIENTASI PUN MACAM MINUM AIR OREN DAN SARSI. BAK KATA EIRA MY BESSHHHH FRIEND. TAK BESH LANGSUNG. KADANG KADANG DATANG TU MCM TUNGGUL. SURUH PUKUL 7.30 MASUK TAPI HARAM JADAH PUKUL 9/10 BARU NAK START. ITUPUN YANG  TAH PAPE JEE AKU RASA -.- SEBAB TU AKU MALAS NAK DATANG.

BILA CUTI DUA MINGGU NI ., AKU MEMANG TERFIKIR FIKIRKAN HAL NI. SEBAB AKU MEMANG NAK TINGGALKAN FORM6 , AKU TAK BERMINAT LANGSUNG, AKU KENA FIKIR JALAN TERBAIK. MUNGKIN AKU KENA FIKIR SESUATU YANG BARU. MUNGKIN REZEKI AKU BUKAN MENJADI SEORANG GURU., SEBAB AKU RASA AKU TAK BERPELUANG LANGSUNG NAK JADI CIKGU TADIKA. SEBAB MAK AYAH AKU TAK BAGI AKU MASUK UNISEL. JADI AKU CUBA FIKIRKAN HAL LAIN YANG MEMBANTU AKU. DENGAN MINAT. YESHH, AKU MINAT SAINS DAN SUKA BEKERJA DEKAT HOSPITAL. SO AKU PUN APPLY MANA MANA. DEKAT KPJ HEALTHCARE DAN SIME DARBY HEALTHCARE. AKU PILIH DUA KOLEJ NI SEBAB MENJAMIN MASA DEPAN AKU. LEPAS DIPLOMA RESULT BAIK,BOLEH BEKERJA TERUS DEKAT HOSPITAL SIME DARBY ATAU KPJ. SO AKU APPLY KPJ DULU. AKU PILIH NURSERING. TAPI ORANG KPJ CALL , MATH AKU TAK CREDIT. SO DIA TAWARKAN AKU AMBIL PHARMACY. AKU RASA INGATAN AKU TAK KUAT UNTUK INGAT SEMUA JENIS UBAT. SO AKU APPLY SIME DARBY. AKU APPLY, BAGI RESULT , DAN DIA BAGI AKU 3 PILIHAN DIPLOMA DAN AKU PILIH DIPLOMA FISIOTERAPI. SEBAB SAINS SUKAN AKU ADA BELAJAR BENDA NI SO AKU RASA AKU BOLEH BAWA SEBAB AKU MINAT BELAJAR PASAL ANATOMI. JADI BILA SIME DARBY HANTAR SURAT UNTUK MENDENGAR TAKLIMAT DAN DITEMUDUGA AKU PUN PERGI ,ROMBONGAN BERSAMA SATU KELUARGA. DASHAT TAK? ORANG LAIN JUST DATANG BAWA 1 WAKIL AHLI KELUARGA, AKU BAWA BERWAKIL WAKIL. KIKIKIH. SEBELUM DENGAR TAKLIMAT KENA TEMUDUGA., AKU INGAT DIA NAK TANYA AKU APA APA , TAPI DIA JUST TENGOK RESULT, TANYA NAMA SEMUA,, PASTU DIA BAGI 3 PILIHAN DAN AKU PUN PILIH DIPLOMA FISIOTERAPI. PASTU DUDUK DENGAR TAKLIMAT. LEPAS TUUU DIA CAKAP AKU LAYAK, DAN DIA AKAN HANTAR SURAT DALAM MASA 3 MINGGU. DAH BAYAR DUIT PENDAFTARAN RM101. SO INILAH DIA HIDUP AKAN DATANG AKU :


HAAA BACA TUUU ! TAKPE MALAYSIA , AKAN KU DATANG UNTUK MEMBANTU RAKYAT. JANGAN RISAU RAKYAT., AKU DATANG !