assalamualaikum ..

harini hari sabtu yang membosankan. gila tak bosan ? hari cuti ayah kerja :( selalu ayah bawa kitorg jalan jalan :') so harini aku nak buat entry panjang gila bapak. biar padan muka aku. nak luangkan masa sangat kan ?

RUMAHKU SYURGAKU

aku suka duduk rumah , tak kiralah kat mana aku berada mesti aku nak cepat balik rumah kalau boleh. lagi lagi kalau ada dekat sekolah atau dekat kampung, asyik berdoa cepatkan masa semata mata nak balik rumah. rumah aku takdelah mewah atau macam istana tapi rumah kita sendirilah yang buat kita jadi diri sendiri dan bebas melakukan apa sahaja dengan selesa. 

ni bilik aku dan kakak aku , aku snap katil aku je even katil aku dengan kakak aku bersambung. katil dia bersepah -.- ada speaker dekat atas katil tu memang best. tiap malam sebelum tidur mesti pasang lagu yang romantik romantik dulu. sebenarnya banyak lagi bear tapi aku letak sikit je dekat katil sebab aku hanya peluk satu je bear. dan bila malam aku jarang buka lampu yang putih gila sakit mata tuuu . aku just pasang lampu ni je 


     
aku bukan semata mata nak tunjuk bilik aku , sebab kita sekarang tengah cerita pasal rumah kan?

okay ni pula bilik adik aku yang jarang sekali digunakan sebab dia selalu tidur bilik mak ayah aku. bilik dia macam jadi tempat untuk bermain sahaja. tengoklah budak kecik pakai baju merah tu , sibuk nak main piano.


ni pula bilik mak ayah aku, nampak tak ada katil lebih dekat sebelah katil mak aku ? itu adalah untuk aku dan ayip :) kikikikikih

last bilik , bilik yang keempat. bilik ni untuk tetamu. so family aku memang tak pernah tidur dalam bilik ni. adam buai tuu sebab adam selalu tidur dalam bilik ni .

bilik air ? setiap bilik ada bilik air. jadi aku tunjuk satu je la bilik air

ni bilik air mak aku. bilik air aku tengah repair sebab ada benda bocor.

 ni tv yang ada dekat atas . ruang ni jarang sekali digunakan sebab kitorg selalu tengok tv dekat bawah. dan ruang tamu bawah aku tak sempat nak tangkap sebab ada ramai orang sangat. tapi sama je tv dgn almari putih tuu dengan bawah. cuma tv atas kecil sikit.


ni pula dapur. dapur simple je , tapi bahagia dapur laaa keluarga aku sangat mementingkan kebersihannya. 

okay, sekarang ni yang aku belum tunjuk ruang tamu dekat bawah dan ruang makan . meja makan dekat dapur tu jarang sekali digunakan. yang selalu guna bila tetamu datang ruang makan yang dekat dengan ruang tamu tu tapi gambar ruang makan tu aku tak ada pula dekat komputer ni, padahal aku dah masukkan dah tadi :( aishhhhhhh 



ini pula ruang nak naik tangga dan aku dah banyak kali jatuh tangga sebab sering kali turun tangga dengan gaya yang ala ala power rangers. banyak kali tapi hanya 2 kali cedera teruk. even adik aku yang budak budak tu pun tak pernah jatuh. ahh senang cerita tak ada siapa yang pernah jatuh tangga dalam rumah ni selain aku. 

ada lagi ruang yang tak dapat nak dikongsikan bersama atas kecuain aku upload gambar tapi tak masuk. 


No comments:

Post a Comment