dah berapa hari tak buat blog, busy k busy -.- ni nak cerita pasal lesen haritu . hari isnin haritu aku pergi belajar. tapi haritu abang lain yg ajar aku. abg shah yg ajar aku. sumpah lahh dia lagi best dari abg man! abang man ajar aku, aku susah nak tangkap tapi kalau abg shah ajar aku ok. abang shah nampak penyayang dia. dia ajar lemah lembut dan ada isi apa yg dia ajar. abg man taklah garang, tapi ntahlah , maybe feel tu tak ade kot? hahaha. tahu takkk abang man suruh abg shah ajar aku 4 jam TANPA HENTI ! gila kau. kalau balik jb pun dah sampai. dan aku tak tahu pula lepas 4 jam tu terus nak kena pergi qti. serius ah aku memang tak tahu. tiba tiba abg shah hantar aku dekat orang yg akan uji aku tu. gila tak meremang aku !! dahlah pakai baju polis! aku ingat dia pkci tua adalah sikit perikemanusiaan tu dekat aku. tapi sangkaan aku sungguh meleset! aku belum keluar jalan raya lagi dia dah tinggi suara marah marah. dalam hati aku masa tu "biar betul org tua ni layan aku canni" benda dia terjerit tuu sebab aku lambat nak gerak. apak iyee. tak reti sabar? aku pun masa tu relax lagi. masih lagi beri senyuman manis dekat dia. keluar jalan raya tu haaa amekaaawww kena kaw kaw punya aku. aku kena tengking banyak kali. padahal aku ikut cara yg macam abg shah ajar aku tuu :( tapi pkcik tuu gelojoh, dia suruh aku cepat cepat. dah aku pun gelabah laahhh. paling tak boleh blaahh dia cakap canni "awak gagal!! awak belum layak lagi g jpj! belajar lagi pasni!!" dengan tinggi suaranya , aku meleleh dah masa tu. air mata dah bergenang. bawa kereta pun sebak jee. sampai tu dia pun bagilah aku result. aku tak tengok , aku ambil cakap terima kasih dekat pkcik tu , terus keluar kereta g pondok tunggu abg shah ambil aku. lepas tu abg shah datang . dia pandang tepat tepat dekat mata aku sambil buat muka pelik aku masa tu konon nak senyum. senyum paksa . air mata dah lap tapi abg shah tetap tahu aku nangis. aku pula mana boleh orang tegur aku kalau aku tengah nangis, nanti bertambah nak nangis. lepas tuu abg shah suruh aku cerita. masuk je kereta. aku pun cerita yg pkcik tu garang. aku cerita dia senyum ?? kwaja tak ? lepas tu tetiba abg shah cakap "awak..awak lulus lah, nampak ni, awak lulus, awak boleh g jpj nanti" gilaaa laaaa terkejut aku. tadi pkcik tu cakap takkkk , ntah ntah pakcik tu kenakan aku tak ? eiiii siot jeeee. lepas tu abg shah cakap "dah dah jangan nangis lagi" aku membalasnya "siapa nangis? orang selsema" aku tak pandang pun abg shah sebab serius ahh . malu kot. "yelaaa, panas panas ni memang ada org selsema pun" nampak tak perli ? lepas tu sepanjang jalan dia ajar aku ,dia cerita dekat aku pasal undang undang semua. see? abg shah lagi baik dari abg man. lepas tuu ada satu perbualan yang tak boleh la aku lupa
abg shah : awak pandai bawa motor?
aku : pandai
abg shah : pakai helmet tak?
aku : tak , buat apa pakai ?
abg shah : tahu apa fungsi helmet?
aku : melindungi kepala, kepala kan sensitif. terhantuk boleh mati.
abg shah : jadi? kenapa tak pakai helmet?
aku : jalan jalan sini je la bang, buat apa nak pakai . jalan sini tak bahaya
abg shah : kemalangan ada di mana mana saja kan ?
aku : memanglah.. tapi saya tak pernah eksiden
abg shah : tak pernah tak semestinya tak pernah langsung di masa hadapan kan?
aku : ok ok ok ok ok ok
abg shah : kenapa tak pakai ?
aku : rimas, susah nak tengok kiri kanan. helmet berat
abg shah : awak belilah helmet kecil yang sesuai dgn kepala awak?
aku : hmmm
abg shah : awak tak nak pakai sebab awak rasa tak cantik ke ?
aku : eh mana adalah ! saya rasa tak selesa je!
abg shah : ok ok lepas ni pakai tauuu
pandai kan dia berkata kata ? penat aku nak melayan . tapi tkpelah . semua tu untuk kebaikan aku juga :)
No comments:
Post a Comment