okay alan ni mmber class aku di sime darby.. dia ni ada kacukan berdarah melayu campur british.. tapi muka dia takde melayu langsung and bahasa melayu dia pun pelat . dia selalu speaking kat kolej tapi bila dengan aku memang mampos ah nak speaking gan aku. memang tak ahhh. aku cakap je melayu gan dia , nak faham ke tak faham lantak kau. hohohoho
sem 1 aku tak berapa rapat sangat dengan dia sebab aku rasa dia tu misteri sangat . sebab selalu sendirian dan memakai jaket hitam setiap hari. keluarga kaya raya tapi asyik pakai jaket sama. kan misteri tu kan . masuk sem 2 , adalah satu case dia bergaduh dengan budak class aku , ntah kenapa masa tu aku rasa macam alan tak bersalah , maka aku pun memihak dan menyebelahi dia.
dan sejak dari tu alan mula nak berkawan dengan aku. aku pun cam tak kisah la kan , orang nak kawan so kawan je la. bila dah kawan tu aku rasa dia ni bukanlah misteri , dia okay je , cuma dia tak pandai bawa diri sebagai seorang kawan baru. maka aku pun berkawan la dengan dia , dengan aku dia belajar makan makanan melayu , belajar cakap melayu selalu ..tapi ni la yang aku tak suka kawan dengan lelaki ni , mesti akan ada simpan perasaan yang lain , alan mula meluahkan perasaan dia dekat aku . cakap macam2lah . bila aku taknak terima dia seolah memaksa.. dia rasuah aku dengan perhiasan .. bunga.. aku jadi stress bila setiap hari dia msg aku seolah memaksa aku balas cinta dia ..
niat aku cuma nak berkawan , berkawan baik dengan dia sebab tak ramai yang nak kawan dengan dia macam aku kawan dengan dia. aku layan alan tak kekok macam budak2 lain , aku layan alan sama macam aku layan kawan2 lain .. bergurau kasar bergurau kawan.. maka semenjak dia mula luahkan perasaan dia , and aku menolak , dan dia memaksa, aku mula menjauhi , maka aku ternampak perangai dia yang sebenar yang bagi aku dia boleh dikategorikan sebagai orang gila.
sebabnya ? dia hantar surat and letak dekat dalam bakul motor aku . dalam surat tu dia cakap dia nak bunuh diri. dia tak percaya tuhan .. dia cakap tuhan tu bullshit. eh macam2lah . tindakan aku lepas baca surat tu ? aku buat bodoh je .. takde maknanya dengan surat tu aku boleh pergi dekat dia sambil berlari lari dalam kehujanan dan menerima cinta dia, memang tidaklah ...
tak cukup dengan surat tuu , dia sering berperangai binatang di kolej dengan mencederakan diri sendiri seperti menghentak kepalanya di dinding , cakar tangan and muka sampai berdarah2. dan tindakan aku ? masih sama. memang taklah aku nak pujuk dia sambil peluk dia merayu jangan buat begitu oh sayangku alan , ah memang tidak la...
lepas dia buat perangai gila camtu , dia mesti msg aku buat karangan panjang2 kat wsap .. memang taklah aku nak balas wei , dia ingat aku nak ambil tindakan dengan semua yang dia buat tu ?
tapi masalahnya dia ni , aku buat bodoh dengan dia pon dia tetap nak jugak kawan dengan aku. buat baik dengan aku. nak juga tggu aku dekat tempat motor. mula2 rasa biasa tapi cuak jugak kadang2 so azrul punnn temann la kemana2 aku pergi .. kemana2 aku pergi azrul akan teman .
dia berperangai seperti tu sampailah aku ditakdirkan berpraktikal bersama dia . yang ampunnnnnnnnnnnnnnnnn , kenapa semua ini harus berlaku dalam hidup aku tuhannnn . 10 minggu dengan dia wei di ppum ? tapi bila dorang cakap sampai ppum HOD sana akan buat jadual utk 9 orang student sime darby . maka aku rasa lega sikit . tuiiiihhh la lega , jadual aku dari 1 minggu sampai ke minggu last adalah sama dengan alan . mengapa ini semua harus terjadi dalam hidup aku ya Allah ... aku kuatkan hati yang cekal ini , mengharapkan supaya alan boleh menjadi seorang yang profesional sebagai student physiotherapy .
1 minggu pertama , aku rasa selesa , masuk minggu kedua aku dah rimas . tahu kenapa ? dia asyik2 ikut aku , tengok2 aku . dekat2 dengan aku . wei tak tahan doh . takde privasi langsung siak . masalahnya patient tengah ramai pon sibuk nak berkepit dengan aku . dari sem 2 apa yang dia buat dekat aku , semua aku buat bodoh malas nak layan . tapi kali ni panas baran aku membuak2 siak;
aku marah alan kaw2 punya , asal dia dekat dengan aku je , aku bising and halau dia pergi tempat lain, dia pandang aku pun aku marah dia , aku taknak dia pandang aku walaupun sebelah mata dia. aku jadi macam panas je .. dan sejak dari tu dia asyik gila , dia mengamok , dia berlakon , dia buat drama dia . aku tak tahan seh , baran aku membuak2 maka aku banyak maki dia , marah dia. lepastu dia ni pun ntah la , macam2 aku dah buat kat dia and dia dah sepatutnya benci dekat aku , tapi tak , dia masih lagi berikan aku hadiah , dia bagi aku kek , dia tggu aku depan pintu fisio bila aku keluar lambat . jadi , macam mana? aku yang akan serba salah sendiri .
tapi ada satu hari case besar , dia mengamok dekat department secara tiba2 , dia buang barang2 dia sambil cakap fuck shit , aishh dia mencabar jiwa kejantanan aku ni . aku pun hape lagi , ha disitu mulalah pergaduhan sampailah dia ugut nak bunuh aku . aku ingat lagi ayat dia , tapi aku translate balik je la dalam melayu , "kalau keluar lagi satu perkataan dari mulut awak, saya akan buat sesuatu dekat awak aini." ah masa tu dia ingat aku takut ? please la , bukan mudah nak tewaskan aku . ecehh . dia ingat aku perempuan aku lemah sangat ke camne . bila dia cakap camtu, hah lagi lah macam2 yang keluar dari mulut aku ni sampai dia sendiri yang lemah . baru nak minta maaf, baru nak cakap aku ni la kawan yang the best la apa la . cakap aku ni angel la apa la. wakluu . memang tidak laaa.
lepas je dia cakap camtu aku blah . aku stop. and aku dah malas nak amik tahu pasal dia lagi . tapi masalahnya tak boleh sebab alan ni suka rasuah aku dengan makanan . maka aku jadi cair. hahahaha.
dalam berpuluh2 budak class aku , aku rasa aku sorg je yang berani cakap macamtu dekat dia. yang lain semua acah2 je. semua cakap belakang , depan alan semua jadi semut . serius ni kalau umi baca mesti dia geram , tapi betul la kan ? semua semut depan alan . huh !
ni masa sem 2 kot , alan ada dibelakang aku
ni masa sem3 dan alan sentiasa dibelakang aku
dan sem 5
dimana sahaja dibelakangku akan ada alan
dan alan ...
hahahah ! okbye
No comments:
Post a Comment