haa dah lama tak cerita pasal orang tua dekat belakang aku tu . dia nampak tua kan ? suka cakap aku lagi itam dari dia , tapi aku percaya dengan diri aku sendiri bahawa qasim lebih itam dari aku maka dia yang selayaknya makan qu puteh qu puteh barulah putih . 

so, bulan 7 ni genaplah 3 tahun aku dengan qasim. couple2 yang lain kebanyakannya akan cakap "macam baru je kenal, macam baru je semalam jumpa" tapi bagi aku , bila aku sebut 3 tahun? ek eleyh punya la aku rasa macam dah lama aku kenal si qasim ni , baru 3 tahun jer rupanya . mungkin sebab banyak benda yang dilalui bersama. jatuh bangun semua dengan dia. 

taknak lah cerita macam mana aku boleh kenal dengan qasim ni , sebab tak best pon. tapi aku tak sangka aku akan sejauh ni dengan qasim. mula mula aku rasa macam nak game je si qasim ni. lepas game campaklah dia dekat mana mana . hohoho takdelah . aku tak ada niat nak mainkan perasaan qasim masa mula2 aku kenal dia, cuma aku nak .. macam mana eh nak explain .. macam nak test2.. kira macam kita nak beli sesuatu produk tu , tapi kita nak cuba je, so kita beli yang trial . ha macamtu la lebih kuranglah kot. so macam qasim ni aku rasa macamtu la , aku cuba dulu , kalau aku boleh teruskan maka aku akan teruskan . 

susah juga nak sayangkan dia, sangat mengambil masa yang agak lama. kesian qasim. dia selalu tanya "bila awak nak sayangkan saya?" aku hanya mampu suruh dia bersabar je.. dan akhirnya aku sayangkan dia. aku tak ingat bila rasa sayang tu ada, dia datang dengan sendirinya tanpa dipaksa2. so dia terjadi dengan natural. hohohohoh 

terlalu banyak kenangan aku dengan dia, dan rasanya biarlah aku simpan didalam ingatan aku sendiri. sebab kalau nak cerita pon boleh putus tangan aku ni haa. 

apa yang buat aku suka dekat qasim ? pun aku taknak cerita kat sini . biar la aku sorang je yang rasa semua tu . taknak lah cerita . kot2 ada gadis2 diluar sana tercari2 ciri2nya tu pasti gadis itu mahu merampas qasim dari aku. hohohohohoh

cuma nak bagitahu yang qasim ni suka
korek hidung and buang tahi tu suka2 hati dia je
makan pedas je kentutnya yang tuhan, busuk sekali
suka mintak nasi lebih tapi tak habis pun nasi tu. kat situ dah boleh nampak dia bersikap tamak haloba.
tak reti nak bawak diri bila berdepan dengan orang luar lagi2 orang tua
mood jadi macam tahi bila kurang tidur
berjaga waktu malam dan tidur waktu siang
slow lembab bakhang
pendek
dia bermisai dan misai terbelah dua.
suka rembat tshirt orang lain termasuk aku 
taktahu jalan mana2 yang best 
selalu sesat dijalan 

ah banyak sangat ni . kalau diteruskan rasanya tak tidur malam ni . takpelah yang selebihnya biar lah aku simpan sendiri, saja bagitahu sebahagian biar gadis2 diluar sana tidak berminat dengan qasim. biar qasim tak laku . hohohoho 

aku ni takla sweet sangat , qasim pon cakap aku perempuan yang tak sweet. hahaha . ntahlah , bagi aku sweet2 tu simpan dulu boleh ? kalau semua nak buat masa couple, nanti dah kahwin takde benda baru nak  buat . betul tak ? mungkin qasim akan nampak sweet aku manja aku yang betul betul punya bila kahwin nanti . inshaAllah .. 


No comments:

Post a Comment