assalamualaikum ..
jpj minggu lepas aku dah lulus jalan raya tetapi gagal di jalan dalam iaitu 3 penjuru. dan semalam aku pun pergilah buat jpj jalan dalam punya. aku kena buat bukit dan parking juga even minggu lepas dah lulus, tapi aku tak seram sangat pun lah pasal bukit dengan parking sebab senang je benda tu , yang susah bagi aku tiga penjuru :( masa nak tunggu giliran tu aku memang cuak sesangat. aku hanya mampu baca ayat kursi, 3 qul, alfatihah dan selawat ke atas nabi. lepas tu kurang sikit gementar tu. then text mak aku bagitahu yg aku dah nak buat dah and suruh dia doakan. lepas tu aku perasan ada pembantu jpj datang bawa kereta aku pun bangun setelah tahu itu adalah giliran aku. then pmbntu jpj tu pun pandang aku dan berkata "eh awak? awak lah yang lesung pipit tu kan? gagal eh haritu?" aku diam je lah sebab suara dia macam tak boleh nak kuat lagi ke ? orang ramai tau. malu aku. alhamdulillah masa nak buat bukit aku tak gelabah macam minggu lepas. aku cool. kaki pun elok je. aku berjaya juga buat bukit dengan cepat mudah dan bergaya . cehhhh . then pergi buat parking dengan perasaan lega setelah debaran di bukit sudah dilepaskan. sampai je parking aku rasa macam jpj tu bukan tengok aku sangat pun. tak macam minggu lepas. so aku rasa kalau aku buat tak betul pun bukan dia perasan. tapi aku buat je lah betul betul dan angkat tangan setelah berjaya masuk. tapi masa nak buat parking tu aku perasan tayar belakang macam pancit. nampak macam dah pecah. aku rasa macam kalau aku tak tukar kereta aku akan gagal di tinggal penjuru sebab lepas ni nak buat drift. hihihihi ~ masa pembantu jpj tu tengok tengok aku sebab nak suruh aku senyum aku pun ambil kesempatan memanggil dia... aku cakap "bang. tayar belakang pancit, nak tukar kereta baruuu :( " dia pun dengan semangatnya pergi dapatkan kereta baru untuk aku. sangat baiklah cara dia tu. pastu dia siap parkingkan kereta tu menuju ke tiga penjuru. tak payah susah susah aku nak pusing bagai , then aku menuju ke kereta dengan perasaan gelisah. pmbantu jpj tu cakap "dah awak jangan takut , awak mesti lulus punya sebab awak ada kelebihan" aku pelik. then aku tanya "kelebihan apa?" dia jawab "kelebihan dua pasang lesung pipit" aku malas nak layan aku diam je sebab tak ada kena mengena langsung. lesung pipit aku tak membantu aku pun nak pergi buat drift di tiga penjuru. tapi masih memberikan dia senyuman sebab dia nak sangat tengok. sementara tunggu giliran aku nak masuk aku lap lap muka aku sebab macam berpeluh dan aku tak tahu pula jpj belakang suruh aku jalan so aku buat bodoh je lah. sampailah jpj depan yang bertindak suruh aku ke depan. jpj belakang bising dengan berkata "mekap je!" jpj sebelah pula kecoh "siapa yang mekap dalam kereta?!!" aku rasa difitnah lalu aku bersuara "saya buang peluh!bukan mekap!" bukan nak minta maaf dekat aku sebab menuduh malah mentertawakan aku :'( lepas tuuuuu..... aku dengan lafaz bismillah bergerak perlahan lahan ke kiri dan zuuuuupppp masuk. dah masuk tu aku rasa macam takut gila sebab macam tak lepas sebab aku rasa macam aku tak masuk habis. aku tengok jpj sebelah sibuk nak suruh org sign itu ini. aku jadi terdiam then ada abg jpj depan bagi isyarat aku pusingkan stering ke kanan secepat mungkin. sebab takut 3 minit tu habis. aku pun cepat cepat lah apalah lagi. pastu keluar kereta dengan perasaan senang hati. menuju ke pondok jpj untuk mengambil result dengan perasaan yang berbunga bunga. lepastu sampai jeeee pondok jpj semua dok pakat berkumpul dekat pondok dan berkata "dia ni lah eh yg mekap dalam kereta?"menyirap . serius . aku cakaplah "mana ada,dahlah diam!" lepastu aku pun sign n tulis nama pastu jpj tu cakap lagi "tengok tulisan dia tu , dah lulus tulisan buruk" aku geram aku cakaplah dengan penuh berlagak "orang lulus memang macam ni , malas nak buat apa apa, dahlah bye abg jpj semua, kita takkan berjumpa lagi" lepas tu sempat lagi nak tanya aku, aku masih belajar atau bekerja. hahahahha alhamdulillah aku lulus dan kawan yang sama sama dengan aku pun lulus cuma ada sorang akak tu tak. dia gagal dekat jalan raya dengan hanya 4 markah. kesalahan dia sama je dengan aku. tapi rezeki aku , abg jpj minggu lepas kesian dekat aku dia bagi lulus :') alhamdulillah .. punyalah dah rasa lega sebab dah tak payah lagi nak pergi seksyen 25 ! tetiba bapak aku suruh juga ambil lesen motor ! huwaaaaa tension nyaaa aku :'( aku taknak tapi bapak aku buat muka serius suruh ambil then aku jadi takut pula nak membantah. then pagi tadi dia tanya aku pasal aku dah daftar belum untuk motor, aku buat bodoh je . lepas tu dia cakap "anak org lain nangis nangis minta duit dekat ayah dia nak buat lesen, ada yang nak buat tapi tak ada duit, adik ni , ada semuanya tapi taknak buat" terus rasa macam "alamak bapak aku dah bermadah ni" aku terus cakap "jap jap nak msg abg man lah ni" brrr lepas ni buat motor pulaaaaaaaaaaaaaaaa !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment