malam tadi aku tidur aku mimpi arwah atok :') dah lama rasanya tak mimpi atok . selalunya aku bila mimpi atok mesti dia dalam keadaan yang sangat tersiksa dan macam perlukan bantuan. aku tak tahu apa maksud mimpi tu . adakah atok dalam keadaan yang tersiksa? kali ni aku mimpi canni. masa tu dekat rumah atok , aku tengok semua orang makan termaksud keluarga aku. aku tanya "eh diorang ni tak puasa ke?" lepastu tetiba atok muncul dekat belakang. dia tak cakap apa apa pun, dia senyum je. lepastu tetiba dia peluk. kehangatan pelukan memang terasa hangat dia. ceh ayat.tapi serius laah. memang itu yang aku rasa. aku masih ingat lagi senyuman dia.
sejak aku lahir atok dah sakit.mula mula sakit dia macam tak kuat sangat nak berjalan jauh. tapi still boleh berjalan lah. tapi makin lama dia dah tak boleh jalan sampailah dia terbaring dan tak mampu nak buat apa apa. agak lama dia macam tu. dan semakin lama dia semakin tidak dipedulikan. dia sorang sorang dalam bilik. hanya diberi perhatian semasa nak beri dia makan. itupan macam main bagi je. letak dekat meja dan hanya pandai pandai dia. dia berak atau kencing hanya akan dicebok bila ada orang yang sudi nak cebok. dia taknak anak perempuan atau cucu perempuan yang cebok atau mandikan dia, dia tetap nak lelaki. mungkin dia malu. dan memang tak dinafikan sepanjang dia sakit layanan yang ahli keluarga dia berikan tak berapa baik. dan... atok perempuan aku iaitu isteri dia tak pernah layan dia sepanjang dia sakit. aku tak tahu sejarah apakah yang berlaku pada masa dulu yang menyebabkan atok perempuan aku melayan atok seburuk tu. aku ingat lagi tengah tengah malam masa semua orang dah tidur atok panggil isteri dia .. tapi atok perempuan aku sikit pun tidak menyahut apetah lagi nak datang. sedih. tak ramai cucu cucu dia yang ingin masuk ke dalam bilik dia sebab bilik dia busuk dan mungkin ada sedikit najis yang belum sempurna dibersihkan. tapi aku tak pernah menolak untuk salam dia setiap kali aku datang atau pulang. ramai yang akan mengejek dan membebel setiap kali bau tahi dia semakin berbau. memang sedih bila mengenangkan semua ini :'(
masa dia meninggal memang ramai yang meratapi kematian arwah atok. aku takdelah rasa terkejut sangat malah mengucap syukur bukan kerana aku kejam taknak dia ada dekat dunia ni. aku cuma taknak dia semakin tersiksa bila hidup dekat dunia ni. dia tak mampu buat apa apa. hanya terbaring dan dilayan seperti orang asing. kadang kadang je orang lain sedar akan kewujudan dia. tapi saat saat dia mcm dah nak sakit betul tu , alhamdulillah ramai yang beri perhatian, belikan dia macam macam makanan yang sedap sedap. dia selera makan. sebab anak anak dia ramai yang datang suapkan dia makanan yang enak enak. tapi masa dia camtu atok perempuan langsung taknak minta maaf minta ampun . tapi disaat atok betul betul dah nak pergi, mata dah keatas , barulah atok perempuan teresak esak nangis meminta maaf. masa tu aku rasa macam dah tak ada guna lagi dah, atok dah tak dengar apa apa. atok dah tak nampak apa apa. adakah dosa atok perempuan akan diampun ?
seingat aku arwah meninggal hari selasa. malam jumaat iaitu hari khamis adik mak aku iaitu cik nilam dirasuk. tetiba pengsan dekat depan tandas, lepas tu menjerit dan jari telunjuknya menunjuk ke suatu tempat sambil berkata "abah , abah" iaitu arwah.. aku terkejut dan segala bulu roma memang naik belaka lah.seram T.T lepastu dengan sekelip mata cik nilam jadi seperti arwah. dia gelarkan diri dia arwah. dan memarahi atok perempuan. aku ingat lagi dia cakap canni " dulu masa aku sakit kau taknak jaga aku , kau rasakan ni" lebih kurang macamtulah. lepas tuu pakcik aku suruh yati iaitu anak cik nilam mandikan dia , tapi dia marah "kenapa kau yang mandikan aku , aku nak ucu , ucuuu !!" selama ni pakcik aku yang bernama ucu yang selalu mandikan dia. diberi coli , makcik aku tolak. dia taknak pakai. dia nak pergi bilik dia, cara dia jalan sama dengan arwah. masa tu aku keliru , apakah itu syaitan atau benar benar arwah atok? cik nilam ditenangkan oleh suami dia. suami dia berkata "abah sayang tak cucu cucu abah" sambil memandang cucu cucu dia termasuk aku, cik nilam mengangguk. lepastu atok perempuan terbaring ketakutan dekat depan. cik nilam dibaringkan disebelah atok. tetiba atok perempuan bangun dan berkata "ada orang datang" aku tengok pintu tak ada siapa siapa. atok perempuan menjerit dan cakap banyak kali yg ada org datang. pakcik pakcik semua menahan dia tapi atok perempuan tiba tiba bersikap ganas. lepas tu atok perempuan pengsan. cik nilam pun dah sedarkan diri. keadaan menjadi semakin membaik. persoalannya sekarang , apakah arwah memang benar marah ? atau hanya mainan syaitan ?
No comments:
Post a Comment