assalamualaikum...

sejak dua menjak ni aku asyik bercerita pasal lesen je.. sebab sebenarnya cabaran dan liku liku nak tempuh setiap step yang perlu dibuat semua best best belaka. memberi kesan pada hati ku :-* bila dah selesai semua rasa sedih pula tiba tiba :') rindu tempat lesen. rindu tenaga pengajar. rindu semua orang yang ada dekat sana. sebab diorang baik baik belaka :') setiap kali aku bangun pagi pun kadang kadang aku rasa sedih sebab tak ada aktiviti dan akan boring di rumah. sekurang kurangnya dulu bila aku bangun pagi aku rasa dunia tak kosong sebab lepas ni nak pergi menuntut ilmu. cehh

hari ni nak cerita pasal langkah dari awal aku nak mengambil lesen hingga berjaya !

mula mula dengar ceramah. memang mengantok gila bapak. sampai aku rasa memang nak lentok habis dah. itu masa penceramah pertama. bila habis rehat , and sambung dengan ceramah lain pula. gaya lembut tapi suara garau dan sangat besar. tetiba masuk suruh kitorg berdiri dan nyanyi lagu negaraku dengan penuh perasaaan. kitorg ikutkan je. dan dia sangat best. terus dah tak mengantok sebab dia pandai buat lawak dan banyak tunjuk video.

lepas dengar ceramah, pergi ambil ujian komputer. kali pertama aku pergi bersama sama dengan miera. then cubaan pertama aku gagal dengan markah 41 padahal aku rasa aku dah rasa macam lulus dah. kali kedua buat lagi. kali kedua buat dengan sorang adik ni yang sama sekolah dengan aku, then gagal juga dengan markah 41 dan masa tu pun aku rasa macam aku akan lulus sebab aku yakin dengan jawapan aku. memang masa tu rasa give up gila. rasa macam aku ni bodoh sangat je. turun bawah pergi restoran dengan perasaan sebak dan terkeluar air mata sikit bila ayah bagi msg yang menyayat hati :') then ada abang tu tegur aku "awak tunggu saya ke?" aku geleng. then dia tanya lagi " lulus tak?" aku geleng juga. lepas tu dia asyik pandang je aku sambil senyum senyum dan adalah bagi kata kata semangat. then masa dia nak balik tu dia tolong bayarkan untuk aku sekali. abang tu sangat baik :) kali ketiga buat, aku tak menaruh apa apa harapan lagi sebab aku taknak kecewa lagi dan aku pergi sorang sorang. masa jawab tu memang bapak gila susah, masa tu aku rasa macam lagi susah dari yang sebelum ni. masa tu memang dah redha yang aku gagal sebab banyak jee yang aku main bantai. lepas tu, lepas jawab soalan yang last sekali aku baca al fatihah . act sebelum masuk pun aku dah banyak gila berdoa. then tiba tiba lulus pula dengan markah 43. alhamdulillah... dengan hati yang gembira aku keluar dari tempat yang serabut tuu dengan perasaan yang berkobar kobar nak balik.

then, dengar ceramah lagi. tak mengantok sangat tapi lebih membosankan sebab tak ada sebarang video. ceramah dia pun agak membosankan.

lepas tu belajar bawa kereta. mula mula memang kalut lama lama ok dah. kadang kadang abg man ajar, kadang kadang abg shah ajar. abg shah lagi best ! dia sangat memahami, lemah lembut, and banyaklah kelebihannya. abg man boring O.o walaupun dia ada juga bercakap tapi tak sebest abg shah :)

lepas tu, pergi qti untuk menentukan kita layak ke jpj atau tak then pergi jpj

selesai :) nampak mudah tapi mengambil masa untuk aku. asyik tak ada masa je -.- orang busy katakan.

No comments:

Post a Comment