tiba tiba harini teringat dekat arwah atok belah mak..

MOHD ARIFF.

atok meninggal 26/05/2010 .. masa atok meninggal aku masih duduk di subang. aku form 2.. aku ingat lagi detik detik sebelum cik ucu call mak cakap atok dah tak ada.. berapa minggu sebelum atok meninggal, kitorg balik kampung melawat atok.. atok selera sangat makan.. macam macam mak ayah belikan untuk dia .. laju je dia makan.. nak balik tu ayah cakap "umur atok panjang lagi, sempat lagi nak beraya tahun ni" itu hanya harapan palsu.. berapa minggu lepas tu atok meninggal... sehari sebelum atok pergi mak dah kemas kemas dekat rumah apa yg patut sebab mak cakap mak rasa tak sedap hati.. dan mak asyik fikirkan atok.. mak berdoa semoga Allah hentikan segala siksaan yg atok rasa.. esoknya cik ucu asyik call mak cakap atok dah tenat. masa tu aku sekolah petang. ada exam pula tu. gelisah juga.. mak pula asyik belek belek gambar atok.. sebak tengok mak masatu.. bila cik ucu call cakap atok dah takde, mak nampak tenang menerima khabar tu.. aku rasa awal awal lagi mak dah redha.. lepas dapat khabar tu, mak suruh aku pergi buang sampah kat bawah.. rumah flat, so nak buang sampah tu agak jauh. kena naik motor pula tu. aku memang agak terbayang2 masa nak bawa motor tu.. terbayang2 wajah atok. dan aku tak mengalirkan air mata walaupun setitik masa tu.. 

ayah bawa kereta sangat laju, mengharapkan dapat tengok wajah atok buat kali terakhir. tapi hajat kami tak kesampaian . sampai je rumah, dorg cakap atok dah nak dikebumikan.. kitorg pun terus pergi kubur.. sampai kubur dorg tengah doa doa.. masatu, baru nampak mak menangis.. 

tapi.. lepas atok meninggal ada sesuatu yg diluar jangkaan telah berlaku.. aku tak tahu kenapa perkara seperti itu harus berlaku.. hari khamis malam jumaat.. tiba tiba makcik aku iaitu cik nilam telah dirasuk.. dan menjerit sambil tangan menunjukkan ke arah sesuatu "abah abah abah" abah itu bermaksud arwah atok. jadi aku terus mencari cari, mana atok.. buat apa aku nak cari? atok kan dah takde.. cik nilam terus meracau2.. aku takut.. sangat takut.. aku taknak saksikan kejadian tu lagi.. aku pergi jauh jauh dari makcik aku.. lepastu dengan sekelip mata tiba tiba cik nilam bertukar jadi atok.. cara dia cakap.. cara dia jalan.. kemahuan dia. sama macam atok .. aku ingat lagi masa cik man pimpin cik nilam yg dalam keadaan bongkok, dia tunjuk nak masuk bilik atok.. ye atok jalan bongkok.. sama macam cik nilam.. tiba tiba cik nilam marah marah atok perempuan .. dia cakap " tu laa, masa aku sakit kau tak jaga aku, kau buat bodoh je" dengan muka yang agak geram . aku mula terfikir, adakah benar ini atok? adakah atok masuk ke dalam badan cik nilam untuk sampaikan sesuatu?

ye.. tak dinafikan.. atok perempuan tak jaga atok masa dia tengah sakit.. aku ingat lagi masa arwah panggil panggil atok perempuan tengah2 malam.. atok perempuan buat tak tahu je.. aku tak tahu mana hilangnya tanggungjawab yang harus dipikul oleh sebagai seorang isteri.. 

lepastu, dorg suruh mandikan cik nilam.. yang mandikan cik nilam anak dia yati.. yati cerita masa nak mandikan mak dia, mak dia tanya "kau siapa? ! aku nak ucu ! " masatu dia jerit2 panggil cik ucu.. cik ucu anak bongsu dia yang selalu mandikan dia.  masa nak pakaikan baju, yati bagi coli. pastu cik nilam marah and tanya "apa benda ni?!" dah sudah tu , cik nilam pengsan.. and dorg baringkan cik nilam dekat sebelah atok perempuan yang juga sedang baring.. masa tu aku dah perasan sesuatu akan berlaku dekat atok sebab atok nampak lain.. muka dia berubah..mata dia menakutkan.. tiba tiba atok bersuara, dia cakap sambil tangan menunjukkan ke arah pintu "buka pintu ada orang nak masuk" semua tengok ke arah pintu takde sesiapa.. and tiada siapa berani nak pergi ke arah pintu.. atok mengamok sebab dia cakap ada org nak masuk.. masa dia mengamok semua anak anak lelaki dia pegang dia termasuk ayah aku.. suasana menjadi tegang.. aku semakin takut.. aku hanya diam.. aku sangat takut sampai tak tahu nak kata apa apa..

bacaan ayat ayat suci dibaca.. suasana tenang kembali.. kami sekeluarga tidur beramai ramai di ruang depan.. tiada sorang pun yang berani tidur dalam bilik.. semua tidur dekat dekat.. dan ada yang tak tidur sebab nak jaga.. takut jadi apa apa lagi... 

alhamdulillah kejadian seperti ini tak berlaku lagi.. tapi cik nilam sering dirasuk.. aku pun tak tahu kenapa.. atok sekali sekala je.. bila atok ada masalah selalu dia akan tiba tiba dirasuk.. 

haa tegak bulu roma aku cerita kisah ni.. aku tak suka benda macam ni berlaku depan mata aku.. sejak dari kejadian tu , aku sangat sangat penakut. nak pergi mana mana semua nak berteman.

semoga arwah atok tenang di sana, aamiin.. 





actually harini aku rasa aku macam diam sangat . macam sendiri. sunyi. entah. padahal ada je orang orang kat dalam rumah ni. nak kata aku perlukan suasana ceria, bila aku turun dengar something yg merimaskan aku terus naik atas.. kenapa dengan aku ni.. sebenarnya.. apa yang aku nak ? aku sendiri pun tak faham sebenarnya apa dah jadi dengan aku ni. adakah aku sekarang sudah menjadi anti sosial ? yang malas nak bergaul dengan sesiapa dan hanya meluangkan masa dengan nset? begitu ke? oh tidak.. aku sendiri tak tahu apa yg aku buat bila aku pegang nset aku.. kadang2 aku tak buat apa apa pun.. aku sendiri tak tahu nak buat apa... 

oh tiba tiba aku teringat pasal budak budak kelas aku. kebanyakan orang yang belum kenal aku mesti akan judge aku seorang yang sangat sangat sombong. dorang cakap, aku tak banyak bergaul, selalu dengar earphone, selalu sendiri.. dan ada yang tak suka aku hanya kerana aku kelihatan begitu sombong dan aku sangat sangat marah bila ada orang pandang pandang aku bila aku tengah takde mood. aku akan sound direct yang aku tak suka bila orang tengok muka aku yang tengah takde mood. 

sebenarnya, aku ni jenis orang yang takkan tegur sesiapa pun sebelum orang tu tegur aku. dan aku bukan jenis orang yg baru kenal terus nak jadi macam diri sendiri. mula mula mesti la aku akan malu malu kucing dulu. tapi depends juga la, tengok orang dan tengok keadaan. kalau aku sangat selesa bergaul, aku akan jadi seperti diri sendiri, kalau belum biasa aku akan banyak diam dan kadang2 malas nak layan. earphone ? okay , sebenarnya bila aku dah start pakai itu bermakna aku sangat sangat perlu bersendiri and taknak sesiapa pun cakap dengan aku. tapi dorg tak faham.. bila aku pakai ada je someone datang and bebel ntah pape. sebab aku bukan jenis yang akan ceria 24 jam. adakala aku nak berceria and adakala aku perlukan masa untuk menjadi serius and sendiri. sama juga bila aku perlukan masa sorg sorg. kadang2 aku lari dari semua orang bukan aku tak suka dorg, sebab kdg2 aku rimas..aku memang suka seronok seronok gelak ketawa, banyak cakap, cerita , tapi tak setiap masa aku akan jadi macam tu . dan bila aku jadi macam tu orang akan pandang kerek dekat aku dan menggelarkan aku adalah orang yg sombong. serius, ini tak adil :(


dah lamanya tak buka blog XD hehee ok lagi 2 minggu je lagi aku dah nak final. aku tak sentuh lagi mana mana benda yang boleh bagi aku ilmu buat masa sekarang . aku pun tak tahu bila aku nak start. aku patut sedar yg kali ni aku tak boleh study last minute, sebab 3 hari sebelum exam aku pergi bantai bercuti dengan family :'( haaa canne tu ? tak ikut rugi, kalau ikut aku yg akan tersiksa dikemudian hari :( ahh cukuplah memikirkannya, aku telah pun mengambil keputusan untuk enjoy dulu sebelum nak exam.

actually aku baru je baik dari sakit perut yg melampau. haritu masa public holiday, aku pergi setia city mall makan steambot.. balik je dari makan, mandi and tidur.. lepastu dalam pukul berapa ntah aku terjaga. sebab perut rasa sangat sangat sakit.. tapi bukan sakit macam nak berak tu.. sakit yg macam naik ke jantung and nak dikeluarkan ikut mulut. sakit sangat sangat. aku pergi tandas, nak keluarkan , ya Allah, sakit gila .. sampai menangis aku dibuatnya sesorang dalam tandas.

but now dah baik !!! and syukur alhamdulillah sihat ceria seperti sedia kala , yayy !! yayy !! rasa macam nak makan puas puas setelah beberapa hari tak makan , hekhekhek >,<

sebenarnya... aku rindu gila dengan myoldmen... oh tadi aku lalu depan rumah dia, sebab nak pergi hantar cousin aku dekat padang jawa. gila sesak jalan depan jakel. nak pergi sesak balik pun sesat. dan aku paling benci kesesakan seperti itu >,<
haaa atok dah balik , rasaaa rindu yg menebal gilaaa :'( rindu juga dekat maklong . tiada dorg susahlah aku nak selalu makan ikan masin :( mak jarang buat ikan masin padahal aku suka gilaa kalau makan hanya nasi and ikan masin. bagi aku itu adalah makanan yg paling sedap didunia!makan nasi panas2 and ikan masin goreng panas panas. peh pehh dap nyeee >,<

teringat pula kisah antara aku dengan atok pagi tadi ,

atok : cua, ada cuttonbad? (yg tempat korek telinga tu,camne ntah eja)
aku : ha ? apa dia tok ?
atok : cuttonbad

aku masih terpingga sambil berkata dalam hati "amenda atok nak ni?" lepastu aku pun datang ke arah atok

aku : atok nak apa tok ?
atok : cuttonbad
aku : ohh cerita taubat ?pintu taubat ?

atok terus gelak tanpa henti . lama gilaaa gak lah atok gelak. aku pula masih terfikir fikir sebenarnya amenda yg atok nak ? lepas tu atok dah habis ketawa dia cakap balik cuttonbad dia tu and masa tu barulah aku dapat tangkap... aku pun tak tahu kenapa aku boleh jadi tak faham apa atok cakap . aish buat malu je -.-
haaaaaaaaaaa geramnya geramnya !!! hari sabtu dah geram geram camgini, bencinyaa !

harini jumpa pengarang jantung, jumpa dalam pukul 3 30.. sebelum nak pergi tu ,

mak : eh adik keluar, petang ni kitorg nak keluar
aku : laa yeker, pergi mana ?
mak : pergi PAS
ayah : takpelah, adik keluar je la, kitorg tunggu adik.
mak : balik dalam pukul berapa?
aku : balik petang aaa, dalam 5 lebih camtu
mak : ha ok ok

so lepas balik dari jumpa pengarang jantung, kelihatan pintu pagar terbuka lua dan enjit kereta persona kelihatan hidup. jadi aku terus melihat ada manusia ke tak dalam kereta tu. yes, ada. ada ayah and ayip.. then tetiba akak keluar sambil buat muka tak puas hati. aku jadi mangsa keadaan yang terpinga2.. ayah pun pandang aku macam tak puas hati..

aku : eh dah nak pergi ke?
akak : ye aaaa
aku : asal tak bagitahu aku?
akak : dah call dah , tak angkat *muka tak puas hati
aku : sejak bila call ?

aku pun cek phone aku .. bayangkan eh, dorg call aku 5:12 , aku sampai rumah pukul 5:15.. so sepanjang dorg call aku tu, aku tengah bawa motor.. so kalau dorg boleh la nak fikir bijak , sebelum pukul 5 tu dorg dah boleh bagitahu aku dorg nak gerak. ni call aku pukul 5:12 , call dua kali aku tak answer dah bengang and terus nak pergi. bayangkan kalau aku tak sampai rumah tadi ? tak kehujanan pula aku nak tunggu dorg luar pagar ?

masa tu aku rasa macam nak tegakkan keadilan, tapi aku fikir org tua dan aku yg patut mengalah. so tetiba aku nampak mak tengah nak kunci pagar

aku : mak, kenapa kunci pagar? adik nak masuk. adik taknak pergi
mak : kenapa taknak?
aku : takkan nak pergi PAS pakai baju camgini, aduuuh

mak pun buka pintu .. aku terus masuk and tutup pintu. kunci.. tetiba mak ayah panggil suruh siap siap and dorg tunggu . masa tu emosi pun dah lari jauh , takde maknanya aku nak kumpul mood aku balik untuk tukar baju and ikut dorg. jadi aku mengambil keputusan untuk bersendirian dirumah kerana itu lebih menenang memandangkan aku lebih suka tempat yg lebih mendamaikan.

masuk bilik terus baring and menangis. menangis sebab apa? sebab rasa ditinggalkan and tiba tiba rasa diri ini tiada siapa yg sayang. so daripada aku menahan sebak ini, aku terus on komputer and dengar lagu bruno mars sambil main game masak masak.. tengah main ayah call

masatu fikir dulu .. nak angkat ke taknak... biar padan muka aku malas nak angkat ... tapi fikir yg call tu ayah , org tua aku .. jadi aku pun buang ego aku, lalu angkat..

ayah : hello
aku : *diam
ayah : hello ?
aku : yee
ayah : haa jap jap cakap dengan akak
akak : adik kau nak donut perisa apa?
aku : alaaa perisa apa apa je la

terus matikan ...maaflah , emosi tak stabil...

then dorg dah balik , ayip masuk

ayip : akak makan donut

aku hanya pandang lalu menjeling dengan penuh kepuasan

aku pun tak faham kenapa aku macam ni atau aku memang patut macam ni ?
final dah nak dekat dahhh . gilaa apak iyeeee >,< akot nyee ! akot nyee ! saat saat macamni lah aku mengharapkan sesuatu terjadi pada aku seperti kena culik.. hakhakhak XD tapi betul aa , takde siapa siapa ke nak culik aku and pulangkan aku balik lepas habis final.. macam culik aku bulan 6, pulangkan aku bulan 7. haaaa gituu. so siapa siapa yg nak culik aku tu cepat cepat, sebelum anda terlamba!

tapi awie selalu tanya "ada ke orang nak culik awak?" jadi... persoalannya .. ada ke orang nak culik aku? for what diorang nak culik and pulangkan balik ? takde kerja ? ataupun aku upah sesiapa untuk culik aku ? haa sudah sudah laa merepek sudah sudah laa cari jalan untuk lari dari masalah .. sampai bila aku nak simpan perasaan takut ni? sampai aku gagal? haa taknak ! aku taknak merancang kegagalan! aku nak merancang kejayaan. ya Allah.. permudahkan segalanya..

banyaknya masalah aku sekarang .. tak tahu nak settle macam mana.. nak luah macam mana.. kadang kadang rasa macam nak... bukan rasa macam nak.. memang nak.. nak sangat pergi suatu tempat yg tenang.. yang penuh dengan kebahagiaan.. kebahagiaan yang kekal selama-lamanya.. tiada perasaan takut.. tiada perasan gelisah.. tiada perasaan marah.. aku rindukan diri aku yang dulu .. yang sentiasa kuat menerima dugaan .. kenapa sekarang aku begitu lemah.. dulu bila ada problem mesti nak cerita dekat mak ayah .. dekat akak.. dekat kawan kawan.. tapi sekarang .. semuanya tersimpan rapi.. jika boleh dinilai dengan sebuah kotak.. kotak tu kelihatan cantik tanpa ada sedikit kotoran mahupun habuk. perasaan aku kuat berkata bahawa takkan ada sesiapa yang memahami apa yg aku rasa.. jadi daripada aku cerita tanpa ada yg memahami lebih baik aku diam dan cuba untuk memahami diri aku sendiri..

haaa !! minggu ni aku sangat hilang selera makan. setelah berminggu aku rasa yg nafsu makan aku begitu kuat sehingga aku terpaksa melawan tangan and kaki aku utk pergi kepada makanan. mungkin minggu datang bulan , selera makan hilang . and mungkin juga sebab memikirkan masalah masalah and masalah.

mungkin suatu hari nanti bila aku dah tak tahan dengan semua ni , aku akan pergi sendiri tempat yg dah lama aku nak pergi . jeng ... jeng... jeng ...