haaaaaaaaaaa geramnya geramnya !!! hari sabtu dah geram geram camgini, bencinyaa !
harini jumpa pengarang jantung, jumpa dalam pukul 3 30.. sebelum nak pergi tu ,
mak : eh adik keluar, petang ni kitorg nak keluar
aku : laa yeker, pergi mana ?
mak : pergi PAS
ayah : takpelah, adik keluar je la, kitorg tunggu adik.
mak : balik dalam pukul berapa?
aku : balik petang aaa, dalam 5 lebih camtu
mak : ha ok ok
so lepas balik dari jumpa pengarang jantung, kelihatan pintu pagar terbuka lua dan enjit kereta persona kelihatan hidup. jadi aku terus melihat ada manusia ke tak dalam kereta tu. yes, ada. ada ayah and ayip.. then tetiba akak keluar sambil buat muka tak puas hati. aku jadi mangsa keadaan yang terpinga2.. ayah pun pandang aku macam tak puas hati..
aku : eh dah nak pergi ke?
akak : ye aaaa
aku : asal tak bagitahu aku?
akak : dah call dah , tak angkat *muka tak puas hati
aku : sejak bila call ?
aku pun cek phone aku .. bayangkan eh, dorg call aku 5:12 , aku sampai rumah pukul 5:15.. so sepanjang dorg call aku tu, aku tengah bawa motor.. so kalau dorg boleh la nak fikir bijak , sebelum pukul 5 tu dorg dah boleh bagitahu aku dorg nak gerak. ni call aku pukul 5:12 , call dua kali aku tak answer dah bengang and terus nak pergi. bayangkan kalau aku tak sampai rumah tadi ? tak kehujanan pula aku nak tunggu dorg luar pagar ?
masa tu aku rasa macam nak tegakkan keadilan, tapi aku fikir org tua dan aku yg patut mengalah. so tetiba aku nampak mak tengah nak kunci pagar
aku : mak, kenapa kunci pagar? adik nak masuk. adik taknak pergi
mak : kenapa taknak?
aku : takkan nak pergi PAS pakai baju camgini, aduuuh
mak pun buka pintu .. aku terus masuk and tutup pintu. kunci.. tetiba mak ayah panggil suruh siap siap and dorg tunggu . masa tu emosi pun dah lari jauh , takde maknanya aku nak kumpul mood aku balik untuk tukar baju and ikut dorg. jadi aku mengambil keputusan untuk bersendirian dirumah kerana itu lebih menenang memandangkan aku lebih suka tempat yg lebih mendamaikan.
masuk bilik terus baring and menangis. menangis sebab apa? sebab rasa ditinggalkan and tiba tiba rasa diri ini tiada siapa yg sayang. so daripada aku menahan sebak ini, aku terus on komputer and dengar lagu bruno mars sambil main game masak masak.. tengah main ayah call
masatu fikir dulu .. nak angkat ke taknak... biar padan muka aku malas nak angkat ... tapi fikir yg call tu ayah , org tua aku .. jadi aku pun buang ego aku, lalu angkat..
ayah : hello
aku : *diam
ayah : hello ?
aku : yee
ayah : haa jap jap cakap dengan akak
akak : adik kau nak donut perisa apa?
aku : alaaa perisa apa apa je la
terus matikan ...maaflah , emosi tak stabil...
then dorg dah balik , ayip masuk
ayip : akak makan donut
aku hanya pandang lalu menjeling dengan penuh kepuasan
aku pun tak faham kenapa aku macam ni atau aku memang patut macam ni ?
No comments:
Post a Comment