actually harini aku rasa aku macam diam sangat . macam sendiri. sunyi. entah. padahal ada je orang orang kat dalam rumah ni. nak kata aku perlukan suasana ceria, bila aku turun dengar something yg merimaskan aku terus naik atas.. kenapa dengan aku ni.. sebenarnya.. apa yang aku nak ? aku sendiri pun tak faham sebenarnya apa dah jadi dengan aku ni. adakah aku sekarang sudah menjadi anti sosial ? yang malas nak bergaul dengan sesiapa dan hanya meluangkan masa dengan nset? begitu ke? oh tidak.. aku sendiri tak tahu apa yg aku buat bila aku pegang nset aku.. kadang2 aku tak buat apa apa pun.. aku sendiri tak tahu nak buat apa... 

oh tiba tiba aku teringat pasal budak budak kelas aku. kebanyakan orang yang belum kenal aku mesti akan judge aku seorang yang sangat sangat sombong. dorang cakap, aku tak banyak bergaul, selalu dengar earphone, selalu sendiri.. dan ada yang tak suka aku hanya kerana aku kelihatan begitu sombong dan aku sangat sangat marah bila ada orang pandang pandang aku bila aku tengah takde mood. aku akan sound direct yang aku tak suka bila orang tengok muka aku yang tengah takde mood. 

sebenarnya, aku ni jenis orang yang takkan tegur sesiapa pun sebelum orang tu tegur aku. dan aku bukan jenis orang yg baru kenal terus nak jadi macam diri sendiri. mula mula mesti la aku akan malu malu kucing dulu. tapi depends juga la, tengok orang dan tengok keadaan. kalau aku sangat selesa bergaul, aku akan jadi seperti diri sendiri, kalau belum biasa aku akan banyak diam dan kadang2 malas nak layan. earphone ? okay , sebenarnya bila aku dah start pakai itu bermakna aku sangat sangat perlu bersendiri and taknak sesiapa pun cakap dengan aku. tapi dorg tak faham.. bila aku pakai ada je someone datang and bebel ntah pape. sebab aku bukan jenis yang akan ceria 24 jam. adakala aku nak berceria and adakala aku perlukan masa untuk menjadi serius and sendiri. sama juga bila aku perlukan masa sorg sorg. kadang2 aku lari dari semua orang bukan aku tak suka dorg, sebab kdg2 aku rimas..aku memang suka seronok seronok gelak ketawa, banyak cakap, cerita , tapi tak setiap masa aku akan jadi macam tu . dan bila aku jadi macam tu orang akan pandang kerek dekat aku dan menggelarkan aku adalah orang yg sombong. serius, ini tak adil :(


No comments:

Post a Comment