tiba tiba harini teringat dekat arwah atok belah mak..

MOHD ARIFF.

atok meninggal 26/05/2010 .. masa atok meninggal aku masih duduk di subang. aku form 2.. aku ingat lagi detik detik sebelum cik ucu call mak cakap atok dah tak ada.. berapa minggu sebelum atok meninggal, kitorg balik kampung melawat atok.. atok selera sangat makan.. macam macam mak ayah belikan untuk dia .. laju je dia makan.. nak balik tu ayah cakap "umur atok panjang lagi, sempat lagi nak beraya tahun ni" itu hanya harapan palsu.. berapa minggu lepas tu atok meninggal... sehari sebelum atok pergi mak dah kemas kemas dekat rumah apa yg patut sebab mak cakap mak rasa tak sedap hati.. dan mak asyik fikirkan atok.. mak berdoa semoga Allah hentikan segala siksaan yg atok rasa.. esoknya cik ucu asyik call mak cakap atok dah tenat. masa tu aku sekolah petang. ada exam pula tu. gelisah juga.. mak pula asyik belek belek gambar atok.. sebak tengok mak masatu.. bila cik ucu call cakap atok dah takde, mak nampak tenang menerima khabar tu.. aku rasa awal awal lagi mak dah redha.. lepas dapat khabar tu, mak suruh aku pergi buang sampah kat bawah.. rumah flat, so nak buang sampah tu agak jauh. kena naik motor pula tu. aku memang agak terbayang2 masa nak bawa motor tu.. terbayang2 wajah atok. dan aku tak mengalirkan air mata walaupun setitik masa tu.. 

ayah bawa kereta sangat laju, mengharapkan dapat tengok wajah atok buat kali terakhir. tapi hajat kami tak kesampaian . sampai je rumah, dorg cakap atok dah nak dikebumikan.. kitorg pun terus pergi kubur.. sampai kubur dorg tengah doa doa.. masatu, baru nampak mak menangis.. 

tapi.. lepas atok meninggal ada sesuatu yg diluar jangkaan telah berlaku.. aku tak tahu kenapa perkara seperti itu harus berlaku.. hari khamis malam jumaat.. tiba tiba makcik aku iaitu cik nilam telah dirasuk.. dan menjerit sambil tangan menunjukkan ke arah sesuatu "abah abah abah" abah itu bermaksud arwah atok. jadi aku terus mencari cari, mana atok.. buat apa aku nak cari? atok kan dah takde.. cik nilam terus meracau2.. aku takut.. sangat takut.. aku taknak saksikan kejadian tu lagi.. aku pergi jauh jauh dari makcik aku.. lepastu dengan sekelip mata tiba tiba cik nilam bertukar jadi atok.. cara dia cakap.. cara dia jalan.. kemahuan dia. sama macam atok .. aku ingat lagi masa cik man pimpin cik nilam yg dalam keadaan bongkok, dia tunjuk nak masuk bilik atok.. ye atok jalan bongkok.. sama macam cik nilam.. tiba tiba cik nilam marah marah atok perempuan .. dia cakap " tu laa, masa aku sakit kau tak jaga aku, kau buat bodoh je" dengan muka yang agak geram . aku mula terfikir, adakah benar ini atok? adakah atok masuk ke dalam badan cik nilam untuk sampaikan sesuatu?

ye.. tak dinafikan.. atok perempuan tak jaga atok masa dia tengah sakit.. aku ingat lagi masa arwah panggil panggil atok perempuan tengah2 malam.. atok perempuan buat tak tahu je.. aku tak tahu mana hilangnya tanggungjawab yang harus dipikul oleh sebagai seorang isteri.. 

lepastu, dorg suruh mandikan cik nilam.. yang mandikan cik nilam anak dia yati.. yati cerita masa nak mandikan mak dia, mak dia tanya "kau siapa? ! aku nak ucu ! " masatu dia jerit2 panggil cik ucu.. cik ucu anak bongsu dia yang selalu mandikan dia.  masa nak pakaikan baju, yati bagi coli. pastu cik nilam marah and tanya "apa benda ni?!" dah sudah tu , cik nilam pengsan.. and dorg baringkan cik nilam dekat sebelah atok perempuan yang juga sedang baring.. masa tu aku dah perasan sesuatu akan berlaku dekat atok sebab atok nampak lain.. muka dia berubah..mata dia menakutkan.. tiba tiba atok bersuara, dia cakap sambil tangan menunjukkan ke arah pintu "buka pintu ada orang nak masuk" semua tengok ke arah pintu takde sesiapa.. and tiada siapa berani nak pergi ke arah pintu.. atok mengamok sebab dia cakap ada org nak masuk.. masa dia mengamok semua anak anak lelaki dia pegang dia termasuk ayah aku.. suasana menjadi tegang.. aku semakin takut.. aku hanya diam.. aku sangat takut sampai tak tahu nak kata apa apa..

bacaan ayat ayat suci dibaca.. suasana tenang kembali.. kami sekeluarga tidur beramai ramai di ruang depan.. tiada sorang pun yang berani tidur dalam bilik.. semua tidur dekat dekat.. dan ada yang tak tidur sebab nak jaga.. takut jadi apa apa lagi... 

alhamdulillah kejadian seperti ini tak berlaku lagi.. tapi cik nilam sering dirasuk.. aku pun tak tahu kenapa.. atok sekali sekala je.. bila atok ada masalah selalu dia akan tiba tiba dirasuk.. 

haa tegak bulu roma aku cerita kisah ni.. aku tak suka benda macam ni berlaku depan mata aku.. sejak dari kejadian tu , aku sangat sangat penakut. nak pergi mana mana semua nak berteman.

semoga arwah atok tenang di sana, aamiin.. 

No comments:

Post a Comment