sunway lagoon !

haa dah lama tak citer citer ! ok harini nak cerita pengalaman pergi sunway lagoon haritu ! takut nanti dah lupa pasal kenangan tu . hehehe

aku dah terjaga pukul 5 30 pagi. exited punya pasal sebab dah tak sabar nak mandi azrul cakap pukul 7 dah kena gerak pergi stesen bas depan pkns. sebab takut nanti kena beratur panjang beli tiket . so aku pon semangat ah siap siap sebab taknak lambat. pukul 7 aku dah siap, aku rasa macam tak sedap hati. sebab aku dapat merasakan yg dorg masih belum bangun. jadi aku call wan and azrul banyak kali. tak angkat sampailah pukul 7 suku baru dorg angkat and dorg baru bangun. aku dah agak. azrul mesti bangun lambat punya. tapi aku tetap sabar menunggu.

pukul 7 40 aku dah suruh akak aku hantar aku pergi pkns. tunggu si azrul ni memang sampai lebam lahh... 8 30 camtu baru dia sampai pkns.. tapi nasib baik mak ayah azrul sudi nak hantar kitorg sampai dekat sunway lagoon. masatu rasa bersyukur sangat sebab tak payah nak tunggu bas and buang masa.

sampai je sunway lagoon, aku terus nak beli tiket sebenarnya tapi sayang, kaunter pun tak buka lagi. so kitorg pon pergi breakfast dulu. habis makan terus beli tiket . and tunggu sampai pukul 10 baru boleh masuk. tepat je pukul 10 ada badot mana ntah buat persembahan sebelum kitorg masuk. bolehlahh terhibur laa sikit. cuma cam kelakar bila tengok perempuan seksi mekap tebal kulit gelap terkinja kinja .. hmm

ok ! kitorg plan nak main dekat tempat2 kering dulu baru basah. so game pertama aku main roller coaster !


actually ni first time aku main roller coaster ni. of course laa azrul sebelah aku. jangan haraplah aku nak duduk sorg sorg. gila sumpah gila bapak aku rasa macam ajal akan menjemput aku masa tu. sumpah aku takut. sampai aku rasa banyak kali aku jerit panggil mak. sangat seram . dahlah laju lepastu gayat nak mati. aku pejam mata langsung taknak buka. azrul sempat tengok muka aku, dia cakap aku asyik pejam mata je. sempat lagi dia tengok muka aku, dia takde perasaan takut ke hape?

lepas azrul and wan naik ni 

sorry laa.. aku takkan naik benda ni. roller coaster tuuu dah bagi aku fobia. aku sangat takut takut dan takut ! memang seram gila aku tengok . pusing sampai 360 darjah. gila ah. aku takkan naik. tak akan !

aku asyik membebel je kat azrul tak sabar nak masuk rumah hantu . dia mesti bosan dengar aku membebel tak sabar masuk rumah hantu , so yeahhh 

sebelum rumah hantu ni start. aku dah perasan hantu2 ni dekat luar. and 80% hantu hantu ni semua aku kenal. semua budak subang. tapi malas nak tegur. so aku masuk. aku taknak ah duduk depan. aku duduk belakang azrul. wan duduk depan sekali. azrul ni macam acah acah berani "kau ikut je aku aini, jangan takut" tapi aku rasa dia punya jerit bila nampak hantu lagi kaw kaw bunyinya. sampai wan cakap "aku rasa aini dengan kau, aini lagi ok masuk rumah hantu" hahahahah sebenarnya not bad la rumah hantu dia. memang tak rugi la masuk. sebab  bukan cikai2 punya rumah hantu. paling seram rasanya tempat yg ada banyak sangat pocong. oh ada lagi satu , aku rasa belakang aku masatu ada dua tiga org gay. sumpah gay nak mampos. penakot dia aku rasa macam nak suruh dia berambos tak payah masuk rumah hantu. jerit macam bapok. please la. aku takut juga takdela sampai macamtu.

ni tempat pocong tuu sumpah seram 



lepastu kitorg main ni pula


yang ni aku naik dengan wan dalam pelampung cam tayar double tu. apetah namanya. wan duduk depan aku duduk belakang. memang lajuuuu selaju dia dia turun. memang seram juga dan bontot aku sangat sakit sampai rasa ke kepala. 

lepastu aku tunggu azrul and wan main benda ni. aku tak main sebab kesan bontot aku masih sakit. jadi aku takde mood nak main. haha bukan sebab tu je.. aku tengok perempuan yg main benda ni mesti ada yg sampai tercabut tudung and terbuka baju. jadi aku risau jadi dekat aku. maka aku jauhkan diri aku dari main benda ni. azrul tanya kenapa tak main pon aku jawab aku takut. segan pula aku nak terangkan perkara sebenar. huhuhu

lepas lepas lepastu ! ni paling gempak gila gempak !

okay , ini rasanya lagi seram dari roller coaster sumpah tak tipu. first and last aku naik dan aku taknak naik lepas ni ! aku rasa macam jantung aku dah terjatuh. dan macam akan mati bila bila masa saja. sumpah seram tak tipu. asyik jerit nama azrul je and tak mampu nak buka mata. hanya mampu pegang pemegang tu kuat kuat sebab takut jatuh . aish.. memang seram gila. lebih seram dari rumah hantu benda alah ni wei !

ok yang paling aku rasa relax, aku tak takut dan dapat buka mata dengan tenang and ketawa adalah ni 

bagi aku ini yg paling tenang sebab tak rasa macam nak nangis. yg lain semua seram sampai rasa jantung hilang. 



arghhh ! banyak lagi sebenarnya aku pergi, tapi malas nak cari kat goggle image. ini semua gambar dari google. sebab hp aku dah simpan dalam locker. takde masa nak tangkap gambar. 






sejak dua menjak ni perkara ni sering berlaku. aku tidak tahu mengapa.


  • mood aku kadang suka bertukar. kalau macam aku rasa aku nak bercakap. aku bercakap. so kawan kawan mahupun keluarga aku akan memandang aku seperti orang yang misteri. kalau aku rasa aku nak bercakap aku akan dekat dekat dengan semua kawan kawan aku. bergosip. bergelak ketawa. tapi kalau aku rasa aku taknak, aku mesti taknak dekat dengan sesiapa even orang yg paling aku rapat pon. jadi, kawan kawan akan menganggap aku seperti misteri kerana sikap tiba tiba aku atau akan menganggap aku mempunyai masalah. padahal tak ada apa apa pon yang membuat aku jadi macamtu. dia macam tiba tiba. entah. aku pun tak faham. kalau macam family pula, dalam rumah.. kalau aku rasa aku nak bercakap bergaul bergurau dengan mereka aku akan duduk bawah sepanjang hari.. tapi kalau aku taknak, aku akan duduk atas buat hal aku sendiri sampaikan ayah sendiri tidak senang dengan sikap aku yang suka duduk dalam bilik. entahlah, bila mood aku bertukar tiba tiba tempat yang aku rasa memberi ketenangan sudah semestinya dalam bilik. 
  • automatik aku akan termenung. aku pon tak tahu macam mana gerak geri aku yang akan membuatkan aku termenung. kawan kawan dah selalu sangat menegur sikap aku yang kuat termenung. lagi aqil dan ijan. sampai dorg mengelarkan aku kuat berangan . padahal aku tak berangan pon. aku cuma entah. bila lecture tegur aku pon sampai aku tak perasan and memang tak sedar langsung yang aku sedang menikmati termenung. memang tak dinafikan, 80% dari termenung aku tu aku memikirkan sesuatu. tapi kenapa mesti terfikir sampai macam tu ? padahal bila fikir balik tak besar mana pon la masalah tu. 

AYAH


tak tahula kenapa harini tiba tiba nak buat cerita pasal ayah.. teringat saat saat bersama ayah... selalu rasa ayah adalah ayah yang cukup sempurna buat aku.. 


  • dulu kalau malam malam terberak dalam seluar, ayah yang bawa pergi tandas.. ayah yang cuci taik dalam seluar.. even masatu dah besar dah pon.. dah boleh pergi tandas sendiri.. tapi sebab takut berak je dalam seluar. 
  • kalau termuntah mak mesti marah marah.. tapi tidak buat ayah.. ayah diam dan bersihkan muntah aku tanpa rasa geli...
  • kalau demam, ayah yang akan beria paksa makan ubat.. teringat dulu aku tak suka makan ubat pil sebab pahit.. ayah geram ajar aku makan ubat, sampai ayah gigit panadol tu.. padahal pahit.. tapi ayah sanggup buat semua tu demi nak tunjuk kat aku ubat tu sedap kalau tergigit.. 
  • ayah yang akan bangun bawa aku pergi dapur kalau terdengar suara aku batuk batuk masa tidur,
  • ayah yang akan potong kuku aku
  • ayah yang mandikan aku
  • ayah yang akan ikat rambut aku sebelum pergi sekolah
  • ayah jaga masa tidur sampai aku tertidur
  • ayah yang ajar matematik sampai nangis nangis. 


bila dah besar pun .. 

  • nak duit minta ayah
  • nak makan minta ayah
  • nak pergi mana mana minta ayah
  • ada masalah cerita dekat ayah
  • semua nak minta ayah
aku takut... kalau suatu hari nanti aku hidup tanpa ayah.. sebab tu aku selalu berdoa.. aku minta pada Allah .. supaya Allah tak ambil ayah dari aku.. ambilnya nyawa aku dulu sebelum nyawa nyawa orang yang aku sayang.. aku selalu mengharapkan semua tu... sebab aku tak sanggup rasa kehilangan .. 
haritu cerita pasal percutian ke sarawak. lepas habis bercuti kena berdepan final exam selama 2 minggu. exam yang paling digeruni. aku pon tak sure yang aku akan jawab dengan sebaiknya. belum jawab pon dah kira kira berapa paper yang akan fail -.- sebab pernah ke aku belajar betul betul dalam kelas ? pernah ke aku study? selagi belum tiba final exam , mimpilah aku nak study. so biasanya aku akan study sehari sebelum exam. 

ANATOMY AND PHYSIOLOGY

study lepas balik dari bercuti.. balik bercuti hari ahad, pukul 10 malam sampai rumah. pukul 4 pagi baru study.. pukul 8 masuk exam .. tapi 3 hari dekat sarawak tu ada la juga hafal sikit sikit .. masa nak masuk bilik exam tu ada keyakinan dekat bahagian essay je.. bahagian objektif berserah .. dapat je paper, terus tengok bahagian essay, alhamdulillah apa yg hafal macam orang gila tu semua nyee masuk. dengan penuh yakin dan bersemangat, terus buat sebab takut lupa. pastu terus buka bahagian objektif. sudah ku jangka.. objektif begitu mencabar dan aku telah menggunakan pistol pistol yang ada untuk menembak setiap soalan.

PATHOLOGY 

ini adalah subjek yang paling ditakuti semua budak kelas aku termasuk aku sendiri. sebab kami mempunyai lecture yang sama sekali tidak reti mengajar. bukan nak salahkan lecture 100% , cuma memang benar. cara mengajar dia salah sama sekali. topic dia banyak gilaaaa. plak tu dia ajar pon macam nak tak nak je.. lepastu tak buat rivision pula tu ... so malam tu aku whatsapp dia sebab begitu stress. takkanlah aku nak hafal nak cover semua topic. gila ??!


aku just minta bahagian essay, sebab essay la kena fokus betul betul. kalau objektif tu main tembak je. lepastuuu buka je paper bahagian essay , ciss !! apa yg dia cakap tu takde satu pon yang masuk dekat bahagian essay . aku dengan el pon dah gelisah gila dekat bilik exam.. aku pon tak tahu nak isi apa.. termenung menung je... tapi tak tahu tak tahu aku tu, aku main bantai je la jawab. at least lecture tak bosan bila buka buku jawapan aku. masa tu memang dah target setarget nye yang aku akan fail patho -.- dah redha awal awal... 

KINESIOLOGY 

malam tu aku just study analisis yang el ajarkan .. lepastu hafal laa sikit sikit note yang lecture bagi... ada keyakinan jugalah masa nak jawab exam kinesiology. tak banyak study sangat.

MOVEMENT THERAPY OSPE

haa ni yang paling paling aku cuak. cuak tahap jantung tak mampu nak berdegup.. sebelum final nak dekat pon aku terfikir2 sama ada aku dapat ke masuk 11 cubecle tu. 1 cubecle tu dah bermacam macam soalan yang diberikan.. ospe yang paling aku kurang keyakinan diri. sebab aku ni memang dilahirkan orang yang kuat mengelabah tak tentu pasal aku rasa.. masa nak tunggu giliran tu.. aku mengharapkan nama aku yg terakhir atau second last sebab aku belum hafal purpose.. tapi harapan aku hancur apabila nama aku dipanggil dan disuruh siap sedia untuk masuk 11 bilik. tak macam nak nangis pula aku ? aku terus merayu dekat senior tu yang aku nak last sekali..dia tak bagi.. aku kecewa.. kemudian aku datang lagi merayu dengan berbekalkan muka kesian tahap sedih mengalirkan air mata. barulah aku dikasihani.. bila giliran aku dah tiba je.. aku berzikir banyak banyak... dan alhamdulillah 11 bilik berjaya aku menjawab soalan dengan tenang. tapi bahagian suspension tetap aku gelabah sebab muka miss hemma yang always menakutkan aku.

BEHAVIORAL SCIENCE

senang sikit nak study sebab dah buat rivision dengan miss shamiza.. so hafal mana yang dia kata penting je..tapi masa jawab agak gelabah sikit sebab ntah kenapa aku banyak lupa .. sedaya upaya untuk ingat, tapi dapat ingat sikit je.. tapi tetap jawab semua soalan..aku pon tak tahu kenapa.. memang agak risau masa nak keluar dari bilik exam.

ELECTROTHERAPY

tak ada buat rivision apa apa. memang masa nak study tu risau sangat sangat. lagi lagi lecture tak ada bagi sebarang note. masing2 belajar pakai note sendiri. dahlah sepanjang dalam kelas pon aku banyak main. kurang keyakinan masa jawab tu, agak mencabar juga soalannya. tapi aku tetap jawab semua soalan. siap kira kira sekali markah kat bahagian essay tu. sebab banyak juga yang aku main tembak je. hmm risau sangat masa tu .. 

MOVEMENT THERAPY

ini slamber, aku tak study langsung. goyang kaki je.. konon dah buat ospe haritu, so takyah nak study dah .. sebab lebih kurang sama je .. lagipun objektif je.. takde essay .. so berlagak cam apa malas nak study .

MUSCULOSKELETEL

ini adalah salah satu subjek yang aku study sorg macam nak mati. macam org gila. 


sir kumar cakap camtu , so aku pon beria cari soalan yang test dengan midterm tu 



weiii ! sumpah cam org gila aku hafal wei.. sungguh sungguh aku. 12 soalan aku hafal. 1 soalan pun dah macam karangan 3 perenggan. gila tak gila ...tapi tapi tapi tahu tak apa yg keluar je ? 2 soalan je yang keluar .. aku kecewa.. sumpah kecewa masa tu .. lepastu aku boleh lupa pula tu.. mungkin sebab banyak sangat hafal.. sebab tu lupa.. tapi aku jawab juga.. yang tak tahu tu pon aku main jawab je ikut logik akal aku.. 

ok habis semua paper aku jawab ! memang berdebar menanti keputusan .. masa tu target tiga .. musculoskeletel, pathology and kinesiology.. tapi dalam hati masih berharap agar semua pass... 

sepanjang praktikal tu .. miss neng hantar msg dekat group whatsapp


bila miss cakap separuh kelas fail kine tu .. aku dah dapat merasakan yang aku salah sorangnya.. pathology apetah lagi... masa tu rasa macam nak buang hp aku.. rasa macam nak uninstall whatsapp pun ada.. 


result dah keluar ! behavioral science je takde dalam ni sebab semua pass.. dan dan dan.. aku fail kine.. masa tu sedih ada.. bersyukur pun ada sebab aku just fail satu je.. tak payah susah susah nak buka buku patho lagi -.-






aku rasa sudah masanya untuk aku belajar hidup tanpa kau sahabat. sahabat ? tidak. kau bukan sahabat aku lagi. terlalu banyak benda buruk yang telah kau lakukan terhadap aku sehingga rasa kasih aku untuk kau menjadi sampah. ye sampah. sampah yang boleh dibuang bila bila masa aku nak.

sarawak abell

30/05/2014

yayyyyy ! aku berangkat ke sarawak . yayy ? tak tahu la masa tu aku nak happy sebab nak bercuti bersama keluarga atau nak berduka cita kerana balik je dari bercuti aku akan berdepan dengan exam.. iaitu hari isnin 02 06 2014 .. jadi aku terfikir sama ada aku akan study ke sepanjang aku bercuti tu ? terasa begitu mustahil sekali. tapi aku tabahkan juga bawa semua note anatomi untuk dikaji setiap malam malam aku di sarawak.
pukul 4 pagi dah bangun sebab flight pukul 8.. tapi pukul 7 dah kena ada dekat sana.. saja keluar awal.. sebab taknak kelam kabut... nasib baik jugalah keluar awal ... sebab ramai gila org dekat sana walaupun awal pagi .. pengalaman naik kapal terbang ? okay mula mula seat aku dekat belakang. jauh dari mak ayah.. nana lagi belakang. kesian juga dia ..tapi setelah disusun balik aku dapat duduk sebelah mak.. and yg paling bahagiannya aku masatu , aku dapat duduk tepi tingkap. ajet ajet nak tengok awan ... dan masa kapal mula dah nak naik.. tiba tiba jantung aku berdegup kencang dan dan dan.. aku terus memeluk mak aku.. tidak sanggup rasanya.. timbul rasa menyesal sebab nak sangat duduk tepi tingkap... makanan dalam kapal air asia ? masa tu aku makan mee goreng mamak. superb ! sedap ! aku makan dengan begitu selera.. tak tahu laa kalau aku tengah lapar sangat masa tu kan ..

sampai je sarawak.. ternyata suasana agak berlainan.. jalan dia.. bandar dia.. ceh macam pergi luar negara je masa tu .. sampai je memang terus nak pergi dekat hotel yang telah ditempah sebelum berangkat ke sarawak... perjalanan nak pergi ke hotel wan sentubong sangat sangat jauh .. lalu kawasan hutan ..sampai aku tertidur sebab lama sangat .. samapi je .. nah ni hotel nyee !!


kawasan hutan kan ? aku terasa begitu kagum sekali sebab dapat hotel yg kawasan hutan dan juga tepi pantai !


tengok tu pantai dia ! bersih sangat !!


aku dapat bilik bawah sekali , masa tu sonok sangat sebab takyah naik tangga !!


see ? seronoknya ada kolam renang yang besar sekali !


wahh bilik paling kagum sebab aku dengan akak aku je dalam bilik ni.. satu sorg katil. katil dahlah besar ! memang puas hati laaa kan kan kan !!

tapi ! tapi ! tapi ! jangan tertipu ! setelah 10 min berada dalam bilik. kami terasa sesuatu yang aneh. aku tak puas hati sebab tandas dia tempat jamban takde tali paip. yang dia bagi hanya gayung. fine, kalau gayung , mana perginya baldi ? lepastu tv dia ? langsung dan langsung tak boleh buka ! peti ais dia ? tak berfungsi ? telefon dia ? tidak berfungsi juga! dan dan dan , aircond dia tak berfungsi ! pintu dia takde kunci keselamatan. ohh tak lupa juga bilik dia berhabuk seperti sudah lama tidak berpenghuni... ayah mula mengamok .. dan setelah berbincang .. kami mengambil keputusan untuk keluar dari hotel dan tukar kepada hotel yg lebih baik. 

nak dijadikan cerita... kawan akak aku yang bernama yuna terkejut sebab kitorg pergi ke hotel wan sentubong. sebab dia cakap hotel tu memang dahlama org tak datang. sebab hotel tu .. berhantu ... kenapa telefon rosak ? sebab pihak hotel sengaja rosakkan sebab telefon tu sering berbunyi secara tiba tiba pada waktu malam.. tv ? tv selalu terbuka tiba tiba tanpa ada orang yg membukanya.. dan selalu org ketuk pintu , dan apabila dibuka.. jeng jeng jeng... patutlah berhabuk gila ! dan patutlah pantai dia bersih gila !! sebab tempat tu dahlama tak terima tetamu.. pekerja yg ada dekat situ pun agak pelik.. ada dua org .. dan agak senyap.. yuna cakap org yg hati kuat je boleh kerja dekat situ ..nasib baik laa family aku tukar hotel.. kalau tidak.. mahu tak seramnya aku nak study memalam kat tempat camtu ! patutlah takde orang langsung dekat situ.. aku pun pelik.. hotel ni nampak perfect tapi kenapa takde satu pon org ..

setelah mencari .. akhirnya kami pergi ke bandar kuching dan kami menginap di hotel abell !!



walaupun bilik dia tak semegah bilik hotel wan sentubong tu , tapi tapi tapi perfect ! semua lengkap ! tv siap astro , peti ais siap ada ais batu lagi disediakan. aircond takde masalah. tak buka pun dah sejuk dah.senang cerita perfect gila lah !! dan dan dan layanan mereka sangat sangat memuaskan.. sangat sangat baik pekerja hotel abell.. pukul 6 pagi , tengah tengah malam aku asyik call je suruh hantar seterika. tak pernah lambat dan selalu hantar dengan senyuman . haaa rindu gila bila tengok hotel ni beb !

pastuh , malam tu kitorg makan besar. boleh dikata semua jenis makanan laut semua ada atas meja.. ketam, udang , sotong , ikan , sayur , ayam , sup , semua adalah ! sangat sangat kenyang .. dan sangat sangat membazir sebab masih ada lagi makanan yg tak larat dah nak makan. rm700 malam pertama di sarawak hanya untuk makan malam. balik je makan, balik hotel, aku study sikit ... pastuh terus tidur ... 

31/05/2014

awal pagi dah keluar bilik ,sarapan sudah disediakan oleh pihak hotel .. sangat sedap dan memuaskan. ohh haa laksa sarawak sangat best sebab pedas ! hari sabtu tu kitorg pergi sempadan indonesia.. ada jual barang barang sarawak dan barang murah ... so shopping dalam keadaan yang begitu panas terik.. sampai aku susah nak buka mata.. ohh lagipun masa tu mata aku tengah sakit ... jadi terasa begitu perit . tak seronok gila berjalan dengan mata sakit and fikir pasal exam .. lepas shopping pergi rumah sarawak .. sangat best rumah sarawak... budaya dia sangat mengkagumkan lah ..ada teater sekali masatu ... menghiburkan jugalah ... lepastu pergi naik bot dekat bandar kuching .. takdelah exited sangat masa naik bot tu .. sebab bagi aku suasana yg ada masatu tak menarik perhatian aku langsung .. lepastu asyik fikir exam je manjang ... senang cerita, percutiaan aku macam tak berapa nak gembira sangat sebab aku dibebani dengan stress pasal exam .. balik dari bot terus naik bilik ...

01/06/2014

pergi ambil ikan masin .. pergi kedai kristal .. pergi kedai kek lapis.. then terus balik ke kuala lumpur dalam pukul 4 30 naik fligtht.....sampai je rumah .. terus tidur then pukul 4 pagi bangun balik and study !! pukul 8 terus jawab exam .. alhamdulillah bahagian essay semua boleh jawab ... 

haa bulan 12 ni, aku bercuti lagi! pergi indonesia pula kali ni !! tapi tapi tapi , final exam lagi !! haaa kenapa masa final asyik budak sekolah cuti. tak adilnya !!



tiba tiba harini teringat dekat arwah atok belah mak..

MOHD ARIFF.

atok meninggal 26/05/2010 .. masa atok meninggal aku masih duduk di subang. aku form 2.. aku ingat lagi detik detik sebelum cik ucu call mak cakap atok dah tak ada.. berapa minggu sebelum atok meninggal, kitorg balik kampung melawat atok.. atok selera sangat makan.. macam macam mak ayah belikan untuk dia .. laju je dia makan.. nak balik tu ayah cakap "umur atok panjang lagi, sempat lagi nak beraya tahun ni" itu hanya harapan palsu.. berapa minggu lepas tu atok meninggal... sehari sebelum atok pergi mak dah kemas kemas dekat rumah apa yg patut sebab mak cakap mak rasa tak sedap hati.. dan mak asyik fikirkan atok.. mak berdoa semoga Allah hentikan segala siksaan yg atok rasa.. esoknya cik ucu asyik call mak cakap atok dah tenat. masa tu aku sekolah petang. ada exam pula tu. gelisah juga.. mak pula asyik belek belek gambar atok.. sebak tengok mak masatu.. bila cik ucu call cakap atok dah takde, mak nampak tenang menerima khabar tu.. aku rasa awal awal lagi mak dah redha.. lepas dapat khabar tu, mak suruh aku pergi buang sampah kat bawah.. rumah flat, so nak buang sampah tu agak jauh. kena naik motor pula tu. aku memang agak terbayang2 masa nak bawa motor tu.. terbayang2 wajah atok. dan aku tak mengalirkan air mata walaupun setitik masa tu.. 

ayah bawa kereta sangat laju, mengharapkan dapat tengok wajah atok buat kali terakhir. tapi hajat kami tak kesampaian . sampai je rumah, dorg cakap atok dah nak dikebumikan.. kitorg pun terus pergi kubur.. sampai kubur dorg tengah doa doa.. masatu, baru nampak mak menangis.. 

tapi.. lepas atok meninggal ada sesuatu yg diluar jangkaan telah berlaku.. aku tak tahu kenapa perkara seperti itu harus berlaku.. hari khamis malam jumaat.. tiba tiba makcik aku iaitu cik nilam telah dirasuk.. dan menjerit sambil tangan menunjukkan ke arah sesuatu "abah abah abah" abah itu bermaksud arwah atok. jadi aku terus mencari cari, mana atok.. buat apa aku nak cari? atok kan dah takde.. cik nilam terus meracau2.. aku takut.. sangat takut.. aku taknak saksikan kejadian tu lagi.. aku pergi jauh jauh dari makcik aku.. lepastu dengan sekelip mata tiba tiba cik nilam bertukar jadi atok.. cara dia cakap.. cara dia jalan.. kemahuan dia. sama macam atok .. aku ingat lagi masa cik man pimpin cik nilam yg dalam keadaan bongkok, dia tunjuk nak masuk bilik atok.. ye atok jalan bongkok.. sama macam cik nilam.. tiba tiba cik nilam marah marah atok perempuan .. dia cakap " tu laa, masa aku sakit kau tak jaga aku, kau buat bodoh je" dengan muka yang agak geram . aku mula terfikir, adakah benar ini atok? adakah atok masuk ke dalam badan cik nilam untuk sampaikan sesuatu?

ye.. tak dinafikan.. atok perempuan tak jaga atok masa dia tengah sakit.. aku ingat lagi masa arwah panggil panggil atok perempuan tengah2 malam.. atok perempuan buat tak tahu je.. aku tak tahu mana hilangnya tanggungjawab yang harus dipikul oleh sebagai seorang isteri.. 

lepastu, dorg suruh mandikan cik nilam.. yang mandikan cik nilam anak dia yati.. yati cerita masa nak mandikan mak dia, mak dia tanya "kau siapa? ! aku nak ucu ! " masatu dia jerit2 panggil cik ucu.. cik ucu anak bongsu dia yang selalu mandikan dia.  masa nak pakaikan baju, yati bagi coli. pastu cik nilam marah and tanya "apa benda ni?!" dah sudah tu , cik nilam pengsan.. and dorg baringkan cik nilam dekat sebelah atok perempuan yang juga sedang baring.. masa tu aku dah perasan sesuatu akan berlaku dekat atok sebab atok nampak lain.. muka dia berubah..mata dia menakutkan.. tiba tiba atok bersuara, dia cakap sambil tangan menunjukkan ke arah pintu "buka pintu ada orang nak masuk" semua tengok ke arah pintu takde sesiapa.. and tiada siapa berani nak pergi ke arah pintu.. atok mengamok sebab dia cakap ada org nak masuk.. masa dia mengamok semua anak anak lelaki dia pegang dia termasuk ayah aku.. suasana menjadi tegang.. aku semakin takut.. aku hanya diam.. aku sangat takut sampai tak tahu nak kata apa apa..

bacaan ayat ayat suci dibaca.. suasana tenang kembali.. kami sekeluarga tidur beramai ramai di ruang depan.. tiada sorang pun yang berani tidur dalam bilik.. semua tidur dekat dekat.. dan ada yang tak tidur sebab nak jaga.. takut jadi apa apa lagi... 

alhamdulillah kejadian seperti ini tak berlaku lagi.. tapi cik nilam sering dirasuk.. aku pun tak tahu kenapa.. atok sekali sekala je.. bila atok ada masalah selalu dia akan tiba tiba dirasuk.. 

haa tegak bulu roma aku cerita kisah ni.. aku tak suka benda macam ni berlaku depan mata aku.. sejak dari kejadian tu , aku sangat sangat penakut. nak pergi mana mana semua nak berteman.

semoga arwah atok tenang di sana, aamiin..