assalamualaikum ...

harini nak cerita pasal kejadian yang berlaku pada aku masa hari isnin haritu , tahu tak , aku kemalangan haritu dekat tangga rumah sendiri. 3 anak tangga kot aku terjunam terjatuh dengan coolnyaaa. aku jatuh dan aku siap dengar lagi bunyi tulang. dah jatuh sakit, aku tak tahan aku nangis masa tu juga. depan semua family yang ada. malu aku tahu tak! dengan ada apip,cik jamal,cik paid dan atok. mak dengan ayip takpela kan , dorang dah biasa tengok aku nangis bila aku sakit. aku sakit sampai aku tak mampu nak bercakap. aku hanya mampu nangis sambil angguk dan geleng bila org tanya aku. atok nak urut aku tak bagi. sebab dulu atok pernah urut aku dan pehh memang sakit gilaaa ahh . pastu cik jamal nak hantar aku pergi klinik aku cakaplah yg aku tak boleh gerak lsung. dia nak papah pun aku taknak. entahlah aku segan kot. sampailah satu tahap aku rasa bisaaaa sangat kaki tu , menangis pun sampai sedu sedu mak aku pun call ayah. ayah yang tengah busy kerja pun kelam kabut balik sebab mak aku cakap canni dekat ayah aku "bang, awak busy tak? anak awak ni ha cua jatuh tangga! dia tak boleh gerak ni" gempak tak gempak laa mak aku punya cerita. pastu ayah aku sampai ayah aku pun papah laa aku pergi klinik. sampai klinik , doktor pun pegang la apa semua kan. pastu tetiba aku rasa pening sangat dalam klinik tu, tak tahu kenapa. pening macam nak pengsan betul. macam nak muntah pun ada. masa tu nurse tengah balut kaki aku. aku punya risau, sebab aku takut aku pengsan. pastu bila dia dah siap balut, nurse tu nak hantar aku keluar tapi aku suruh dia panggil ayah aku juga. bila aku dah keluar , tetiba perasaan nak pengsan nak muntah tu terus tak ada. aku rasa bilik doktor tuuu macam ada sesuatu ah , ceh XD lepas tu sibuk lahhh org dalam rumah tu cerita pasal aku tempang tempang. brr -.- malam nak tidur , dalam tangisan.. dalam pukul 3 pagi kot, aku terjaga. dan sangat sakit. dan sekarang hari khamis , kaki aku dah ok ! tapi nak turun tangga masih lagi sakit. sebenarnya sakit lagi tapi aku tahan la buat buat tak sakit . buat apa layan sakit ni kan ? sakit untuk dihadapi , bukan untuk dinikmati! yeahh !

No comments:

Post a Comment