selesai hari mengundi ! dannnnnn jeng jeng jenggg , PKR menang untuk SELANGOR -.- kesian BN buat lagu ni :


kesian :') nak cipta , cari suara yang sedap. dan yang bestnya aku pun dah TERhafal lagu dia, tiap tiap hari mesti aku TERnyanyi. mana taknya , buka tv lagu selangor yakini bn. radio pun sama. boleh masuk anugerah juara lagu kan? macam pelik je, area rumah aku banyak bendera BN. pergi mana mana BN je aku nampak megah dia. tapi kalah juga? 

tadi mula mula pergi subang, sebab ayah mengundi dekat sana. dekat sekolah rendah ayip iaitu sk subang perdana. situ memang meriah gila. raaamaaaai sangat org. penyokong BN pun ramai gila. siap datang jumpa aku suruh undi. siap puji aku comel. bodek la tu. sorry ye kakak kakak abang abang saya belum cukup umur :-* aku ternampak kawan aku fadil jual air tin tepi jalan . sedih pula tengok. cari rezeki. aku nak datang beli tapi ayip pula merungut panas lah apelah . so tak jadi nak pergi beli. 

lepas tu pergi dekat sungai besi. mak aku pula mengundi. dekat sekolah lama aku sk pengkalan tentera darat. memang exited gila >,< tangkap gambar sambil mengimbau kenangan dulu. aku tengok akak aku mcm tak exited je -.,-


rindu gilaaaaa dohhh , serius ah lama gila kot tapi tahan lagi dengan warna cat nyaaa . tiga tiga bangunan tu semua aku dah rasa :')


dewan ! lepas rehat mesti kena beratur dekat sini dan kalau sesi petang sebelum masuk kelas kena duduk sini dulu. 


warna cat , dan lukisan serta papan tu masih sama . dari aku darjah 4 kot tak silap. sebab masa aku darjah 4 ni bangunan baru . haa sini tempat perhimpunan. selalu aku datang lambat. saja . aku kalau perhimpunan memang suka datang saat saat akhir.


dalam bilik tingkat atas tu la mak aku masuk untuk mengundi. dan bilik tu juga la masa aku darjah dua. kelas 2 apa ntah dah lupa. tapi naqib pun sama kelas dengan aku juga masa tu. masa tu laka laka je masing masing. hahaha 


sebenarnya besar lagi , tapi aku malas betul nak tangkap. padang untuk anak askar memang besar gilaa. serius tak tipu. sangat besar o.O 


sini pula tempat aku tunggu trak yang gila lama nak amik aku . dahlah nak pergi datang awal ! dalam pukul 6.30 camtu aku dah kena turun. tapi nak balik , amik lambat gilaa ! 


trak ni la yang aku selalu pergi dan balik dari sekolah. setahun bayar rm5 je . penuh cabaran laa kan. nak naik kena angkat kaki luas luas kalau tangga tak ada. tapi selalu aku abang askar dukung. sebab aku ringan je dulu macam ikan bilis. hiiihihi


ayip tahan dari nak berak. selekeh kan budak ni ?


ayah muka ketat sebab anak dia makan asyik tak habis dan dia kena jadi tong sampah >,< ayip menyaksikan muka ketat ayah dan berusaha habiskan makanan sebab takut kena marah


ayah dah start hisap rokok , ayip masih terkial kial nak habiskan sosej yang dia amik tu. tula amik banyak sangat. padan muka kau


emak stress , mogok taknak makan sebab permintaan dia nak makan kfc ditolak oleh ayah. so dia hanya diam sambil menyaksikan kitorg makan.

eh jap , lagu ni best kan ?




ok habis , sekian maseh ^^













No comments:

Post a Comment