aku sangatlah boring dekat ofis ni , tak ada satu kerja pun , kalau tak ada orang aku dah tidur mungkin. mengantok :( bergayut dengan amal semalam sampai tak sedar dah pukul 12 lebih >,< ni dia tak reply msg aku mesti dia tengah tidur laa tu dalam kelas ^^. oleh kerana aku pun tak ada kerja , aku terngat zaman kecil kecil dulu , budak sekarang untung , boring je ada psp. ada komputer sendiri la. ada hp sendiri semua. bila diingatkan kembali masa aku kecil kecil dulu hidup boring gilaaa sebab asyik menghadap orang yang sama -.- hahaha dulu mak ayah aku kerja , dan tinggallah aku dengan kakak aku dalam rumah. dan aku memang tak ingat lsung mcm mana kitorg makan. awal pagi emak dengan ayah dah pergi kerja. ayah balik lagi awal dari mak. mak lambat. kadang2 pukul 11 malam baru balik. so kalau ayah outstation memang aku dengan kakak aku berdua je sampai malam. dulu bila berdua , memang macam macam laa kitorg buat dalam rumah tu, yela mak ayah tak ada , so rasa macam rumah tu boleh buat sesuka hati seperti main api. yang paling best  main masak masak. kitorg buat betul betul kot , siap berangan macam chef ^^ masuk tepung la , garam , ubat batuk , sirap , memang lawak gilaaaa, berangan je lebih. lepas boring main tu kitorg main jadi makenik kereta. bayangkan eh , sofa yang mcm ni ;


aku dengan kakak aku masuk dekat bawah kerusi , lepastu repair laa kerusi tu yg kononnya kereta . aku rasa memang best gilaaaaa main benda tu. lepas main benda alah tu , main pula tanah liat. tanah liat tu kitorg buat bentuk org,katil,meja dan peralatan dalam rumah laa semua. yelah masa tu mana mampu nak beli satu set anak patung yang dah disiapkan peralatan rumah kan , so kitorg buat laa sendiri :') dah boring main benda tu main perangkap semut. semut yg ada dekat dalam rumah kitorg tu , kitorg kurung pakai alat mainan yg ada. sampai mangkuk2 dekat dapur pun ambil demi nk kurung semut. rasa bangga bila buka masih ada lagi semut tu. hahahaha ~ lepas sudah main tu , kitorg berangan jadi sales ni ;


aku selalu ambil barang barang mak aku pastu barang barang aku sikit , ketuk bilik bilik dekat rumah aku yg kononnya ketuk rumah org , lepas cakap dengan angin , konon nak jual barang.aku tak tahu kakak aku buat macam mana tapi aku buat mcam ni . hahaha kebudakan betul -.- 
lepas tu bila akak aku dah semakin membesar dan tak nak main dengan aku sangat , aku pun membawa diri keluar rumah main dengan jiran jiran. selalu main dengan haziq dan qhuzaini. tahu tak apebenda ? kitorg buka bisnes rumah hantu dekat tangga. 50sen sekali masuk. yang jadi hantu qhuzaini. dia jadi ju on. wei , memang seram. tak tipu. aku ingat lagi masa qhuzaini nak mengesot turun tangga macam ju on.. huuuu seram gilaaa XD dengan haziq aku pernah main hantu hantu dalam bilik dia. tu tak seram langsung sebab bilik haziq terang sangat. so aku tak ada feel nak rasa seram ke hape. dulu mak haziq jaga aku lepas balik dari sekolah agama. sekarang haziq pun dah besar , sebaya aku , ni dia ; 


dulu masa aku kecil kecil dia selalu pukul aku , memang sedih wei kena buli. masa tu aku dalam darjah 1 camtu kot. pernah sekali aku tak tahu apa salah aku tetiba dia datang dia pukul aku. pukul sungguh sungguh wei, aku masa tu kecil mana mampu nak lawan ., so bila dia dah puas , aku pun nangis T.T kebetulan masa aku tengah nangis dekat bawah blok tu bapak aku ada, bapak aku tanya kenapa aku pun mengaduuuu. lepas tu kalau main memang dia laa yg paling kasar sebab tu aku menyampah bila main dengan dia. tapi masa aku darjah 2 ke 3 camtu , dia tetiba jadi seorang budak lelaki yang sweet gitu. ceh XD aku ingat lagi masa nak balik sekolah agama , dia tunggu aku sebab aku balik dengan bapak dia. lepas tu nak lintas jalan dia pegang tangan aku sambil berkata "kalau nak lintas jalan kena pegang tangan" hahahaha sambil tengah berjalan tu tetiba ada budak sound "ustazah cakap perempuan dengan lelaki mana boleh pegang" aku tak ingat apa dialog haziq tapi yg aku ingat dia marah budak tu. hahahaha lepas tu , yang aku ingat lagi pasal aku dengan dia , masa tu dalam pukul 6.30 pagi aku nak pergi sekolah naik trak. biasa aku memamg selalu turun sorang sorang pakai lif. tapi ada satu hari tu , haziq pun nak naik trak juga. so kitorg pun turun lif sama sama. tetiba haa tersekat ! masa tersekat tu sumpah la cuak gilaa , so kitorg berpelukkan dalam lif tu , padahal time tu pntu lif dah terbuka sikit. boleh keluar , hahahah lepas tu keluar , turun tangga memang tak nampak apa , so kitorg turun tangga pun berpelukkan. lepas tu balik je sekolah , dia cerita dekat jiran aku yang peluk dia , kwaajaa ! hahahah padahal masa tu masing masing peluk sesama , takpelah , dia kan lelaki , malu laa kalau jiran tahu dia pun cuak masa tu >,< hahaha sekarang bila jumpa memang tak ah nak bertegur , malu wei malu. tegur pun dalam facebook je , hahahaha rinduu nak duduk kem sungai besi :')

No comments:

Post a Comment