assalamualaikum..

okay , sebab tadi dah cerita pasal imran , ni nak cerita pasal 2 orang lagi kawan yang aku rapat masa aku form 1 and 2. memang selalu sembang sembang dalam kelas bila boring. dan banyak juga kenangan yang telah dicipta bersama sama. bila difikir balik , aku tak banyak kawan perempuan. sebab apa? sebab perempuan jahat. serius , aku takut nak kawan dengan perempuan. suka main tikam belakang aku -.- so bila kira pakai 5 jari je kawan perempuan yang aku ada . okay ni dia kawan baik sebaik baiknya pada zaman muda mudi :-*



AMEERUL FIRDAUS



SHAZWAN

start mengenali diorang masa form 1, masa form 1 gitu gitu je . masa form 2 je la rapat gila. takde cikgu jee budak dua orang ni datang tempat aku then sembang sembang gosip gosip. ok jom cerita kenangan dulu.

start dengan firdaus, kenangan yang telah dibina masa dia bawa hp pergi sekolah , lepas tu dengan bijak pandai dia sembunyikan hp dia dekat bawah meja cikgu masa nak pergi solat asar. sufy dapat tahu dan masa tu sufy memang jahat gilaa kot. dia ambil dan dia nak jual. so aku pun perangkap sufy yang biar aku yang tolong jualkan hp tu. then sufy pun bagilah aku hp tuu. esoknya aku jumpa daus, aku cerita semuanya dan bagilah hp tu dekat daus. sampai sekolah aku bagitahu sufy amenda ntah. aku tak ingat dah alasan apa aku pakai. pastu daus aku dan shazwan merancang untuk kenakan sufy balik. ni kes nak balas dendam la ni, aku pun ikutkan jeee. dorang plan nak ambil beg sufy then buang dekat tangga. so kitorang pun buatlah kerja tak senonoh tu time rehat tak silap aku. sesudah rehat time cikgu mata lebam tuu masuk sufy terkial kial cari beg dia. aku daus dan wan dah tersengih memanjang tengok sufy. sebenarnya aku tak sampai hati buat sufy macam tu tapi diorang buat sebab nak bagi pengajaran pada sufy. lepas tu yang takleh blah masa beg sufy dah jumpa tuu ada lelaki gemok nampak apa yang kitorang dah buat ! nasib baik dia tak petik nama aku , wahhh terharunya aku :) dannnnnn yang bestnya masa dia petik nama daus tuu then daus tak mengaku , cikgu salbiah boleh pula percaya kata daus. malah boleh memanaskan keadaan dengan berkata sesuatu pada sufy iaitu "tulah mulut jahat sangat" macam tuu lahh , aku tak ingat sangat, banyak sebenarnya kenangan tapi aku skip je la eh ? kedua , masa dia gaduh dengan sorang perempuan ni, aku tak ingat nama dia siapa tapi aku rasa aida kot ? okay diorang gaduh dalam kelas , aku tak ada ditempat kejadian sebab setahu aku diorang berdua je kot dalam kelas sebab diorang masuk lab lambat,aku tak ingat apa kes dia tapi setahu aku daus cakap aida busuk kot . aida bengang then pukul daus sampai tulang tangan daus sampai bengkok. aida dah buat camtu dia lari dekat lab. then sambunglah pergaduhan dalam lab tu. daus datang dengan muka bengis macam hulk nak pukul aida. tapi dihalang oleh jejaka jejaka dalam kelas tu. then daus keluar lab dengan wan, lepas tu aku sibuk ikut. saja . malas nak belajar sains. hhihhihi ~ lepastu melepak laa dekat bilik kesihatan. dia pun story laa kisah yang dah berlaku, memang bila difikir balik kebudakan betul -.-then masa aku nak pindah dah , daus bagi aku satu keping duit 50 sen sebagai kenangan, lama juga aku simpan. lama ? pegi mam lama -.- aku tak tahulah sama ada aku terguna ke apa , tengok tengok dah tak ada dah dekat purse --"

okay , wan pula .. wan ni dia tak berapa banyak sangat cakap macam daus. dia tak senakal daus la. tapi bagi aku dia nampak je kecik tapi dia panas baran sebab dia pernah mengamok dalam kelas sebab geng geng helmi buat kecoh dalam kelas. abang besar pun boleh terdiam tengok dia mengamok camtu tau ! jangan memain . okay , aku pernah bersusah payah pergi rumah wan dengan fad, daus dan kawan kawan daus. masa tu hari raya so aku dan yang lain plan nak raya rumah wan naik bas. so kitorang pun pergi. horey horey horey nak mamam! sesampai je mak wan takde! yang ada hanyalah wan dan adik lelaki dia je. tapi kami tetap dijemput masuk. lepastu adik wan keluar pergi beli maggy kari 5 bungkus dan itulah yang dihidangkan untuk kami masa tu :') takpelah , janji ada makanan, penat tau! eish , aku penatlah cerita pasal dorang! aku saja je cerita sebab aku taknak lupakan kenangan ni. sementara aku ingat ni baik aku cerita kan ? ni pun aku dah banyak lupa dah -.-

No comments:

Post a Comment