assalamualaikum ..

okay , sekarang entry panjang gila bapak akan diteruskan dengan :

BARANG YANG AKU SERING GUNAKAN DAN ADA BERSAMA


aku menggunakan pencuci muka deep clean. okay jugalah sebab yang penting dia rasa segar dan tak pedih :) harga dia dalam rm8 lebih dan tahan selama 1 bulan. aku selalu guna dua kali sehari tapi kalau macam aku nak cuci muka aku yg baru lepas mekaup pun aku pakai pencuci ni juga.


toner pun aku pakai deep clean juga sebab dia mampu menghilangkan blackhead. sangat rasa segar bila pakai dan tak pedih. harga dalam rm30 tapi boleh tahan 3 bulan kot. sebab dah lama rasanya aku beli tapi tak habis habis.


krim muka pula aku pakai produk dezaia. act dezaia punya produk satu set aku ada tapi semua dah habis dan agak leceh nak beli sebab kena pakai online so aku pakai pencuci and toner lain. lagipun pencuci and toner dezaia sangat mahal dan tak sampai sebulan pun dah habis. sebab tu aku pakai produk lain yang lebih berbaloi dan mudah untuk dapatkannya. krim dezaia ni harga dia rm30 lebih tapi tahan 3 bulan juga. 


bila keluar berjalan aku akan pakai bb cream. act dulu aku sangat bodoh sebab lepas pakai krim dezaia tu aku pergi pakai bb cream. dia akan nampak macam hodoh gila. so aku akan pilih salah satu. tapi yang pasti krim dezaia tu akan aku pakai sehari sekali sebab benda tu wajib untuk menghilangkan kesan jerawat aku. 


aku guna bedak pixy bila nak pergi berjalan. taklah kata bedak ni bagus. biasa je la kot. sebab aku belum pernah jumpa bedak yang tahan lama dan tak berminyak. sebab kulit aku ni cepat berminyak so aku tak jumpa pun lagi bedak yang boleh mengawal minya di muka aku ni . harga dalam rm18 camtu. aku pun tak ingat dah. boleh tahan dalam 3 bulan.


bila dekat rumah aku pakai bedak safi ni. dia sangat bagus dan wangi. ada vitamin e lagi. harga dalam rm5 dan boleh bertahan berbulan bulan lamanya. 


contex lens aku pakai jenama colour vue. aku pilih yang big eyes awesome black. harga rm90 dan tahan selama 3 bulan. aku pernah pakai dua bulan je lepas tu koyak sebab kuku aku panjang. kesian bapak aku sebab kena belikan lagi :')


solution untuk contex lens sangat penting untuk memastikan dia bersih dan selamat bila kita letak dekat mata. aku tak pernah beli solution dan contex lens dekat kedai yang sembarangan. aku akan beli dekat kedai yang betul betul kedai cermin mata. dan yang bagusnya owner kedai tu doktor pakar mata ^^ harga solution ni rm20 dan tahan bergantung kepada kita pakai kerap atau tak. kalau tiap hari pakai maybe dalam 2 bulan je.


keluar tak sah tak pakai gincu! aku sangat sukakan gincu dan rasa bibir tak selesa kalau tak pakai. so aku menggunakan gincu silkygirl colour red. harga dalam rm30. dan tahan dalam 3 bulan. dah rosak sikit gincu aku sebab adam buat :(


double eyelinear dari silky girl. memang sangat pekat dan sangat jimat. ambil sikit pun dah ok. harga dalam rm32 tapi tahan sangat lama. boleh pakai banyak kali tapi serius bila dah cuci mata akan nampak sangat buruk dan menakutkan. aku dah tak pakai sebab amal tak bagi. so simpan je dalam beg. siapa siapa yang nak boleh bagitahu sebab aku pakai sikit je baru. aku bagi free ni :D 


haritu aku pergi aeonbig seksyen 16 dengan family aku. then aku ikut mak aku dia nak pi rendam kaki dia untuk kesihatan. dekat kedai tu ada sorang abang ni tanya "nak tahu apa warna diri awak?" aku pun ikutkan jelaah. aku pun ikutlah apa yang abang tu suruh buat then akhirnya warna aku adalah warna biru. then tu dia syorkan aku beli aura perfume ni. perfume yang sesuai dengan diri aku. aku tak terpengaruh sangat pun tapi mak aku yang suruh beli, aku ikutkan jela. cara nak pakai, masa pakai tu ucap bismillah 3 kali dan selawat ke atas nabi 3 kali lepastu harapkan apa yang kita nak contohnya "harap aku jawab exam dengan tenang" . harga dia rm30. berkesan ke ? haha cubalah korang try dulu.


dari zaman aku budak budak sampai sekarang aku pakai deodoran ni. serius aku suka. bila angkat tangan rasa wangi wangi sahaja ^^ harga dalam rm5


aku juga spray juga benda ni dekat body bila aku nak rasa sejuk dan wangi.serius wangi gilaaaaaaaa >,<  ni harga dalam rm6





empat empat ni adalah losyen yang aku pakai dan sangat wangi. tapi aku selalu pakai yang atas sekali sebab kemana mana sahaja aku akan bawa. bau macam bau baby, tu yang suka. yang vaseline tu aku pakai bila cuaca terlalu panas dan aku tak pakai kardigen, so aku akan sapulah dekat tangan untuk perlindungan kononnya. 


ni pula aku letak dekat bibir setiap malam sebelum tidur. oleh kerana aku kerap pakai gincu so aku pakailah benda ni untuk melembapkan bibir aku.


ni bedak untuk badan. lepas aku pakai losyen , kadang kadang je aku sapu bedak ni dekat badan. kadang kadang je la sebab adakalanya aku dilanda malas yang kritikal. 


sebernya aku ni jarang sangat pakai minyak wangi sebab bergantung pada deodoran dan losyen. entahlah, ayah aku beli minyak wangi banyak banyak pun aku macam tak heran. atok aku pelawa minyak wangi dia pun aku takde macam nak rebut rebut dengan yang lain. bagi aku , minyak wangi ni macam tak penting. tapi sebenarnya pentingkan ? ni minyak wangi tahun bila aku tak ingat. jarang pakai. nampak tu ? banyak lagi. ada sesiapa nak ? 


shampoo pula aku gunakan loreal paris. sangat wangi dan rambut akan rasa selesa. serius ^^


tapi aku gunakan conditioner jenama pantene sebab lebih lembut dan bermaya ^^


ni untuk merawat rambut aku bila kelihatan serabut serabai dan selekeh. 


sabun mandi aku gunakan ni, memang dari dulu guna ni , tapi sekarang bila dah besar ni bertukar pula kepada 


serius, palmolive lagi wangi dan menghasilkan buih yang lebih banyak. aku sangat sukakan mandi. dan bila sabun memberikan kepuasan yang maksimum aku lagi semangat nak mandi !


ubat gigi yang tak pernah ditukar selama 3 tahun. sebab sebelum ni guna colgate. sekarang bila pakai colgate macam nak muntah pula. sebab aku jenis bila gosok gigi mesti akan tertelan sikit ubat dia. 


untuk yang sulit pula aku pakai ni. sangat wangi dan menyegarkan. yang penting kita sebagai perempuan kenalah jaga kebersihan keintiman kita. 



inilah beg yang aku selalu guna bila nak keluar. kalau barang aku macam banyak aku akan bawa beg coklat tu. kalau sikit yang purple tu je. yang coklat tu ayah aku yang belikan masa bulan puasa tahun lepas. 


purse aku yang sangat selekeh. yang penting duit singgit tuu. amal yang buatkan tauuu ^.^


sebenarnya aku pakai seliper ni dalam bilik je , tapi dah tak dah,satu rumah ni aku akan pakai. dan bila tak pakai aku rasa tak selesa dah, seronok tau pakai kasut ni sebab orang lain akan dapat kesan kehadiran aku. bunyi dia tuu hihihihi


amal selalu pernah pesan bawa air masa nak tidur, sebab aku selalu haus tengah2 malam. so botol air ni sentiasa ada lah sebelah aku. sibuk je adam , aku pegang botol air ni dia nak nak pula sambil cakap "mamam"


okay ni last , so panjang sikit. barang yang terpenting sekali aku kena bawa. apa ni ? ada orang cakap macam rokok elektrik. sebenarnya ni adalah untuk mengenakan orang yang jahat yang nak buat sesuatu dekat aku. benda ni sangat bahaya gila dan aku pernah try. tahu tak aku try canner ? masa tu aku dekat ofis, dan kebetulan pula kak effa ada. mengandung pula tu. aku pergi picit benda ni dekat sinki yang dekat dengan toilet. dan aku sangat terkejut sebab dia terpancut dengan begitu pantas dan banyak gila cili yang warna merah dan hancur terkeluar., siap macam ada asap sekali auu. bayangkan eh , aku sembur sekali je pun dan aku sembur dekat sinki bukan dekat muka aku tapi pedih dia aku rasa. sampai aku sesak nafas, mata aku pedih, dan aku nak batuk, batuk pula rasa sakit sangat. dan bukan aku je yg rasa, kak effa yang jauh dari sinki tuu tetiba mengadu sakit mata dan dia terbatuk batuk. aku pun bagitahu dia apa yang aku buat. kitorg pun apa lagi cepat cepatlah buka semua pintu sebelum boss besar masuk. dannn 30 minit berikutknya boss besar pun datang dan aku rasa masih tak hilang lagi tapi aku buat bodoh je macam tak ada apa apa yang berlaku. aku tahan rasa nak batuk. boss masuk terus bilik dia. then dia keluar balik sebab nak pergi tandas. lepastuuuuuuuuuuu sebelum dia nak masuk tandas dia berhenti sekejap, aku dah berdebar.... lepas tu dia suruh aku buat apa ntah tapi tak kesampain sebab dia batuk tak henti henti. dan aku ? masukkan kepala bawah meja lepas tu gelak gelak gelak dan gelak tanpa henti sebab sumpah lawak gila tengok muka dia. power kan benda ni ? kalau aku sembur dekat muka penjahat kena mata dan hidung, memang mati aku rasa .. 

2 comments: