tadi lepas balik dari kelas bawa adam main taman.. pastu terus naik bilik jap.. rehat jap ..masa baring tiba tiba teringat dekat nabila... tetiba rasa sebak sebab berakhirnya hubungan kitorg dengan sesuatu benda yang masih boleh dibawa berbincang.. teringat masa dia baru je jadi budak baru masuk kelas..

aku tak sangka dia akan buat aku macamni.. aku sayangkan dia.. kadang kadang bila ingat balik apa yang selalu aku buat untuk dia rasa macam "lurusnya aku" ..

aku ingat lagi masa nak balik sekolah .. dia suruh aku hantar dia balik.. aku tunggu dia panas panas dekat tempat parking motor... aku tunggu... tunggu... dia cakap dia nak ambil beg je... tapi dia lama.. bila dia dah sampai.... aku tanya

aku : wei lama ohh ... kenapa lama?
nabila : diam ah kau!!

ok, aku sentap. dia suruh aku hantar dia balik. dia dh buat aku tunggu dia lama. dia tinggi suara dia dekat depan orang ramai cakap camtu dekat aku :') tapi aku memang jenis malas nak gaduh.. aku senyum.. dan aku hantar dia balik macam takde apa apa yang berlaku sedangkan hati dh meraung nak nangis.. lepastu baru aku tahu.. kenapa dia lambat.. dia lambat sebab dia gaduh dengan pkwe dia.. dia nampak pkwe dia dengan perempuan lain.. jadi dia tipu aku.. dia bukan ambil beg.. dia tipu aku dan dia gunakan aku.. tapi masa tu aku tak marah.. aku selalu berpegang pada kata "SABAR SELAGI BOLEH, ADA YANG LEBIH TERUK DARI INI"

sebenarnya banyak lagi perkara yang aku dah lalui dengan dia.. bila aku ingat balik aku rasa macam betapa kuatnya aku menahan segala apa yang dia dah buat dekat aku. ramai orang asyik cakap "bodohlah kau ni masih baik dengan dia", "kau tak payah jadi bodoh sangat", "suka sangat orang pijak kepala kau kenapa?" itu semua sebab sayang. aku sayangkan dia. aku kesian kalau aku buat dia macam orang lain buat dia. dia kurang dapat kasih sayang keluarga.. kawan kawan pula ramai yang jauh dari dia..

mungkin kerana sabar aku dah habis untuk dia , berakhirlah hubungan persahabatan antara aku dengan nabila.

tapi.. aku sentiasa doakan dia.. aku harap dia tak lupakan aku.. dia berjaya dalam hidup.. dan dapat kebahagian yang dia selalu impikan.

i really miss you :')

No comments:

Post a Comment